Saturday, July 29, 2023

may your soul rest in peace

 DAD,

remembering u is easy i do it everyday, 
missing u is the heartache that never go away.
people said time will heal but i dont think it works on this one.
its been 44days since u left us. 
it hurts... it hurts so bad 😭
on the day i lost u, i lost a father, a bestfriend, a hero and a teacher who i looked up to.
I MISS YOU 😭
not a day goes by without thinking of u.
you will always be in my heart,dad. 
i miss you so much, every seconds and in every heartbeat.
i miss your dad jokes.
you are the best father in a whole wide universe.
i miss you,dad.
may Allah grant you the highest place in Jannah.
and may u rest in peace now, beloved daddy.

I LOVE YOU SO MUCH❤

Sunday, April 3, 2022

ramadhan 2022

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.
akhirnya timbul jugak pariz aserap kt sini.
alhamdulillah masih belum lupa daratan πŸ˜„
aku cuma nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK buat semua umat islam dimana jua anda berada.
semoga ibadah kita diterima olehNya dan semoga kita beroleh Lailatul qadr. amiinnn~

tahun nih puasa pertama pacik adalah di bumi kenyalang! sedih betul nasib pariz aserap nasib baik sini bukak puasa awal πŸ˜†
aku seperti biasalah di miri atas urusan kerja tapi selasa nanti dh balik alor setar *tadah tgn memanjat kesyukuran*
walaupun jauh diperantauan tp juadah buka puasa aku meriah hahaha
meriahla sebab hulur duit je kat bazar. kalau nak tunggu aku masak alamatnya sambung terusla dengan puasa esoknya.

tahun ni kpi masing2 agaknya hari pertama puasa xberpuasa kt rumahπŸ˜…
makayah aku kat florence sekarang. dah lama mom nak balik kampung so pertengahan bulan lepas dia balik sana. pertengahan bulan ni diorang balik sini balik.
jangan dia buat telajak sampai raya sudah mau banjir alor setar nanti dengan tangisan anak2 dan cucu2 🀣
aku belum mampu nak balik kesana
kerja di ofis adalah tetttt tsk3
bantuin pariz aserap ya allah.
farah ada kt rumah mertua dia td buka puasa sana. firdie aserap pulak mcm biasa la, dh xde org kt rumah semestinya dia dirumah umiabah.
bapak aku gelak ye anak2 bila tau aku berpuasa di perantauan. sampainya hatimu.
how couΔΊd this happen to me~~ *feeling simple plan sambil hantuk kepala kt meja*

tapi takpe lagi 2 hari je.
kepada semua yg merindui pariz aserap di loqstaq sana bawak bertenang nanti beta pulang! 
padahal sendiri dah menangis bawah katil xboleh bertenang πŸ˜‚

sekian saja kambek aku di belog pada hari ini.
tak boleh lama2 aku ada kerja kena siapkan.
kata nak balik selasa kan?
tiket dh beli nih hoih kalau kerja x siap ada miri begegar karang dgn amukan raksasa dibulan puasa πŸ˜‚

dengan ini sekali lagi aku ingin mengucapkan SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM. mohon maaf kalau ada terkasar bahasa tersilap kata tersalah bicara.
semoga kita semua beroleh keberkatan, keampunan dan rahmat dari-Nya. aminn


Saturday, December 18, 2021

takde tajuk

dah berapa bulan lupa jalan pulang ke blog akhirnya bapak kembali,nak.
semoga peminat2 bapak gembira dengan kemunculan ini πŸ˜‚
seriousla ada lagi ke orang baca blog sekarang? kalau masih ada tahniah diucapkan anda insan terpilih! hahaha
apakah perkembangan pariz aserap yang terkini? 
perkembangannya baru balik dari miri hoih. sebulan lamanya aku bertapa di sana nasib baik x bertapa dalam gua niah je.
ahh pacik homesick! *overr...boo!*
aku balik kedah hari isnin baru ni sepatutnya khamis tp sebab gigih pulun kerja nak balik awal kan? walaupun 3 hari awal je pacik tetap gigih.

aku ke miri bersama shiapa ya?(baca dlm nada sinetron)
tak lain x bukan semestinya daniel iskal yang mafia. kerana beliau risau aku pergi sorang sebab 2 minggu sebelum gi miri aku baru sembuh dari covid19. 
ye anak2, aku adalah positif covid.
dan aku xtau dapat virus tu dari mana sebab aku memang xde pegi berpoya2 atau membuas merata2 time tu tiba2 je dah +ve. ni bukan close contact dengan sape2.
rasanya gi ofis je tu pon banyak ngelat work from home je πŸ˜…
nak buat mcm mana, aku adalah insan terpilih.
bersyukur jelah masih bernafas ni.
nasib baik kat ofis takde kes dan nasib baik jugak kat rumah pon aku sorang je yang kena dahla farah ada baby 😩
masa mula2 tu aku buat test pakai test kid sebab selsema dari pagi sampai malam.
masa tu takde rasa apa2 lagi cuma risau je dalam rumah ni ramai orang kan? so berjaga2 la. tau2 terpancar 2 garis kat kit tu.
xtau nak kata apa aku masa tu macam, oh aku positif ke ni? lepastu terus pegi melaporkan diri sebagai positif covid. dorang buat pcr kat aku pastu dapatla merasa pakai gelang mahal haha
10 hari kena kuarantin hari kedua dah hilang deria rasa dan bau. part ni rasa seksa sikit sebab makan minum memang taktau rasa apa tp doktor kata kena makan. 
Alhamdulillah sekarang deria dah kembali makanya cepat tadah tangan bersyukur!
sepanjang positif covid tu memang xlarat dengan semput lagi batuk sampai luka kat tekak. banyak la dugaan dia πŸ˜‚
firdie aserap la yg monitor aku kat rumah.
mula2 dia mesej aku suruh benarkan dia masuk bilik aku sebab dia risau.
takkanla aku nak bagi! aku positif kot
sekali dia bukak pintu bilik 'tadaaa!' lengkap dengan ppe sekali dengan plastik yg sarung kat kaki tu 🀣
adoila adik sayam abam. rilek pulak tu dia siap lepak baring kat kerusi sambil silang kaki sambil sembang dengan aku + main tepun hahaha
so sepanjang 10 hari tu memang firdie lah yang monitor sebab aku lemau gila xtau nak kata.
macam demam tapi x demam tp lemau x larat.
lepas seminggu baru rasa okay.
so semua orang kat rumah tu kena kuarantin kendiri sebab contact rapat.
begitulah alkisahnya. diharap korang semua jaga diri. terus rasa xbermaya bila cakap pasal covid πŸ˜‚
sebabtulah daniel iskal aka mafia ikut aku ke miri. sebab dia risau kalau aku tak okay lg.
kot2 buat bebukan ke boleh jugak dia bagi tumbukan sedas dua supaya kembali ke alam nyata 🀣
terima kasih la ish. jauh haa dia work from bumi kenyalang hahaha

macam tu jelah cerita pacik,nak.
sekarang ni cerita dia aku rindu anak sulung yang berada di perantauan.
mcm jauh sangat sebut perantauan hahaha
perantauan aka usm,penang πŸ˜†
dedi rindu,bang.
so far, dia okay kat sana walaupun mula2 reyau jugak.
tapinya videocall wajibulghunnah lah kena setiap hari πŸ˜‚
nanti kami pegi sana ye bang. study elok2.
yang bongsu pulak dah start nak gelisah dah nanti sem 2 kena balik matrik dah xboleh study online dah. tapi aku bertenang lagi ni nanti dah hari kejadian baru la aku ajak orang lain pening berjemaah jugak hahaha.
kenapa korang besar cepat sangat??wuwuu
muhammad hakim kelakar tau, dia dh tanya aku siap2 boleh x dia nak ambik kos business jgk nanti? kalau x boleh dia nak ambik engineering katanya.
sebab nanti kalau x boleh kerja kat dedi(kalau xambik business course), boleh kerja dekat ankel dan (engineering) 🀣
begitu ye anak2 dia merancang masa depan. janji dekat dengan dedi kekdahnya hahahaha
adoilah anak.
sayangnyaaaaaaa dekat korang berdua nih.
semoga abg dengan hakim berjaya dunia akhirat.

dah 6.30 pagi makanya aku harus pergi ber eksesais!! sebab aku makin gemuk lepas balik dari miri.
airipit, GEMUK!!
berat aku dari 74-75kg dah naik 79 hoiii
kegemukan apakah ini pariz aserap??
bersyukurnya pacik tinggi,nak. boleh jgk cover sipi2.
tapi takpayah cover sangat ye pariz aserap. dah
ada orang tegur aku berisi sikit lepas balik dr miri.omaigod! 😱
makanya ayuhlah anak2 kita bersenam dengan harapan semoga kegemukan ini hilang dari radar.


yang hot walaupun gemuk,
pariz aserap.

Tuesday, September 28, 2021

september 2021

assalamualaikum warohmatullohiwabarokatuh
helooo eberibadehh
akhirnya pariz aserap menemui jalan pulang ke blog setelah sekian lama.
ada yang rindu x? sape rindu angkat tangan!
masih bajet ramai peminat 🀣

aku xde cite pape pon saje jenguk blog kot2 la ada org rindu tahap nak sawan ke.
sekarang ni penyakit aku yg paling bahaya terlalu mendominasi diri ini yakni penyakit malas! 😝
ya ampun pemalasnya nak buka blog sampai tahap aku buat karangan kat facebook je. gasaklah aku malas.haha
busy dengan kerja pon ye jugak. tp malas la cakap pasal kerja yg xpernah habis itu. begitulah kehidupan di dunia yang fana ini hahaha

22hb baru ni adik sayam abam si farah selamat bersalin anak ketiga. aritu dekat post raya aku kata anak sedara kt rumah ni sorang je. boleh pulak aku lupa ada sorg lg hahaha
ampunkan bapak menakanmu iman. nnt aku edit balik.
dah 3 orang anak farah. alhamdulillah sihat walafiat semuanya. yang no.3 ni baby boy.
dia pon selang2 jgk mcm mak aku. cumanya mom anak sulung perempuan, farah anak sulung lelaki.
kesimpulannya baby ni nanti boleh sambut arijadi sekali dengan aku πŸ˜„
kita geng september yang best!
7 orang dah anak sedara aku weh.
tetaplah anak2 dedi paling senior diantara semua hahahaha
walaubagaimanapun pariz aserap tetap menten hot πŸ’¨

aku ada berita yg menggembirakan tp dlm masa yg sama sayuuu hati ini makin sayuu.
yakni anakanda sulung aku aka abg diterima masuk usm. bersyukur sangat sbb dia mmg aim usm tapi dedi kan berhati tisu
mcm mana nih pestaim nak hantar anak masuķ u. semoga dedi xbuat perangai pelik2 nnt 🀣
apapun dedi sentiasa doakan yg terbaik untuk abg. proud of u big boy.
semoga tabahlah nnt dengar nasihat dedi berguni2
muhammad hakim dpt matrik tp masih boleh bersukaria sbb dia kelas online dirumah. sem 2 nnt kau bersiap siaga la dedi kalau dia kena balik hostel hahahaha
sedih pulak rasa anak2 xde nanti.
overnya dedi! 
ankel dan pon kata sayu nnt abg dh kena pegi sana. kalau ankel dan sayu dedi apatah lg 😝
yela dah setiap masa bekepit je kan sesama. nasib baik penang je. fuh *kesat peluh sambil berdoa cepatlah boleh rentas negeri 🀭*
xpela iskal marilah kita membanting tulang di ofis jelah. beginilah nasib orang tua πŸ˜†
muhammad hakim dh siap nasihatkan abg dia, "abg jgn lupa daratan tau" 🀣
dia sedih sebenarnya sbb xpernah berpisah lama2 jauh2. abis matrik pon nak tuju usm katanya. 
dedi anggukkan jelah. kita tengok nnt mcm mana hahaha

so far tu jelah perkembangan aku and the geng
sekarang ni aku kurang sihat sikit. sikit je la
2 minggu lepas cek in hospital sbb asma menyerang susah nak bernafas dan bnyak lendir dalam paru2. seminggu lebih jgk admit
sekarang ni asma on off tp much better. 
syukur masih bernafas.
musim2 mcm ni risau jugak tp so far semuanya okay.
btw, semua kt sini dah komplit vaksin 2 dos. katanya nnt nak bg dos ketiga pulak
aku on jelah. kamtumi bebeh! pegi hulur lengan je kan bkn kena bayar hahaha

sekian sahaja perkembangan pariz aserap
semoga terubat rindu peminat🀣🀣
kalau dpt hidayah nnt aku tulis lagi
semoga penyakit malas lenyap dari hidup pacik.
semua orang stay safe jaga diri jaga sop jangan degil2. sape degil semoga kena saman!πŸ’¨

(fyi, kesayangan aku yugi dah ikut jejak langkah boy. sedihnya tuhan saja yg tahu 😭 dia pergi 2 bulan lepas boy xde. tengok video dengan gambar jela kalau rindu. dua2 dh la manja gila dgn aku. menangis jgk la dedi. gila kau x menangis kesayangan sgt tuh huhu.xnakla ckap pasal ni nnt sedih haha.)

bye.


tetap dan masih hot,
pariz aserap.

Monday, June 21, 2021

happy birthday my beloved little brother ❤

21st JUNE 2021

............... repost from facebook ..............

🎢hepi birthday tuyuuu 
hepi birthday tuyuuuuu 
hepi birthday dear adik sayam abam 
hepi birthday tuyuuuuuuuu 🎢 

happy 30th birthday my beloved Firdie Ashraff❤ 
enjoy this special day of yourlife to the fullest. always remember that my prayers are always with you in all the good and bad times. 
i wish you the best of all. 
and hope the grace of God will follow you everywhere. 
you are the greatest gift our parents ever gave me 😘 
if only everyone had an amazing brother like you the world would be a much better place 😊 
may Allah bless you with a long life, 
may He give u all happiness, 
may success follow you in wherever you go, 
and may all your dreams come true. 
i cant believe my baby brother turns 30 today. but who cares? be it 30,40,50 or 60 years old you are forever my baby brother 😊 
you know how much i love you rite?😁 
and thank you for always being there and supporting me, fir. 
i dont know whether its odd or not but we never fight hahahaha and im grateful for that 😁 
so glad to have a brother like you. 
wish u a many many happy returns of the day. 
tanti auguri a mio amato fratello ❤ 
abang love you so much, firdie

.......................................................................

FIRDIE ASHRAFF, JUST SO YOU KNOW EVEN IF THE WHOLE WORLD AGAINST YOU, ABANG WILL ALWAYS HAVE YOUR BACK.
I LOVE YOU SOOOOOOOO MUCH! TO THE MOON, TO THE STARS, TO THE OTHER PLANETS, TO THE GALAXIES AND BACK! 😁
ONCE AGAIN, HAPPY 30th BIRTHDAY ADIK SAYAM ABAM 😘

Saturday, May 15, 2021

eid mubarak + pkp

selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin untuk semua ummat islam di seluruh dunia.
tahun ni raya buat apa anak2?
duduk rumah!!
macam marah je tanda seru sampai 2 hahaha
tidak ye tuan2. tu tandanya semangat 😝
so hari raya pertama pagi2 lagi dah siap2 gi semayang raya. awal weh aku pegi sebab takut nanti dh cukup kuota sesia kena balik. nasib baik lepas. fuhh! dapatla merasa solat sunat aidilfitri 😌
lepas habis semayang raya terus balik rumah  nakgi kubur pon x boleh kan? balik rumah jelah
takpayah nak degil sangat nak merayap merata.
kau ingat kau kayangan ke? hahaha
sampai rumah terus ambik tempat masing2 nak salam2 mintak ampun segala dosa πŸ˜…
sebabkan kaklong tak dapat balik kampung so akulah yang pertama kena salam dengan momdad. lepastu aku join duk tepi dorang tunggu adik2 dan anak2 salam pulak
gitulah kebiasaannya.
mak aku dah awal2 bagitau, fir last sekali last sekali nnt kesian org lain lambat tunggu dia salam dengan abg dia πŸ˜†
gelak je fir. semua orang tahu dah firdie aserap ni dia punya mintak ampun kat aku mcm buat salah besar padahal sikit pon takde hahahaha
sebabtu la abg sayang 😘
dia punya la ingat part dia tinggikan suara  sekali seumur hidup kat aku dulu tu. dari tahun bila tah sampai sekarang tiap2 tahun mintak maap. " abg fir mintak maaf mintak ampun kalau pernah sakitkan hati abg pernah melawan cakap abg (which is xpernah okay!) pernah tinggikan suara dekat abg. abg fir mintak maaf"
abang: mana pernah fir buat semua tu
fir: pernah. fir pernah tinggikan suara dekat abg dulu (bertahun dia ulang ayat ni πŸ˜…)
abang: tiap2 tahun fir mintak maaf pasal ni abg dh maafkan lama dh fir
fir: fir mintak maaf tau abg fir xsengaja
*abg garu kepala*
abang: ye fir. abg maafkan abg maafkan sampai akhirat (πŸ˜‚) tahun depan fir tak perlu mintak maaf dah pasal ni tau.
lepastu baru dia siom tangan/peluk aku
hahahahaha alahai adik abam

lepas sesi bermaafan sesi fotografi la apa lg
raya ke tak raya ke ambik gambar tu wajib ye anak2 πŸ˜†
oh btw tema baju raya en harriz and the gang tahun ni adalah warna pink. farah la ni nak sangat warna ni tp tiada bantahan di pihak aku sebab warna pink dia very light bukan pink yang terang tu.
tadi ada nampak kt  mana tah fazura (kot nama dia) yg laki dia fattah tu kan? satu family pakai pink mcm tu jgk. sep sikit kita geng πŸ™πŸ»

lepas ambik gambar beramai2 sesi videocall pulak. tahun ni sedih sikit(tak sikit jugak) sebab kakak aku tak dapat beraya bersamaaaa~~~
sedih hoiii dah lama x jumpa kaklong
rinduuu 😭😭
walaupun nun dikejauhan di kuantan sana tapi kaklong menunjukkan solidarity dengan tema baju raya yg sama hahaha
lama gila videocall sejam lebih rasanya
nasib baik pakai laptop kalau pegang tepun mau krem tangan
kesian kaklong menangis2 dia tak dapat balik kampung. rock2 kakak aku dia tetaplah hati tisu
lagi2 melibatkan family
rindunyaaa kaklong 😒

lepas dah end call dengan kaklong aku dan anak2 terus serbu meja makan.
sebelum pegi semayang dah makan tapi alas perut je la
sekarang la masanya untuk menjadi raksasa hahahaha
menu raya rumah aku ada lemang. lemang ni malam raya aku gi ambik kat rumah paksu.
biasanya tiap kali raya mcm tu la. paksu memang rajin bakar lemang kadang2 tak raya pon dia membakar lemang jugak πŸ˜…
disebabkan tahun ni tak boleh ziarah so mom pesan 6 batang je lemang dengan paksu.
pastu maksu bagi ketupat nasi sikit.

sebelum aku cerita pasal juadah raya meh la aku bagitau satu kebenaran.
bahawasanya, umi abah iskal dan haikal beraya dirumah aku tahun ni hahahaha
ni bukan ziarah okay.
lepas pm(ke ismail sabri?) umum pkp seluruh negeri tak boleh ziarah tu mom ajak umiabah raya sekali.
sebab tahun ni dorang memang sepakat pakai tema sama sebab cadangnya nak ambik gambar sama2 la
sekali tak boleh ziarah ye anak2!! hahaha
terus mom dengan dad buat keputusan drastik🀣
2 3 hari sebelum raya umi and the geng dah berkampung kat rumah aku
kesian weh kalau dorang raya berempat je lagi2 daniel iskal tu, abisla dia naik turun tangga je nanti sebab bosan xleh gi memana πŸ˜‚
mak aku ni memang dah anggap umi mcm adik dia. sesuai la tu. sorang anak tunggal xde adik beradik (ada adik angkat sorg yg jauh di florence) sorang lagi takde adik beradik yg sambut hari raya + adik beradik dekat penang.
sebab tu la diorang berdua ni selalu gi mana2 sama2. mak aku syg sangat kat umi tu selalu beli2 bagi hadiah kdg2 xde angin ribut dia order barang kt go shop. nak bg kt umi katanya hahaha. mom dan go shop berpisah tiada.
so agak meriah la rumah aku di malam raya. anak2 umi 2 ketul tu tayah kata la kalau xraya pon memang selalu berkampung kat sini. dah macam rumah sendiri πŸ˜‚
so sesi ambik gambar lebih meriah di pagi raya.

okay berbalik kepada juadah raya, malam raya tu mom+umi+farah (kdg2 haikal dipanggil untuk menolong) masak rendang daging, rendang ayam, kuah lontong, sambal bilis dan nasi daging air asam peberet pariz aserap 🀀
aku tempah sate sebab ada orang tu (jeling iskalπŸ˜’) kata nak makan sate tapi taknak tempah sendiri. apakah? hahahha
tapi takpe sebab sate adalah peberet aku jugak so aku rela tempah sate daging dgn ayam.
tapi sebenarnya bukan aku yg buat tempahan, farah yg tolong tempah aku bayar je πŸ˜‚
makanya, walaupun xberapa raya tapi makanan kalah open house wahahahahahaha
takpe dalam rumah ni ramai raksasa
percayalah sekejap je habis makanan.
tapi pagi raya tu kitorang hantar2 makanan jugak dekat jiran2 terdekat. takkan nak hantar makanan pon xboleh kot? 
rumah paksu pon aku redah je pegi hantar jugak tapi tak singgah la lepas hantar terus balik.
kat sini paling pemes juadah raya adalah lemang dan laksa
sebab tu mak aku xbuat laksa. ari pertama tu kami dapat 4 hantaran laksa hahahaha
so aktiviti hari raya pertama adalah makan makan dan makan
lepastu baring tido 😁

tengahari sikit macam tahun lepas jugak la ada mesorat raya bersama adik beradik dad dan anak2 menakan dia. tahun ni pon googlemeet sebab ramai sangat. 
masa malam raya kat whatsapp group family tu dah bising2 bincang nak gmeet pukul berapa
sebab makteh aku duduk nun jauh di sepanyol. dia la yg bising tak bagi call pagi raya waktu malaysia sbb sana lambat 6 jam kalau xsalah. makanya dalam pukul 12tengahari mcm tu la gmeet bermula. sepupu aku yg lain ada je duk obersi jgk tp semua takde bantahan so okay la hahahaha
nasib baik aku dah menetap di kedah tercinta *tadah tangan bersyukur*
bapak aku ni ada 8 beradik tp yg dok kedah dad dengan paksu je. senang cite macam gini jelah:
maklong - kolumpo
pakngah - brunei
paklang - singapore
makteh - spain
makde - perak
dad - kedah
pak anjang - selangor
paksu - kedah

nasib baik mak aku xnak duk florence 🀣
so masa kami bermeeting raya, abah and family pon duk bervideocall jugak dengan adik beradik dia, adik beradik umi.
tu jelah cara sambut hari raya musim2 mcm ni
tahun ni aku tak tukar duit raya.
tukar nak bagi kat sape je? 
bagi kat momdad umiabah, adik2 yg tesayang (xtau kenapa iskal masuk list), anak2 dedi tesayang yg hot mcm dedi dia dan jugak anak menakan sorang je dlm rumah ni(edit: anak menakan 2 org ye. apa punya bapak sedara lupa bilangan anak sedara🀣 anak farah 2 org xtau apsal aku duk pikir sorang je.amponkan ankel riz). tu jelah.
anak2 menakan ankel riz di pahang sana jgn risau, online banking kan ada. hahahaha
untuk yugi sayam, dedi bagi kasih syg dengan perhatian je okay. ailebiu muah2 yugi 😘

sekian saja cerita raya pkp pariz aserap.
raya kedua duduk rumah lepak2 makan tido makan tido.
mak aku and the geng memasak dia, buat bihun sup utara dengan spagheti siap ada bbq bakar2 kecil kecilan.hahahahha 
tu jelah cara mengubat hati yg duka xboleh beraya mcm biasa. xboleh ziarah xboleh terima tetamu. duk kat rumah buat jelah apa yg patut asalkan tak ingkar arahan kerajaan sudah.
kita ikut jelah saranan kerajaan
jangan degil!! kalau degil aku rotan pakai meriam buluh karang!
kepada sesapa yg tak patuh sop aku mengharapkan semoga kau disaman!! HAHAHA
letihla org duk follow je sop kau suka ati xnak ikut pastu kes xturun2 nnt bising pulak.
okay dah membebel.

dengan ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin sekali lagi kepada seluruh ummat yang beragama islam.
semoga ibadah puasa kita di bulan ramadhan diterima. ameen.

-------------------------------------------------------------------------
offtopic:

dedi rindu boy😭
yugi la paling terkesan rasanya dah selalu bersama tiba2 dah xde. 2 hari jgk dia xberapa nak makan. kena selalu ada dengan dia peluk2 dia baru dia rasa okay kot.
taktau la nakbuat mcm mana dengan perasaan sedih ni. aku dhla hati tisu nak mampus bab2 mcm ni πŸ™
hari selasa pagi masa hari kejadian tu aku tak masuk ofis. sibuk menangis kt rumah tp pukul 2 kena masuk jugak sbb ada kerja. aku pakai spek hitam sebab mata bengkak haha.
budak2 tu heran la kot tp xde sorang yang tanya.
malam tu tetengah aku bersedih dengan yugi ada sorang budak management ni (S) mesej "assalamualaikum en.fariz" aku malas nak reply dulu biar jelah aku cuma baring je dan letak yugi atas dada aku.duk gosok2 je dia. sedih pulak tengok yugi. tapi lama tu dalam 4 jam lepastu dah pukul 1 lebih aku rasa aku perlukan sum1 nak sembang2 supaya xsedih so aku reply mesej dia. aku xnak kacau iskal sebab dia dh tido lgpon dia dh satu hari kena hadap dan tenangkan aku hahahaa.
lepas aku jawab mesej dia, dia tnya2 xtido lg apa semua tu lepastu dia tanya, en fariz sakit mata ke? aku jawab taklah.kenapa?
lepastu dia kata ohh sbb td tengok pakai spek dalam ofis ingatkan sakit mata.
aku jawab, sebab mata saya bengkak.
"bengkak awat?" 
aku: menangis kucing mati
hahahahaha mesti dia terkedu sebab dia mcm typing2 tp xnaik2 mesej.
sape suruh tanya? tak masal dia kena tenangkan aku pulak. gelabah jgk nampak dia mcm xtau nak nasihatkan mcm mana πŸ˜…
apa2 pun thanks walaupun shock tp tetap rilek tenangkan pariz aserap.haha
esoknya hari rabu. biasanya rabu aku duk kat management so masa masuk kt sana dia tengok je sbb aku pakai spek lg. so aku patah balik pegi kt meja dia, "thanks".
dia tanya bisik2, en.fariz ok?
aku: tak okay
dia: ohh *xtau nk jwb apa kot*
aku kata thanks lg sekali pastu aku masuk dlm bilik.
dan sampai hari ni aku masih lg rasa sedih tu. maybe x teruk mcm haritu tp rindu tu xtau nak cakap mcm mana. 
boy, dedi rinduu.yugi pon rinduu. ankel dan pon rindu boy sangat 😿




Wednesday, May 5, 2021

4th may 2021 (tuesday)


ya Allah  sedihnyaa taktau nak cakap apa 😭
sedih sangat. semoga hilanglah kesedihan ni nanti. ameen

boy, yugi misses you already 😭

Tuesday, April 13, 2021

1 ramadhan 1442H

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh

kembali jugak pariz aserap kat sini akhirnya 
tak ingat dah ada blog πŸ˜…
alasan lama menyepi masih sama macam dulu yakni kesibukan duniawi.
tambah anak2 exam lagi
ni dah selesai semua marilah kita bedebar tunggu result memasing pulak.
tapi korang je la bedebar dedi rilek je.
dedi cuma stres kt opis jelah.

harini 1 romadhon pacik adalah cuti
nyaman2 je duk rumah
bulan puasa ni rilek sikit kot sebab dah pulun settle kerja sebelum puasa haritu
jadi marilah kita sama2 fokus kepada ibadah dibulan puasa yg mulia ini.
sejuk hati baca ayat sendiri 🀣

aku membuat kambek di blog ni adalah untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN ALMUBARAK KEPADA SELURUH UMMAT ISLAM DI MUKA BUMI INI
semoga ibadah puasa kita diterima dan semoga kita semua beroleh keberkatan, keampunan dan rahmat dari-Nya. juga semoga kita beroleh lailatul qadr and may He answer all our prayers. ameen

izinkan jugak pariz aserap meminta ampun dan maap kalau ada hati yang terguris dan tersakiti disebabkan perbuatan ataupun perkataan aku. almaklumlah perangai xpernah semenggah makanya ampunkanlah pacik 😁



MARHABAN YA RAMADHAN.


[rindunyaa dekat maksom]😒

Saturday, February 6, 2021

muhammad ashrol

harini 6 februari harijadi anak sulung pariz aserap a.k.a abang a.k.a muhammad ashrol yang ke 20
so meh kita nyanyi sikit untuk anakanda tesayam.

~happy birthday to youu,
happy birthday to youu,
happy birthday dear abang,
happy birthday to youuuuuu~~~ πŸŽ‰πŸŽŠ

taktau nak wish apa dah tadi dah panjang berjela dedi wish ada dalam 15 minit dia kena tadah telinga kot 🀣
dedi sayang abang sangat2
i know im not a perfect  father but i promise i'll take a good care of you til my last breath.
and i'll make sure no one will take advantage or bully u anymore.
you have no idea how happy i am when you call me daddy 😊
dedi doakan semoga abang:

▪selalu dalam rahmatNya
▪diberikan kesihatan yang baik
▪dipanjangkan umur dengan keberkatan
▪mendapat ilmu yang bermanfaat
▪diberi rezeki yang berkat
▪bahagia dengan kami
▪terus sayang dedi....hahahaha
▪cemerlang dalam stpm bulan 3 nanti
▪terus menjadi anak yang baik dan mendengar kata
▪tak lupakan dedi kalau kena pegi study jauh nanti 🀣
▪sentiasa dipermudahkan segala urusan

*disclaimer: format diatas adalah ditiru dari surat harijadi abg kepada dedi hahaha*

abang,
dengan adanya kami sebagai family baru abang, dedi harap hilanglah sikit sebanyak kesedihan yang abang lalui sorang2 selama ni. you are not alone anymore. dont be afraid. 
from now on  we'll take care of your back. 
i wont let anyone...anything...hurt you again and i promise i wont let anyone make you feel down.
semoga segala kesabaran dan kesusahan yang abang lalui sebelum ni menjadi asbab untuk dilipatgandakan pahala. im proud of you,my boy. you are strong.
now rest assured, you got us. we'll do anything for you.
i will always support you in every step that you take as long as im alive.

semoga dengan bertambah umur abang,semakin bertambah sempurna iman dan akhlak abang.
dan semoga doa2 abang selama ni pada arwah mak ayah abang menjadi asbab mereka ke syurga.
dedi doakan apa saja impian abang semoga Allah menjadikan kenyataan.
because you deserve all the happiness and good things in life.


selamat hari lahir anakku. semoga redha Allah sentiasa mengiringimu❤


terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian dari kami.

we love you so much.
and daddy love you more 😊





the happiest father on earth,
daddy 😊

Thursday, December 31, 2020

31st december 2020 πŸŽ‰

............repost from facebook..............

end of the year 31.12.2020 and HAPPY BIRTHDAY TO MY FAVORITE PERSON, DANIEL ISHQAL πŸŽ‰πŸŽŠπŸŽ‰πŸŽŠ 
i pray to Allah to bless you with never ending happiness and make you a righteous person. may He bless you with healthy life and may all your wishes come true. 
im grateful that you are a part of mylife. 
every step of the way you were there for me through thick and thin. i'll do the same for you. thank you dear best friend. you know i dont really consider you as best friend anymore at all. you are a family since long ago. bear with it πŸ˜† im thankful for your true friendship.
its been 17 years already. hope you never get sick of me but if you do, who cares? 
i'll stick with you forever 🀣🀣🀣 

congratulations on the extra wrinkle on your face. there must be another part of your body that aches now πŸ˜„ 
despite your mafias and gangsters' personality i still love you buddy. dont worry hahaha.
also thank you for bearing with me. we fight a lot before 😝
but no one can stand the outrage of me like you can 
and may Allah accept our repentance for the sins we've committed before 😊 
lets run together to jannah! 
once again, happy 33rd birthday to you,ish. 
we love you so much! πŸ–€❤πŸ’œπŸ’™
                            .....................

I ALWAYS LOVE YOU, ISHQAL.
I LOVE YOU THEN,I LOVE YOU NOW.
THE DIFFERENT THING IS, I LOVE YOU NOW FOR THE SAKE OF ALLAH.
THANK YOU SO MUCH FOR THESE 17 YEARS AND THANK YOU SO MUCH FOR EVERYTHING,ISH.
YOU MEAN THE WORLD TO ME.
DAN SEMOGA KITA TETAP ISTIQOMAH 😊


-riz-

Sunday, December 27, 2020

telur rebus

hari sabtu minggu lepas anakanda sulung pariz aserap aka abang kata nak buat nasi lemak.
aku on je masak jelah apa yang korang nak masak,nak.
sebab aku tukang makan je πŸ˜‚
kalau aku masak haruslah kena sediakan trak bomba siap2 tepi rumah.
macam biasalah hari jumaat, sabtu atau hari2 cuti memang aku balik rumah abang tidur kat sana.
lepastu tiba2 aku diberi tugasan kena rebus telur. apakah???
ciskek iskal!! tak boleh tengok orang senang. dengki tau dia nih.
tu paling mudah dia kata. 
mudah bagi dia (diragui) tapi sangat sukar untuk aku wahahahahahha.
tapi lepastu dia yang kena basuh periuk aku rebus telur. rasain loe 🀣

masa tu aku tengah pegang tepon.
dengan pantasnya aku mesej macik goku untuk bantuan kecemasan.hahaha
biar dia stres sama kena ajar aku (gelak beguling2)
gigih dia ajar cara2 nak rebus telur πŸ˜†
kenapa pacik sayang noapiza? sebab dia takde tanya banyak2 terus bagi arahan mcm mana nak rebus telur tu hahahahahahha
walaupun lepastu dia menganjing xhengat. awas noapiza!






keji kan suruh aku pakai softlan segala basuh telur? awas kau!πŸ”ͺ
tapi berkat kegigihan pariz aserap mendengar ajaran cikgu telur rebus aku telah berjaya direbus dengan sakses sekali.
elok kejadian beliau.

tadaaa!!!

beberapa jam kemudian.........

apakah ini noapiza??

aku dah kenyang dah telur rebus dah selamat masuk dalam perut dah weh baru dia nih sedar dia bagi aku ajaran sesat. hahahahaha
dahla macik kau join aku jelah. aku nak tubuhkan kelab tak pandai masak 🀣
nasib baik telur rebus menjadi, jadi dimaafkan ajaran sesat kau.hahahaha
nasib baik jugak aku x ikut dia part telur retak tu.wahahahahhaha

sekian sahaja cerita telur-rebus-ajaran-ayahpin-dari-noapiza-untuk-aku
dari aritu aku screenshot nak buat entry tapi macam biasalah aku busy tahap tak jejak tanah.
well this is life bebeh *dush!!! muka sendiri*

edit: redho jelah gambar tak centre. aku tulis2 kot pc td elok je bila bukak kot mobile dia buat mejik pulak.


daripada,
mangsa ajaran sesat telur rebus.


Monday, December 21, 2020

20.12.2020 hepi beday haikal πŸŽ‰

πŸ“£πŸ“£πŸ“£πŸ“£πŸ“£πŸ“£πŸ“£πŸ“£πŸ“£πŸ“£πŸ“£
🎢happy birthday to youuu🎢
🎢happy birthday to youuu🎢
🎢happy birthday dear haikaallllll🎢
🎢happy birthday to youuuuu~~~~~🎢🎢🎢
πŸŽ‰πŸŽŠπŸŽ‰πŸŽŠπŸŽ‰πŸŽŠπŸŽ‰πŸŽŠπŸŽ‰πŸŽŠπŸŽ‰πŸŽŠπŸŽ‰πŸŽŠ
(pompompom *bunyi mercun*)

selamat hari jadi diucapkan kepada haikal-yang-paling-tak-hempuk-tapi-sangat-disayangi-ramai.
tak sangka weh kal dah 30 tahun
rasa nak menangis je tengok haikal membesar depan mata.hahahahaha
over kau pariz aserap!
tapi haikal tetaplah yg paling bongsu bagi aku. walaupun firdie aserap paling muda antara kami tapi kal tetap paling bongsu fir kata xkira! 🀣
perangai dia masih sama mcm umur 14 tahun dulu.hahahaha

abg fari doakan semoga haikal sentiasa murah rezeki panjang umur sihat tubuh badan sentiasa dirahmati dan semoga kal sentiasa happy dan terus menceriakan hari2 kami dengan perangai x hempuk tu 😝
may the grace of Allah will follow you everywhere.
keep on being you cos life is not fun without you around 😊
keep on doing the things you do
we will always cherish you and i'm thankful for the great bonding we have today.
remember kal, we always have your back no matter what so dont be afraid.
you know we love you so much.
i wish all your dreams come true
cause you deserve all the happines and good things in life

so, happy 30th birthday to you daniel haikal.
and thank you for being my little brother for these past 17 years.
i cant promise to solve all your problems but i can promise you wont face that alone.
once a brother always a brother remember?
and i love you so much little brother ❤

have a happy birthday haikal πŸŽ‰

p/s : he's the only person yang boleh kacau dan cari pasal dengan semua orang tanpa dimarahi😁


ikhlas dari,
abg fari yang terpaling hot ✌

Tuesday, September 29, 2020

bear in mind

 to all fujoshis out there!!
(or whatever the hell you call them)
i really dont give a damn about your fantasies.
you can ship(?) me with anybody. be it iskal,haikal or whoever the Fish you want i dont care.its not my business.
but not with my own biological brother!!
its disgusting.
to even think you are capable of thinking like that disgust me as hell. you are mentally sick and need treatment.
apart from pedophilia, this is what i hate the most.
so dont overstep the border.

Sunday, August 23, 2020

good news and bad news


well, bad news first (clichΓ¨ but who cares? most of us are like that,no?πŸ˜‚)
so unfortunately, pada tarikh 11 julai lepas aku eksidenG moto. more to terbabas
and yes tengah laju. memang mendapat la.
tapi xde la laju tahap kau lalu tu bunyi ekzos je 'wenggg!' pastu bila toleh dah xde. bukan ok!!
aku ada beli moto peberet ni almost 2 years dah.
2018 s1000rr black storm metallic
ni org kata love at first sight la jadi bila rebah tegolek bersama2 tu mcm cite industan beguling2 gitu. wahahahha wakluu
dah selamat masuk bengkel dah pon πŸ˜“

stop pariz aserap! sila serious.
ngeri ngilu seriau bila ingat balik
terseret sikit lepastu langgar divider kena tangan kanan lepastu bunyi prak! 😱
2 tulang patah kat tangan kanan.
aku mula2 ingatkan kaki yang patah sebab terhempap motor. berat gila πŸ˜–
lepastu sakit gila2 pulak tu kaki xboleh nak bangun. aku sedar sepenuhnya masa tu.huhu
masa tu nak bukak helmet pon xmampu dah tangan sebelah dh terkulai layu ditasik madu.
xboleh ingat weh rasa ngilu+meremang sgt bila ingat.
nasib baik masa tu pakai jaket tebal jgk kalau x xtau la. seluar ada koyak2 jgk tsk3
kesimpulannya patah tangan kanan, retak buku lali kanan dan bahu kanan pon retak jgk sikit 😭
luka2 lain lebam2 ada sikit2 tapi kt peha luka teruk sikit sebab seluar terkoyak lepastu terseret.
tapi sekarang ni aku ada masalah sikit dengan buku lali
masa mula2 aritu sakit gila sampai xboleh tidur
sampai dokter bg ubat tidur dengan painkiller
bahu so far alhamdulillah xde masalah tp buku lali aku bengkak dan sakit balik.huhu

baru2 ni gi epoimen dokter kata tak boleh buas2 sgt. kena rest betul2 (siap kena bebel,marah dan sewaktu dengannya T_T sebabnya aku gi opis aritu sekali. nak buat mcm mana,nak? kerja bertimbun2.huhuu)
sebelum ni aku boleh la duduk2 atas kerusi roda duk luar rumah
tp sekarang baring jelah,nak. 
nasib baik bed sepital iskal yang aritu ada so berkongsi amalan mulia la kan. hahaha
ok sikit la baring atas bed ni xde la asyik terdampar je atas katil.
so far selain buku lali ni tgn dengan bahu xde masalah. cumanya kerap demam sejak2 sakit nih. ke sebab sakit kaki sangat? hahahaha
baideway, aku taip pakai tangan kiri siap buat one handed kibod kt tepun nih. gigih tak pacik?

so tu lah bad news pariz aserap. xtau la berapa bulan lg nak mcm ni.huhu
tapi xpe la. kan sakit tu penghapus dosa?
dosa silam bnyak melampau sgt kan makanya pacik redho dan pasrah. semoga terhapus la sikit dosa2 pariz aserap nih. amin.
aku nak ucap terima kasih banyak2 kepada abg2 adik2 dan pacik2 yang menolong pariz aserap di tempat kejadian. tolong call ambulan tolong call family aku tolong angkat moto drp menghempap kaki pariz aserap yang tengah kesakitan tolong bukak helmet. siap bg aku air tp aku xminum.haha
tengah kesakitan weh xberapa ingat apa aku buat masa tu selain tersandar kt divider je.huhuhu
begitulah alkisahnya bad news pakcik.
rasa xnak ingat dah hari kejadian tu..seriau πŸ˜–
sekarang ni mc jelah sampai sihat seperti sediakala. semoga pariz aserap cepat sembuh. dan jugak semoga epoimen minggu depan dokter kata ada peningkatan lagi2 kaki.huhuhu
semoga xkena marah lagi dengan dokter πŸ™„

sekarang meh kita pegi kepada good news pulak.
gud news dia, adinda sayam intan payung buah hati abam dah officially masuk ofis. yay!!
yes firdie berenti kerja. xtau nak kata terkejut ke x.
lepas dia balik dr kl aritu untuk support sebagai frontliner dia buat keputusan nak berenti.
bukan sebab troma serik ke apa tp dia ada alasan sendiri.
2 bulan jugak dia kt sana balik2 beberapa hari sebelum raya. menangis2 mak aku kegembiraan.
siriyes kami x expect dia balik ingatkan dia raya kat sana.
2 bulan tu mak aku asik nangis je teringat anak bongsu.
seriously, jarang sangat dpt contact ckp betul2.
time tu kes tengah banyak gila. lagilah puan sofea berendam air mata. hahaha
takut wehh. aku takut gila mcm mana kalau x jumpa dia dh? menangis jugak sikit pariz aserap.boo!! hahahaha

lepas balik tu dia kena kuarantin dulu.
kuarantin kt rumah je dia dok sorang2 kat tingkat atas sekali. tapi hari raya turun bawah jugak sekejap ambik gambar raya. hee
tapi sekejap jelah lepastu naik balik.
lepas habis kuarantin dia ambik cuti. habiskan semua cuti dia. aku dah syak sikit2 dah.
lagipun mak aku macam berat hati nak dia teruskan. gila xberat hati dua bulan berapa kali je kabar dia kitorang dapat.
boleh diterima la kalau mak aku risau. tapi mom xdela push suruh berenti dia diam je.

aku memang taknak cakap apa2 sebab aku kenal sangat2 adik sayam aku macam mana.
kalau aku cakap dengan dia automatik tu la keputusan dia.hahaha
jadi aku biar je.
nak dipendekkan cerita malam tu dia cakap kt aku nak berenti keje. dia kata dah pikir masak2 atleast sementara mom masih ada ni sebab dia kata mom risau+berat hati.
lepastu dia kata jangan risau dia xtinggal terus kot bidang ni nanti dia tolong la kawan2 dia buat part time kt klinik ke. aku rasa ni nak sedapkan ati aku je πŸ˜…
aku tanya dia,  betul ni fir nak berenti?
dia tanya aku balik, abg xnak fir berenti ke? kalau xnak fir x berhenti.
tapi aku mana boleh masuk campur tu kan keputusan dia walaupun aritu aku nak jugak dia berenti *sebab emosi xjumpa 2 bulan.haha*

so aku kata kat dia abg sokong je apa pun keputusan fir.
fir lagi tahu apa yang fir nak dan terbaik untuk fir.
dia kata, yang terbaik mestila xbuat mom risau.
so aku pon angguk2 je la walaupun berat hati.

esoknya masa aku dah pegi ofis dia mesej bagitau dia dh buat keputusan nak resign betul2.
aku tanya dia lagi sekali 'fir dah fikir masak2 ke?'
dia tanya balik soalan malam tadi, abg xnak fir berenti ke? lepastu dia tanya lagi abg risau ke?
'ofcos abg risau tapi insyaAllah xde dh mcm ni lepasni'
lepastu dia tanya, '2 bulan aritu apa perasaan abg?' aku xsempat taip dia dh typing dh 'im dying to see u..to see our family'
kejaplah aku kopi pes. panjang berjela2 siriyes panjang sgt rajin betul firdie aserap menaip. lenguh kot tangan aku kalau nak taip dah la aku kidal dengan tiba2 sekarang ni.ada yg pakinsen ni nanti.hahahaha

macam mana dalam masa 2 bulan tu kalau fir x balik2 dah? macam mana abg kalau macam tu? fir nak balik jumpa abg.. fir memang bz sangat kat sana.. xsempat meset call semua tu.. tapi bila ada free even a minute fir terus pikirkan abg.. pikir keluarga kita

yes being a doctor is my passion.. semua sebab abg kan? sebab fir xnak abg sakit lagi.. dari dulu goal fir same je xpernah berubah.. fir xnak abg sakit lg.. fir enjoy jd doctor tapi sekarang fir rasa dgn knowledge yang fir ada tentang medic fir nak duduk dekat dengan abg

atleast i know what to do kalau tiba2 abg xsihat dekat ofis kan? and i'm not the last person yg tau kalau apa2 jd dekat abg.. atleast fir ada kat situ.. fir xnak pisah dengan abg dah.. fir adik abg kan? fir tahu abg selalu pendam sorang2 risau ke sedih ke abg xnak fir susah hati kan? fir ada dengan abg sekarang.. you can reach out your hand now i'll always be there for you

fir syg abg sgt2 so abg xpayah risau fir sedih ke fir terpaksa ke apa sebab fir masih stick dengan goal fir.. nak jaga abg.. fir jd doctor pon sebab tu kan? so nothing's changed.. i'm your forever baby brother and i will take care of  you til my last breath

and don't worry i won't let my knowledge 'die in vain' fir akan volunteer to help anyone in need.. fir xkan tanya apa pendapat abg cos i know my brother well πŸ˜‰ thank you for everything abg.. now let me take care of you 😘

berkaca jugak mata abam dia ni baca mesej. haha
firdie aserap xpernah berubah 😭
mana la abg xsayang dia banyak laut.
sayang sangat nih.
masa dia kata dia nak berenti sebab mom risau dgn berat hati tu aku ada doubt sikit.
bukan nak pertikai tapi sebab aku kenal la kesayangan aku mcm mana kan.hahahaha
tenkiu fir. abam lobiu so much.

so 5 julai secara rasmi fir masuk ofis.
dia dah kata bagi kerja senang2 dah la bang opisboi ke runner ke gaji tayah la banyak2. hahahah
sekarang ni dua2 adik sayam aku sakses duduk opis kat abam.
kita tunggu kaklong pulak terbukak hijab dapat hidayah balik kedah kerja kt opis 🀣
tapi baru seminggu fir kat ofis aku dah macam ni pulak. berbalut segala begolek2 dengan moto so fir pospone dulu masuk ofis. nak jaga abg dulu.
sempat dia kata kat aku "keputusan tepat sangat kan fir berenti kerja aritu? ni boleh jaga abg 24jam"
hahahaha
kemain kan fir?

so tu lah good news pariz aserap.
alang2 fir dah masuk ofis ni so nanti2 aku nak pujuk dia buat mba la nnt management tu boleh pass kt dia.hahahaha
tengok awal x awal perancangan aku?
semoga beliau x macam farah atiqah. puas abg pujuk dia xnak. katanya dia keja saja je nak tlg abg xnak komitmen berat2. pffttt
hahahahahha adoila adik pempuan aku sorg ni
nasib baik abg sayam.
apa2 pon terima kasih adik2 sayam abam
ailobiu sooooooo much!! till jannah org kata

disini aku nak buat ucapan penghargaan dekat bespren poreber pacik, daniel iskal yang gigih menjaga pariz aserap selain firdie dan seluruh ahli keluarga aku. sukati dia work from home tp meeting tetap attend. tenkiu ish selalu ada susah senang  xpernah tinggal pariz aserap dalam apa jua keadaan.walaupun ada problem sakit belakang gigih nak angkat2 pariz aserap jgk. you are one in a whole lifetime. you are the best,ish! dan jugak ofcos kesayangan abg fari lagi sorang, daniel haikal yg terpaksa stres diopis sorg2 sbb abg beliau m.i.a 🀣 terima kasih kal banyak tolong abg fari, selalu risau selalu ambik berat selalu tanya nak makan apa nak suruh beli apa dan selalu menghiburkan hati abg fari. xpernah stres layan dia nih. xpernah nak marah bila tgok dia which is sangat bagus untuk kesihatan pesakit nak marah je terus xjadi bila tengok daniel haikal.hahaha tenkiu kal abg fari lobiu so much.
haikal the best! yeay!

baiklah anak2 sampai sini jelah entry aku
dari 19hb haritu bukak entry ni tapi tak siap2 menaip. hahaha
paham2 jela xmampu,nak nak taip panjang2 bejela sehari takut bersimen pulak tangan ni satu lg karang πŸ˜‚
tabahlah pariz aserap.
semoga aku cepat sembuh.
oklah aku nak merehatkan diri dulu sebelum jari krem.hahaha

Monday, June 15, 2020

bye kaklong sayam

semalam kaklong dah balik pahang setelah berbulan2 duduk kat rumah sebelum start pkp lagi.
dia balik sini 14 haribulan 4 hari sebelum pkp kalau x silap. sebab cuti sekolah kan? 
plannya nak balik pahang hari selasa 17 haribulan sebab abg long dapat cuti 2 hari je
lepastu pm buat pengumuman pasal pkp
kemain bergembira kakak aku boleh duduk lama kat sini. eksaited sama naik dengan anak2
abg long rilek je okay je dia layankan perangai bini dia sambil buat lecture online.
you are the best husband, brader-in-law! hahahaha
sebabtu raya aku meriah walaupun sehari je sebab semua orang ada kat sini.

semalam sedih je nak bagi kaklong balik
tapi ku tahan jebat.
tapi kakak aku ni dia suka la bila nak balik selalu je dia pegi dekat adik2 dia sorang2
lepastu nanti dia pegang(?) dua2 pipi kau dengan tapak tangan dia  (aku xtau pegang mcm tu panggil apa πŸ˜‚)
lepastu kata 'fari jaga diri baik2. ada apa2 bagitau kaklong tau. jangan simpan sorang2. jaga kesihatan fari okay.kaklong syg adik2 kaklong ni' disertai sioman di pipi di dahi. 
i kenot okay.hahahaha
aku adalah hati tisu level tertinggi
lagi2 bila melibatkan family. adik beradik aku dah la rapat gila2. berkaca2 mata pariz aserap.
walaupun aku dah 33 tahun tapi kaklong rilek je layan aku mcm budak2 😝
dia suka gosok kepala aku. abis rambut pacak pacik.hahahaha
bila peluk aku dengan fir je dia selalu kata 'tinggi dari kaklong lagi haa dulu kecik lagi'
dulu tu berapa tahun dah kaklong uit. hahahaha
kakak aku adalah dramatik ye tuan2.
itulah kaklong sayam pariz aserap. sayang sangat2 kat dia.
satu2nya orang yang boleh buat pariz aserap jd mcm budak2 🀣

farah sedih banyak. dah berbulan2 kan tak berenggang dengan kaklong.
tu geng dia sopim online sama2
termasuklah mak aku
patutlah dorang sedih lebih sikit semalam.hahaha
bak kata macik goku noapiza orang perempuan hatinya lembut 🀭
serious weh pkp aritu rumah aku boleh dikatakan setiap hari lori2 courier barang sampai
ada yang sampai dua kali sehari
airipit tiap2 hari ye anak2.
tu la kerja2 perempuan2 dalam rumah ini
suami masing2 rilek je, 'haa beli je lah' πŸ˜†
terima kasih driver2 courier yang gigih hantar barang ke rumah pariz aserap.
mesti troma bila tgok alamat. rumah ni lagi 🀣
rindu pulak perangai sengal kakak aku.hahaha

konklusinya, begitulah bila masing2 dah besar dah ada keluarga sendiri
aku yakin je raya aji nanti dia sampai lagi
sebabnya parents abg long sekarang takde kat pahang dia tersangkut kat sabah aritu kt rumah adik abg long.
makanya selamat hari raya la buat peruz atirah boleh balik kedah lagi. yeay! hahahaha


yang πŸ”₯,
pariz aserap

Thursday, June 11, 2020

personal opinion

ni cuma pandangan peribadi aku
dan kau x perlu bersetuju dengan aku.
its about politics generally
and tun m specifically.
aku rasa sekarang ramai je yang aman2 bahagia dengan kerajaan baru dibawah tan sri muhyidin yassin ni
and i'm one of them.
aku rasa kerajaan sekarang better sangat2 daripada yang sebelum ni 
tak kisah kau sokong siapa tapi kalau kau bijak kau boleh menilai sendiri mana yang bagus mana yang tak.
and nope! aku x dapat apa2 pon daripada bantuan yang pm bagi kat rakyat 
karang ada yang kata aku puji sbb dapat bpn tu pulak.hahahHa
xpernah dapat weh dari dulu. sedihnya.
saya adalah bujang yang mempunyai anak okay! nak jugak!!
okay sila serius kembali!
so far aku rasa kerajaan sekarang mendapat tempat kat hati rakyat malaysia.
walaupun bukan semua, ada yang xsetuju sebab kerajaan pintu belakang katanya tapi kita nampak mcm mana kerajaan handle negara. maybe not perfect but better than previous govt.

okay so about tun m.
aku rasa ramai tahu aku antara yang admire dekat beliau.
dari dulu aku beli buku2 beliau dari malay dilemma sampailah yang tebal tak ingat dunia tu.hahaha
a doctor in the house tajuk dia
banyak lagi buku2 beliau yang aku ada.
and yes, personally/individually aku masih admire dia. he's smart
but politically, i think he should step down already.
just chill and relax at home
masa dia letak jawatan baru2 ni aku macam 'wow whats he's thinking? mesti dia dh ada plan lain'
semua orang xsabar nak tunggu apa jadi lepastu.
tapi yillek. hahaha
dan sekarang aku rasa he needs to stop disturbing the new government.
bagi can pm8 buat kerja dia which i think he did well
i still love you tun. i cud never hate you
but enough is enough. its a sad truth.

lagipun aku rasa kerajaan baru ni lebih peka dan mendengar pendapat rakyat.
aku antara spisis supporter yang kalau kau salah kau tetap salah takde masa aku nak tegakkan benang yang basah.aku banyak keje lain lagi nak buat. hahahahaha
aku doakan malaysia kekal sejahtera
and im always proud to called myself malaysian.
so itu sahajalah pendapat peribadi aku
kau setuju ke tak aku tak kisah
dah kata pendapat peribadi kan? kalau xpaham jugak meh aku selam kau dalam laut πŸ˜‚
satu lagi pendapat aku, aku nampak menteri kanan pertahanan(kan?) dato seri ismail sabri sangat berkaliber duduk dalam kementerian ni berbanding jawatan yang dulu. syabas beta! 😁

okay dah sudah buat luahan perasaan
daripada kau pikir politik baik kau pegi tengok channel sugu pavithra boleh jugak belajar masak.hahahahaha
pemes nih sampai pm pon sebut
nanti aku nak tengok la.
tp tengok je la nak masak tu....pfftttt πŸ˜‚

sekian terima kasih


hot tahap hokage,
pariz aserap.