Sunday, November 18, 2018

and that one person is me XD


tadi aku jengah fb tetengah tensen buat kerja
sikit je lagi nak headbanging kat meja
oleh yang demikian baiklah pacik bertenang seketika
aku masih berada diofis nih hoii
rajin kan pariz aserap?
mane nak dapat nih macam nih? *dush!*

aku pon scroll2  page aku scroll2 page iskal scroll2 lagi page haikal dengan firdie.....
tapi takde update pape pon.
kalau spider boleh buat sarang kat fb tu kompem fb kami la yg paling banyak sarang labah2.hahaha
punya la bosan aku klik 'about' dorang satu2 haa sebab aku rasa aku tak pernah cek pon 'about' dorang.
lepastu pacik jumpa nih;

tada!!!



kenapakah perangai beliau somel macam nak kena pijak2 je nih haa?
dan one person itu adalah aku *kompiden tahap hokage*
mane ade org lain lg dah panggil dia macam tu.
dulu org dengar aku panggil dia ish dorang pon panggil ish tapi dia terus je "please call me daniel or dan" hahaha
oh btw, nurhafiza rahsid tu adalah macik goku
pemes nama kau noapiza. sila bayar aku cepat!
xmasal mintak bayaran.hahahha
macik goku nih kelakar tau
aritu dia voice mesej aku lepastu dia pon kata "kirim salam abg dan dengan hakim"
tapi dia sebut 'abg dan' tuh 'abg done' bukan 'abg den' 
dia kemain gelak beriya sebab selama nih salah sebut. aku tanya dia 'maknanya dari tahun berapa kita kenal ko memang panggil dia abg 'done' la?
dan dengan jujur dia mengaku 'yeeee dari aku sekolah!' wahahahaha. ko lawak macik
dan=den la weh bukan dan=done
adoila dia nih

ke ade sape2 lagi panggil dia macam macik goku ni panggil? ce angkat tangan sikit jangan malu2 walaupun salah
tapi aku rasa noapiza sorang je yg salah ni XD
xpe weh kompiden itu penting! chayok2!

aku nak gerak balik dah.firdie aserap tesayam dah sampai dah
tadi dia call tanya nak balik kol berapa? aku kata lepas isyak kot. dia kata "xnakla balik lambat sangat,biar fir la ambik abg lepas magrib fir sampai"
makanya beliau dah terpacak kat sini.hahaha
semestinya la daniel haikal yang kena drop dia kat opis aku sebab iskal masih lagi diharamkan drive
sebenarnya aku boleh je drive balik sendiri tapi fir kata nak datang amik. abg mesti penat hari2 balik lambat katanya
mane la abam xsayam beliau nih. padahal dia pon keje arini balik petang dah pon. haha
ailobiu fir.

sekarang meh la kita balik ye anak2
aku lapar tahap raksasa planet namek dah ni
sekian terima kasih.



masih dan tetap hot,
pariz aserap.



Tuesday, November 6, 2018

cn to the blue




memandangkan aku tak boleh tido malam ni makanya jom la kita buat entry yang takde pekdah ni. harapnya awak yang rikues entry ni berpuas ati la
gigih ni hoi aku google2 gambar2 kat bawah ni
aku harap parah atiqah tak baca blog ni *sambil tadah tangan berdoa*
nanti dia merapu2 suruh buat entry lain pulak.
oke tanpa membuang masa marilah kita cekidaut grup korea peberet pariz aserap.
aku tak minat kpop but this one is exceptional

***peringatan: semua gambar adalah dari google. all pics : credit to the owner***
[kena okay cakap mcm ni. kang ada yg saman aku sbb guna gambar dia.dh la peminat kpop penetik je semua XD]

sekarang jom kita start.



sape2 yang tak kenal cnblue nih meh sini aku kenalkan. ini adalah spesis band dari korea selatan. tak banyak band dari korea nih biasa boy group la yang pemes jd kalau ko pon suka boyband dr boygroup kpop tu maknanya kita geng.
tiba2 je kena geng dengan ko pacik.hahahah
setelah digugel dengan gigih sekali, cnblue start tahun 2009. tapi aku baru je kenal dalam tahun 2015 aritu. takpela kan? bak kate omputeh better late than never *sekeh2*
aku kompius dia debut kat jepun dulu ke korea dulu tapi kita abaikan je la pasal tu. xmendatangkan pekdah pon ko nak tau debut dia.wakakaka
sebenarnya aku tak tau XD
so band ni terdiri daripada 4 orang lelaki.
meh kita kenal dulu member2 cnblue lepastu ko boleh pilih ko suka yang mana.



aku tolong promote je. cepat cnblue time kasih kat aku.
oke, yang pertama sekali adalah;

*bunyi drum anugerah bintang popular*

1. jung yong hwa
dia nih leader dan jugak main vocal. tapi dia pon guitarist jugak.pianist pon ye. kadang2 boleh je jd drummer. senang cite dia ni banyak talent la. mostly dia nyanyi2 sambil main gitar
dia ni omputih panggil front-man sebab dia main vocal kot tapi vocal dia power gila bila jerit.
terus terang weh aku kan jenis sentimental xsuka lagu rock yang menjerit2 tah pape tuh tapi aku suka weh bila dia nih jerit. rasa macam argh lega je.hahahha
mostly ko akan dengar jeritan dia tu kat konsert la sebab kalau dalam mv dia xde jerit2 macam tu.
meh kita tengok sikit rupa leader cnblue nih


the leader ; yonghwa
oh lupa pulak, dia nih lahir tahun 1989. muda 2 tahun dari aku tapi kalau ikut umur korea dia nih dah 30 sebab tu kena join askar dah.
(jangan tanya aku perkiraan umur dekat korea sbb aku tak tau dia kira mcm mana.yang aku tau ko kena tambah setahun dari umur ko)

sekarang jom kita move on kepada member seterusnya;

2. lee jong hyun

dia nih pangkat vice-leader dalam cnblue sebab yang kedua tua.beranak tahun 1990. posisi dia adalah guitarist dan jugak lead(?) vocal kot. aku tak tau weh lead vocal mcm mana tapi dia ni banyak je nyanyi. kalau dalam satu lagu tu memang akan ada part dia nyanyi. kira macam yonghwa = vocalist,guitarist, dia plak guitarist, vocalist. macam tu la
ko paham x ni? kalau x paham gasak ko la sebab aku pon xreti nak bagitau.hahahaha
aku baru je menjadi fan makanya taram aje la labu.
tapi mostly aku suka lagu2 yang dia compose sebab dia more to ballad song. suara dia sedap!
kalau yonghwa suara rockers jonghyun ni suara dia soothing(?) ke mcm mana? hahahha
angelic voice la kiranya. org yang kata bukan aku.
dia ni banyak buat lagu versi jepun. lagu jepun cnblue best2 xtipu. antara 4 org geng dia nih dia yang paling terer cakap jepun sebab dulu masa kecik dia penah duk jepun *kot* ayah dia keja sana
inilah dia jonghyun tersebut.


the guitarist; jonghyun
next! 
lets move to the drummer pulak.
ya allah rajinnya lahai aku buat entri mcm ni.hahaha
dah macam xde keja pariz aserap nih.
esok harapnya aku boleh tido la karang tah entry apa lagi yang keluar
oke tanpa membuang masa perkenalkan;

3.kang min hyuk

inilah dia drummer cnblue. dia nih memang keje dia duduk je la atas stage xbergerak pegi sana sini
walaupun dia duduk je tapi ko ingat tak penat ke ketuk drum weh? aku dah try dah lenguh gila tangan. walaupun muka dia paling jambu dalam ramai2 tapi nampak la manly dia bila main drum
haikal boleh la geng dengan dia nih sebab terer main drum.
korang rasa mata dia ada iras2 iskal x weh? ke mata sape lagi kecik? hahahha
mampus aku kena tumbok dengan mafia nanti
meh tgok sikit mata ala mafia jalan sultanah XD
*amponkan beta*


the drummer; min hyuk

4. lee jung shin

lastly, yang paling muda dalam member cnblue.
walaupun paling muda tapi dia sama tahun dengan minhyuk kat atas tu. tahun 1991
cumanya minhyuk bulan 6 dia bulan 9.
dia nih bassist. kdg2 rap jugak
walaupun paling muda tapi beliau la paling tinggi.
aku rasa ketinggian grup dia nih terbalik dengan umur la.
dia nih paling tinggi lepastu minhyuk lepastu jonghyun lepastu yonghwa. terer korang susun kan? hahahha


bassist ; jung shin

oke abis bab pengenalan member2 cnblue *lap2 peluh*
panjang haa pengenalan dia. baru masuk part member tak masuk part lagu peberet aku lagi
banyak weh lagu peberet aku tak terkira. hahaha
tapi siriyesli  lagu2 cnblue kalau ko dengar yang mv dia ataupun recorded version ko akan rasa oh sedap lagu ni tapi bila tengok konsert dia,sepuluh kali lagi best aku tak tipu nih *muka siriyes*




first konsert dia yang aku tengok masa konsert dekat jepun tp aku tengok kot utube je bukan aku gi jepun weh.hahaha
konsert first dia ke tak aku xsure
nama konsert tu 392. sebutan dia sankyu too
sankyu too = thank you too
konsert ni antara konsert cnblue paling best bagi aku.
tapi mostly konsert dia semua best2
yang paling latest tahun lepas konsert 'between us'
pon best weh.
aritu aku tengah duk layan live dorang nih tetiba mak aku datang terjah.
' i thought u like slow song?'
aku : i thought the same too * pemalas nak jawab panjang lebar*
mom pon berlalu pergi sambil geleng kepala XD



kalau ko nak tahu versi rambut langsir haikal zaman kasanova dulu lebih kurang macam drummer dia kat gambar atas ni. haa mcm tu la. macik goku yang bagi nama rambut langsir sebab mcm nak tutup mata maka kami pon sepakat memanggil rambut langsir XD




sekarang meh kita tengok sikit lagu2 peberet pariz aserap
matikla weh nak letak lagu2 peberet aku. banyak kot.hahahhaa
tapi takpe anak2 kita letak sikit2 je cukup
nak banyak2 ko pegi dengar sendiri kat utube
tapi aku letak yang live je la ek sbb aku suka versi live dari recorded version.
ko xkan kecewa tengok konsert dorang sebab dia memang nyanyi live main instrument pon live.
tapi kalau ko tengok mana2 music show, cnblue atau mana2 band memang hand-sync dia tak main live sebab sistem broadcast kat sana xbagi main live tak tau sebab apa. faktor masa kot
so kalau nak play live kena bayar mahal. tapi cnblue pernah bayar untuk main live dekat music show
jadi jgn kompius ye anak2 kalau ko tgok gitar dia tu x plug. sebab tu kalau ko nak tengok betul2 dia perform sila tengok konsert dorang
tapi walaupun dorang handsync tapi nyanyi tetap live rasanya dorang xpernah lipsync kot.
sila hapal lagu2 peberet aku kat bawah nih.

1. radio (japanese version)




radio nih dia ada 2 versi japanese dengan korean
maybe sebab aku mula2 dengar versi jepun so bila dengar versi korea dia rasa pelik sikit. tapi lagu ni aku suka. (edit : aku letak video lain kt atas ni ganti yang sebelum ni sbb video sebelum ni xboleh bukak xtau pasal apa maybe uploader dia dh delete kot. gasakla subtitle spanish pon ko layan je la XD)

2. where you are



amik kau thai sub aku bagi.wahahaha
aku  cari video ni yang xde sub xde la plak
makanya ko pasrah je la, nak. ko tayah baca sub thai tu ko dengar je. yg ni pon ada 2 versi; jepun dengan omputih. dua2 best tapi aku tak tau la apesal aku lebih memilih versi jepun. 

3. one time



aku suka starting masa jonghyun tengah main gitar lepastu yonghwa pon 'argh!'
video ni kalau ko nak dengar lagu ko skip je la sampai  minit 1:28 sebab depan2 tu intro je
tapi aku suka je dengar. lagu ni 2 versi jugak, korea  dengan english. video atas ni versi korea tapi sama je bunyi dia versi mana2 pon.

4. tattoo



ni versi aku paling suka. kalau ko dengar mv dia xsama mcm live yang ni.
aku paling suka bunyi gitar masa minit 0:28
arghhh berdarah hidung weh dengar. best gile
recorded version xde bunyi macam tu. sebab tu live versions are always the best.

5. love light (original version)



ni lagu wajib kena tahu kalau ko fan cnblue.hahaha
lagu ni famous gila ramai artis nyanyi. yonghwa yang compose lagu nih. rasa mcm riang ria bahagia je bila dengar lagu nih. 
tapi dorang pernah buat rock version lagu ni masa kt konsert. sebab tu aku suka band sebab dorang bleh rearranged lagu tu ikut suka hati dia je.hahaha
rock version love light ni pon aku suka.
kat bawah ni aku letak video dia sila tengok ye



video nih masa konsert 392. bila love light nih dah jadi rock makanya yang bersuara rockers la nyanyi jonghyun catwalk jela sambil main gitar. dia jarang nyanyi rock. ke tak pernah? aku pon tak tau. tapi aku suka dua2 versi.

6. voice



nih lagu peberet aku dari aritu.hahaha
tahun 2015 aku penah buat entri pasal lagu nih masa mula2 aku kenal cnblue aku suka lagu nih la.
dia macam lagu anime sikek.
tapi suara jonghyun sedap.

7. coffee shop



lagu ni aku suka jugak tapi aritu aku tengok live yang mane tah dia punya arrangement tu lagi best
tapi yang ni pon dah best dah.
cuba ko bagitau lagu apa yang ko x suka pariz aserap? semua ko suka.

tapi lagu yang buat cnblue femes adalah lagu debut dia. baru debut 15 hari dah dapat ranking #1
lagu ni femes la. cnblue kena berterima kasih dekat org yang buat lagu nih sebab lagu ni la cnblue femes arini.
tajuk lagu dia dalam bahasa korea oetoriya(?) *taram aje la labu* 
bahasa omputih tajuk dia "i'm a loner"



video nih lama gila tahun 2010 masa dorang tengah promote lagu ni la kot dekat music show
yang ni dorang handsync tapi suara live
kalau ko kompius cnblue live ke x ko tengok drum dia. kalau drum dia ada logo cnblue tu maknanya x live. kalau nampak ada brand drum tu live la.
rasanya boleh pakai la ni kot teori aku.hahaha
tapi apa2 pun lagu ni la yang menaikkan cnblue. tepuk sikit.

video kat bawah nih masa dorang promote lagu dekat music show jugak tp ni tahun 2013
yang ni dorang play live. maknanya dorang bayar la untuk main live ni. bukan senang oke ko nak tengok cnblue play live kat mana2 music show
sanggup haa dia bayar sebab nak bagi ko tgok live performance dia.hahahha
tajuk dia i'm sorry.



memandangkan pariz aserap adalah team jonghyun makanya bersama2 ini disertakan satu video yang diberi nama 'jonghyun focus' hahaha
suka ati aku la kan ni kan belog aku
kalo ko team lain harap bertabahlah ye
aku suka tengok orang main gitar
orang main gitar ni dia banyak expression muka yang dia x sedar pon dia buat muka pelik2
tak payah nak pegi jauh2 amik contoh iskal dah la
aku kan selalu tengok dia main gitar kejap pejam mata kejap kenyit mata kejap kepala senget lepastu nganga mulut kejap lagi pulak mulut senget pulak.wakakaka
ampon bebeh
sebab tu aku tak suka main gitar. acoustic gitar oke la bagi aku
tanpa membuang masa, lee jonghyun eberibadeh!



oke sekarang meh la kita kembali kepada fitrah asal pariz aserap; suka lagu selow2
tapi kan weh gila panjang entri aku ari nih. dah macam apa besemngat waja buat entri macam ni.tsk2
lepasni sila jangan rikues bukan2 weh.hahaha
walau apapun hidup mesti diteruskan!*kaitan dia?*
oke jom tengok lagu peberet aku lagi. tapi nih slow song. aku tanak letak banyak weh dah berbaris2 dah lagu kat atas nih. harap korang bertabah.tsk2

-blind love-
lagu ni jonghyun compose. ada 2 version jugak japanese dengan korean tapi macam biasa la pariz aserap dah biasa dengar yang versi jepun makanya ko pon dengar yg jepun jugak lah.hahaha



eh tapi apesal macam xslow pon? hahahaha
kecelaruan identiti ke ape pariz aserap nih?
tapi aku suka part jerit yonghwa.
next!

-eclipse-
lagu nih slow. sedap weh aku suka gila nih. ni pon jonghyun jugak buat kot.yang slow2 tu dia la tu.
tapi lagu ni sedap. macam biasa la 2 version. eh aku dah malas la nak taip berapa version lagu dorang nih.gasak la kalo 10 version pon penat tau duk taip mende sama.
ko emosi kenapa hah pacik?? wahahaha




-arigatou-
ni last lagu aku letak kat sini. perangai malas dah menyerang ke pariz aserap? hahaha
lagu ni mostly dorang akan nyanyi lepas abis konsert. kira macam nak ucap time kasih kat fans yang datang tengok konsert la.
betul ke x aku tak tau aku main taram je tapi lagu ni best. semua lagu ko kate best pariz aserap weh.
jom kita layan



habis part lagu *kesat peluh lagi*
so apekah status cnblue sekarang anak2?
aritu aku dah bagitau semua member dia dah join army. benda wajib kat korea selatan. semua lelaki kena join 2 tahun start dari umur berapa aku tak pasti 18 ke 20. tapi artis2 diberi kelonggaran sampai umur 30. kira 30 tu paling lewat la ko kena join xboleh ngelat.
disebabkan yonghwa dah 30 *umur korea* makanya beliau dah join askar bulan 3 tahun ni
akhir bulan 7 minhyuk dengan jungshin join sekali tapi tempat lain2. lepas dah settle adik2 dia join army seminggu lepastu jonghyun pulak join. makanya inilah rupa askar2 cnblue


dari kiri cepat jalan; yonghwa,jonghyun,jungshin,minhyuk

so sampai tahun 2020 cnblue adalah on hiatus ye anak2. sila bertabah semua org.
rasanya dia satu2 nya group yang complete(cukup ahli) dalam waktu paling singkat=2 tahun.
gila respek weh brotherhood dorang macam strong gila la kot
kalau ikutkan minhyuk dengan jungshin tu tahun 2020 baru kena masuk sana. dah la minhyuk sekarang tengah femes belakon. kiranya dia lagi pentingkan aktiviti cnblue la dari lakonan dia
syabas beta!

yonghwa rikues nak join special assault komando.
adik2 dia lagi 3 orang tu active soldier sebagai private. aku ade tengok video dekat instagram ada org upload video2 cnblue tengah berkawad tapi jangan tanya apa ig aku sebab aku takde ig weh.hahaha







disebabkan aku team jonghyun jadi aku bias letak 2 gambo dia.whahahahaha.
dia dapat anugerah role model lepas abis basic training aritu.

aku rasa tu je lah kot.ke ada lagi yang aku tak sebut? kemain gigih aku mencari fakta nih weh!
dahla yang takde pekdah tapi takpe layankan je
lepasni tah bila pulak aku update belog tak tau la



oh lupa, fans cnblue nama dia 'BOICE' 
boice = voice.
oke la kot nama dia takde la merapu2. laki ke pompuan ke boleh je join jangan malu2




dah la weh aku dah tak larat nak taip.
sebelum aku off  terimalah gambo2 transformasi dari geng2 beliau





oke dah2. dah krem tangan aku duk taip beriya.
makanya setakat ini sahajalah entri cnblue pariz aserap.
pagi esok aku nak ajak bebudak ni jamming lagu cnblue la plak
mesti masing2 kelam kabut cari kat utube cemane nak main lagu cnblue.wahahaha
xmasal sangat ko pacik.
lepasni boleh ar try balik gitar elektrik. walaupun aku team jonghyun tapi aku adalah di posisi yonghwa oke. bebudak ni keji tanak nyanyi dengan alasan suara aku sedap. 
walopon suara aku sedap *perasan nak mampus* tapi tolong la tukar2 dengan aku weh. T_T

baiklah anak2 pacik nak off dah nak merehatkan jiwa dulu
semoga bertabahlah baca entri aku merapu2 kali ni. tapi jangan lupa dengar lagu cnblue weh. lagu dia sedap2. sempat lagi promot
kena mintak upah la lepasni.
oke la weh off dulu. semoga ko tak rindu aku nanti kalau aku x on. aku masih lg bz nak mampos kat opis. 
lastly, kepada boice sekalian alam semesta semoga korang tabah menunggu 2020. fighting!
*termasuk aku* XD



dah nak 8.30am weh.berapa jam aku duk taip mende alah nih hah? dari pukul 5am.tsk3
dahla aku nak berehat pulak
sekian terima kasih.

saya-team-leejonghyun,
pariz aserap

Saturday, October 27, 2018

assalamualaikum warohmatullohiwabarokatuh.
bajeitam kembali lagi! 
tapi kembali dengan sangat tidak bertenaga
ayat apekah? 
arini aku kena kerja!!!
to be honest dah berapa minggu dah kena membanting tulang pada hari sabtu.
gigih haa pacik mencari rezeki demi sesuap nasi
siriyes weh biiiiiiziiiiiiii gila tahap paling agung
selama nih yg aku merungut2 bz tu pon tak pernah sampai kene keje ari minggu
padan muka kau pariz aserap!
esok ahad kerja macam biasa. jumaat je la boleh tarik napas sikit duk rumah
aritu balik china seminggu lebih kurang kena pegi siam pulak
memandangkan anakanda beta dah abis exam makanya aku ajak la dia pegi sekali
adalah jugak masa berpoya2 walaupun pergi sebab kerja

balik siam hambik kau.
razakan azab teragung di opis.
tapi yang ini aku tak merungut bz
sebab aku tak sempat hoii! nak merungut pon xde masa sibuk bekerja
adakah pariz aserap sedang melalui fasa kematangan di ofis? 
yg tu aku tak pasti yang aku pasti aku bz asik kena ot sampai  x dan nak komplen
bagus pariz aserap. kekalkan momentum anda.
momentum kepala hotak!
semua orang risau tengok aku bekerja keras
makanya aku tahu aku memang bz gila babi sebab semua org suruh aku bnyak rest jgn tensen kerja
mak aku paling best siap suruh amik cuti sari dua rest kt rumah
hello puan sofea, saya baru je masuk opis bulan lepas. nak kene ketuk dengan suami awak ke?
adoila mak aku

esok aku berharap tak ot la
kesian anak dedi terpaksa berpoya2 dengan ankel2 beliau sebab dedi selalu balik malam
dah la ari sabtu kena kerja
makanya bilakah muhammad hakim nak berpoya2 dengan dedi? tsk2
tadi tak sempat lunch malas nak keluar pun ye makanya mintak pertolongan cemas daniel haikal beli makanan sebab dia kata dia kat luar
disebabkan dah petang makanya subway ajelah yang ade,nak.
subway pon subway la. time kasih haikal


siap ada =) ke haikal kene ngorat ni? hahaha
balik umah terus makan nasik macam org kelaparan
esok ada meeting pagi petang
oh embulen sila la turun dari langit
lepastu kan satu lagi
aritu sushi king ada bonanza weh
aku kat siam hoii!
mental breakdown la mcm ni. balik kedah bonanza dah habis
sila menangis bawah selimut ye pariz aserap.
cisskek la! apesal buat masa aku outstation hah??
walaupun zanmai sushi tu sedap gila tapi sushi king bonanza lagi best weh
sebab murah.hahahahahaha

aku sekarang ni masalah tak boleh tidur kembali menghantui diri ini XD
aritu masa cuti rilek je boleh tidur dengan nyaman aman sentosa dan sejahtera
orang lain penat tidur tak sedar diri
aku penat tak boleh tidur. apakah dosa pacik nak.
tapi takpelah nak buat cemana pacik redho
ayat mcm mintak penampar
macam la kau tak biasa tak tidur kan pacik?
abaikan dulu masalah tidur aku yang tak tau siriyes ke tak tu
tadi aku bukak emel. ada org meset aku bulan lepas.
korang kena paham oke emel tu kalau aku buka sebulan lambat tu kira bersyukur tahap dewa naga dah. sebab biasanya 5 6 bulan sekali baru aku buka.hahahahah
ko tau tak ape permintaan beliau? eh ini dia rikues tau. bukan tanya2 soalan dah
haa berani2 dia rikues dengan pariz aserap
tak takut ke kalau rikues dia tu tahun depan aku baru baca? hahahaha
nasib baik tau aku rajin bukak emel arini. cepat time kasih kt aku

permintaan beliau adalah suruh aku buat entry cnblue. wakakakakka
ko dah jangkit adik pompuan aku jugak ke?
dulu aku penah buat entry group nama apa tah dh lupa sebab farah minat group tu dulu
sekarang aku tak tau dia minat group apa pulak
tapi cnblue ni memang aku yang minat.
nantila pacik usahakan buat entri. ko jangan komplen kalau entri cnblue aku lagi panjang dari segala entri yang aku penah tulis kat sini.hahaha
tapi aku tak janji bila weh. sila jangan berharap
dia kata dia tak kenal sangat cnblue kot la nanti bila baca entri aku dia minat jugak ke.
cnblue kena bayar aku ni nanti sebab promote group dia. hahaha
adoi la. macam2

pacik nak off dulu nak merehatkan tubuh badan
esok nak kena hadap meeting pulak
semoga pariz aserap sakses duk kat opis esok

sekian terima kasih

bz dan penat tapi masih hot,
pariz aserap

Saturday, September 22, 2018

What's up?

Minggu depan kena pegi china.
Itulah 'whats up' dia. Tsk2
Bukan pegi berpoya2 ye anak2 aku kena pegi atas urusan kerja. Seminggu pulak tu
Sebab tu ko nampak 'tsk2' disitu
Kalau pegi berpoya2 aku dah taruk 'yeyeah!' mcm kumpulan amuk tu.
Dah la sambut arijadi kat sana mana best weh takde org ramai2
Lepastu bulan depan muhammad hakim dh nak pt3 tp dedi kena pegi obersi lama.
Seminggu tu lama tau bagi dedi.
Dah xlama dh pon nak masuk bulan 10
Aku tak kira aku nak sambut arijadi kat kedah jugak. Belated pon belated la.hahaha
Hot x perangai pacik? Kalah budak2

Tapi walaupun aku 'tsk2' kena pegi china tapi aku pegi dengan iskal weh.wakakakaka
Kemain meroyan mcm pegi sorang je. Tampo kang
Sebenarnya aku memang x plan langsung nak ajak dia
Mula2 aku pegi buat onar dekat abg zul
Aku ajak abg zul ikut sekali
Tapi abg zul kata xboleh sebab minggu depan ada mesorat. Aku dh la xde kalau dia x de jugak sape nak pegi mesorat?
Mcm tu la katanya.
Baiklah abg zul. Alasan agak kukuh jadi aku terima alasan beliau walaupun xpuas ati.hahaha
So balik rumah aku meroyan depan muhammad hakim sebab kena pegi sana sorang2 lepastu sebab hakim dh nak exam tapi dedi kena pegi jauh xleh teman hakim study mcm selalu
Muhammad hakim kata its okay dedi seminggu je kan? Dah kerja nak buat mcm mana.
Nampak x pariz aserap? Muhammad hakim lagi matured dari kau! XD
So aku dengan berat hati online nak book tiket
Tengah search2 harga tiket anak aku bagi satu idea yang aku xtau jiniyes ke x.
'Dedi ajak ankel dan sekali x boleh ke? Dia free boleh teman dedi'
Lama jugak aku duk pikir. Sekarang ni pon pikir lagi.hahaha
Boleh ke dia duduk lama dalam flight nanti?
Aku tanya dia dia kata boleh je.
Flight dr kl ke beijing direct 6jam lebih
Boleh ke dia?
Walaupun dia dah boleh berjalan mcm biasa dah tapi aku risau jugak.
Dia boleh bejalan je belari xboleh lagi
Tapi dia kompiden kata dia oke nanti
Mestila dia kompiden kalau x kompiden kang aku x ajak pulak dia.wahahaha

Takpela ish kalau lenguh nnt awak bangun la pegi tawaf dlm flight tu
Nasib baik 6 jam je. Kalau balik itali? Tak naya weh nak kena begaduh dengan dia kalau xnak ajak?
Belas2 jam kot.hahaha
Tapi atleast aku tak sorang2.hee
Oke meh aku nak menjawab soalan sikit sape yang tanya keadaan iskal tu, dia oke dah mcm aku kata td la dah boleh berjalan macam biasa tapi xboleh berlari lagi.
Dah boleh drive aritu dia datang umah aku drive sendiri
Seb baek xkena serangan jantung pariz aserap
Tengok2 dah tesengeh2 depan pintu
Lepastu aku terus haramkan dia pegang kunci kereta.hahahah
Jangan coba2 nak derhaka.
aritu lepas aku buat entry pasal appreciation post yg iskal tulis panjang bejela mcm karangan nam puluh muka surat kt fb tu, ada org emel aku
Dia kata betullah iskal somel
Abihtu ko ingt selama ni aku duk tulis2 dia somel tu aku menipu ke hah? 
Pariz aserap  budak baik tau tak pernah menipu.hahaha
Pastu aku nak mintak maap la sebab emel2 zaman firaun aku baru baca weh
Aku bz xsempat nak berpoya2 dengan jayanya

Sebelum aku off meh la kita masuk sesi selingan sikit.
Sesi apa pacik? 
Sesi kpop.wakakakaka
Kan aku dh kate bila parah atiqah dh balik rumah otometik  berjangkit perangai kpop dia
Tak lah weh aku xminat kpop pon aku suka cnblue je. Ko jangan samakan aku dengan peminat kpop ye anak2.
Cnblue ni dia lain dia bukan group menari2 tah pape tu.
Cnblue ni adalah sejenis band oke tuan2.
Ko tau x band tu apa?  Band tu yang main2 instrument; gitar, bass, drum,etc2
Aku enjoy gila tengok konsert2 dia tak tipu nih
Ko kene tengok jugak weh
Tiba2 rekemen dekat ko XD

Lepastu aku dapat khabar menyedihkan dari informer kpop aku a.k.a parah atiqah bahawasanya cnblue skarang on hiatus sampai 2020
Aku pon 'wae??'
Terer x aku spiking korea? Walaupun satu patah je.
Wae tu maksud dia why? 
Sedih pariz aserap baru nak layan kpop ni.
Sebab hiatus parah kata empat2 member cnblue dah join army.
Benda wajib kat korea selatan kan? Semua lelaki start dr umur berapa tah kira mcm abis skolah la kena join army 2 tahun
Paling lewat kena daftar umur 30 biasanya artis la
So tu kira memang ko xboleh ngelat la kene join jugak makanya babai cnblue
Farah kemain bg semangat kt aku dia kata rilek la bang 2 tahun je.atleast empat2 member join serentak tahun sama jd keluar sama2.ada group yg join tahun lain2 jd kena tunggu lepas sorg2 keluar.
Besemangat waja dia explain kat aku siap suruh aku marathon konsert2 cnblue sementara tunggu diorang keluar army. Apakah?
Ingat abg xde kerja ke? Wahahahah
Tragis adik aku ni. Aku main2 je kot sedih
Sekali terus dia bg cadangan bernas. Amik kau pariz aserap
Apa2 pon lee jonghyun fighting!
Tiba2 sangat kau pacik.kena tumbok nanti baru padan muka XD
Tapi lagu 'radio' cnblue best. Versi jepun la best versi korea best jugak tp jepun lagi best
Ko sila dengar ye walaupun ko xminat kpop
Aku pon xminat weh tp aku kategorikan cnblue ni sebagai krock bukan kpop.
Suka2 ati aku je.hahaha
Gila panjang sesi selingan kpop aku.
Abihlah pariz aserap. Semoga aku tak terjebak dengan kpop. Tak hot la kpop
Tadi adik aku ajak tengok drama korea
Aku mintak maap awal2 drama2 memang aku x layan. Nak2 drama cinta. Memang bukan pariz aserap ye anak2  kalau layan drama nih
Aku kate kat farah aku x minat drama. Drama korea apetah lagi memang xpenah tengok
Lepastu;

Farah: abistu mcm mana abg kenal lee won geun?
Aku: errr... 'garu kepala'

Komplikated nih kalau aku nak jawab makanya aku terus menukar topik dengan saksesnya
Tapi percayalah weh walaupon aku kenal lee won geun tp aku memang x layan drama.haha

Baiklah anak2 sebelum aku masuk sesi selingan lain plak baiklah aku off
Orang lain dah tido dah bilik pon dh gelap
Tapi encik mafia asik terjaga lepastu suruh aku tutup telepon
Org taip kot telepon pon silau ke? Suka ati org la telepon orang.
Kene tumbok dengan beliau nanti baru tau nak insaf pariz aserap.
Tumbok la xajak nanti pegi beijing.wahahaha
Jahat kau!

Okela sian pulak encik mafia beta nak tido
Aku off dulu la
25 sept nanti sila wish arijadi aku oke
Walaupun aku berada jauh di obersi
Oberdos nih namanya
Baiklah anak2 sebelum iskal bagi pancaran laser dari mata sepet dia tu baiklah aku off dengan aman dulu
Sila jangan rindu beta

Sekian terima kasih


Paling hot di planet bumi,
Pariz aserap

Saturday, September 8, 2018

Hai september

Assalamualaikum warohmatullohiwabarokatuh
Akhirnyaa!!!! Berjumpa jugak jalan pulang ke blog bajeitam. Lama gila haa aku x tulis2 kat sini dah sebulan lebih dah
Dah rindu aku x semua orang? Sape rindu angkat tangan jangan malu2 XD
Aku tau ko rindu kan kan?? * penampar please!*
Aku bz weh sekarang sampai tak sempat nak berpoya2 tau. Life apekah ini pariz aserap?
Kemanakah life beta yang best menghilang?
Takde life hoii asik bz kat opis.
Kembalikan zaman muda beta yang ceria riang ria dihari raya~~ wuwuuu
Aritu amik cuti kemain tak ingat dunia kan sekarang rasakan pembalasannya. Padan muka kau pariz aserap.
Ni namanya pembalasan jurus agung tahap tertinggi level hokage. Gila panjang nama jurus kau pacik.wakakakaka

Memandangkan ni bulan september yakni bulan yang paling best dalam kalendar makanya pacik mengambil keputusan untuk memunculkan diri atau dengan lebih tepat untuk ingatkan korang bahawa bulan ni adalah bulan lahir aku.hahaha
Arijadi aku nanti aku nak mintak adiah dengan ko. Sila bersedia. X bagi aku sumpah jadi peti ais. Hebak x aku? Hahaha
Secara rasmi nnt dah nak masuk 31 dh rasa mcm kejap je
Tapi aku x bimbang sebab aku makin tua makin hot kebabom kalah paul walker tau.hahaha
Ko derhaka kat artis peberet ko ke pacik?
Eleh ape barang omputih2 ni skang kita main kpop tau sejak parah atiqah dah balik rumah.
Wahahahha geli oke kau pariz aserap.
Nasib baik aku bz weh jadi takde la kena kerahan tenaga sangat tengok kpop dengan beliau
Tiba2 sgt ko besyukur sebab bz kan pacik? Tadi sape yang meroyan 'life apekah ini' tu? Sape hah?? Lempang kang.

Lagipun sekarang ni dah tak lama dah muhammad hakim nak pt3 so sebagai dedi misali bertaraf dunia haruslah aku spent masa terluang aku dekat dia.
Kemain terluang. Ayat buku teks tak hingat.
Bulan lepas sibuk berpoya2 sakan dengan si bernardo. Puas ati beliau jumpa air tebu
Balik itali dengan senang ati tanpa rasa bersalah dekat aku yang kena cari air tebu dengan gigih sekali.
Dia balik malam lepas merdeka. Walopon dah besar dh bleh jd bapak org tapi setakat ni masih belum fail la buat aku megren.hahaha
So sekarang muhammad hakim kena ulangkaji balik kot2 ade ilmu yg dh terkeluar masa tgh sakan berpoya2 aritu XD
Jangan risau hakim i know you can do it!
Muhammad hakim fighting!! *nampak pengaruh kpop disitu*

Oke dah aku nak off dah nak merehatkan diri pulak
Biasa la pacik kan dah tua dah lapan puluh taon
Aku tadi bukak blog nak tulis sikit je sempena kemunculan balik baje itam
Tapi kalau dah name pariz aserap nih ko boleh letak dalam tong sampah la nak tulis sikit dia tuh.
Aku xstart tulis x pe dah start tu haru sikit la nak stop walopon tulis merapu2 mcm mintak terajang jurus pembahagi bayang naruto
Oleh yang demikian  elokla aku stop dulu
Nanti aku tulis lagi
Kalau aku menghilang lama tu maknanya aku nak suruh ko rindu dulu. Jangan nangis tau nnt aku muncul.wahahahha
Perasan nak mampus
Oke la aku off dulu
Ada masa nnt beta akan kembali

Sekian terima kasih




Menten hot walau lama menghilang,
Pariz aserap.

Tuesday, July 31, 2018

Lovesick

Arini pacik nak cakap pasal kpop sikit la
*sambil sikat rambut kedepan ala2 rambut langsir haikal zaman kasanova dulu*
Jangan imejin aku buat rambut kpop weh aku gurau je. Takot ko dpt kemurungan tahap tertinggi nanti XD
Haikal xpe dia spisis somel  mcm korea walopon sekarang rambut beliau x korea dh. aku spisis lain.wahahahha
Tetibe je xde salam xde apa cakap pasal kpop.
Pariz aserap dah kenapa nih?
Oh sebelum tu, assalamualaikum warohmatullohiwabarokatuh tuan2 dan puan2 sekalian alam semesta.

Tapi satu lagu nih weh aku gigih gila dari dulu nak tau lagu apa tapi sebab ilmu kpop aku lebih rendah dari tahap 0 makanya aku biarkan je walaupun sakit ati gila bila tak tau
Aku tak berapa ingat bila tapi dalam 5 6 7 tahun lepas la aku ada dengar satu lagu nih
Masa nih kpop belum berleluasa di malaysia ke baru nak berleluasa mcm tu la tapi aku terdengar lagu ni dalam radio mana tah aku tak ingat
Sebab aku tak tau pon tu lagu korea aku pon dengan kompiden tahap agung kate tu lagu jepun.wahahahaha
Ko boleh bayangkan tak sakit ati macam mana bila ko nak cari lagu tu tapi tak tau nak cari macam mana. Helpless and hopeless
Aku siap buat kerahan tenaga kat adik2 aku suruh cari
Tapi nak cari macam mana laaa??! Wakakakka
Gigih dua orang budak tu  nak bantu abang beliau siap suruh aku nanyi sikit macam mana bunyi lagu tu. Tapi abam nak nyanyi mcm mana?
Aku mana reti weh

Lepastu dengan terpaksa aku melupakan lagu tersebut. 
Lepas setahun dua tu lepas kpop dh berleluasa aku pon terpikir 'ke bukan lagu jepun?lagu korea kot'
Memandangkan adik pompuan aku si farah atiqah dia expert dalam bidang kpop aku pon dengan harapan yang menggunung tinggi lagi tinggi dr gunung everest terus eksaited meset beliau.
Kemain lagi yakin kompem adik aku tau nih.
Aku meset dia "farah abg rasa yg dulu tu bukan lagu jepun.lagu kpop la.farah mesti tau kan?"
Adik aku reply "lagu yg dulu? Lagu apa bang?"
Apakah?? adik aku tak ingat weh aku penah suruh dia cari lagu T_T
tapi xpe. demi lagu tu aku gigih explain balik kat farah. dia pon ' oh lagu yg abg bagitau dulu ke?'
ye dik lagu tu la abg masih belum berputus asa.hahaha

Dengan penerangan aku tentang ciri2 lagu tersebut yang tak membantu langsung tu, farah pon memulakan pencarian beliau.
(Penerangan aku: laki yg nyanyi, lagu tu selow tak selow sgt, muzik dia sedih abg xpaham lagu apa tp bila denga rasa sedih *kemain ko menjiwai kan pacik?* )
Lepas pada tu adik aku bila dia dengar atau teringat mana2 lagu kpop yang selow2 sedih tu terus dia suruh aku dengar kot2 betul lagu tu
Selepas beberapa tahun pacik masih tidak jumpa lagu tersebut ye anak2
Aku mcm rasa semua lagu  kpop yg slow2 aku dh dengar.wahahahaa
Sampai la minggu lepas, adik aku whatsapp 'bang ada satu lagu nih abg nk dengar x? ke abg dh givap?' 
Pariz aserap x givap oke! Wahahaha
Aku suruh dia bagi tajuk tu aku search kt youtube
Akhirnya saat yang ditunggu telah tiba
Omaigodd!!! Macam nak menangis air mata darah berbaldi2 rasa
Adik sayam abam memang hebak la
Kalau farah kat sini abg dah siom2 dah nih tahuu!
Bertahun abg cari lagu nih tau tak?
Terima kasih farah atiqah yg cantik jelita.hahaha
Membantu gila ada adik minat kpop mcm ni XD

Oke sekarang meh kita dengar lagu yang pariz aserap gigih cari dari 6 7 taon lepas
Ko paham x perasaan puas tu macam mana bila dapat lagu ni? Hahahaha
Lagu yang pacik maksudkan adalah 'lovesick' nyanyian ft island
Lepas aku dh tau lagu apa kan farah pon bagitau 'abg, ft island nih satu company je dengan cnblue'
Oke. cnblue tu abg kenal sbb lagu jepun dia best2
Inilah lagu penantian bajeitam bertahun2 lamanya
Sedih je bila mengenangkan gigihnya aku xputus asa cari lagu ni siap suruh adik aku cari.wahahaha
Nasib awak la dik.





Lagu2 spisis macam ni memang taste aku la
Aku pon xtau apesal aku suka lagu sedih2 mcm ni
Masa first dengar dlm radio tu aku xpaham apa pon tapi aku menjiwai oke.rasa sedih tu sampai ye anak2. hebak x aku? walaupon aku siap ingt tu lagu jepun tapi kesedihan tu dapat dirasai ye tuan2
Wakakakakaka
Tapi macik goku kata x best. Awas kau macik!
Tapi part rap dia xbest. Selalu je lagu korea mcm tu.lagu sedap2 tetiba tambah rap yg xsedap tapi xpe aku tetap suka lagu ni

Minggu depan adik sayam abam dah balik alor setar weh. Zarith lapor diri minggu depan makanya parah atiqah, welcome back bebeh
Ko jangan terkejut lepasni kalau entry aku asik korea je lepas kepulangan farah atiqah terchenta
Aku kena la layan je dia melayan kpop lepasni sbb aku ada agenda trsembunyi XD
aku masih x berputus asa nak ajak dia masuk opis sama2.hahahahahha

Oke dah la. panjang pulak entri disiang hari arini
Esok aku dah masuk ofis ye 
Rasa lemau tu tetap ada,nak. kemain cuti dari raya aritu kan? Silalah berubah pariz aserap sesungguhnya opis memerlukan khidmatmu.
Baiklah sekarang aku nak off dulu amik mood untuk esok.hahahhaa
Menipu je amik mood padahal nak berpoya2 dengan budak2 ni
Beni ajak keluar jalan2 arini. aku opkos la dengan sepantas kilat bersetuju. mentang2 iskal boleh jalan dah kalau x pariz aserap la yang paling sopan duk je rumah xnak keluar
Aku kena la jaga emosi pesakit ye tuan2. aku kan baik dan bertamadun memang la mcm ni.

Sekarang izinkan pacik berpoya2. Esok dh masuk opis nih kasi can la aku nak berbahagia dia hari raya.hahaha
Sekian terima kasih. Bai


Paling hot dialam semesta,
Pariz aserap