Saturday, August 26, 2017
cerita hari sabtu
cerita apa harini anak2?
ceritanya adalah pergi kenduri kawen dari tengahari sampai petang xbalik2 rumah.
banyak weh jemputan kenduri hari ni. ada dua belas kenduri
kau mampu?? hahahaha
aku kena pergi semua ye anak2 sebab mom dengan dad dah pesan awal2 kena pergi bagi pihak mereka berdua.
mereka takde kat sini 40 hari lamanya maka aku anak yang soleh lagi taat haruslah tidak membantah pesan mereka berdua.
oleh yang demikian, pergilah pariz aserap kesemua duabelas kenduri tersebut.
kawan aku je pon dah 4 buah rumah campur sedara mara lagi kawan mom dengan dad lagi.
aku redah je la pergi tunjuk muka je takkan nak makan semua weh
kebarangkalian aku nak masuk sepital sebab darah tinggi adalah amat tinggi kalau aku melantak kat semua rumah tu.wahahahaha
aku keluar awal pukul sebelas tuh dah keluar dah sebab banyak nih hoii nak kena pergi nih.wakakakaka
sengsara betul la. naseb baek adek sayam abam, firdie aserap tak kerja arini jadi aku angkut rombongan cik kiah la pergi kenduri.
macam biasa la pariz aserap and the geng mestila berlima; aku,fir,hakim,iskal,haikal
keluar pukul 11 pagi pukul 6 petang baru sampai rumah
sakan haa ko pergi kenduri ye pacik. sangat berdedikasi x aku?wahahaha
sampai rumah terus tingtong pening kepala terus terdampar atas katil
naseb baek aku dah siap2 solat asar kat masjid sebab dah tau sangat dah kesudahan pariz aserap nih nanti.
bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. bijak x aku? hahahaa
tapi sekejap je pening tadi dah oke dah. siap karoke dah haa dengan bebudak nih kat sini tadi XD
pariz aserap berpoya2 tak kira dimana jua dia berada.wakakakaka
dah lama x pegi jemming. tak dapat jemming dapat karoke pon boleh ah.
tadi aku meset iskal. aku biasa tak suka meset2 aku telepon je dia nih
tapi tadi aku dapat semangat mahsuri ke ape tah rajin pulak pergi taip meset kat beliau.
dan aku adalah typo yang hamat dasat T_T
typo nih aku kategorikan typo tahap hokage nih weh.
hilang terus semangat mahsuri. wahahahaha.
malu gila babi macam nak masuk dalam pastik sampah hitam tuh
tak boleh bagitau aku typo apa sebab lucah nak mampos ayat.
aku tak perasan pon aku typo rilek je tunggu dia balas.tsk2
dan beliau adalah tak balas meset aku dia terus kol weh, 'lain macam typo dia malam nih boleh begegaq otak cek baca'
aku blur2 lagi masa tuh lepastu dia suruh baca balik meset yang aku hantar kat dia sambil gelak macam syaiton yang direjam.
tak guna iskal!
malu hoi baca meset sendiri. sepantas kilat aku delete pada waktu itu juga.hahaha
gelak je la dia aku nak cakap apa lagi. sapa suruh sent tak baca dulu.
kemain semangat mahsuri sangat rajin nak meset
sekali...terimalah kehel yang maha dasat petala ke semilan puluh semilan.
bak kata iskal pon, typo tahap durjana. wakakakakka
bodo la dia nih.
tapi dia tau la aku tak sengaja sebab aku mana penah meset/cakap benda tak senonoh dengan dia. aku kan budak baik lagi suci dan murni.
naseb baek meset kat iskal. kalau dekat adik beliau tuh mampos lima belas keturunan aku kena bahan dengan haikal nanti.
kesimpulannya, ko jangan cuba2 nak dapatkan semangat mahsuri lagi nak meset orang ye pariz aserap.
duk diam2 sudah. diri sendiri pon tak malu.wahahahahah
aku tido rumah iskal malam ni. memang aku selalu tido sini la sejak2 mom dengan dad xde nih
kalau hari minggu je la tido kat rumah
sebab kesian dekat hakim dengan firdie pagi2 nak pegi sekolah/kerja kena breakfast dulu
kalau duk kat rumah sapekah yang nak masak?
sape2 ada jawapan x? persoalan yang maha penim nih.wahahahaha
aku tak berani nak amik risiko masuk dapur.
nanti mak aku balik rumah kang pensan tengok dapur tebakar XD
makanya baiklah kita tido rumah iskal ye anak2. ada umi yang baik dan comel yang boleh buat breakfast.hihi
tapi kadang2 adik beradik daniel nih tido umah aku makanya haikal la selaku chef diraja yang kena buat breakfast.
kal memang thorbaik!
terima kasih haikal! terima kasih malaysia!
jasamu dikenang.
esok dah ahad weh. lemah segala sendi2 pacik.
oberdos ko pacik.
aku nih bila nak insap la nih asik takde mood je nak masuk ofis.
tapi sekarang nih memang mood aku kelaut dalam terus la
dah la dad takde sekarang nih.
makanya ko paham sendiri la macam mana gaya pariz aserap dekat opis.
macam tak jejak tanah nk kejar buat semua benda.
hebat gila pariz aserap sampai xjejak tanah. ko jin ke haa? wahahaha
sila la bertabah nak tunggu akhir bulan semilan.
semoga tak hantuk kepala kat dinding la ye kalau stres.
lambat hoi minggu depan. nak cuti stret kamis sampai ahad. bestnya bestnya!
tolong la tumbok aku laju2 plis. ahad esok pon tak sampai lagi dah tunggu nak pegi ahad minggu depan.
sila berenti keje la hoi pariz aserap kalau macam ni gaya. wakakakaka
arghh stress la stress!! ko tau x stress tu apa?
dah la baik aku op pergi bertenang rehatkan minda jiwa rohani jasmani fizikal mental emosi dan yang sewaktu dengannya.
semoga esok aku masuk ofis dengan penuh semangat pahlawan melayu melaka *takde kaitan*
naseb baek baju nak pakai esok dah ada orang tolong iron
jadi boleh la aku bersenang lenang bergolek2 atas katil. dari tadi asik betangguh kejap lagi la iron baju kejap lagi la iron baju
tiba2.....tadaaa!! dah siap iron dah
terima kasih iskal. esok kita gi kepsi ye bebeh.hahaha
aku nak op dah. nak turun bawah sebab tadi kal kata umi masak nasi goreng daging merah spesel untuk menantu kesayangan dia nih *kelip2 mata* wahahaha
tumbok nak tak pariz aserap?
dah la aku nak gi makan nasi goreng umi dulu. ada sape2 nak x?
nanti aku tolong makan bagi pihak dia.
sekian sahaja untuk hari ini. marilah kita pergi melantak dulu dimalam hari yang indah ini.
sekian terima kasih.
masih yang terpaling hot(?),
pariz aserap.
No comments:
Post a Comment