bukan senang weh aku nak Monday blues nih oke
biasa asyik sunday blues je selalu.
best wes 3 ari cuti kat rumah merehatkan badan dan minda.
semoga esok aku masuk opis dengan penuh ceria
arini aku duk umah je baring2. puas baring dalam bilik aku baring kat living room. puas baring kat living room aku jalan2 kat luar rumah. puas jalan2 luar rumah aku masuk umah balik baring2. wahahahaha
pendek kate aku memang xde aktiviti ari ni. sorga rasanya.
tadi tengok sahrukhan kat tv dengan mak aku. cite kabhi kushi kabhi gham.
betul ke eja tu? aku xpasti.
dah banyak kali dah cite tu siar kat tv. mak aku suka oi cite tuh.
mom tiap kali tengok mesti kesat air mata. hahaha
cite tu sedih la sikit tapi aku xde la sampai nangis.
aku rasa part paling sedih cite tuh masa kat shopping mall kat London tuh
yang sharukhan jumpa balik mak dia kat situ lepastu dia tunjuk anak dia kat mak dia. aku rasa tu sedih kot.
mak aku part tu dia dah sakses banjir dah
Muhammad hakim pon join sekali tengok tadi. dia asik kate kat aku 'dedi, sedih la cite nih' tapi xnangis pon. mate je merah XD
lepastu rasa sayu je masa nak part last2 dah yang sahrukhan bawak kajol balik rumah dia. bukak pintu mak dia dah ada depan tu sebab mak dia kan mcm boleh rasa kalau anak dia jejak kaki kat rumah. mother instinct ke ape name dia. best la cite tu. cite kekeluargaan.
tapi mohabbatein tetap dihati pariz aserap. hihik
tapi siriyes cite sahrukhan mostly best2. dia memang living legend la.
aku pon dah tengok cite yesterday's children yang aku bagitau kat entry sebelum nih.
xtau la nak explain tapi siriyesly it gives me goosebumps.
aku memang suka gila la cite tu. ko pon kena tngok wes. best nih xtipu.
xmasal paksa orang lain tengok.wakakakaka
arini disebabkan aku xde ektibiti. aku dah bagitau iskal awal2 aku xnak pegi mana2 arini nak duk umah je. makanya haruslah aku duk umah je layan boy dengan yugi. main kejar2 kat luar rumah.
boy terlalu eksaited sangat berlari sampai beliau merosakkan dua pokok bunga mak aku.wakakakaka
rumah aku kat laman depan sangat sangat sangat banyak pokok bunga ye tuan2 dan puan2.
mak aku suka sangat dengan bunga. memang warna warni aidilfitri la kalo ko tengok. beliau rajin siram2 jaga pokok bunga nih. ko nak bunga apa? sume ade kat rumah aku. boleh jual balik haa.
bukan takat atas Tanah. yang tegantung kat gazebo pon da penuh.
biasa orkid la yang gantung2 tuh.
mak aku rajin oii jauh kelaot dalam dengan anak dia yang nombor dua nih.tsk2
tadi boy pegi terjah pokok bunga dia. abis lenyek.wakakakakaka
naseb baek xkena marah. dia kool je sambil kate kat boy, 'boy jgn main lari2 kat sini nnt abis pokok bunga nenek. main sana sikit ye' XD
kdg2 aku kalo nak pujuk ehem2 aku gunting je satu tangkai bunga ros beliau
senang wes jimat bajet pacik. wahahahahaha
xguna pariz aserap!
tadi kena bebel dengan mom sebab baru keluarkan bakul laundry dari dalam bilik
kain baju dah macam gunung Everest dalam bakul tu.
hyperbola gila gunung everets.wahahahaha
sebabnya aku xsempat nak bawak turun bawah nak basuh.
bz dengan hal xde pekdah selama dua hari.
malam2 haa basuh baju. rajin kan pariz aserap? tapi aku dah xtetukar softener dengan mandian Dettol oke! wakakakaka
naseb baik umah aku ade drying machine.
oke yang ini aku besyukur sebab xpayah nak susah payah sidai dimalam hari.
mesin ni mak aku khususkan untuk guna time hujan dengan malam je.
siang2 kalo cuaca panas terik ko tayah mengada nak pakai drying machine nih.
sila pegi jemur kat luar jangan nak manja sangat bak kate mak aku
aku ikotkan je la cakap mem besar. lagipon mana sama cahaya matahari dengan wap panas kan? ke sama? aku xtau aku main tibai je. ha ha ha
sekelip mata je siap. tada! haa mcm tu. lega ati tengok xde dah gunung Everest dalam bilik XD
xmasal kena ceramah setepek tadi dengan mom. redho je la.
sape suruh ko pemalas sangat.
sekarang aku kena op la. Muhammad hakim ajak aku tengok cite jetli. dia tau aku minat jetli. semestinya aku rekemen cite2 best kat beliau.
rugi oke Muhammad hakim kalo xtgok cite kungfu jetli. dedi peminat setia tau
sebab tu aku geng dengan umi iskal.hahaha
aku rekemen kat hakim cite 'the new legend of shaolin'
nih antara peberet aku nih. best gile weh cite nih. makanya kejap lagi nak tgok cite nih la.
aku memang minat cite cina lama2. selain jetli, aku paling suka dicky cheung.
ya allah dia nih kelakar gila wess. aku kalo cite dia memang aku tgok.
paling aku suka 'chess warrior' pastu ada satu lagi yang dia menyamar jadi ape tah. sida(?) ke ape. aku bace subtitles dalam tv dulu dia tulis mcm tu.
tapi cite dia best gila.
lagi satu cite peberet aku 'red cliff' lakonan takeshi kaneshiro dgn sape tah sorang lagi. eh banyak la kalo nak bagitau cite cina peberet aku.
berjela2 haa lists sebab aku memang minat cite kungfu2 perang2 mcm tu.
lagi2 kalo cite tuh yang diterbitkan taon 90s. nnt la aku buat entry khas untuk cite cina peberet pariz aserap. xmasal. wahahahaha
tapi memang banyak beribu2 lemon *tipu*
dah la aku nak layan jetli pulak. anakanda sayam dah menunggu tu.
without further ado, marilah semua orang kita layan jetli dulu.
ada masa nnt aku tulis lagi. aku xkira aku nak buat jugak entry cite2 cina peberet aku nanti.wakakakakkaka
sekian terima kasih.
paling hot dialam semesta XD,
pariz aserap.
No comments:
Post a Comment