Tuesday, July 31, 2018

Lovesick

Arini pacik nak cakap pasal kpop sikit la
*sambil sikat rambut kedepan ala2 rambut langsir haikal zaman kasanova dulu*
Jangan imejin aku buat rambut kpop weh aku gurau je. Takot ko dpt kemurungan tahap tertinggi nanti XD
Haikal xpe dia spisis somel  mcm korea walopon sekarang rambut beliau x korea dh. aku spisis lain.wahahahha
Tetibe je xde salam xde apa cakap pasal kpop.
Pariz aserap dah kenapa nih?
Oh sebelum tu, assalamualaikum warohmatullohiwabarokatuh tuan2 dan puan2 sekalian alam semesta.

Tapi satu lagu nih weh aku gigih gila dari dulu nak tau lagu apa tapi sebab ilmu kpop aku lebih rendah dari tahap 0 makanya aku biarkan je walaupun sakit ati gila bila tak tau
Aku tak berapa ingat bila tapi dalam 5 6 7 tahun lepas la aku ada dengar satu lagu nih
Masa nih kpop belum berleluasa di malaysia ke baru nak berleluasa mcm tu la tapi aku terdengar lagu ni dalam radio mana tah aku tak ingat
Sebab aku tak tau pon tu lagu korea aku pon dengan kompiden tahap agung kate tu lagu jepun.wahahahaha
Ko boleh bayangkan tak sakit ati macam mana bila ko nak cari lagu tu tapi tak tau nak cari macam mana. Helpless and hopeless
Aku siap buat kerahan tenaga kat adik2 aku suruh cari
Tapi nak cari macam mana laaa??! Wakakakka
Gigih dua orang budak tu  nak bantu abang beliau siap suruh aku nanyi sikit macam mana bunyi lagu tu. Tapi abam nak nyanyi mcm mana?
Aku mana reti weh

Lepastu dengan terpaksa aku melupakan lagu tersebut. 
Lepas setahun dua tu lepas kpop dh berleluasa aku pon terpikir 'ke bukan lagu jepun?lagu korea kot'
Memandangkan adik pompuan aku si farah atiqah dia expert dalam bidang kpop aku pon dengan harapan yang menggunung tinggi lagi tinggi dr gunung everest terus eksaited meset beliau.
Kemain lagi yakin kompem adik aku tau nih.
Aku meset dia "farah abg rasa yg dulu tu bukan lagu jepun.lagu kpop la.farah mesti tau kan?"
Adik aku reply "lagu yg dulu? Lagu apa bang?"
Apakah?? adik aku tak ingat weh aku penah suruh dia cari lagu T_T
tapi xpe. demi lagu tu aku gigih explain balik kat farah. dia pon ' oh lagu yg abg bagitau dulu ke?'
ye dik lagu tu la abg masih belum berputus asa.hahaha

Dengan penerangan aku tentang ciri2 lagu tersebut yang tak membantu langsung tu, farah pon memulakan pencarian beliau.
(Penerangan aku: laki yg nyanyi, lagu tu selow tak selow sgt, muzik dia sedih abg xpaham lagu apa tp bila denga rasa sedih *kemain ko menjiwai kan pacik?* )
Lepas pada tu adik aku bila dia dengar atau teringat mana2 lagu kpop yang selow2 sedih tu terus dia suruh aku dengar kot2 betul lagu tu
Selepas beberapa tahun pacik masih tidak jumpa lagu tersebut ye anak2
Aku mcm rasa semua lagu  kpop yg slow2 aku dh dengar.wahahahaa
Sampai la minggu lepas, adik aku whatsapp 'bang ada satu lagu nih abg nk dengar x? ke abg dh givap?' 
Pariz aserap x givap oke! Wahahaha
Aku suruh dia bagi tajuk tu aku search kt youtube
Akhirnya saat yang ditunggu telah tiba
Omaigodd!!! Macam nak menangis air mata darah berbaldi2 rasa
Adik sayam abam memang hebak la
Kalau farah kat sini abg dah siom2 dah nih tahuu!
Bertahun abg cari lagu nih tau tak?
Terima kasih farah atiqah yg cantik jelita.hahaha
Membantu gila ada adik minat kpop mcm ni XD

Oke sekarang meh kita dengar lagu yang pariz aserap gigih cari dari 6 7 taon lepas
Ko paham x perasaan puas tu macam mana bila dapat lagu ni? Hahahaha
Lagu yang pacik maksudkan adalah 'lovesick' nyanyian ft island
Lepas aku dh tau lagu apa kan farah pon bagitau 'abg, ft island nih satu company je dengan cnblue'
Oke. cnblue tu abg kenal sbb lagu jepun dia best2
Inilah lagu penantian bajeitam bertahun2 lamanya
Sedih je bila mengenangkan gigihnya aku xputus asa cari lagu ni siap suruh adik aku cari.wahahaha
Nasib awak la dik.





Lagu2 spisis macam ni memang taste aku la
Aku pon xtau apesal aku suka lagu sedih2 mcm ni
Masa first dengar dlm radio tu aku xpaham apa pon tapi aku menjiwai oke.rasa sedih tu sampai ye anak2. hebak x aku? walaupon aku siap ingt tu lagu jepun tapi kesedihan tu dapat dirasai ye tuan2
Wakakakakaka
Tapi macik goku kata x best. Awas kau macik!
Tapi part rap dia xbest. Selalu je lagu korea mcm tu.lagu sedap2 tetiba tambah rap yg xsedap tapi xpe aku tetap suka lagu ni

Minggu depan adik sayam abam dah balik alor setar weh. Zarith lapor diri minggu depan makanya parah atiqah, welcome back bebeh
Ko jangan terkejut lepasni kalau entry aku asik korea je lepas kepulangan farah atiqah terchenta
Aku kena la layan je dia melayan kpop lepasni sbb aku ada agenda trsembunyi XD
aku masih x berputus asa nak ajak dia masuk opis sama2.hahahahahha

Oke dah la. panjang pulak entri disiang hari arini
Esok aku dah masuk ofis ye 
Rasa lemau tu tetap ada,nak. kemain cuti dari raya aritu kan? Silalah berubah pariz aserap sesungguhnya opis memerlukan khidmatmu.
Baiklah sekarang aku nak off dulu amik mood untuk esok.hahahhaa
Menipu je amik mood padahal nak berpoya2 dengan budak2 ni
Beni ajak keluar jalan2 arini. aku opkos la dengan sepantas kilat bersetuju. mentang2 iskal boleh jalan dah kalau x pariz aserap la yang paling sopan duk je rumah xnak keluar
Aku kena la jaga emosi pesakit ye tuan2. aku kan baik dan bertamadun memang la mcm ni.

Sekarang izinkan pacik berpoya2. Esok dh masuk opis nih kasi can la aku nak berbahagia dia hari raya.hahaha
Sekian terima kasih. Bai


Paling hot dialam semesta,
Pariz aserap

Friday, July 20, 2018

Appreciation post from iskal

Assalamualaikum wbt tuan2 dan puan2 sekelian alam semesta.
Bajeitam kembali lagi arini. 
Arini xnak ckap bnyak nak post status pesbuk hencik mafia je.dia buat ucapan penghargaan panjang berjela2.hihik
Suwit tau beliau XD




No need to thank me for everything ish cos i know you'd do the same for me. Just remember we love you so much. Nothing makes me happier than watching you standing and walking again.
Im telling you i always have your back so no need to worry :)




P/s: aku screenshot pukul doblas weh tapi asyik delay nak bukak blog. Pacik terganggu tau dengan kemeriahan dalam bilik aku nih. Harapnya xruntuh la.

Sekian saja dari pariz aserap. Aku nak gi join bebudak ni yang sedang memeriahkan bilik aku. Rajin nnt aku tulis lagi. Baiiiii~~~


Orang hot selamanya,
pariz aserap

Thursday, July 5, 2018

Topik hari ini

Aucak!! Pacik kembali lagi.
Sempat rendu x?
Arini aku rajin campur bosan takde keje makanya meh la kita blogging2.

Arini aku rajin sikit nak explain  satu perkara ni yang aku rasa ramai orang salah paham dan keliru dan jugak tak tahu.
Pasal ape ni pacik? Macam serius je?
Oh tak! Mende ni tak siriyes cuma penyakit rajin aku datang menjelma malam ni so sila tadah tangan bersyukur pariz aserap nak buat explaination oke? Haha
Ni pasal mix blood+ convert+ ecetra2

Meh la pacik menjawab soklan korang yang dari dulu aku malas nak jawab.
Entah yang tukang tanya buka blog lagi ke x aku tak tau.hahaha
Amponkan pacik nak. Pariz aserap kan memang pemalas korang pon dah tau.tsk3
Pastu ada yg tanya umi iskal tu mix ke? Family dia chinese ke muslim? 
Jawapan dia family dia adalah dua2 ; chinese dan jugak muslim. Ape ko ingt org cina xboleh jd muslim ke?
Oke first of all ramai yang salah paham dorang ingt mak aku italian yang convert jadi muslim.
Tidak ye anak2. Mak aku memang muslim sejak beranak lagi. Atok dengan nenek aku yang convert.
Alhamdulillah mak aku sakses didik anak2 dia pasal agama walopon kdg2 hardcore sebab anak2 beliau nih kdg2 buat perangai.hahaha
Macam aku cerita dulu la, aku pernah kena siram dengan air sebab tak terkejut bangun subuh. Sadis x mak pacik? XD
So, kalau apa2 yang tak elok yang aku buat tu bukan salah mak ayah aku. Tu memang dari diri aku sendiri. Jangan kecam mak ayah  bajeitam ye anak2 nanti aku bagi terajang kat ko.

Oke sudah pasal mom. Meh masuk perbincangan kedua pulak pasal umi iskal.
Ramai yang keliru sebab dulu baca blog aku ada kami balik penang jumpa family dia masa chinese new year apa sume tu
And yes! Family belah umi chinese asal georgetown, penang. Sebab tu aku selalu kena paksa pegi sana dengan iskal.
Umi convert masuk islam sebab sayang maut dengan abah. Ni aku soalsiasat umi sendiri oke
Bzbodi tak pacik? Hahahha
Nama umi dulu fenny yong ke fanny yong ke mcm mane tah aku lupa tapi lebih kurang la
Sekarang  nama dia faridah yong abdullah
Aku cakap kat umi kami ada persamaan sebab nama fari kat depan XD
Mak mertua kan umi? *kelip2 mata*
Ko nak kene terajang ke pariz aserap??
Oke serius2....
So dipendekkan cerita mula2 umi convert parents beliau tak setuju.ala yang aku panggil popo(nenek) dengan arwah gonggong(atok) tu.
Tapi dah jodoh dengan abah so dorang kawen.
Lama jgk dalam 5 6 tahun kot lepastu popo dengan gonggong tiba2 convert jgk. 
So begitulah ceritanya. Dan mereka pon bahagia selama-lamanya *fari doa tau ni umi.hee*
Tapi the rest adik beradik umi tak convert la.
Panjang pulak aku taip. Macam karangan budak sekolah rendah je cerita aku nih
Aku tak reti nak tulis best2 tapi harapnya lepasni korang tak salah paham dah.
Iskal tu ada darah chinese separuh sebab tu mata dia sepet.hahahaha ampon ish.
Sepet tu yang buat awak somel tau XD

Oke dah, tu je aku nak tulis
Anak2 dah paham tak penjelasan aku nih?
Kalau tak paham jugak sila hantuk kepala ko kat atas jalan raya
Kemain bersemangat tulis panjang2 malam ni
Sekarang pacik dah boleh off dah nak bergolek atas katil plak nak main dengan dua ekor  budak somel gebu pengarang jantung dedi
Muhammad hakim dah sampai aprika dah dari tadi. Walopon esok tak sekolah tapi kalau dah nama muhammad hakim tu beliau adalah sangat punctual bila masuk waktu tidur.wahahahha
Naseb baik boy dengan yugi tak tidur lagi tengah duk main wrestling atas katil. Sipi2 dengan iskal
Hati2 jangan sampai kena ankel dan korang
Dia dah berupaya sekarang ni nanti ada yang kena campak dari katil kang

Sekian saja dari bajeitam yang hot. Kalau rajin nnt aku kembali bersiaran. Baiii


Bajeitam yang terlampau hot,
Pariz aserap

Monday, July 2, 2018

Selepas raya

Assalamualaikum warohmatullohiwabarokatuh
Akhirnya pacik kembali ke pangkal jalan hari ini
Oh sebelum tu sila jawab salam aku dulu. Tak jawab berdosa. Tak tahu tak tahu.
Apakah cerita pacik selepas raya?
Ceritanya adalah goyang kaki di rumah la.
Aku masih lagi bercuti sampai akhir bulan ni. Kemain ko lajak cuti raya kan pariz aserap? Hahaha
Heaven oii duk kat rumah. Pagi2 je kena bawak encik mafia beta pegi fisio. Tengahari dah sudah dah makanya masa untuk berpoya2 la walopon dirumah. Asalkan bukan di opis pacik terima kat mana saja nak berpoya2, nak XD
So macam manakah raya korang? Best x? Berat dah naik x? Duit dah kopak x? Hahaha

Aku raya sakan weh mentang2 cuti lama
Seminggu straight beraya.melampau2 pariz aserap nih. Dari ari jumaat sampai jumaat pulak tak abis lg raya. Open house kemain banyak weh sama banyak dengan duit yang habis T_T
Berat badan naik 2kg aritu tapi aku dah sakses turunkan. Lepastu terus insaf xnak makan macam rasaksa dah. Mana tak raksasanya dah la tengah cuti dari ofis tapi ofis buat jamuan raya ko bantai pegi jugak. Dasar muka tak malu pariz aserap nih! Hahaha
Tapi sehari je la insaf. Ada open house lagi pariz aserap la yang pertama pergi. Insaf kepala hotak. Wahahaha
Tapi sekarang aku dah kembali ke pangkal jalan dah sakses turunkan 2kg tu.
Walopon org nampak  berat aku xnaik nampak menten je sbb aku kan hot *dush! muka ko pacik* tapi aku boleh rasa weh kalau berat naik. Rasa tubuh berat dari biasa walopon tak ketara tapi rasa tu tetap ada ye anak2. Tubuh badan kita kan mestila kita tahu. Kalau yang tak tahu tu memang jenis tiada kesedaran sivik XD

Raya tahun ni kaler brown ar kan dah bagitau
Aku tak kisah pakai kaler apepun takde masalah buat pariz aserap walopon kaler tu aku xsuka
Org hot memang macam ni pakai kaler ape pon tetap hot. Warghkahkahkahkah *sawan menjelma*
Ah malas la nak cerita pasal raya. Banyak sangat ceritanya. Tak tau bila xmalas aku nih. Tsk3
Aku baru dapat perkabaran best nih. Minggu depan adinda beta dari florence datang. Dia dah kemaruk nak datang dah la tahun ni pon tak dapat nak beraya kat sini jugak. Harap bertabah.
Ko tau dia datang semata2 nak cari air tebu. Dia sampai nanti gigihlah nih paksa aku pegi cari air tebu. Bertabahlah kuya kena layan nnt.
Dah la cara dia bagitau nak datang tu kemain lagi konfiden. Sekali, dia tanya aku cemana nak book tiket? Oh em ji bernardo. Apakah? Wahahaha
Mati2 aku ingtkan dia dah beli tiket. Aku siap risau lg kemain besemangat tanya mahal x tiket? Berapa jam? Ada stop mane2 x? Bla3
Siap tanya aku cemana nak cari tiket murah. Tsk3
Tak tanya banyak aku terus book tiket untuk dia. Cari yang stop paling minima dan paling cepat tapi harapan la ko nak paling cepat.
Aku direct terus je dari rome ke alor setar. Ada dua stops kat doha dengan kolumpo tapi yang ni paling oke sbb kat doha kejap je stop
Aku risau nak bia budak ni duk lama2 kat doha tu ade kang masuk berita budak hilang.hahaha
Dah la suka ati aku je book dari rome tak tanya dia dulu. Dari florence ada tapi lambat pastu bnyak stops makanya sila redho oke beni.
Tapi dia kata oke xde hal naik mane2 pon
Berani la nak komplen kuya. Suruh bayar kang.hahahaha. jahat kau kuya!
Tapi oke la tiket dia x mahal gila2 dalam €600 lebih2 sikit. Apesal aku stdy dulu tiket mahal nak mampos?? Ini tidak adil!

Okela dah stop pasal beni. Panjang la plak cerita pasal dia nih. Rajin kan pacik? Duk umah xde keje memang macam ni,nak. Sorganya rasa.hihi
Meh update sikit pekembangan mafia jalan sultanah. Beliau so far alhamdulillah banyak pekembangan positip. Sekarang dah boleh jalan2 pakai tongkat yang kaki empat tu. Aku xtau nama apa tapi dah boleh la dia jalan selow2 tanpa ada org pegang. Gigih setiap hari pegi fisio tanpa skip
Ini adalah satu pengalaman baru bagi pariz aserap tgok dia xskip kelas. Wakakaka. Ni name dia ko menempah tumbukan padu dia,pacik
Amponkan beta bebeh. Ailobiu XD

Sekarang ni musim worldcup weh
Rasa pelik pulak pariz aserap x update pape pasal bola.
Sudah terlambat pacik. Tiada apa yang nak diupdatekan lagi kerana sepanyol sudah kembali ke pangkal jalan.hahhaa
Oiii siot laa spain kalah semalam.cisscake!
Dahla portugal pon dah balik sebelum tu.
Ahhh aku xde mood nak cakap pasal bola.
Dah la aku baru berhajat nak patriotik worldcup kali ni
TETAPI!!!!
Itali tak masuk worldcup weh. Sedih tau tak??
Baru tau ko nak sedih kan? Time itali ade ko xnak sokong pariz aserap! Nasi sudah menjadi bubur..
Tetiba sangat ko drama pacik.
Tapi aku memang frust tahap gaban tebelah dua la weh worldcup kali ni sbb sume team aku sokong dah pulang ke ganggang ahh stress2!
Itali dengan belanda tak layak masuk worldcup
Portugal dengam spain dah kalah semalam.
Makanya team ape lagi yang kau nak sokong pariz aserap? Aku xminat brazil.hee
Oh lupa plak, yang penting germany balik awal dulu dr spain XD
Kita tgok final je la nnt negara mana yg pergi pastu aku bgtau ko aku sokong team mane.
Takde semangat kesukanan tau pacik nih.
Semangat pacik dah hilang nak. Selepas portugal dengan spain kalah.tsk2 
Bertabahlah pacik.

Eh dahla dah panjang bejela2 aku taip.
Biar aku menenangkan fikiran dulu terima dua kekalahan serentak.hahaha
Over kau pariz aserap.
Dah la aku nak teman muhammad hakim buat homework plak. Taun ni pt3 weh kemain bz dia asik kelas tambahan manjang.
All the best ye anak dedi.  
Sekian dari pariz aserap. Nanti aku muncul lagi

Ma'assalamah wa ilalliqo'


Sangat hot sampai terbakar,
Pariz aserap