Saturday, July 29, 2023

may your soul rest in peace

 DAD,

remembering u is easy i do it everyday, 
missing u is the heartache that never go away.
people said time will heal but i dont think it works on this one.
its been 44days since u left us. 
it hurts... it hurts so bad 😭
on the day i lost u, i lost a father, a bestfriend, a hero and a teacher who i looked up to.
I MISS YOU 😭
not a day goes by without thinking of u.
you will always be in my heart,dad. 
i miss you so much, every seconds and in every heartbeat.
i miss your dad jokes.
you are the best father in a whole wide universe.
i miss you,dad.
may Allah grant you the highest place in Jannah.
and may u rest in peace now, beloved daddy.

I LOVE YOU SO MUCH❤

Sunday, April 3, 2022

ramadhan 2022

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.
akhirnya timbul jugak pariz aserap kt sini.
alhamdulillah masih belum lupa daratan πŸ˜„
aku cuma nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK buat semua umat islam dimana jua anda berada.
semoga ibadah kita diterima olehNya dan semoga kita beroleh Lailatul qadr. amiinnn~

tahun nih puasa pertama pacik adalah di bumi kenyalang! sedih betul nasib pariz aserap nasib baik sini bukak puasa awal πŸ˜†
aku seperti biasalah di miri atas urusan kerja tapi selasa nanti dh balik alor setar *tadah tgn memanjat kesyukuran*
walaupun jauh diperantauan tp juadah buka puasa aku meriah hahaha
meriahla sebab hulur duit je kat bazar. kalau nak tunggu aku masak alamatnya sambung terusla dengan puasa esoknya.

tahun ni kpi masing2 agaknya hari pertama puasa xberpuasa kt rumahπŸ˜…
makayah aku kat florence sekarang. dah lama mom nak balik kampung so pertengahan bulan lepas dia balik sana. pertengahan bulan ni diorang balik sini balik.
jangan dia buat telajak sampai raya sudah mau banjir alor setar nanti dengan tangisan anak2 dan cucu2 🀣
aku belum mampu nak balik kesana
kerja di ofis adalah tetttt tsk3
bantuin pariz aserap ya allah.
farah ada kt rumah mertua dia td buka puasa sana. firdie aserap pulak mcm biasa la, dh xde org kt rumah semestinya dia dirumah umiabah.
bapak aku gelak ye anak2 bila tau aku berpuasa di perantauan. sampainya hatimu.
how couΔΊd this happen to me~~ *feeling simple plan sambil hantuk kepala kt meja*

tapi takpe lagi 2 hari je.
kepada semua yg merindui pariz aserap di loqstaq sana bawak bertenang nanti beta pulang! 
padahal sendiri dah menangis bawah katil xboleh bertenang πŸ˜‚

sekian saja kambek aku di belog pada hari ini.
tak boleh lama2 aku ada kerja kena siapkan.
kata nak balik selasa kan?
tiket dh beli nih hoih kalau kerja x siap ada miri begegar karang dgn amukan raksasa dibulan puasa πŸ˜‚

dengan ini sekali lagi aku ingin mengucapkan SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM. mohon maaf kalau ada terkasar bahasa tersilap kata tersalah bicara.
semoga kita semua beroleh keberkatan, keampunan dan rahmat dari-Nya. aminn


Saturday, December 18, 2021

takde tajuk

dah berapa bulan lupa jalan pulang ke blog akhirnya bapak kembali,nak.
semoga peminat2 bapak gembira dengan kemunculan ini πŸ˜‚
seriousla ada lagi ke orang baca blog sekarang? kalau masih ada tahniah diucapkan anda insan terpilih! hahaha
apakah perkembangan pariz aserap yang terkini? 
perkembangannya baru balik dari miri hoih. sebulan lamanya aku bertapa di sana nasib baik x bertapa dalam gua niah je.
ahh pacik homesick! *overr...boo!*
aku balik kedah hari isnin baru ni sepatutnya khamis tp sebab gigih pulun kerja nak balik awal kan? walaupun 3 hari awal je pacik tetap gigih.

aku ke miri bersama shiapa ya?(baca dlm nada sinetron)
tak lain x bukan semestinya daniel iskal yang mafia. kerana beliau risau aku pergi sorang sebab 2 minggu sebelum gi miri aku baru sembuh dari covid19. 
ye anak2, aku adalah positif covid.
dan aku xtau dapat virus tu dari mana sebab aku memang xde pegi berpoya2 atau membuas merata2 time tu tiba2 je dah +ve. ni bukan close contact dengan sape2.
rasanya gi ofis je tu pon banyak ngelat work from home je πŸ˜…
nak buat mcm mana, aku adalah insan terpilih.
bersyukur jelah masih bernafas ni.
nasib baik kat ofis takde kes dan nasib baik jugak kat rumah pon aku sorang je yang kena dahla farah ada baby 😩
masa mula2 tu aku buat test pakai test kid sebab selsema dari pagi sampai malam.
masa tu takde rasa apa2 lagi cuma risau je dalam rumah ni ramai orang kan? so berjaga2 la. tau2 terpancar 2 garis kat kit tu.
xtau nak kata apa aku masa tu macam, oh aku positif ke ni? lepastu terus pegi melaporkan diri sebagai positif covid. dorang buat pcr kat aku pastu dapatla merasa pakai gelang mahal haha
10 hari kena kuarantin hari kedua dah hilang deria rasa dan bau. part ni rasa seksa sikit sebab makan minum memang taktau rasa apa tp doktor kata kena makan. 
Alhamdulillah sekarang deria dah kembali makanya cepat tadah tangan bersyukur!
sepanjang positif covid tu memang xlarat dengan semput lagi batuk sampai luka kat tekak. banyak la dugaan dia πŸ˜‚
firdie aserap la yg monitor aku kat rumah.
mula2 dia mesej aku suruh benarkan dia masuk bilik aku sebab dia risau.
takkanla aku nak bagi! aku positif kot
sekali dia bukak pintu bilik 'tadaaa!' lengkap dengan ppe sekali dengan plastik yg sarung kat kaki tu 🀣
adoila adik sayam abam. rilek pulak tu dia siap lepak baring kat kerusi sambil silang kaki sambil sembang dengan aku + main tepun hahaha
so sepanjang 10 hari tu memang firdie lah yang monitor sebab aku lemau gila xtau nak kata.
macam demam tapi x demam tp lemau x larat.
lepas seminggu baru rasa okay.
so semua orang kat rumah tu kena kuarantin kendiri sebab contact rapat.
begitulah alkisahnya. diharap korang semua jaga diri. terus rasa xbermaya bila cakap pasal covid πŸ˜‚
sebabtulah daniel iskal aka mafia ikut aku ke miri. sebab dia risau kalau aku tak okay lg.
kot2 buat bebukan ke boleh jugak dia bagi tumbukan sedas dua supaya kembali ke alam nyata 🀣
terima kasih la ish. jauh haa dia work from bumi kenyalang hahaha

macam tu jelah cerita pacik,nak.
sekarang ni cerita dia aku rindu anak sulung yang berada di perantauan.
mcm jauh sangat sebut perantauan hahaha
perantauan aka usm,penang πŸ˜†
dedi rindu,bang.
so far, dia okay kat sana walaupun mula2 reyau jugak.
tapinya videocall wajibulghunnah lah kena setiap hari πŸ˜‚
nanti kami pegi sana ye bang. study elok2.
yang bongsu pulak dah start nak gelisah dah nanti sem 2 kena balik matrik dah xboleh study online dah. tapi aku bertenang lagi ni nanti dah hari kejadian baru la aku ajak orang lain pening berjemaah jugak hahaha.
kenapa korang besar cepat sangat??wuwuu
muhammad hakim kelakar tau, dia dh tanya aku siap2 boleh x dia nak ambik kos business jgk nanti? kalau x boleh dia nak ambik engineering katanya.
sebab nanti kalau x boleh kerja kat dedi(kalau xambik business course), boleh kerja dekat ankel dan (engineering) 🀣
begitu ye anak2 dia merancang masa depan. janji dekat dengan dedi kekdahnya hahahaha
adoilah anak.
sayangnyaaaaaaa dekat korang berdua nih.
semoga abg dengan hakim berjaya dunia akhirat.

dah 6.30 pagi makanya aku harus pergi ber eksesais!! sebab aku makin gemuk lepas balik dari miri.
airipit, GEMUK!!
berat aku dari 74-75kg dah naik 79 hoiii
kegemukan apakah ini pariz aserap??
bersyukurnya pacik tinggi,nak. boleh jgk cover sipi2.
tapi takpayah cover sangat ye pariz aserap. dah
ada orang tegur aku berisi sikit lepas balik dr miri.omaigod! 😱
makanya ayuhlah anak2 kita bersenam dengan harapan semoga kegemukan ini hilang dari radar.


yang hot walaupun gemuk,
pariz aserap.

Tuesday, September 28, 2021

september 2021

assalamualaikum warohmatullohiwabarokatuh
helooo eberibadehh
akhirnya pariz aserap menemui jalan pulang ke blog setelah sekian lama.
ada yang rindu x? sape rindu angkat tangan!
masih bajet ramai peminat 🀣

aku xde cite pape pon saje jenguk blog kot2 la ada org rindu tahap nak sawan ke.
sekarang ni penyakit aku yg paling bahaya terlalu mendominasi diri ini yakni penyakit malas! 😝
ya ampun pemalasnya nak buka blog sampai tahap aku buat karangan kat facebook je. gasaklah aku malas.haha
busy dengan kerja pon ye jugak. tp malas la cakap pasal kerja yg xpernah habis itu. begitulah kehidupan di dunia yang fana ini hahaha

22hb baru ni adik sayam abam si farah selamat bersalin anak ketiga. aritu dekat post raya aku kata anak sedara kt rumah ni sorang je. boleh pulak aku lupa ada sorg lg hahaha
ampunkan bapak menakanmu iman. nnt aku edit balik.
dah 3 orang anak farah. alhamdulillah sihat walafiat semuanya. yang no.3 ni baby boy.
dia pon selang2 jgk mcm mak aku. cumanya mom anak sulung perempuan, farah anak sulung lelaki.
kesimpulannya baby ni nanti boleh sambut arijadi sekali dengan aku πŸ˜„
kita geng september yang best!
7 orang dah anak sedara aku weh.
tetaplah anak2 dedi paling senior diantara semua hahahaha
walaubagaimanapun pariz aserap tetap menten hot πŸ’¨

aku ada berita yg menggembirakan tp dlm masa yg sama sayuuu hati ini makin sayuu.
yakni anakanda sulung aku aka abg diterima masuk usm. bersyukur sangat sbb dia mmg aim usm tapi dedi kan berhati tisu
mcm mana nih pestaim nak hantar anak masuķ u. semoga dedi xbuat perangai pelik2 nnt 🀣
apapun dedi sentiasa doakan yg terbaik untuk abg. proud of u big boy.
semoga tabahlah nnt dengar nasihat dedi berguni2
muhammad hakim dpt matrik tp masih boleh bersukaria sbb dia kelas online dirumah. sem 2 nnt kau bersiap siaga la dedi kalau dia kena balik hostel hahahaha
sedih pulak rasa anak2 xde nanti.
overnya dedi! 
ankel dan pon kata sayu nnt abg dh kena pegi sana. kalau ankel dan sayu dedi apatah lg 😝
yela dah setiap masa bekepit je kan sesama. nasib baik penang je. fuh *kesat peluh sambil berdoa cepatlah boleh rentas negeri 🀭*
xpela iskal marilah kita membanting tulang di ofis jelah. beginilah nasib orang tua πŸ˜†
muhammad hakim dh siap nasihatkan abg dia, "abg jgn lupa daratan tau" 🀣
dia sedih sebenarnya sbb xpernah berpisah lama2 jauh2. abis matrik pon nak tuju usm katanya. 
dedi anggukkan jelah. kita tengok nnt mcm mana hahaha

so far tu jelah perkembangan aku and the geng
sekarang ni aku kurang sihat sikit. sikit je la
2 minggu lepas cek in hospital sbb asma menyerang susah nak bernafas dan bnyak lendir dalam paru2. seminggu lebih jgk admit
sekarang ni asma on off tp much better. 
syukur masih bernafas.
musim2 mcm ni risau jugak tp so far semuanya okay.
btw, semua kt sini dah komplit vaksin 2 dos. katanya nnt nak bg dos ketiga pulak
aku on jelah. kamtumi bebeh! pegi hulur lengan je kan bkn kena bayar hahaha

sekian sahaja perkembangan pariz aserap
semoga terubat rindu peminat🀣🀣
kalau dpt hidayah nnt aku tulis lagi
semoga penyakit malas lenyap dari hidup pacik.
semua orang stay safe jaga diri jaga sop jangan degil2. sape degil semoga kena saman!πŸ’¨

(fyi, kesayangan aku yugi dah ikut jejak langkah boy. sedihnya tuhan saja yg tahu 😭 dia pergi 2 bulan lepas boy xde. tengok video dengan gambar jela kalau rindu. dua2 dh la manja gila dgn aku. menangis jgk la dedi. gila kau x menangis kesayangan sgt tuh huhu.xnakla ckap pasal ni nnt sedih haha.)

bye.


tetap dan masih hot,
pariz aserap.

Monday, June 21, 2021

happy birthday my beloved little brother ❤

21st JUNE 2021

............... repost from facebook ..............

🎢hepi birthday tuyuuu 
hepi birthday tuyuuuuu 
hepi birthday dear adik sayam abam 
hepi birthday tuyuuuuuuuu 🎢 

happy 30th birthday my beloved Firdie Ashraff❤ 
enjoy this special day of yourlife to the fullest. always remember that my prayers are always with you in all the good and bad times. 
i wish you the best of all. 
and hope the grace of God will follow you everywhere. 
you are the greatest gift our parents ever gave me 😘 
if only everyone had an amazing brother like you the world would be a much better place 😊 
may Allah bless you with a long life, 
may He give u all happiness, 
may success follow you in wherever you go, 
and may all your dreams come true. 
i cant believe my baby brother turns 30 today. but who cares? be it 30,40,50 or 60 years old you are forever my baby brother 😊 
you know how much i love you rite?😁 
and thank you for always being there and supporting me, fir. 
i dont know whether its odd or not but we never fight hahahaha and im grateful for that 😁 
so glad to have a brother like you. 
wish u a many many happy returns of the day. 
tanti auguri a mio amato fratello ❤ 
abang love you so much, firdie

.......................................................................

FIRDIE ASHRAFF, JUST SO YOU KNOW EVEN IF THE WHOLE WORLD AGAINST YOU, ABANG WILL ALWAYS HAVE YOUR BACK.
I LOVE YOU SOOOOOOOO MUCH! TO THE MOON, TO THE STARS, TO THE OTHER PLANETS, TO THE GALAXIES AND BACK! 😁
ONCE AGAIN, HAPPY 30th BIRTHDAY ADIK SAYAM ABAM 😘

Saturday, May 15, 2021

eid mubarak + pkp

selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin untuk semua ummat islam di seluruh dunia.
tahun ni raya buat apa anak2?
duduk rumah!!
macam marah je tanda seru sampai 2 hahaha
tidak ye tuan2. tu tandanya semangat 😝
so hari raya pertama pagi2 lagi dah siap2 gi semayang raya. awal weh aku pegi sebab takut nanti dh cukup kuota sesia kena balik. nasib baik lepas. fuhh! dapatla merasa solat sunat aidilfitri 😌
lepas habis semayang raya terus balik rumah  nakgi kubur pon x boleh kan? balik rumah jelah
takpayah nak degil sangat nak merayap merata.
kau ingat kau kayangan ke? hahaha
sampai rumah terus ambik tempat masing2 nak salam2 mintak ampun segala dosa πŸ˜…
sebabkan kaklong tak dapat balik kampung so akulah yang pertama kena salam dengan momdad. lepastu aku join duk tepi dorang tunggu adik2 dan anak2 salam pulak
gitulah kebiasaannya.
mak aku dah awal2 bagitau, fir last sekali last sekali nnt kesian org lain lambat tunggu dia salam dengan abg dia πŸ˜†
gelak je fir. semua orang tahu dah firdie aserap ni dia punya mintak ampun kat aku mcm buat salah besar padahal sikit pon takde hahahaha
sebabtu la abg sayang 😘
dia punya la ingat part dia tinggikan suara  sekali seumur hidup kat aku dulu tu. dari tahun bila tah sampai sekarang tiap2 tahun mintak maap. " abg fir mintak maaf mintak ampun kalau pernah sakitkan hati abg pernah melawan cakap abg (which is xpernah okay!) pernah tinggikan suara dekat abg. abg fir mintak maaf"
abang: mana pernah fir buat semua tu
fir: pernah. fir pernah tinggikan suara dekat abg dulu (bertahun dia ulang ayat ni πŸ˜…)
abang: tiap2 tahun fir mintak maaf pasal ni abg dh maafkan lama dh fir
fir: fir mintak maaf tau abg fir xsengaja
*abg garu kepala*
abang: ye fir. abg maafkan abg maafkan sampai akhirat (πŸ˜‚) tahun depan fir tak perlu mintak maaf dah pasal ni tau.
lepastu baru dia siom tangan/peluk aku
hahahahaha alahai adik abam

lepas sesi bermaafan sesi fotografi la apa lg
raya ke tak raya ke ambik gambar tu wajib ye anak2 πŸ˜†
oh btw tema baju raya en harriz and the gang tahun ni adalah warna pink. farah la ni nak sangat warna ni tp tiada bantahan di pihak aku sebab warna pink dia very light bukan pink yang terang tu.
tadi ada nampak kt  mana tah fazura (kot nama dia) yg laki dia fattah tu kan? satu family pakai pink mcm tu jgk. sep sikit kita geng πŸ™πŸ»

lepas ambik gambar beramai2 sesi videocall pulak. tahun ni sedih sikit(tak sikit jugak) sebab kakak aku tak dapat beraya bersamaaaa~~~
sedih hoiii dah lama x jumpa kaklong
rinduuu 😭😭
walaupun nun dikejauhan di kuantan sana tapi kaklong menunjukkan solidarity dengan tema baju raya yg sama hahaha
lama gila videocall sejam lebih rasanya
nasib baik pakai laptop kalau pegang tepun mau krem tangan
kesian kaklong menangis2 dia tak dapat balik kampung. rock2 kakak aku dia tetaplah hati tisu
lagi2 melibatkan family
rindunyaaa kaklong 😒

lepas dah end call dengan kaklong aku dan anak2 terus serbu meja makan.
sebelum pegi semayang dah makan tapi alas perut je la
sekarang la masanya untuk menjadi raksasa hahahaha
menu raya rumah aku ada lemang. lemang ni malam raya aku gi ambik kat rumah paksu.
biasanya tiap kali raya mcm tu la. paksu memang rajin bakar lemang kadang2 tak raya pon dia membakar lemang jugak πŸ˜…
disebabkan tahun ni tak boleh ziarah so mom pesan 6 batang je lemang dengan paksu.
pastu maksu bagi ketupat nasi sikit.

sebelum aku cerita pasal juadah raya meh la aku bagitau satu kebenaran.
bahawasanya, umi abah iskal dan haikal beraya dirumah aku tahun ni hahahaha
ni bukan ziarah okay.
lepas pm(ke ismail sabri?) umum pkp seluruh negeri tak boleh ziarah tu mom ajak umiabah raya sekali.
sebab tahun ni dorang memang sepakat pakai tema sama sebab cadangnya nak ambik gambar sama2 la
sekali tak boleh ziarah ye anak2!! hahaha
terus mom dengan dad buat keputusan drastik🀣
2 3 hari sebelum raya umi and the geng dah berkampung kat rumah aku
kesian weh kalau dorang raya berempat je lagi2 daniel iskal tu, abisla dia naik turun tangga je nanti sebab bosan xleh gi memana πŸ˜‚
mak aku ni memang dah anggap umi mcm adik dia. sesuai la tu. sorang anak tunggal xde adik beradik (ada adik angkat sorg yg jauh di florence) sorang lagi takde adik beradik yg sambut hari raya + adik beradik dekat penang.
sebab tu la diorang berdua ni selalu gi mana2 sama2. mak aku syg sangat kat umi tu selalu beli2 bagi hadiah kdg2 xde angin ribut dia order barang kt go shop. nak bg kt umi katanya hahaha. mom dan go shop berpisah tiada.
so agak meriah la rumah aku di malam raya. anak2 umi 2 ketul tu tayah kata la kalau xraya pon memang selalu berkampung kat sini. dah macam rumah sendiri πŸ˜‚
so sesi ambik gambar lebih meriah di pagi raya.

okay berbalik kepada juadah raya, malam raya tu mom+umi+farah (kdg2 haikal dipanggil untuk menolong) masak rendang daging, rendang ayam, kuah lontong, sambal bilis dan nasi daging air asam peberet pariz aserap 🀀
aku tempah sate sebab ada orang tu (jeling iskalπŸ˜’) kata nak makan sate tapi taknak tempah sendiri. apakah? hahahha
tapi takpe sebab sate adalah peberet aku jugak so aku rela tempah sate daging dgn ayam.
tapi sebenarnya bukan aku yg buat tempahan, farah yg tolong tempah aku bayar je πŸ˜‚
makanya, walaupun xberapa raya tapi makanan kalah open house wahahahahahaha
takpe dalam rumah ni ramai raksasa
percayalah sekejap je habis makanan.
tapi pagi raya tu kitorang hantar2 makanan jugak dekat jiran2 terdekat. takkan nak hantar makanan pon xboleh kot? 
rumah paksu pon aku redah je pegi hantar jugak tapi tak singgah la lepas hantar terus balik.
kat sini paling pemes juadah raya adalah lemang dan laksa
sebab tu mak aku xbuat laksa. ari pertama tu kami dapat 4 hantaran laksa hahahaha
so aktiviti hari raya pertama adalah makan makan dan makan
lepastu baring tido 😁

tengahari sikit macam tahun lepas jugak la ada mesorat raya bersama adik beradik dad dan anak2 menakan dia. tahun ni pon googlemeet sebab ramai sangat. 
masa malam raya kat whatsapp group family tu dah bising2 bincang nak gmeet pukul berapa
sebab makteh aku duduk nun jauh di sepanyol. dia la yg bising tak bagi call pagi raya waktu malaysia sbb sana lambat 6 jam kalau xsalah. makanya dalam pukul 12tengahari mcm tu la gmeet bermula. sepupu aku yg lain ada je duk obersi jgk tp semua takde bantahan so okay la hahahaha
nasib baik aku dah menetap di kedah tercinta *tadah tangan bersyukur*
bapak aku ni ada 8 beradik tp yg dok kedah dad dengan paksu je. senang cite macam gini jelah:
maklong - kolumpo
pakngah - brunei
paklang - singapore
makteh - spain
makde - perak
dad - kedah
pak anjang - selangor
paksu - kedah

nasib baik mak aku xnak duk florence 🀣
so masa kami bermeeting raya, abah and family pon duk bervideocall jugak dengan adik beradik dia, adik beradik umi.
tu jelah cara sambut hari raya musim2 mcm ni
tahun ni aku tak tukar duit raya.
tukar nak bagi kat sape je? 
bagi kat momdad umiabah, adik2 yg tesayang (xtau kenapa iskal masuk list), anak2 dedi tesayang yg hot mcm dedi dia dan jugak anak menakan sorang je dlm rumah ni(edit: anak menakan 2 org ye. apa punya bapak sedara lupa bilangan anak sedara🀣 anak farah 2 org xtau apsal aku duk pikir sorang je.amponkan ankel riz). tu jelah.
anak2 menakan ankel riz di pahang sana jgn risau, online banking kan ada. hahahaha
untuk yugi sayam, dedi bagi kasih syg dengan perhatian je okay. ailebiu muah2 yugi 😘

sekian saja cerita raya pkp pariz aserap.
raya kedua duduk rumah lepak2 makan tido makan tido.
mak aku and the geng memasak dia, buat bihun sup utara dengan spagheti siap ada bbq bakar2 kecil kecilan.hahahahha 
tu jelah cara mengubat hati yg duka xboleh beraya mcm biasa. xboleh ziarah xboleh terima tetamu. duk kat rumah buat jelah apa yg patut asalkan tak ingkar arahan kerajaan sudah.
kita ikut jelah saranan kerajaan
jangan degil!! kalau degil aku rotan pakai meriam buluh karang!
kepada sesapa yg tak patuh sop aku mengharapkan semoga kau disaman!! HAHAHA
letihla org duk follow je sop kau suka ati xnak ikut pastu kes xturun2 nnt bising pulak.
okay dah membebel.

dengan ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin sekali lagi kepada seluruh ummat yang beragama islam.
semoga ibadah puasa kita di bulan ramadhan diterima. ameen.

-------------------------------------------------------------------------
offtopic:

dedi rindu boy😭
yugi la paling terkesan rasanya dah selalu bersama tiba2 dah xde. 2 hari jgk dia xberapa nak makan. kena selalu ada dengan dia peluk2 dia baru dia rasa okay kot.
taktau la nakbuat mcm mana dengan perasaan sedih ni. aku dhla hati tisu nak mampus bab2 mcm ni πŸ™
hari selasa pagi masa hari kejadian tu aku tak masuk ofis. sibuk menangis kt rumah tp pukul 2 kena masuk jugak sbb ada kerja. aku pakai spek hitam sebab mata bengkak haha.
budak2 tu heran la kot tp xde sorang yang tanya.
malam tu tetengah aku bersedih dengan yugi ada sorang budak management ni (S) mesej "assalamualaikum en.fariz" aku malas nak reply dulu biar jelah aku cuma baring je dan letak yugi atas dada aku.duk gosok2 je dia. sedih pulak tengok yugi. tapi lama tu dalam 4 jam lepastu dah pukul 1 lebih aku rasa aku perlukan sum1 nak sembang2 supaya xsedih so aku reply mesej dia. aku xnak kacau iskal sebab dia dh tido lgpon dia dh satu hari kena hadap dan tenangkan aku hahahaa.
lepas aku jawab mesej dia, dia tnya2 xtido lg apa semua tu lepastu dia tanya, en fariz sakit mata ke? aku jawab taklah.kenapa?
lepastu dia kata ohh sbb td tengok pakai spek dalam ofis ingatkan sakit mata.
aku jawab, sebab mata saya bengkak.
"bengkak awat?" 
aku: menangis kucing mati
hahahahaha mesti dia terkedu sebab dia mcm typing2 tp xnaik2 mesej.
sape suruh tanya? tak masal dia kena tenangkan aku pulak. gelabah jgk nampak dia mcm xtau nak nasihatkan mcm mana πŸ˜…
apa2 pun thanks walaupun shock tp tetap rilek tenangkan pariz aserap.haha
esoknya hari rabu. biasanya rabu aku duk kat management so masa masuk kt sana dia tengok je sbb aku pakai spek lg. so aku patah balik pegi kt meja dia, "thanks".
dia tanya bisik2, en.fariz ok?
aku: tak okay
dia: ohh *xtau nk jwb apa kot*
aku kata thanks lg sekali pastu aku masuk dlm bilik.
dan sampai hari ni aku masih lg rasa sedih tu. maybe x teruk mcm haritu tp rindu tu xtau nak cakap mcm mana. 
boy, dedi rinduu.yugi pon rinduu. ankel dan pon rindu boy sangat 😿