Friday, September 29, 2017

dipenghujung september

aucakk!! akhirnya pariz aserap jumpa jugak jalan pulang ke blog
dapat hidayah weh nak tulis blog malam nih
aku pon tak tau la kebelakangan nih apesal takde mood sangat nak bukak blog
aku rasa faktor usia la. aku dah rasmi 30 tahun oii
25 september aritu arijadi aku. haa cepat wish! beserta hadiah sekali ye XD
aku dah dari minggu lepas lagi asik bukak laptop sebab nak menulis kat blog
yela risau jugak tkot ko rindu kan?wakakakakka
jangan menyanyah tengah siriyes boleh x pariz aserap?
tapi bukak2 laptop terus tutop. takde mood nak tulis weh asik duk bukak tutup bukak tutup macam tu je la. 
dulu kemain meriah sebulan je dah berapa entry kan?
sekarang nih memang sebulan 2kali je la. awal bulan dengan akhir bulan
takpe la ada dari takde. daripada ko rendu aku kan? wahahahha
aku tengah berusaha menghilangkan penyakit malas nih
nanti kalo ko nampak entry aku bulan depan ada empat entry ke kan maknanya usaha aku dh berhasil la tu.wakakakakakka
berangan nak mampos.

baiklah. abaikan je mukaddimah merapu aku.
arini kita nak cerita pasal apa tuan2?
cerita kita arini adalah tiada cerita. wahahahahahaha
nak cerita apa pun cerita sama je la kat opis tuh. bulan nih kan aku dah bagitau aku memang bz yang hamat sampai rasa stres nak terajang orang
tapi alhamdulillah berjaya dihandle oleh pariz aserap
memang cemerlang gemilang dan terbilang la pariz aserap nih.
tapi jangan bimbang sebab sengsara aku dah berakhir. minggu depan dad dah masuk opis. *tadah tangan bersyukur*
sekarang dad dengan mom dah ada kat kl duduk umah parah atiqah dulu.
bia la dorang lepas rendu kat anak pompuan bongsu dorang.
dad jejak je kaki kat tanah melayu terus tepon aku tanya kabar
macam biasa la jawapan cliche pariz aserap 'dont worry dad,semua oke'
padahal dia xtau anak dia ni dah menangis bawah meja.wahahahahha
memandangkan sengsara dah berakhir makanya marilah kita berpoya2 kat sini malam nih.

kat rumah aku skang cukup kuota la 5 orang
iskal dengan haikal tido sini sebab umi dengan abah balik penang ada nak urus apa tah lepastu amik popo dia sekali bawak balik sini
anak2 dorang tayah cakap la memang susah nak ikot balik sana kalau xde ape2 hal. makanya berkampunglah semua orang kat umah aku. hahahaha
malam ni aku rasa kebarangkalian semua orang tido kat bilik aku adalah sangat tinggi nih.
lagi2 si haikal tuh. ya allah dia punya penakut tuh kalah anak aku.
dia memang takut. jangan main2 weh kalo dia kata dia takut pastu ko buat main2 ko buat lawak bodoh ke ape memang dia tak becakap la dengan ko.
kalo ko rasa nak kena mcm tu ko buat la. aku taknak. XD
sebab aku dah rasa cemana. seksa nak pujuk balik tuh boleh makan bulan baq hang.wakakkakakaka
tapi betol la kan, mana boleh main2 mende mcm tuh
kene respek la apa perasaan orang kan? macam kes aku, aku geli cicak dengan katak.
ya allah aku punya tarap geli tu paling maksima tahap gaban tebelah dua weh
kalo ko nak rasa kena lempang ke terajang ke ngan aku ko try la buat lawak bodoh pasal nih.
naseb baek aku jenis tak melatah je. kalau la aku ni melatah aku harap aku melatah sambil pegang pisau.wakakakakkaka
aku tak boleh. aku memang tak boleh hati aku tak tenang kalau nampak binatang2 ni kat mana2. meremang weh bulu roma.
ni kategori takut jugak ke? tapi aku xtakot aku geli. geli oii lembik2 mcm tu.*muntah*
siriyes aku memang xboleh lagi2 cicak. eh geli tahu takkk??
budak2 nih pon memang tak pernah buat main benda mcm ni dengan aku. 
so aku paham la perasaan haikal tu kalau dia cakap takut pastu org main2 memang berasap la kan?
kal, abg fari memahami. ahahahhaha
tapi aku xde la menjerit2 macam histeria kalo nampak cicak
tu ko nak kena pelangkong namanya pacik.
aku kalo tekejut apa2 memang aku otometik diam. pastu kepala aku rasa kebas.wakakakkakaka

makanya haikal dia terbukak page ape tadi ade tunjuk gambo hantu gula2 dia terus baling henset. dramatik haa.wahahahaha
lepastu dah takut nak turun bawah sebab terbayang2
biasanya kalo fir ada dia tido dengan fir je tapi arini dia taknak tido berdua je sebab dia taknak tido kat tepi. hahahaha
abang dia pon dah penim dengan dia. time tgok cite hantu kemain lagi beriya2 ajak orang lepastu dah satu hal nak kena teman dia. spesis muhammad hakim la nih. tapi kitorang tak kesah pon.
gila ke nak kesah nanti chef diraja merajuk sapa nak masakkan untuk kami lauk sedap2? haa kalau tuan bijak bestari jawab la.
sebabtu la kami kena jaga hati haikal.wakakakakaka
bongok je statement.
tak kal, bukan mcm tu.kami jaga ati sebab kami sayang tau. jgn salah paham XD

oke dah pasal haikal nanti kang dia merajuk susah aku. 
sekarang meh kita trobek sikit arijadi aku aritu. aku xsempat nak tulis kat blog wish2 diri sendiri sempena umo 30 tahun.hahahahaha
tapi siriyes xde ape yang spesel pon.
cumanya banyak orang belanja makan la. staff2 kat opis bawak makanan banyak hoi semata2 sebab arijadi aku.
teharu macam nak nangis airmata darah je rasa.
tengahari tu padahal firdie ajak aku makan kat luar tapi tak sampai ati pulak sebab budak2 ni sanggup masak2 bawak datang opis.
so kesudahannya firdie datang makan sekali kat opis.wahahahah
tapi lepastu aku keluar jugak dengan fir.
adik sayam aku nih sanggup weh postpone offday. sepatutnya dia offday 24 hb.
sebab sebelum tu dia ada oncall. eh ke macam mana jadual dia? aku tak berapa reti sangat jadual dokter.hahaha
tapi lepas oncall tu dia sambung keja semata2 nak offday 25hb arijadi abam sayam dia. macam mana la abam tak sayam awak fir.hahaha
petang tuh haikal dh meset2 ajak pegi makan. sepantas kilat aku reply meset dia tanda bersetuju. ko ingat senang dia nak offer belanja2 nih?
asik aku je belanja dia.dia kata yg tua kena belanja yg muda. sistem monarki katanya. monarki kepala hotak kata aku.
so petang tu kami berlima pegi manhattan fish market.
sebenarnya haikal yang beriya nak makan kat situ.wakakakakakak
tapi sebab dia belanja and aku memang suka  makan kat situ makanya jomla kita melantak tak hingat donia.
dan yang paling penting kek wajib diharijadi pariz aserap adalah new york cheese
aritu kal dah buat sebelum arijadi tapi arijadi aritu iskal beli sebijik kat secret resipi. inikah yang dinamakan kebahagiaan? hahahahaa
awak memang terbaik ish. tak pernah menghampakan pariz aserap.ailobiu la XD
malamnya pegi seoul garden *lagi* sebabnya anak aku nak pegi sana so alang2 fir tanya nak makan kat mana aku jawab je la seoul garden.
misali tak dedi, muhammad hakim?
yang nih fir belanja. indahnya hidup ini kalau aku tayah keluar duit.wakakakaka
esoknya 26hb abah dengan umi ajak pegi ciken rice shop. aku sorang je ye anak2 dia tak payah!
makan lagi ye anak2. atau lebih tepat, makan free. 
tolonglah belanja pariz aserap lagi semua orang.aku bahagia nih asik dapat makan free. dah selama nih aku yang asik keluar duit.wakakakakaka
dah 30 hoii pacik sila semenggah sikit ye lempang kang tau la.

eh alamak aku kena op dulu la tak sempt habis nak merapu.
sebabnya bateri laptop nak habis dah aku malas nak menapak naik atas pegi amik cajer. tak ingat tertinggal kat atas tadi. redho je la pacik
ayat aku macam biasa la ayat cliche pariz aserap 'kalau rajin nnt aku tulis lagi'
cliche tahap hokage ayat kau pacik.wakakakaka
sebelum aku mengundur diri, meh la kita layan satu lagu peberet pariz aserap.
lagu nih aku suka sangat weh.
ed sheeran - perfect



aku suka gila lagu nih. dia punya melodi tuh rasa macam zaman2 dulu yang ada castle2 yang pakai baju meriah2 tuh pompuan pakai gaun kembang2.
macam zaman romeo and juliet.
eh aku suka la lagu nih. romentik tahap teruk nih.hahahaha
sapa kata tak sedap aku sekeh dia. ed sheeran memang pandai buat lagu la kot.
aritu lagu shape of you pon aku suka. lagu photograph pon aku suka.
tapi yang nih la yang paling aku suka. sesuai tajuk lagu dia perfect.

oke skang aku siriyes kena op.bateri dah warning dh.hahaha

babai semua orang, jangan rindu aku tau.hahahaha
bulan depan aku kembali la kot. take care.


sekian terima kasih.


30-year-old-daddy-and-still-hot-as-hell, XD
pariz aserap


Monday, September 4, 2017

hello september

hari ni dah masuk 4 haribulan september.
dah masuk dah bulan terpaling peberet pariz aserap.
sebab apa terpaling peberet?
sebab sukati akulah nak peberet bulan berapa pon. hahahaha
sebenarnya sebab ko beranak bulan semilan kan pariz aserap?
orang2 yang best je tau beranak bulan nih *teori main taram*

oh aku lupa nak mengucapkan selamat hari raya aidil adha kepada semua muslimin dan muslimat.
dah masuk 4 haribulan baru nak wish. takpe la kan weh sebab aku bz dengan hal duniawi semata2 jadi malas nak on blog
raya kedua haritu aku buat korban dengan fir. biasa aku buat raya pertama
tapi sebab fir pon join dan beliau adalah bekerja pada hari raya pertama maka aku pon buatla raya kedua.
penuh haa daging dalam peti tak tau nak letak kat mana dah main sumbat2 je
dah la mom xde kat sini sekarang nih so tak berapa nak berasap sangat la dapur rumah pacik. 
tapi aritu kak long satu family ada raya kat sini baru pagi tadi balik pahang
farah je tak balik sebab zarith tak cuti. sila menangis di kl sana ye adik sayam abam.
naseb baek chef diraja a.k.a haikal ada boleh la jugak culik dia datang rumah tolong masak kat aku. hahaha
cantik sangat muka kau pariz aserap main suruh2 je kan?
tapi nak buat cemane aku memang tak reti masak. 
hidup ini tidak adil!! hahaha
kepala hotak!
tapi tak mengapa sebab haikal rela masak untuk kami.
diibaratkan kalau dalam cerita one piece nih haikal memang kami bagi watak sanji la kat dia sebab terer masak. terima kasih haikal. jasamu dikenang XD

raya pertama haritu iskal dengan haikal yang buat korban.
kalau tak aku join mereka ni je tapi sebab fir join lepastu buat raya kedua so aku buat dengan fir la. mana boleh tinggal adik sayam pariz aserap sorang2 kan? aku kan pemenang award abam paling misali seumur hidup. *lempang please!*
tapi aku pergi ikut jugak iskal sebab dia dah sesedap rasa buat deal nak suruh aku angkut daging lembu dia.
banyak cantik muka beliau. tapi aku angkat la jugak.
sebab aku kan sayang dia. wahahahahhaha
mana nak cari macam pariz aserap ni haa? dah la hot baik dan berhati mulia pulak tuh.
sila bersyukur cepat!
makanya sekarang ini adalah sangat sorga petala ke semilan puluh semilan sebab daging lembu banyak gila kat rumah
raya haji nih memang raya peberet la bagi seorang karnivor macam pacik nih
siang nanti aku nak buat bbq kat rumah
walopon mom dengan dad tak balik lagi tapi tak mengapa
bab berpoya2 pariz aserap memang tak tunggu orang. harap bertabah momdad
yang penting bekalan daging memang mencukupi. banyak tak hengat
lembu besar weh dah bagi2 daging kat orang pon still bnyak lagi
ini namanya apa anak2?
inilah dinamakan rezeki. cepat tadah tangan bersyukur!

lupakan dulu pasal daging lembu. umi dah volunteer nak perap untuk esok makanya kita serahkan pada yang pakar je. 
pariz aserap duk diam2 jangan kacau mereka. nanti bawa bencana je kalau ko tak duk diam pacik.
sekarang meh kita becakap pasal cuti yang sangat heaven tak hengat donia
aku hepi weh pasal cuti nih
kemain gumbira riang ria hari raya lagi kau kan pacik dapat cuti lama?
gila kau xhepi lima hari stret tayah masuk opis oii
apa lagi yang kau mahu,nak? inilah kebahagiaan. hahahaha
kamis-jumaat-sabtu-ahad-isnin. time kasih la bang jib bagi cuti extra satu hari
mula2 aku duk bilang kamis sampai ahad tu pon dah heaven
tiba2 tambah sari lagi.
homaigod2! tak sangka bahagia itu masih ada
wakakakakakkaka
mintak penampo sangat ayat
best weh cuti lama terus lupa jalan pergi opis.
eh kejap. opis tu ape ek? hilang ingatan dah. wakakakkaka
kau nak kena terajang berjemaah ke pariz aserap?
tapi takpe sebab masuk opis pon dah selasa. lepastu rabu lepastu kamis
lepastu boleh berpoya2 lagi dihari jumaat dan sabtu yang indah.hahahaha
memang tiada keinsafan.

dah nak pukul 2 pagi dah tapi mata tak ngantuk lagi nih
muhammad hakim dah sakses dah pergi dreamland.
dia sekarang nih duk dalam rumah ni memang berteman la pergi mana2
nak turun bawah pegi dapur ajak aku teman. nak naik atas mandi pon nak kena teman.hahahaha somel oke muhammad hakim
dia kata takut sebab rumah sunyi takde orang
ye la aku berdua je ngan dia. kalau fir tak oncall memalam ada la dia.
kalau tak memang aku ngan hakim je la
kadang2 malam2 iskal datang
sebab tu bila aku tanya nak duk umah ankel dan tak hari sekolah dia angguk laju2.wahahahaha
penakut rupanya. boleh geng haikal nih XD
sekarang dah tido dah tapi dengan syarat dedi jangan pegi mana2 jangan turun bawah pegi dapur jangan naik atas kat libry jangan keluar bilik.
hebak x anak bajeitam? wahahahaha
seb baek bilik air + toilet dalam bilik. kalau x naye je dedi kalau nak kencen tapi tak boleh keluar bilik.
terus kena tahan kat wad sebab batu karang kang.hahaha
adoila anak aku. somel je perangai dia nih.
aku pon tak tau apesal dia takot sangat. sebelum ni oke je
rasa lain kot bila atuk ngan nenek dia xde.
boy dengan yugi rilek je XD ikut je aku angkot mereka berpindah randah kejap duk sini kejap duk sana.
naseb baek tak banyak cekadak kalau tak penim jugak dedi.

aku nak off dulu la. tiba2 encik mafia datang membawa kejutan
kejutan nasi goreng daging merah peberet pariz aserap.hahahaha
macam tau2 je aku tengah lapar. cuma belom lapar tahap raksasa je
tenkiu ish. aishiteru XP
oleh yang demikian *skema tak hengat* marilah kita bersantap dulu
makan pukul 2 pagi. harapnya bulan ni aku masih menten berat
dah la daging manjang nih bulan nih. kebarangkalian nak gemuk tu ada ye anak2
lepas makan kita eksesais oke. jangan malas!
banyak cakap la pacik nih meh la kita makan dulu. lapar hoi
sekian sahaja untuk hari ini
nanti kalo aku dapat hidayah/kerajinan datang mencurah2 hingga ke ladang kokokrunch aku tulis lagi
sila jangan rindu aku tau nanti aku malu. hahahaha
ayat mintak tumbukan padu maut sangat.
okela2 aku op dulu.papai eberibadeh.




orang matahari yang hot tarap dewa naga,
pariz aserap.