Wednesday, July 10, 2019

repost from facebook

assalamualaikum warohmatullohiwabarokatuh
lama pariz aserap menyepi hari ni tetiba buat kambek
aku bz weh (alasan sama je) tp siriyes aku bz x main2
ni pon dapat mc seminggu sebab kena admit aritu dekat wad sebab exhaustion+fatigue+asthma
teruk jugak kena admit 6 hari tp aku malas nak cerita panjang.
so sempena aku mc sampai esok yakni kamis makanya meh la kita berpoya2 kat blog sikit
tadi aku dengar lagu melly goeslaw - ku bahagia
tu mmg lagu melly yang memang peberet aku la
bila dengar lagu tu aku otometik jadi rindu zaman sekolah zaman remaja sebab lagu tu dia mcm mengimbau gila la zaman2 budak2 xpikir pape xperlu risau pape. bebas je.
so tanpa sedar aku share kat fb beserta status panjang berjela. aku kopi pes je ni malas nak taip2 balik. 

                              ....................



teringat zaman remaja kita yang indah Daniel Ishqal Firdie Ashraff dan Daniel Haikal 😊 zaman remaja yang bebas xpayah kusut2 pikir kerja🙄 it all starts with you iskal. terima kasih sudi rendahkan ego datang tegur pariz aserap dulu waktu zaman form 4.hahaha haikal sila berterima kasih kat abg kal kalau x, kal tak kenal abg fari tau x? tak boleh paw abg fari setiap masa.makanya sila bersyukur🤣 

ingat lagi x ish zaman sekolah cikgu2 semua terkejut cemane pariz aserap yang baik bersopan santun berbudi bahasa (✌) tiba2 besfren dengan gengster sekolah+ juara lompat pagar + bekejar dengan pak guard + mafia jambu a.k.a daniel iskal? hahahaha kelam kabut cikgu xbagi kita kawan. what the Duck?? cikgu, kalau pariz aserap x bekawan dengan dia ni dulu mesti gelap gelita zaman remaja ai tahu! (glad i didnt listen to them😝) ingat x ish dulu zaman sebelum dapat lesen motor kita g sekolah naik basikal.satu basikal share 2 org. ish duk kat depan pegang handle beskal riz kayuh. pastu ada org gila sergah 2 budak perempuan depan kita sampai terbabas beskal dorang langgar tong sampah?🤣🤣 kita gelak mcm org gila masa tu smpai terhuyung hayang beskal.hahaha

daripada iskal lah dapat kenal daniel haikal yang paling tak hempuk dialam semesta ni dan tanpa beliau hidup ini adalah sangat tidak indah,nak. ingat x kal konspirasi kita berdua mcm mana nak bagi abg kal x marah kat kal sebab pegi bukit kayu hitam untuk competition bmx tp x inform dia? kemain siap berlakon pakai skrip. bongok!🤣 nasib baik abg fari ada tolong cover line tau jd sila jgn derhaka sangat kat abg fari.hahaha 

and you firdie aserap a.k.a adik kesayangan abam😁 i,m glad you are part of my teenage life while kebanyakan adik beradik lelaki yang lain ada life remaja masing2 but we're always together. fir selalu dapat greenlite dari momdad kalau nak gi memana even baru dajah 6. sebab? abg ada g memane dengan fir. senang keja kita kan?🤣 ingat x masa fir form 1 fir skip kelas pastu ketuk pintu kelas abg pastu cakap kat cikgu fir nak jumpa abg dengan abg dan. abg ingt emergensi tp rupanya fir saja nak sembang.hahaha.abg tengah belajar kot. 15 minit sembang sampai cikgu tanya ada masalah ke? kalaulah cikgu tahu fir datang semata2 nak sembang je dengan kami😆 

rindu gila zaman lepak studio lepas abis sekolah menari tunggang tebalik dengan baju sekolah 
rindu nak join competition bboy. 
rindu zaman bergaduh semata2 nak pikir nama group 🤣 
rindu nak duduk studio ramai2 bercerita kisah masing2. 
rindu nak konvoi motor ramai2 
rindu nak bersorak bagi support bila iskal join skate competition 
rindu nak bersorak bagi support bila haikal join bmx competition 
rindu zaman remaja yang indah 😭 
rindu sangat. 

4 of us are inseparable. i love us SO much. thank you for being with me through thick n thin. 17 years and still counting💪 
ish and kal, thanks for being my brothers from another mother especially you ish; my bestfren forever dunia n akhirat. 
friendship/ brotherhood til jannah😇😊 
even pariz aserap jadi dedi dalam usia yang muda dan tetiba korang dapat title uncle tapi tetap tak mematahkan semangat kita nak berpoya2 bersama walaupun terpaksa bawak hakim.kahkahkah 
you guys are awesome!!🖤❤💜💙 (represent our fave color😂)

alhamdulillah sekarang masing2 dah ada kerjaya dan melangkah kealam dewasa dengan jayanya (xbest 😭)
the best part is bila jumpa cikgu time sekolah and they asked about you ish, and i proudly say 'he's an engineer now' while looking straight to their face 😝 

rindu zaman remaja yang xperlu fikir tanggungjawab dan komitmen. cuma fikir pergi sekolah belajar *main2 sikit.hee*
rindu sangat. sumpah! 
semoga ukhuwah kita berkekalan sampai kita tutup mata. 
thank you for every moment that we shared together 
i really miss our good old days 
no one can beat you guys! no one! my happy pills. 

 "masa muda yang tak pernah kan mendung...ku bahagia. dalam hidup ini arungi semua cerita indahku saat2 remaja yang terindah tak bisa terulang..." 😊

                              ....................


orang dewasa yang hot,
pariz aserap.

Friday, March 15, 2019

the dark side of mylife


edit : entri ni panjang gila nak mati. sila bersiap sedia kemungkinan ko akan rasa berpinar mata, nak muntah, juling dan sebagainya. its at your own risk.hahahahaha. selamat membaca.

                                   **********

assalamualaikum warohmatullohiwabarokatuh.
harini topik kita agak berat sedikit ye tuan2 dan puan2 sekalian alam.
so mana2 budak bawah umur ataupun yg dah melepasi umur tapi x matured2 tuh bolehlah pegi main jauh2 tayah baca entry nih.
disebabkan aku kategorikan ni heavy content makanya aku malas nak mukaddimah pjg lebar marilah kita terus masuk kepada topik tersebut.
aku mintak maap awal2 kalau entry nih nanti lagi panjang dari entry cnblue yg aku tulis aritu XD

sisi gelap pariz aserap aku rasa ramai je yg tau
not so-called secret at allXD
and of course im not a fool. im the one who make it obvious to everyone.
macam aku kate dulu la kalau benda yg aku rasa rahsia kerajaan gila2 aku xkan tulis mahupun sebut sepatah huruf pon pasal tu.
jadi bila aku dengan riang ria nya menulis kt sini tu maknanya aku dah masuk fasa xkesah ko tau ke x ke gasak ko.hahaha
so pasal ape ni pariz aserap?
pasal kisah percintaan aku dari tahun 2005 sampai 2018.
yes! 13 tahun.
kenapa 2018 je? 2019?
tu maknanya aku dh putus la..
aku single tau sekarang so sape2 nak ngorat meh la.hahaha
ramai dah tau aku bercinta dengan sape dulu kan?
dulu ramai duk teka2.
betulla tu korang teka, daniel ishqal. 
13 tahun dengan dia ni la. yang entry2 aku jiwang ke tulis2 pasal kisah cinta ke lobiu2 missyu2 tu tulis kat dia la tu.
dan aku klasifikasikan benda nih sebagai sisi gelap pariz aserap.
so maknanya ko gay la pacik?
let me explain that later.
sebelum aku tulis ni aku dh mintak permission iskal dulu. dia xkisah pon tulis jela dia kate
ko ingt dia kesah ke? hahaha

sebab putus kenapa pacik?
hmm yang tu nanti la dah perenggan last2 nanti aku bagitau sebab dia.
sekarang kita cite pasal aku dengan iskal dulu.
benda ni aku cerita kat sini dan harini je sebab lepasni aku taknak pikir pape pasal ni dah. biar habis kat sini je tayah tanye pape lg pasal ni kalau x aku bagi tendangan padu kt ko. so kalau ko nak komen yang keji2 pon komen kat sini je tau. jangan kacau entry aku yg lain.hahaha
berbalik kepada soalan kt atas tadi; are you gay?
hmm. aku xtau aku xpernah rasa aku gay pon.
gila ke x gay dah bercinta dengan laki.
tp seriously, aku xpernah ade perasaan pape dekat laki. kecuali iskal 
aku xpernah kot suka laki aku kawan dengan laki pon mcm biasa je mcm ko kawan dengan laki
aku penah je kena ngorat dengan laki beberapa kali and i felt gross. so aku kecelaruan identiti disitu aku gay ke x sebenarnya?haha  tapi aku kuat mengatakan aku bukan gay. its just.... iskal is exceptional.
i dont even support lgbt. aku pon xde dan xpernah berkawan dengan geng2 lgbt. aku sorg2 je dgn iskal.
gay in denial kah pacik? boleh sawan kalau pikir lama2 XD
so terpulang dekat ko nak kate aku gay ke x ke kecelaruan identiti ke. benda tu dh xpenting bg aku sekarang.

siapa je tau hubungan aku dengan iskal?
jawapan dia adik beradik aku semua tahu.
penerimaan masing2 berbeza.
kaklong paling hardcore. dia mula2 tau tu mengamuk(?) ke mcm mana tah.aku kantoi dengan dia bila dia baca meset aku sent dekat iskal ada sayang2 ailebiu bagai.pastu aku memang kena hadap dia satu hari dalam bilik kena soal siasat kena ceramah mcm2 la. dia siap ugut nak bagitau mom dengan dad. mampus aku kalau dia bgtau betul.tp masa tu aku tengah darah panas lagi. muda lagi kan baru 20 lebih kot masa tu ke 20 mcm tu la. dia suruh aku putus aku kate taknak.
besar mata dia tengok aku.  pariz aserap yang xpernah melawan cakap tiba2 dengan berani dan sangat determined melawan ckp dia,satu2nya kakak aku. dialah yang paksa mak aku suruh tunangkan aku tu. masa ni aku memang marah gila kt dia tapi dah jenis pariz aserap marah pon diam je tp aku lari duk umah iskal
aku xingt lama mana aku dengan kak long dingin tapi lepastu dia meset aku tanya kabar cakap mcm biasa tp dia xde tanye pasal hubungan aku dengan iskal. bila balik kg dia mcm biasa je dengan aku dengan iskal. dia memang sayang iskal dari dulu sebelum dia tau pasal ni lagi. dia sayang maut dua2 beradik daniel tu.
so mcm tu jela kakak aku tau. lepastu dia buat mcm biasa je kdg2 dia tanye aku bila nak kawen?
aku diam je.hahaha

adik perempuan aku pulak jenis malas nak masuk campur
aku kantoi teruk dengan dia. dia terjah bukak pintu bilik aku xbagi salam. lepastu semua kaku
dia nampak aku tengah muah2 dengan iskal
dia xtau nak bg reaksi apa pastu dengan gagap2 dia kate "err sori ganggu" pastu dia tutup pintu.hahaha
tapi aku xgelak masa tu aku cuak.
lama jugak aku duk diam je. xtau nak pikir ape otak xleh brain. yang aku pikir apesal bodoh sgt xkunci pintu? lepastu aku gagahkan kaki berjalan pegi bilik dia
awkward nak mampus.
last2 aku tanya "farah ok x?"
mcm bodoh soalan tp tula soalan first aku tnya dia
dia kata oke je. pastu aku diam
dia tgok aku diam dia pon panggil aku "abang.."
aku hmm je. 
farah: farah xnak masuk campur hal abg. farah  cuma doakan yang terbaik untuk abg
aku: thanks *senyum tawar xtau rasa apa*
farah: no matter what i always love you. abg kan abg kesayangan farah.kan?
pastu dia peluk aku. aku rasa besalah tetiba. xtau besalah kat sape tp rasa mcm, aku abang kot apesal bg contoh x elok dekat adik aku? haa mcm tu la tp perasaan syg kt iskal masa tu ko tayah kate la. kalau mak aku kejar dengan parang pon aku xkan tinggalkan iskal kot time tu.hahaha bodoh!
so adik aku pon mcm kakak aku lepastu dia mcm biasa mcm xde pape.
yang x biasanya aku la. aku rasa awkward walopon dia oke. lama jgk aku mcm tu kot. even bila duk sesaje dgn iskal kt ruang tamu kalau tiba2 farah muncul aku rasa mcm gelabah je walaupun xbuat salah pape.haha
tapi lepastu aku oke je buat xtau dgn perasaan awkward ni. dan dialah yg paling keji. selalu bahan aku kaw2 pastu sengeh2 xbersalah.
aku redho je. padan muka kau pacik!

adik bongsu kesayangan aku firdie aserap pulak xboleh terima kenyataan sebab aku xbgtau dia.
tula first dan last aku brgaduh dengan fir walaupun xsampai sehari tapi gila la weh aku mane penah begaduh dengan dia.
dengan firdie aku xkantoi pape tp dia syak aku bercinta dengan iskal
dia yg paling rapat dengan aku kan mestila dia perasan. dia org pertama yang tau lepastu kak long last sekali baru farah.so disebabkan beliau sejenis yg straight to the point terus dia tanya aku "abg dengan abg dan ada pape ke?"
gila kejung aku dengar soalan dia. tetiba je
aku tanya balik "ada pape mcm mane?"
fir: abg bercinta dengan abg dan ke?
aku: *diam cari alasan*
fir: abg kapel dgn abg dan?
aku: fir....
fir: betul kan?
aku: *tarik nafas panjang lepastu angguk*
nampak muka dia kecewa.aku ingt dia kecewa sbb aku becinta dengan laki tp dia kecewa sbb aku sembunyikan dari dia. gila x sembunyi. kalau aku becinta dengan pempuan xde la aku susah payah nak sembunyikan. pastu tiba2 dia kate "leave me alone" tapi suara slow je. aku try nak explain kt dia pastu dengan kuatnya dia kate " i said leave me alone!"
tersentak abam. masa ni kecik ati kt dia weh xpenah2 dia tinggikan suara kt aku sebelum ni. agaknya mcm tu la kaklong rasa masa aku melawan ckp diaXD
so dengan kecik ati aku terus amik kunci motor pegi umah iskal. mcm biasa la sampai sana mestila share masalah negara nih dgn dia.haha
aku lepak sana sampai pukul 1 ke 2 pagi mcm tu la. bila aku rasa fir dah tido baru aku balik. xboleh terima kenyataan weh firdie aserap adik kesayangan abam tinggikan suara dekat abam.hahahaha
sampai rumah bukak pintu...tadaa! firdie tunggu aku kt ruang tamu sambil nangis
aku xsempat tanya bila aku masuk je terus dia datang peluk aku.
hilang kecik ati abam. aku tanya dia apesal nangis.
dia kata dia rasa besalah tengking aku td
hahahaha haloh2 adik abam
lepastu dia call aku x angkat2 lagi la dia menangis sbb dia ingat aku marah dia sampai xnak angkat fon. tapi ketahuilah bahawasanya telepon abam tertinggal dalam bilik xbawak pegi umah iskalXD
ampon fir
lepastu sesi dari hati ke hati la. dia tnya aku apesal xbgtau dia? dalam hati aku 'gila nak bgtau? mana ada org bgtau mcm tu je'
tapi mulut aku jawab lain, "abg ni abg fir.abg xnak bg contoh buruk dekat fir bla3..."
boleh terjun lombong alasan kau pariz aserap.
tapi fir kata dia xkisah aku tetap abg kesayangan dia. *walopon dh tengking aku. haha*
begitulah sejarah pergaduhan aku dengan firdie aserap yg terjadi sekali seumur hidup ini.

abis bab adik beradik aku.
masuk part daniel haikal pulak. the one and only adik beradik iskal.
kal xsuka aku dulu sebab ni la. dia syak abg dia becinta dengan aku lepastu dia xsuka aku sebab buat abg dia jd mcm tu * pdhal abg dia yg mula dulu*  aku boleh terima alasan ni. pastu dia kata muka aku muka playboy nanti aku main2kan je abg dia.
wat the fish haikal? alsan ni aku xboleh terima hoi
muka playboy? helloo sape yg kasanova kat sini sekarang ni haa haikal?
muka abg fari gila inesen dia kata playboy.
gila susah nak ambik hati haikal. makan bulan bakhang
dia siap warning aku oke!! daniel haikal yang perangai xhempuk 24jam tu bagi warning kat aku.
ohmaigod!
aku tau dia syg satu2nya abg dia. dia ada kata kt aku, "kalau abg dh suka abg fari kal nak buat mcm mana lg? walopon kal xtau mcm mana la dia boleh suka kat abg fari ni"  boleh tahan ayat ni kal. siot!
tapi lepastu dia oke je. dia pulak yg over.
jentik telinga baru tahu.

so basically adik beradik semua tahu tapi ada sorang lagi yang tau pasal ni.
ce teka sapa?
jawapan dia......jengjengjeng....
abah!
yes! abah iskal.
tapi jangan salah faham abah xmenyokong maupun support kami.
abah tau masa aku dah sambung study kt pisa
masa tu aku tengah cuti summer
aku lepak2 umah iskal pastu lepas magrib abah ajak aku keluar. aku sorang je.
kami keluar naik kete abah. dalam kete oke je abah tanya2 pasal study pasal life kat sana etc2.
lepastu dia benti kete ajak aku jalan2 sikit pegi kat kerusi. kat situ xsunyi ramai je org walopon malam
pastu abah start, "abah ada nak tanya fari sikit"
bila dia cakap mcm tu hati aku berdebar otometik aku rasa aku tau pasal apa. instinct aku selalunya betul. so aku tarik napas dulu lepastu kata kt abah "tanya apa bah? tanya la"
abah: fari dengan dan ada pape ke?
masa ni aku rasa mcm ada kilat menyambar dekat muka aku. gila weh. tu abah kot bukan adik beradik. mana aku nak lari dah la datang dengan dia. aku nak jawab ape? nak menipu ke? macam2 benda aku pikir time tu so lama aku diam.
abah tanya lagi, "fari dengar x?"
aku: dengar
abah: fari dengan dan ada pape?
aku: apesal abah tanye mcm tu? 
eh aku mmg dari dulu la rasanya suka bg soalan balik dekat soalan yg ditanya.hahaha
abah: abah kenal anak abah fari. dia bukan jenis senang2 ikut cakap orang dengar cakap orang kalau dia dh buat keputusan even cakap abah pon dia xdengar tapi dengan fari dia lain. apa yg fari cakap dia xbantah. dia paling takut kalau fari marah dia. dia mane penah takut kat orang. selama ni org lain yg takut kat dia.

so abah tau la anak dia ni memang gengster tegar? hahahha amponkan pariz aserap,ish.
to be honest, aku pernah la beberapa kali dapat soalan dari member2 especially budak studio.
soalan dorang lebih kurang mcm ni: "cemane ek ko buat daniel ikut cakap ko", "weh ko buat apa kt dia apesal dia dengar cakap ko?"
lebih kurang mcm tu la persoalan dorang.
aku xtau pon benda ni jadi hal besar sbb memang dari sekolah dia oke je kalau aku cakap dia ikut je so aku xtau la pulak benda ni boleh jadi perkara yang menghairankan org lain.
so berbalik kepada apa yang abah cakap kt atas tadi, aku cuma diam je. mcm biasa la diam mencari alasan tapi xjumpa2.
abah pon tanya lagi: dan suka fari ke?
sekali lg aku rasa mcm ada kilat menyambar. tapi aku xnak diam dah aku kesian kt abah mesti dia tertanya2 terpikir2.
aku: abah rasa mcm tu ke?
abah : aah sbb dan bukan jenis mudah ikut telunjuk org. 
aku : kalau abah kenal anak abah mesti abah dh dapat jawapan kan.
masa tu aku rasa nak tampar mulut sendiri. bongok pariz aserap bongok. ade ke kata mcm tu kat abah. aku rasa nak lari hujung dunia masa tu tp apakan daya xmampu. duk je kat situ xbegerak sambil pandang bawah.
abah: jadi betul la ni? abah ajak fari dtg sini sbb abah nak tanya fari sndri abah nak tau alasan fari sebab dalam ramai2 fari yang paling rasional so abah nak tau mcm mana boleh jadi mcm ni?

aku terkejut jgk sebenarnya sebab abah xmarah2
dia cakap macam biasa je padahal dia garang jugak. tapi aku dapat rasa dia kecewa
gila x kecewa bila tau anak dia mcm tu.
aku rasa besalah gila dekat abah sebab abah dh anggap aku mcm anak dia. aku cakap kat abah "fari xde alasan pape,bah"
tak tau nak cakap apa lagi. aku xnak lukakan ati dia tp aku dah lukakan pon.
tapi dia xsalahkan aku dia salahkan diri dia masa tu. tu lagi aku sedih kot
sebabnya dia kata dia selalu marah iskal dari sekolah lagi. ada je benda yg xkena kalau iskal buat. 
aku boleh paham kot apa abah cakap tu sebab aku kenal iskal masa umur 16. aku pon penah je tgok dia selalu kena marah tapi iskal bagus gengster2  dia, dia xpernah lawan balik bila abah marah. dia diam je. bila dh sudah kena marah dia blah la masuk bilik buat hal dia mcm biasa.
dasar xhempuk! hahaha
so abah banyak salahkan diri dia sebab selalu marahkan iskal. 
teori abah: iskal selalu kena marah lepastu memberontak dalam diam sebab dia xpenah melawan  balik ckp abah. lepastu bila dia jumpa orang yang boleh terima dia *aku la tu* lepastu care pasal dia, dia jd sayang sbbtu dia dengar cakap aku, dia act differently *diragukan* bila dengan aku. at the end, jatuh cinta dengan org yg care dekat dia.
mungkin ada betul sikek je la teori abah tu tp xboleh dipakai 100% 
kami yang pilih menda ni so xde kena mengena dengan abah.
aku cakap kt abah "dulu fari selalu tanya dan apesal abah marah dia? dia xsuka bila fari tanya mcm tu, dia kata bila abah marah tu maknanya ada la benda yg dia buat xbetul. abah marah sebab abah sayang"
abah diam.
lepastu aku xnampak abah marah iskal dah kecuali kalau dia buat hal. dia nih suka buat hal oke mane la abah tak marah.hahaha
panjang lg weh perbincangan aku dengan abah kalau nak tulis semua karang sampai lima puluh muka surat.
so long story short, aku kata kt abah aku xselesa bila abah tau sebab aku xtau macam mana lepasni nak balik rumah dengan dia lepastu nak buat mcm biasa depan iskal depan dia.
aku kata lagi kat abah, "abah...xbaik bersubahat"
pariz aserapkah tu yg berkata2? bongok oii
ko expect abah nak buat mcm mana? dia pon serba salah. dah la dia salahkan diri dia iskal jd mcm tu. tp lepastu abah kata "abah harap sgt fari dengan dan berubah. abah xnak ceramah bnyak fari pon dh besar dh tau dosa pahala. benda ni dosa besar fari"
krik krik krik
aku: fari tau, bah.
aku nak jawab ape lg dh memang betul dia kata
lepastu abah kata, "fari jangan risau abah xkan putus doakan fari dengan dan berubah.fari pon kena ada usaha nak tinggalkan benda ni."
aku angguk je. tp frankly speaking aku  xberusaha langsung! sbb masa tu aku sayang maut dekat iskal.haha maapkan fari abah.
lepas abah dh bg ceramah panjang lebar pasal dosa pahala tu sebelum dia ajak aku balik dia pon tanya, "macam ni xsubahat kan?"
eh abah bergurau ke menganjing aku ni?
tapi aku tau abah memang xpernah putus doakan aku dengan iskal. walopon dia nampak kool rilek mcm xde pape tapi sape tau dalam hati dia.
walaupun dia selalu menganjing aku panggil aku menantu dia tapi dia selalu nasihatkan aku suruh berdoa banyak2 mintak nak berubah.
dia panggil aku menantu sebab dia tau aku xsuka dia panggil mcm tu. xboleh blah abah menganjing aku. tsk2.
masa dh abih berbincang tu kami masuk dalam kete nak balik umah. enset aku xberenti bunyi iskal duk tepon la meset la. nasib baik aku silent
org dah ckap keluar dengan abah bersabarlah sikek.
dalam kete abah buat lawak tanya soalan luar alam dekat aku
nasib baik aku xkena serangan jantung tahap kronik. dia tanya "fari pernah sentuh dan x?"
aku xsyak pape soalan dia yang ni dan dengan yakin sekali aku jawab "mestila pernah,bah"
abah: hahh??
aku: hah?!
abah: sentuh. sen..tuh.. * sambil buat " " dengan dua2 jari telunjuk dgn jari tengah dia.*
aku: sentuh? *ikut mcm abah buat* ohh "sent..uh"
lepastu muka aku rasa panas je. td jawab tanpa berpikir panjang sangat kan? rasakan kau pariz aserap. aku malu gila masa tu. xtau nak sorok muka kat mana.
last2 nak cover malu aku kata kat abah "ape abah nih tanya soalan mcm tu"
lepastu aku cuba sedaya upaya ubah topik. nasib baik sakses sebab aku rasa xperlu kot cakap pasal tu dengan sape2 pon. macam...krik krik krik...
sampai rumah aku terus terjah katil. tiba2 rasa penat pulak keluar dengan abah.haha
dan sampai harini iskal tak pernah tahu yang abah tahu. kalau dia baca ni kompem terkejut gila babi dia. aku xpernah bagitau dia.
so mcm tu la abah tau.dia x bgtau sape2 tapi dia selalu doakan kami supaya berubah.
terima kasih abah T.T kami sayang abah sangat2

member2 aku pulak ada je yg tau. ada je yg jenis tau sndri sebab obvious kot. ade yg jenis main agak2 tp xpernah sape2 tanye aku pasal nih. dia mcm tau sndri2 mcm tu.
tapi mana yg rapat dengan aku memang tau aku bgtau dorang sbb bg aku senang biar dorang tau lepastu sukati dorang la kalau nak kawan,kawan. kalau xnak xpe. budak2 studio pon ramai je yg tau tp tak tau la apesal dorang diamkan je.
abihtu ko nak dorang canang satu alor setar ke hah? hahaha
gabriel dengan bernie pon tau.
ada la lagi budak2 zaman kampungchat dulu yang tau. aku xnak petik nama sape2 nanti karang kena kecam pulak bersubahat dengan aku.
dan yang paling buat aku risau adalah muhammad hakim. aku xtau dia tau ke x. macam dia x tau
tapi xtau la kot2 dia buat xtau. aku xpernah tanya dia pape dia pon xpernah tanya aku pape.
cuma aku selalu kata kat dia aku bukan ayah yg baik dan perfect tp aku akan jaga dan sayang dia sampai bila2.
dia pulak selalu kata, i dont care about anything else daddy you are the perfect father on earth.
makanya aku tak tau.
aku xpernah kisah sape2 tau pasl aku dengan iskal tp aku risau kalau hakim tau. aku taknak dia ikut contoh buruk dari aku. aku risau weh sepanjang dia membesar. aku memang selalu observe dia.
aku takut dia suka kat laki jugak. mampus weh kalau mcm tu.
sebab tu aku selalu je main2 tanya2 dia yg mane satu menantu aku. bila dia kata dia xpikir pasal tu lg ke ataupun "mana ada marka la dedi" aku jd risau. aku tkot dia suka laki tapi dia sembunyikan dari aku. tapi aku risau pasal ni sorang2 la aku xpernah bagitau sape2 pon. anak aku kan?
tapi sekarang aku dah xrisau dah sebab anak aku menunjukkan minat dekat perempuan.
legaaaa weh mcm nak tarik napas panjang2 je rasa. 
ko tau pulak kan xnak anak ko jd mcm tu kan pacik?
aritu aku tanya dia lagi *xberputus asa dedi*, hakim xde marka ke?
biasa dia akan jawab mana ada,dedi. xpon "xmau pikir lg la dedi". macam tu
tapi aritu dia xjawab lepastu kontrol muka nak senyum2. 
aku: ade la tu. xbgtau dedi kan?
hakim: bukan la dedi. bukan marka...erm...
aku: crush ke?
dia tengok aku senyum2. gatal weh muka muhammad hakim mcm tu. pastu dia angguk je.
aku xkompiden lagi masa tu. so kita try buat taktik sikit nak tau laki ke pempuan.
aku: satu kelas ke? nama apa?
hakim: ala dedi tp dia bukan marka la
aku: xpe la bukan marka pon. nama apa? satu kelas ke? *nampak gelojoh dedi disitu*
macam jadah je dedi. ko bg sokongan moral ke ape weh dedi?
hakim: xsama kelas dedi dia kelas sebelah
aku: nama apa? *xmengenal putus asa*
hakim : *sengeh2* syarifah husna
aku: yoshh! ganbate!!
tetiba semangat anime meresap dalam diri pariz aserap. lepas tu aku turun bawah meninggalkan hakim terkapai2 ku kelemasan. tercengang je dia tgok perangai dedi.
at least kerisauan aku dh settle.
kepada syarifah husna, semoga menjadi menantu dedi nanti XD

hubungan aku dengan iskal sejak dari kapel sampai last year, mcm mane ek nak kata.
its not all rainbows and butterflies obviously. begaduh mcm nak perang dunia. tp tu yg makin syg kot. aku xpernah pikir aku akan makin sayang dia dari tahun pertama kami kapel
aku ingat makin lama makin kurang sayang
but seriously years after years i love him more
aku ingat aku dh abih sayang dah nih dah xboleh nak syg lebih lg dah. tapi..... hahaha
dulu aku dengan dia pernah bincang sampai mana hubungan ni.sbb kami tau benda ni xde kesudahan. xkemana nak kawen pon xboleh.
masa tu muda lagi baru 20 ke 21 mcmtu so kami decide tunggu umo 30 la. ni jenis xpikir ajal maut nih
buatnya mati esok mampus masuk neraka terus
tp masa tu mana pikir mende ni. so kitorang decide nak tgok la nanti mcm mana umo 30.
30 kira tua la kan xkan nak mcm ni lagi. mcm tu la lebih kurang but little did i know i love him more and more each years. so umo 30 berlalu begitu sahaja. still xboleh lepaskan rasa sayang tu.
maybe sebab relationship aku dengan dia unik kot.
aku pon xtau nak describe macam mana tapi aku dengan dia macam tu je la. aku dengan dia xpernah nak dirty talk cakap benda xsenonoh.
benda mcm tu boleh buat aku turn off dengan sepantas kilat. dirtytalk/porn is a big no no for me.
i'm not into it. xtau pasal ape.
last time i checked aku ade je napsu tp aku xsuka benda2 mcm tu. sex is not necessary for me
i'm more into cuddling and romentik2 sikit *muntah*
tapi kalau kate xde nafsu tu menipu. nafsu kot.
dh nama dia marka aku mestila aku bernapsu kat dia. 
dulu dekat florence geng2 lelaki pernah ajak lepak nak tengok video blue. aku tolak awal2 mcm2 alasan aku bg. lepastu dorang ingat aku gay dorang ajak tgok lagi. dorang kate xpe kali ni kitorang teman ko tgok gayporn.tayah malu la dengan kami
what the F?! aku x suka porn wehh
tu pon masalah ke?
aku bgtau dorang terus terang xkesah la porn spisis ape pon aku xbeminat. sume org macam terkejut.
ade masalah dengan ko ke kalo aku xsuke? x kan?
seriously it never turn me on. aku pon xtau pasal ape
geli kot nak tengok. korang yg tgok tu x geli ke?
ke aku je? 
sebab tu aku suka dengan iskal sebab dia pon jenis macam tu xkisah sangat
seingat aku cite yg agak erotic yg aku tgok adalah anime. iskal yang mempengaruhi aku. dia kate cite best.
aku rasa cite dia best sebab kelakar. anime jepun xpernah mengecewakan. kelakar weh citer dia tp bila part erotic sikit tu dia jd mcm krik krik krik rasa awkward nak mati
tp lepastu dia kelakar balik. tp cite tu best la.
citer ape pakcik? ada 2 citer
junjou romantica dengan sekai ichi hatsukoi
sape2 laki yang tau cite ni kompem gay. jangan x ngaku XP 
aku xpe xngaku sbb aku kecelaruan identiti.
tp lagu opening junjou season 1 aku suka gila
best weh aku hafal oke. gila kentang ko pacik.tsk3

dulu ramai yang curious aku dengan iskal mcm mana. aku xtau ape yg curious sangat sbb aku dengan dia biasa je mcm yang aku tulis2 kat entri sebelum2 ni jela tp xpe lah meh aku cite sikit lagi. sikit je la xboleh bnyak2 nanti berjela2. 13 taon kot ko nak aku cite sume???
sepanjang aku dengan iskal of course la banyak benda yang kitorang lalui
atau dengan lebih tepat, aku yang lalui XD
dengan perangai jeles dia ya ampun boleh gugur rambut ko kalo ko dapat marka mcm dia.hahaha
ampon iskal. xpe kan bagitau benda ni sekarang? hihik
tapi still aku sayang maut mcm nak simpan letak dalam frame je dia tu XD
satu insiden yang aku paling ingat masa aku kat florence. time tu dia ada kat sana jugak dia cuti.
aku join team basketball kan weh mase tu so aritu kami dpt sponsor kasut. satu sorang dapat tapi petang tu aku xdapat join team aku pegi amik kasut sebab aku ada karnival. kebetulan member aku nak datang florence ada apa tah, dia ckap kat aku nanti dia pegi hantar kat rumah terus je. aku oke la sbb iskal ada kat rumah biasa rumah xde org. bila aku sampai rumah aku tanya la dia tadi ada org hantar kasut x? dia kata ada
aku tanya dia letak mana. dia tunjuk kat dapur
aku pon heran la apesal letak kat dapur? tp aku pegi je la tengok. xde pon. tiba2 aku terpandang tong sampah....
T__T
kasut aku sebelah ada dalam tu.tsk3
aku tanya dia apesal buang dalam tong sampah? dia diam je.
aku dah bengang dah aku pon masuk bilik.
wehh sebelah lagi dia bukak tali lepastu gunting tali kasut????????
ya tuhannn. kasut baru hoiiii. org sponsor pulak tu
aku pegi dekat dia aku tunjuk tali kasut tuh lepastu aku tanya 'ko dah kenapa? nak cari pasal dengan aku?'
dia diam jgk muka masam.
aku geram weh balik penat2 tiba2 dia buat perangai. rupa2nya dia ingt member aku yg belikan kasut tu kat aku
apakah daniel ishqal???? ingt  dia pemurah sangat ke apa hah?
tu belum masuk part aku tengah cakap tepon dengan member tiba2 dia rampas tepon aku lepastu letak tepon.
even haikal tanya aku cemana aku boleh survive dengan perangai jeles abg dia. aku pon xde jawapan.haha
tapi dia baik sangat2 cuma bab jeles xboleh bawak bincang XD
aku pon ada perangai jeles jugak tapi kalau nak selevel dengan iskal tu aku jauh ketinggalan dibelakang.haha perangai jeles aku lebih kepada reverse psychology, kalau aku xsuka dia buat mesti aku suruh dia buat, "haa buatla buat..apesal xbuat? buatlaa" , "pergila.. pergi sape larang?" mcm tu je la XD
perangai aku yang dia kena hadap dengan penuh kesabaran adalah bila aku badmood. lagi2 kalau badmood dengan dia, ko jgn harap aku nak bukak mulut becakap sampai tahap dia mcm cakap dengan dinding. hahaha
tu la perangai x semenggah kami tapi boleh pulak sakses tahan sampai belas2 tahun T_T

fir pernah tanya aku, x rasa terbeban ke kena sembunyikan hubungan ni?
nak kate terbeban tu tak kot cuma kdg2 kena kontrol la. aku nih kdg2 hilang ingatan. tiba2 nak jalan pegang tangan.
hoii ko nak kena sebat ke pacik?
ingat ni florence?
dekat florence aku jalan pegang tangan dengan dia weh. kemain ko kan pariz aserap?
aku dulu zaman muda2 perangai jahiliah agak menebal dalam diri ini. lepas ada muhammad hakim baru aku mcm ada sifat malu walopon xde org nampak. sikit jelah tapi malunya tu. dush!
dulu *masa zaman jahiliah* aku pernah muah2 iskal dalam tren T.T
pastu ada sorang macik tegur kami, dia tanya "married?" sebab dia tengok ade cincin kot.
hambik kau..melampau sangat perangai kan?
tp tu dulu la masa tengah zaman muda remaja lepastu aku xbuat dh mcm tu kat luar.
perangai macam orang xde agama.tsk3
bab solat memang aku x tinggal walaupun aku mcmtu. kalau aku tertinggal pon aku akan ganti balik. sebab aku ingat lagi sape tah kate xkisah la kalau kita jahat macam mana pon tp tolong jangan tinggal solat. mungkin dengan solat nanti akan buat kita berubah. so dengan berbekalkan nasihat yg aku dengar tu aku memang xtinggal solat walaupun perangai mcm kaum luth
lepas aku dh jadi bapak orang aku terus berubah jd semenggah sikit.
aku more to family man. pegi mana2 xkisah la honeymoon *kepala hotak* ke apa ke aku mesti ajak org ramai2
the best thing about iskal dia xpernah kisah ramai org ke xde org ke dia oke je asalkan pariz aserap ada dengan dia. tu paling aku suka pasal dia. so bermula la episod rombongan cik kiah kemana2.hahahaha

dulu aku pernah nak belikan dia gitar gretsch white falcon. aku bekenan gila2 gitar ni. cantik sangat gitar dia kaler putih pastu ade gold2 sikit kaler itam sikit dengan lambang burung. semat weh gitar tu aku memang berkenan la. disebabkan iskal aktif main gitar so aku ingat nak beli kat dia.
harga dia ya ampun. mahal nak mampus. dekat 17k
tp bak kate orang cinta itu buta. aku nekad ni nak beli. sebabnya aku berkenan gitar tu semat gila
tapi iskal xnak. dia kata mahal sangat ni dia xnak.
orang dh nak bg pon xnak
tapi aku suka weh gitar tu. last2 lepas berbincang dengan aman aku pon belikan dia gitar gretsch jugak tp bukan white falcon *tsk3* tapi model G5422TG <--- aku xingt brand ni aku tnye iskal XD
rupa dia lebih kurang tp xde logo falcon kat situ. tapi wajah dia serupa. semat weh.
harga murah banyak kali ganda dari white falcon.
dalam empat ribu lebih. so aku beli yg tu la kt dia.
lepas aku terjebak dengan cnblue sekarang nih tiba2 aku tengok yonghwa pakai white falcon aritu wehh
see ish? xnak sgt kan? kalau x boleh geng yonghwa.hahaha
bab duit tayah kate la, baik di pihak aku maupun di pihak dia memang banyak gila2 spent duit.
dulu pernah buat perjanjian xnak spent duit beli barang2 mahal dah tiba2 arijadi aku dia beli jam gshock gravity master hybrid apetah lagi nama dia.
harga berapa anak2?  5k weh
dimanakah perjanjian kita ish?
alasan dia arijadi xpe sbb setahun sekali
last2 perjanjian tah kemana2 tah.
kelaut dalam terus. dan duit pon terus mengalir bagaikan air
belum masuk part cincin lagi. cincin mahal kalah org kawen. bila pikir2 balik mcm mane aku x botak2 eh? belanja mcm firaun.
tolong jangan contohi kami. spent your money wisely.
tp sampai arini dia tetap mintak aku beli kepsi.hahaha
iskal dan kepsi berpisah tiada.

oke dah.
habis part throwback kisah zaman jahiliah aku
sekarang meh kita serious pulak.
sebab aku putus dengan dia.
aku xtau nak mula mcm mana.
mula2 aku duk lepak2 dalam bilik dengan dia lepastu aku pasang lagu inteam - pemergianmu
ko ingat aku xlayan nasyid ke? walaupun aku mcm tu dulu tp aku dengar nasyid jgk kdg2 weh
tapi lagu pemergianmu nih memang peberet aku
bila dengar lagu nih aku selalu sedih. jadi terfikir apa yang aku buat selama ni.
korang kena dengar. lagu ni kisah nabi muhammad s.a.w masa dia nak wafat.
kalau aku dengar sorang2 memang xpernah fail la nangis
tapi sebab aku dengar dengan iskal time tu so aku tahan je. aku duk kat kerusi masa tu. dia duk landing atas katil. pastu nampak dia kesat2 mata.
aku mula2 ingat dia kesat mata mcm biasa je.
lepastu dia kesat lagi dua2 belah so aku tau dia nangis tp aku diamkan je.
lepas lagu tu dah abis dia rikues pasang lagi sekali.
lepas dah abis lagi sekali tu kami diam je x kate apa. xpasang lagu pape dah.bilik pon sunyi je
lepastu aku pon pegi landing atas katil jugak tepi dia tp masing2 diam je. 
xde physical contact. dia xde peluk2 aku. aku pon xde peluk dia.
so kami besembang mcm tu je la. sembang rancak je mcm biasa cuma xde physical contact
petang sikit umi tepon dia suruh balik umah kejap
biasa sebelum dia keluar bilik kalau nk balik tu aku muah2 dia dulu xpon dia peluksiom aku dulu tapi aritu aku jd blur eh nak muah ke x nih
dia pon xkate apa. dia cuma tercegat je depan pintu. tu first time aku rasa xtau nak buat apa dengan dia. bukan awkward tp blur
dia pon mcm xtau nak buat apa. nak terus keluar balik rumah ke nak peluksiom aku dulu. haha mcm tu la kot.
last2 aku siom dahi dia je lepastu kata take care disertai ceramah panjang jgn bawak kete laju bla3 sebab dia xsembuh sepenuhnya lagi sakit belakang dia time tu *tp ketegaq nk drive*
pastu dia pon balik.
banyak benda aku pikir lepas dia balik.
dah la target umo 30 nak berubah dah terlepas dah.
masa ni baru la nampak effort pariz aserap nak berubah. pastu aku berdoa supaya aku dgn iskal berubah. tp aku xpernah cakap apa2 dengan dia aku buat mcm biasa je. kira mcm syg tu ada lg tp kalau nak buang sebab nak berubah tu aku dh ready cumanya aku x pasti iskal mcm mana. dulu aku pernah putus dengan dia 10 bulan. masa tu xboleh buang syg tu lg kot. dia lagi teruk dr aku. 2 bulan pertama teruk gila tapi last2 kapel balik. aku pernah tulis pasal ni sebelum ni.

awal bulan september tahun lepas, masa tu aku ada kat rumah, xtido rumah dia pastu dia call tanya xnak datang ke?
aku pon pergi la umah dia malam tu. lepak2 mcm biasa sampai la pukul 11 malam.
dia tanya aku, " riz ingat lagi tak dulu kita pernah ckap umur 30 nak berubah?"
aku: ingat. kenapa ish?
iskal: sekarang kita dh 31 kan riz?
aku: aah. dah telajak setahun kan? 
dia sengeh2 je. lepastu.....
iskal: riz..susah kan benda ni?
aku: *diam+berpikir nak ckap apa*
iskal: riz, kalau kita mati mcm ni  nabi xmengaku umat kan? xdapat syafaat kan nanti?
bila dia ckap mcm tu aku tau apa yg dia nak cakap. terus terang aku lega sebab start dr ari aku dengar lagu inteam dengan dia aritu aku asyik pikir pasal ni tp aku taktau nak start mcm mana dengan dia so bila dia yg start dulu aku jd lega.
macam satu beban besar atas bahu aku dah hilang. aku kata kat dia, "aah ish. kita dh lama sangat menyimpang ni"
iskal : ish xpernah pikir pon nak berubah selama ni riz tp aritu bila dengar lagu yang riz pasang tu ish jd terpikir pasal ni. macam mana kita nak dapat syafaat nabi kalau nabi xmengaku umat? and now i really want to love you because of Allah,riz bukan sebab nafsu dah.
aku: im glad,ish sebab riz pon pikir pasal ni tp riz xtau nak ckap mcm mana dengan ish. riz tkot ish xboleh terima.
iskal : bila tuhan dah ketuk pintu hati xde apa yg mustahil kan riz?
aku: true. betullah org kate kan? hidayah milik Allah. lets make a new start for us, ish.
iskal: and now i can proudly say i love you lillahi taala fariz. as a brother.
aku nangis weh bila dia kata mcm tu. aku xpernah sangka daniel ishqal akhirnya boleh kata mcm tu. sebak campur hepi sebab xsangka akhirnya kami boleh berubah. aku peluk dia. tapi pelukan kali ni xsama mcm sebelum2 ni. aku peluk dia as a brother. aku hepi weh sampai nangis. dia pon.
aku kata kat dia anggaplah apa yang berlaku sebelum ni sebagai pengalaman hidup yang tak boleh dibeli. kesilapan lampau ambil sebagai pengajaran dan semoga kami terus istiqomah.
orang kata nak berubah tu mudah tapi nak kekal istiqomah tu yang susah. so aku akan selalu berdoa supaya kami kekal mcm ni.
aku kata kat iskal, "kita tinggal semua ni ek? jangan toleh belakang lg."
iskal: *angguk2 sambil nangis"
iskal: riz kita kena semayang sunat taubat kan?
aku angguk je. nampak dia berusaha sangat nak berubah. aku xsangka dengan sebuah lagu yang sangat2 menyentuh perasaan mcm tu kami boleh berubah. terima kasih inteam.

and now its almost 7 months since that night.
aku dengan iskal xbanyak perubahan apa2 pon still aku lepak2 tido umah dia kdg2 dia tido umah aku. aku still tido sekali dengan dia atas katil dengan muhammad hakim. kadang2 dengan firdie sekali.
tapi aku tak risau dan korang pon xperlu risau sebab kami memang dah buang perasaan tu jauh2. haritu yang aku pergi china atas urusan kerja dengan dia tu time tu pon kami dah berubah tapi aku xkisah xde rasa nak balik mcm dulu ke apa sebab aku confident dengan diri aku.aku yakin aku berubah bukan untuk sapa2 tapi untuk diri sndri dan untuk mencari redha Allah dan syafaat Nabi Muhammad s.a.w.
physical contact dont matter much for me right now. aku boleh je gurau2 dengan dia yang melibatkan physical contact sebab bagi aku inner side yang lagi penting. luaran kami masih sama xbanyak perubahan tapi dalaman sangat sangat banyak berubah. aku 100% buang perasaan+nafsu dekat dia, yang tinggal sekarang perasaan sayang sebagai adik beradik. thats all. dan dia pon mcm tu sebab tu aku confident dengan diri aku. brotherhood bonding lagi special aku rasa. and now i can hold my head up high and tell everyone we are brothers. 4 of us!
and he will always be my bestfriend forever. once a bestfriend always a bestfriend. you cannot run away from me iskal. nasib ah XD
now i dont need to lie when someone ask me "who is he?" *referring to iskal*
i can answer without a doubt "he's my friend. my bestfriend"  (^____^)
i've never been happier in mylife than i am now.
jangan lepasni ada lagi yang tanya aku, kate dh berubah apesal selalu sama2 lagi? bla3? etc3?
ko kene paham konsep brotherhood kami.hahaha
no matter what i'll always have his back, so does he.
and now we can clearly say we've been friend for almost 16 years and still counting. 
part cincin tu kami tukar je. aku bagi balik kat dia cincin yg dia bagi kat aku dulu dan dia pon bagi balik kt aku cincin aku bagi dia. abis cerita pakai je yg masing2 jangan membazir. membazir amalan syaiton.haha
nasib baik jari sama saiz XD
even dekat facebook pon status relationship kami dah tukar. dulu dari zaman firaun start iskal buat fb relationship status aku memang 'engaged' dengan dia. nak buat married melampau sangat so buat engaged. tapi start dari aritu kami dah tukar kepada 'brother'

bila ingat balik pertarungan antara iman dan nafsu aku dulu2 aku jadi sedih.
dengan iman yang cuma senipis kulit bawang tapi selalu berperang abis2an dengan nafsu yang bermaharajalela dalam diri ni.
mungkin sebab tu aku boleh control diri. dengan berbekalkan iman yang sikit tu tapi xpernah berputus asa nak melawan nafsu T_T
betullah orang kata, sejahat mana pon kita jangan tinggal solat dan selalu berdoa mintak dipermudahkan semuanya. mungkin sebab tu jugak iman aku mampu melawan walaupun xkuat sangat tp sebab aku selalu solat jd ada perasaan nak melawan nafsu tu. setiap apa yang kita buat mesti ada ganjaran dia kan?
terima kasih fariznil ashraff sebab masih jugak nak melawan nafsu walaupun dalam keadaan macam tu dulu. setiap usaha tak ada yang sia2.
moga dapatlah ambik pengajaran sikit sebanyak dari kisah aku. jangan sesekali tinggal solat xkira walau mcm mana pon kita.
dan disebalik perubahan kami berdua, ada seorang abah yang xpernah putus2 doakan anak2 dia dari belakang.
lepas seminggu kami berubah aku bagitau abah pasal ni. aku cakap berdua je dengan dia kat luar rumah. dah malam dh masa tu aku call dia suruh keluar bilik sebab aku ada hal nak ckap dengan dia.haha
abah macam xpercaya. dia tanya aku bnyak kali betul ke? 
lepastu dia peluk aku dia nangis. dia hepi katanya
of course dia hepi. dah lama dia harap kami berubah.
abah: alhamdulillah. abah xpernah sikitpun lupa doakan fari dengan dan selama ni. tiap kali lepas semayang abah doakan korang berdua. dekat mekah pon abah doakan. akhirnya makbul jugak. alhamdulillah.
aku: terima kasih bnyak2 abah. terima kasih
sedih weh bila abah cakap mcm tu. terima kasih abah sebab xpernah putus asa berdoa. xpernah putus asa berharap anak2 dia berubah. terima kasih sangat2 T_T
abah tanya aku "daniel mcm mana? dia oke x?"
aku: dia oke dia yg cakap dekat fari dulu pasal ni.dia cakap nk berubah.
abah: alhamdulillah syukur.syukur sangat fari. abah syg anak2 abah ni *peluk2 aku sambil kesat air mata*
org kata kasih ibu membawa ke syurga. tapi kasih ayah sepanjang masa :)
and of course, adik beradik kami pon dah tau pasal perubahan aku dengan iskal ni :D

begitulah kisah sisi gelap pariz aserap yang sudahpun kembali terang.
dan diumur 31 tahun pariz aserap meninggalkan segala perasaan songsang beliau.
tahun ni aku dah 32. aku xnak toleh kebelakang lagi dah. apa yang aku cerita kat sini harini biarlah habis kat sini je. aku xkan ulang dah cite ni kat mana2 entri akan datang.
semoga kita semua istiqomah dalam perubahan yang membawa kearah kebaikan. Ihdinassirotol mustaqim, ya Allah. ameen

~Allahumma inni as'aluka husnul khotimah
~Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblal maut
~Allahumma yaa muqollibal quluub tsabit qolbi 'ala diinika

ameen ya robbal 'alamin....

disini aku sertakan klipvideo lagu kumpulan inteam - pemergianmu



"Ya Allah selamat sejahteralah keatas Nabi Muhammad dan keatas keluarganya"


p/s: aku memang berubah meninggalkan benda terlarang ni tapi jgn la expect tetiba aku jd alim  jadi ustad kopiah atas kepala. aku masih lg pariz aserap yg sama yg hot kebabom dialam semesta sama mcm dulu XD 

p/p/s: pastu kalau lepasni aku ade kate iskal somel ke jambu ke durian ke korang janganlah berburuk sangka. dah memang nature muka dia mcm tu xkan la sebab mentang2 kitorang dah xde pape aku kena kate muka dia macho pulak. xke luar alam mcm tu? tsk3. seram nak imejin.hahahaha ampon ish.

sekian terima kasih.


si pendosa,
pariz aserap.


                                   **********

tahniah kepada sesiapa yang berjaya habiskan baca entri nih. tepuk sikit.haha
untuk pengetahuan, sebelum aku publish entri nih aku dah bagi iskal baca dulu. dia pemalas nak mampos dia kata panjang sangat. xdapat dibantu bab ni.pemalas tegar tapi dia sakses abiskan baca dan dia xde sebarang bantahan terhadap entri ni :)

Monday, February 25, 2019

selamat tinggal studio

assalamualaikum warohmatullohiwabarokatuh.
pariz aserap kembali ditengah kesibukan kerja
aku tengah badmood sekarang ni. xboleh bawak bincang punya stres duk kat ofis arini
tapi kita abaikan je la aku malas nak layan stres ni
baik duk diam2 dalam bilik ni korang kt luar silalah bergembira bekerja aku tak mampu nak join arini.
oh baideway korang rindu aku tak?
ke ko dah lupa sape pariz aserap? haha
aku jarang la ada mood sekarang nak bukak blog
bukan jarang ada masa, masa ada je kdg2 tp pemalas nak mampos bukak blog pon malas
ni nama dia faktor usia,nak. dah 32 dh haa aku taun ni.

so berbalik kepada tajuk diatas, dengan rasminya bulan ni kami officially dah tutup dah studio iskal.
selepas mesyuarat agung pibg*main petik je* dibuat tahun lepas, kami berempat sepakat menutup studio tersebut
mula2 iskal yang bagitau aku dulu dia rasa nak tutup studio lagipun kami pon dh jarang pegi sana. kdg2 je kalau nak jamming tu pon kalau firdie aserap free
iskal kata kt aku "kita tutup je la studio nih masing2 pon dah xde masa nak lepak sini selalu. ish pon dah tak boleh nari dah"
sedih je dia masa kata dia dah xleh nari
menari tu memang hobi dan minat dia dari kecik
seriously, dia memang terer bab choreography
dulu2 group kitorang masuk competition pon iskal la yg jd choreographer.
aku rasa kalau dia xjadi engineer mesti dia jadi choreographer.hahaha
aku tak terkejut pon dia cakap nak tutup tu tapi aku tanya jugak la 'betul ke ni?'
dia angguk je. aku rasa dia lebih kepada frust la sebab dah xboleh menari.
dulu lepas sembuh dari sakit belakang dia still boleh menari tunggangtebalik tu tapi sekarang doktor dah bagi warning memang xboleh. bahaya.
banyak kali dia tnya doktor 'betul ke doc?' 'xboleh langsung ke?' hee
takpe la ish zaman remaja awak dihabiskan dengan menari dah. oke la tu zaman dewasa kita bekerja pulak ye? XD
so, dengan berat hati beliau mengambil keputusan nak tutup studio
maapla kepada budak2 baru nak up yang duk lepak kt studio tu kami terpaksa menutup studio tersebut. korang try cari studio lain pulak ek?

minggu lepas siap kemas simpan barang semua angkut keluar dari studio
member2 lama yg lepak sekali kt studio zaman2 budak hingusan dulu pon datang tolong pindah barang. 
masalah paling besar sekali adalah drum si haikal.
oii gedabak besar nak letak kt mana la?
tapi opkos la letak kt rumah dia. besar mata umi masa tengok kami angkut barang2 tu bawak balik rumah.
tu haikal punya ye umi bukan kami. marah dia!
sampai arini xpasang balik lagi drum dia. biar je dalam bilik sebab dia pon xtau nak letak kat mana nanti. hahaha
aku nak mitak maap awal2 la kt jiran tetangga kalau lepasni tiba2 dengar macam ada konsert kt rumah tu. hahaha
diharap memahami kami dah xde studio makanya jamming kat rumah je la,nak

ramai yang tanya aku studio tu datang dari mana sebenarnya.
sewa la weh. ko ingat dia jatuh dari langit ke?
dulu2 zaman sebelum aku kenal iskal lagi abah dah sewakan studio tu untuk dia
sebabnya abah takut dia jadi liar pegi bekawan dengan sape2 je tah. dia kan gengster.wahahaha ampon ish.
so bila ada studio tu dia memang lepak kt sana je la menari breakdance sampai lebam sampai dengan aku sekali terjebak
tapi aku suka je tengok dia menari aku paling suka bila dia buat hand hops. ko tau x handhops tu apa? 
kalau nak buat handhops ko kena reti buat hand stand dulu. hand stand tu menatang ape pulak pacik?
handstand tu bila ko terbalikkan(?) badan ko kaki keatas tangan stand atas lantai. tapi sebelah tangan je. lepastu ko terajang2 kaki ko ke udara *udara sangat* mcm ko kena sampuk. tu la nama dia hand hops.
budak hiphop xpandai buat ni koman la weh. aku pon reti kot. tp iskal buat lagi best.
antara kami berempat dia paling flexible. flexible tak boleh bawak bincang dia nih
rilek je dia streching tengah2 bediri tu dia pon rapatkan kaki tunduk sampai muka sentuh lutut. apakah?
aku kalau buat tu rasanya bolehla tempah embulen dulu.wahahaha
level flexible aku tahap boleh spread legs je.
aku xde la stiff tapi kalau nak level mcm iskal aku surrender awal.

so begitulah kesudahan cerita studio kami
aku tau iskal sedih. tipu la kalau xsedih aku pon sedih kot
macam2 kenangan ada dekat studio tu
situla tempat lepak balik sekolah buat hilang tensen
situ la tempat buat mesyuarat agung dengan budak2 studio kalau ada masalah negara. kdg2 tgh malam pegi sana sbb nak bermesyuarat
situla tempat begelak2 macam setan kuat gila gelak masing2 tahap hokage dia punya volume lagi2 kalau kitorang ingat balik pengalaman ada org gila kejar kami dengan kayu masa baru keluar kete. bedesup belari terjah studio lepastu kunci pintu tercungap2 budak2 dlm studio semua pandang lepastu gelak mcm org gila.wahahaha
situ la tempat bertapa prektis menari sampai tgh malam kalau join competition
situ la tempat semua org bertukar2 cerita kisah hidup dorang.
kat situ jugak la kitorang tolong bekap member menyorok bila kawan dia cari nk pinjam duit.adoi
kat situ la aku terkunci iskal dalam bilik jamming. aku xperasan dia ada kt dalam rilek je aku kunci pastu aku siap kunci studio nak balik rumah
masuk dalam kete "eh? iskal mana?"
aku unlock balik pintu studio. gelap xde org.
aku masa tu dh kompius dh iskal dh keluar ke x. dia pon diam je xde meracau2 mintak bukak pintu.wahahahha
tapi aku bukak lampu jugak pegi bukak balik kunci bilik jamming tu.
dia ada kat dalam hoii. tak gelabah langsung dia duduk je atas lantai.
lepastu, "bongok kau kunci aku kt dalam ni awat?" wakakakakkaka
dia nak call xboleh sbb tepon dia ada kt luar. tapi dia rilek je. sbb dia tau kot aku mesti datang balik.wahahaha
kalau aku ni pon dh banyak gila kenangan dengan studio tu iskal aku xtau la.
situ la tmpt dia prektis main skateboard
tapi sekarang skateboard pon xboleh dah
aku sedapkan ati dia aku kata takpe xleh buat aksi2 yg ekstrem je. takat nak jalan2(?) atas skateboard mcm detektif conan boleh je.
dia senyum je tapi senyum tawar weh amik ati
sampai aku tanya diri sndri aku buat lawak bodo ke ni td? hahaha
so macam tu la kisah hidup kami dengan studio tersebut.

kami ada group whatsapp studio kan weh
masa mula2 nak tutup tu iskal bgtau dorang dlm group tu la.
semua orang tanya apesal? apesal? kenapa nak tutup? banyak gila persoalan.
iskal jawab sebab dia dah xguna dah studio tu dia dah xboleh nari dh.
dorang pon, "siriyes la? xboleh nari?" ,"weh dulu pon hang sakit tp boleh je nari balik" "bla3"
eh aku cepuk kang seko2 nih. dah dia kata xboleh tu ko ye kan je la tayah la tanya bnyak2
tapi iskal diam je xreply.
dalam banyak2 persoalan tu ada yg tanya "dahtu lepasni nak lepak2 ngan hang kt mana?"
iskal reply yg ni je. dia jawab "mai umah aku lepak" lepastu dia pon campak tepon atas katil dia turun bawah.
obvious gila hoi tahap frust dia tu. aku diamkan je la.

makanya tamatlah kisah 'ishq: we are the youth of the nation' kami. hahaha
apa2 pon zaman remaja kami adalah sangat best.
mcm dalam lagu melly geoslow ke mcm mana eja tah. "masa muda yang tak pernah kan mendung kubahagia. dalam hidup ini arungi semua cerita indahku saat2 remaja yang terindah tak bisa terulang"
betul la apa dia kata tu.
aku dengan iskal pon dah 32. haikal  dah 29 firdie dah 28. masing2 dh ada kerjaya masing2 dh so selamat tinggal zaman remaja yang indah. haha
sekarang marilah kita meneruskan alam dewasa yang xberapa nak indah sangat nih tapi tetap kena teruskan
kalau tak teruskan cemane nak hidup hoii
oleh yang demikian *skema* marilah kita menyambung buat kerja kt ofis. pfftt!

sekian sahaja dari pariz aserap. aku menulis nih dari td kol 11 pagi tapi ade je gangguan2 datang
so pacik kena kembali ke pangkal jalan la pulak
semoga aku sakses la survive minggu nih
tiba2 rindu ari jumaat yang indah dan permai
cepatlah tibaaa~~

semoga ketemu lagi yuk.
mentang2 nyanyi lgu melly td terus bahasa sinetron.hahahaha

baibaiiii


orang stress yang hot,
pariz aserap

Tuesday, January 1, 2019

bagaimana pariz aserap mendidik anak a.k.a muhammad hakim?

assalamualaikum warohmatullohiwabarokatuh.
apa kabar sume orang? rindu aku tak?
akhirnya pariz aserap kembali jumpa jalan pulang dekat sini setelah berpoya2 tak ingat dunia.
aku baru sampai dari florence semalam
nasib baik muhammad hakim dah start sekolah kalau tak jangan harap nak tengok aku kat sini.wahahaha
aktiviti wajib kot akhir tahun pacik harus balik sana atas urusan2 peribadi.
peribadi kepala hotak. urusan kedai weh
banyak benda kena buat. nak jadi auditor pon lepas dah nih pariz aserap XD
oke habis kisah berpoya2 esok sila masuk opis ye.pffttt! 😭
jomla kita masuk isi pertama tajuk perbincangan kita pada hari ini.
muqoddimah kalau x panjang bukan pariz aserap nama dia.

aritu ada org tanya aku cemana result pt3 hakim? so aku bagitau la dia.
lepastu dia tanya macam mana aku didik hakim sampai selalu dapat result cemerlang gemilang dan terbilang. dahtu baik pulak tu dengar cakap dedi dia.
dia taktau aku dah melayang2 dah ni dengar org puji anak aku. bangga hoii ko ape tau.
rasa macam....wahh hebatnya anak dedi.
tapi terus terang weh muhammad hakim memang baik dan dengar cakap dari kecik aku tak bekerja keras sangat pon bab ni *kerja keras tak boleh blah*

aku tak boleh la nak bagi nasihat ke tips apa ke kan sebab perangai budak kan lain2.
aku cuma bagitau apa yang aku praktis je la ek
kalau ko rasa membantu ko try la
kalau tak ko bace diam2 je.haha

first and foremost, nak jd ibu/bapa kena ada apa?
kena ada anak. yes! jawapan paling tepat tahap cakra alam. *sekeh2 kepala*
ko kena ada ilmu. ni paling basic
walaupun nampak aku tak siriyes dulu kini dan selamanya tapi bila aku dah buat keputusan nak jd dedi muhammad hakim aku gigih beli dan baca buku/cari kat google / menimba ilmu mcm mana nak jadi ayah yang paling hot hebat dialam semesta.
child psychology sangat penting *bagi aku la*
sebab kdg2 budak tak bercakap atau bagitau tapi dia tunjuk melalui physical atau facial expression
so ko kena tahu mcm mana nak handle
efforts tu kena ada ye anak2.

lepastu apa?
lepastu aku taktau nak tulis apaa.hahahaha
aku bantai je la ikut pengalaman aku.
bila ko bercakap dengan budak a.k.a anak kau sila jangan bagi dia dongak dekat kau.
ni aku baca dalam google dan aku praktik tp aku tak tau bekesan ke tak sebab anak aku memang jenis bersopan santun. ko try la kt anak ko.
tapi aku memang buat mende ni. even sampai sekarang aku still buat mcm ni
tiap kali kalau dia datang nak bercerita atau bagitau sesuatu kat aku, aku akan duduk biar sama aras dengan dia.
ko jgn amik pembaris pulak nak ukur. 
ko ni pon..jangan la taat sangat
ko nak duduk bersila ke nak melutut ke suka ati kau la asal dia x dongak.
dulu masa hakim kecik aku akan melutut bagi sama level dengan dia, sekarang dia dh besar dah tinggi so aku akan ajak dia duduk dekat kerusi.
contoh; 
hakim : dedi, tadi kan hakim ...bla3..
dedi : hakim ..bla3..? *dedi dan pertanyaan balik berpisah tiada*
hakim : *nods*
dedi: oke i need to listen to this *sambil bawak dia duduk kt kerusi*
dia akan rasa ko berminat nak dengar cerita dia dan apa yg dia bagitau kat ko tu ko rasa penting. so dia takkan ada rahsia dengan ko sebab dia selesa bercerita.
sebab tu aku dan muhammad hakim rapat bagai aur dengan tebing. asal boleh je kau pariz aserap
oh satu lagi. yang ni sangat penting.
bila anak ko datang bercakap dengan ko, TOLONG sangat2 ketepikan handfon ko. TOLONG weh.
aku bnyak tengok parents sibuk duk main fon. bila anak becakap dia cuma 'aah' 'hmm' sahaja.
tak tengok pon muka anak. lepastu dh besar anak xrapat ngan ko ko nak salahkan siapa? telefon ko?
terajang pakai jurus naga kang baru kau tau apa erti keinsafan.
bawak bertenang pariz aserap. jangan emosi.

treat your kids with respect!
ko nak dia respect ko kan? so ko kena ajar dia dulu apa itu respect.nanti dia akan rasa hormat dan bukannya takut dekat ko.
jangan lepaskan kemarahan ko dekat anak2.
xkisah la ko tengah marah macam gunung berapi nak meletus ke tengah frust tahap babun putus cinta ke tolong jangan vent out all of your anger and frustation dekat anak ko. dia akan jadi confuse sebab dia xbuat salah pape tapi kena marah?
kalau ko apa perasaan kena marah dengan tiba2? 
dan mende ni yang akan buat anak ko jadi renggang dengan ko.
lepastu, jangan overreacting kalau anak buat salah
kadang2 salah anak biasa je/ tak sengaja tapi mak bapak jerit macam tarzan
kalau selalu macam ni anak akan start menipu parents sebab takut kena marah
mende ni ko kena buat dari awal
kalau umur dia dah 7 8 tahun baru nak try,selama nih dah asik marah tengking dia ko ingt dia heran ke?
dan jangan 'mengajar'/ mendisiplinkan dia depan orang lain.
budak macam ni kesian sebab dia akan hilang confident dalam diri dia tanpa parents ataupun dia sendiri sedar.
so please alert, jangan sebab ko nak tunjuk kat org yang ko tau ajar anak ko main bedal je.
lagi sedih parents yang selalu upload kt media sosial.
anak buat salah pastu rekod pastu marah pastu upload. i kenot brain orang macam ni
ni spesis yg telefon selalu kat tangan ke apa?

lagi satu, kadang2 biar dia buat pilihan sendiri
contoh macam beli baju ke atau mainan atau ape je la benda yg dia boleh buat pilihan.
tanya dia dia nak yg mana. suruh dia pilih.
sebab kadang2 budak bila kita beli sesuatu kat dia tapi dia still nak yg org lain tu maknanya ko xbagi dia pilih apa yg dia nak.
kalau dia nak something yang ko tak mampu nak beli, terus terang dengan dia.
jangan kata ' takyah la yg ni. amik yg tu la'
kena bagi penjelasan dekat dia kenapa tak boleh.
oke? setakat ni paham x ibubapa2 sekalian?
paham? bagus.  jom kita teruskan.
ada lagi ke pacik?
ada. sila teruskan kegigihan membaca ko.
padan muka sapa suruh tanya aku pasal ni.hahaha

point seterusnya apa cikgu?
point ni nampak remeh dan paling ramai makbapak yang buat mende nih
JANGAN BERJANJI DENGAN ANAK KALAU KO TAKNAK/TAK MAMPU TUNAIKAN! 
aku paling pantang kalau makbapak yang nak pujuk anak menangis ke apa ke selalu tabur janji nak beli mainan la gula2 la nak bawak pegi jalan2 la
bila anak dah diam makbapak terus lupa apa yg dorang cakap tadi
tolong jangan amalkan.
aku tak pernah berjanji dengan muhammad hakim apa yang aku tak mampu
mostly melibatkan waktu la. aku paling2 pun akan bagitau terus terang 'dedi try tapi dedi xjanji oke?'
so dia xkan berharap.
kalau aku berjanji aku akan makesure aku tunaikan
muhammad hakim dia akan hepi kalau aku kata 'i promise' ataupun 'dedi janji'
sebab dia tau bila aku berjanji aku akan tunaikan.
jadi korang jangan berjanji kosong dengan anak2 sebab dia akan membesar dengan perasaan tak percaya dekat ko.
nampak remeh tapi efek dia sangat besar.
kepercayaan anak tu penting bagi aku
bagi ko aku tak tau la.

next.
yang ni paling penting.
JANGAN COMPARE ANAK KAU DENGAN ANAK ORANG LAIN ATAUPUN DENGAN ADIK BERADIK DIA!
tolong jangan.
setiap anak tak sama tahap kreativiti ataupun kepandaian dia.
tapi semua ada kelebihan.
ni penting untuk self esteem dia as well as self confident.
orang tanya aku mcm mana aku ajar anak aku sampai dapat jadi pelajar cemerlang.
jawapan dia, aku tak tau pon sebenarnya.haha
yang aku tau aku kena support dia dalam apa situasi sekalipon. jangan sesekali rendah2 kan effort dia walaupun bagi kau tu mende kecik.
kecik dimata kita besar dimata dia *ayat cliche but true*
dedi punya support kalah level raja naga sampai anak aku kompius dedi ni kenapa? 😆
masa mula2 masuk darjah 1 dulu hakim tak tau apa satu pon. abc pon xkenal mengeja apatah lagi
dajah 2 siap kena dengan cikgu lagi sebab dia tak reti *yg ni aku akan ingt sampai mati 🤣*
aku rasa aku dah pernah cite pasal ni dulu tp aku lupa entri apa. entri aku kan bercampur aduk.
diharap memahami.
masa dia darjah 1 dia dapat nombor ketiga last
balik rumah dia bagitau aku.
dedi muhammad hakim: tahniah. u did great. 
mana tak kompius anak aku.
tapi logically, umur 7 tahun weh biar la dia enjoy sekolah tayah stress2.
lagipun aku tau tahap pembelajaran anak aku masa tu macam mana
while almost every parents duk compare tanya2 anak masing2 dapat nombor berapa aku rilek je ajak muhammad hakim pegi berpoya2.
aku tak paksa sangat dia suruh membaca ke apa cuma kerja sekolah kena siapkan.
alhamdulillah dia takde masalah buat kerja sekolah tak payah suruh dia sndri datang kat dedi suruh ajar.
so, dajah 1 dia mcm tu la. still xberapa reti mengeja tapi enjoy pegi sekolah.

masuk darjah 2 dia dah boleh membaca sikit2 tapi merangkak2 la jugak
kat rumah aku tak memaksa dia baca buku
sebab aku taknak bila dia besar nanti dia tak suka buku tapi bukanlah tak baca langsung.
dan sekarang alhamdulillah dia dah menurun dedi dia jadi ulat buku. haha
kemana tumpahnya kuah....oke dah2 tayah nak peribahasa sangatla kau dedi.
dulu aku lebih suka kalau jalan2 tengah berpoya2 dengan dia kalau ada signboard ke papan iklan ke aku tanya la dia 'ape dia tulis tu?'
so dia baca la. macam tu je la kekdahnya muhammad hakim nih belajar membaca.haha
pernah je sedara mara membawang pasal hakim sebab dah darjah 2 tp tak pandai membaca lagi.
kadang2 datang tanya dapat nombor berapa walaupun dah tau. sebabnya nak bagitau nombor anak dia.
aku rilek je tak kisah pon. anak kau anak kau anak aku anak aku. cuma kadang2 aku kesian la kat hakim. budak2 weh tiba2 kena macam tu. siap tanya hakim yang aku tak tahan tu, 'darjah 2 xpandai membaca lagi?'
oh dem! kalau tak boleh bagi support tolong duduk rumah kau diam2 je oke.
time ni parah sikit la dedi memang kena bagi support kaw2 kena selalu bagi dorongan kena selalu bagi kata2 semangat biar dia tak rasa lemau. nak nasihat banyak2 bukan dia paham.baru darjah 2. positive vibes tu penting ye anak2.
start darjah 3 dia cakap kat aku dia nak rasa mcm mana dapat nombor 1 2 3.
aku just support je la.keja dedi memang bagi support je ye anak2. ko nak support sebesar alam semesta pon aku boleh bagi.
bagi aku nombor ke berapa banyak A yg ko dapat ke xpenting pon.
yang penting ilmu yang ko belajar. so bila ko paham apa yg ko belajar tu automatic nombor dengan a tu ko boleh capai. ada yang belajar semata2 nak a tapi lepas abis sekolah lupa semua. 
tapi aku takdela bagitau panjang lebar kat muhammad hakim masa tu sebab bukan dia paham pon.haha
sebabtu aku tak pernah tanya berapa a dia dapat
selalu dia la yang bagitau. dan bila dia bagitau,sila appreciate oke biar dia rasa effort dia berbaloi.
aku rasa bersyukur sebab aku bukan mcm sesetengah parents yang duk bandingkan anak dia dengan anak org lain. yg duk tanya dapat nombor berapa dalam kelas. yang tanya dapat berapa a.
kalau aku buat mcm tu dulu aku taktau muhammad hakim boleh ke x capai apa yang dia capai sekarang.
all you need to do as a parents, support them no matter what
jangan pernah rendah2 kan anak2 ko.
appreciate apa yang dia capai.
kadang2 bila parents positive anak2 akan lebih bersemangat nak usaha lebih lagi.
bila muhammad hakim dah cemerlang, orang cakap pulak 'alah xheran la dedi dia bla3......*never ending*
orang tak nampak struggle anak aku macam mana
so sebab tu ko as a parents jangan dengar cakap org. jangan cepat menggelabah bila org kata anak kau macam2.
org macam tu toksik. bila ko kat bawah dia gelakkan bila ko kat atas dia jeles. avoid it.
alhamdulillah muhammad hakim cemerlang sekarang pon atas usaha dia sendiri.
dedi cuma bagi sokongan padu tahap gaban tebelah dua je. 
i dont deserve the credit you gave me.
gila panjang perenggan ni. nampak penting dia disitu.

ni last la, sebab dh panjang gila campur perangai malas dah datang menyerang makanya ni point last.
jangan biar anak ko leka dengan gajet.
banyakkan berkomunikasi dengan dia. ajak dia keluar jalan2 tak payah bawak pergi jauh2 pergi taman pon boleh kalau ko nak bawak pergi aprika pon suka ati kau la.
tapi tolong  luangkan banyak masa dengan dia
lagipun kalau buat aktiviti outdoor otak dia akan lagi aktif dan cerdas
jangan terperap kat rumah hadap gajet je
aku kesian budak2 sekarang macam xde life
life depan gajet je. parents pon sama naik asik dengan fon memanjang.
tolong banyakkan aktiviti dengan anak
biar dia rasa nikmatnya zaman budak2 dia macam kau merasa dulu2.
at least dia akan rasa rapat dengan kau bila ko luang masa dengan dia
jangan nanti anak dah besar baru ko nak menyesal sebab tak dapat buat macam2 dengan dia dulu.

okela dah panjang sangat dah entri nih makanya pacik harus berehat. sebetulnya banyak lagi tips2 dia tapi apa kata ko pergi cari sendiri. orang kata kalau nak ilmu kena cari. haa pegi la cari!
aku dah malas nak taip.haha
almaklumla dah tua
weh secara tak rasmi aku dah masuk 32 tahun dah
wahh terasa makin hot tahap hokage pulak.
melampau hot kau pacik.
muhammad hakim dah masuk 16 tahun dah
sekejap je rasa. aritu baru 7 tahun
besar dah anak dedi makin hot macam dedi dia 🤭
i love you so much son. from the moon to the other planets to the galaxy and back.
semoga terus menjadi anak yang soleh yang menceriakan hari2 dedi dengan perangai inesen awak tu. dedi terhibur.hahaha
tak guna dedi! *dush!*

satu lagi pesan terakhir dedi muhammad hakim yang hot tarap bapak segala dewa ni, please dont crush your kids' dream.

sekian sahaja karangan tigapuluh mukasurat daripada pariz aserap.
semoga tak juling mata membaca
so, happy new year to all of u.
semoga tahun 2019 lebih baik dari tahun2 berikutnya.

sekian terima kasih

dedi hot tahap hokage,
pariz aserap