Friday, July 20, 2018

Appreciation post from iskal

Assalamualaikum wbt tuan2 dan puan2 sekelian alam semesta.
Bajeitam kembali lagi arini. 
Arini xnak ckap bnyak nak post status pesbuk hencik mafia je.dia buat ucapan penghargaan panjang berjela2.hihik
Suwit tau beliau XD




No need to thank me for everything ish cos i know you'd do the same for me. Just remember we love you so much. Nothing makes me happier than watching you standing and walking again.
Im telling you i always have your back so no need to worry :)




P/s: aku screenshot pukul doblas weh tapi asyik delay nak bukak blog. Pacik terganggu tau dengan kemeriahan dalam bilik aku nih. Harapnya xruntuh la.

Sekian saja dari pariz aserap. Aku nak gi join bebudak ni yang sedang memeriahkan bilik aku. Rajin nnt aku tulis lagi. Baiiiii~~~


Orang hot selamanya,
pariz aserap

Thursday, July 5, 2018

Topik hari ini

Aucak!! Pacik kembali lagi.
Sempat rendu x?
Arini aku rajin campur bosan takde keje makanya meh la kita blogging2.

Arini aku rajin sikit nak explain  satu perkara ni yang aku rasa ramai orang salah paham dan keliru dan jugak tak tahu.
Pasal ape ni pacik? Macam serius je?
Oh tak! Mende ni tak siriyes cuma penyakit rajin aku datang menjelma malam ni so sila tadah tangan bersyukur pariz aserap nak buat explaination oke? Haha
Ni pasal mix blood+ convert+ ecetra2

Meh la pacik menjawab soklan korang yang dari dulu aku malas nak jawab.
Entah yang tukang tanya buka blog lagi ke x aku tak tau.hahaha
Amponkan pacik nak. Pariz aserap kan memang pemalas korang pon dah tau.tsk3
Pastu ada yg tanya umi iskal tu mix ke? Family dia chinese ke muslim? 
Jawapan dia family dia adalah dua2 ; chinese dan jugak muslim. Ape ko ingt org cina xboleh jd muslim ke?
Oke first of all ramai yang salah paham dorang ingt mak aku italian yang convert jadi muslim.
Tidak ye anak2. Mak aku memang muslim sejak beranak lagi. Atok dengan nenek aku yang convert.
Alhamdulillah mak aku sakses didik anak2 dia pasal agama walopon kdg2 hardcore sebab anak2 beliau nih kdg2 buat perangai.hahaha
Macam aku cerita dulu la, aku pernah kena siram dengan air sebab tak terkejut bangun subuh. Sadis x mak pacik? XD
So, kalau apa2 yang tak elok yang aku buat tu bukan salah mak ayah aku. Tu memang dari diri aku sendiri. Jangan kecam mak ayah  bajeitam ye anak2 nanti aku bagi terajang kat ko.

Oke sudah pasal mom. Meh masuk perbincangan kedua pulak pasal umi iskal.
Ramai yang keliru sebab dulu baca blog aku ada kami balik penang jumpa family dia masa chinese new year apa sume tu
And yes! Family belah umi chinese asal georgetown, penang. Sebab tu aku selalu kena paksa pegi sana dengan iskal.
Umi convert masuk islam sebab sayang maut dengan abah. Ni aku soalsiasat umi sendiri oke
Bzbodi tak pacik? Hahahha
Nama umi dulu fenny yong ke fanny yong ke mcm mane tah aku lupa tapi lebih kurang la
Sekarang  nama dia faridah yong abdullah
Aku cakap kat umi kami ada persamaan sebab nama fari kat depan XD
Mak mertua kan umi? *kelip2 mata*
Ko nak kene terajang ke pariz aserap??
Oke serius2....
So dipendekkan cerita mula2 umi convert parents beliau tak setuju.ala yang aku panggil popo(nenek) dengan arwah gonggong(atok) tu.
Tapi dah jodoh dengan abah so dorang kawen.
Lama jgk dalam 5 6 tahun kot lepastu popo dengan gonggong tiba2 convert jgk. 
So begitulah ceritanya. Dan mereka pon bahagia selama-lamanya *fari doa tau ni umi.hee*
Tapi the rest adik beradik umi tak convert la.
Panjang pulak aku taip. Macam karangan budak sekolah rendah je cerita aku nih
Aku tak reti nak tulis best2 tapi harapnya lepasni korang tak salah paham dah.
Iskal tu ada darah chinese separuh sebab tu mata dia sepet.hahahaha ampon ish.
Sepet tu yang buat awak somel tau XD

Oke dah, tu je aku nak tulis
Anak2 dah paham tak penjelasan aku nih?
Kalau tak paham jugak sila hantuk kepala ko kat atas jalan raya
Kemain bersemangat tulis panjang2 malam ni
Sekarang pacik dah boleh off dah nak bergolek atas katil plak nak main dengan dua ekor  budak somel gebu pengarang jantung dedi
Muhammad hakim dah sampai aprika dah dari tadi. Walopon esok tak sekolah tapi kalau dah nama muhammad hakim tu beliau adalah sangat punctual bila masuk waktu tidur.wahahahha
Naseb baik boy dengan yugi tak tidur lagi tengah duk main wrestling atas katil. Sipi2 dengan iskal
Hati2 jangan sampai kena ankel dan korang
Dia dah berupaya sekarang ni nanti ada yang kena campak dari katil kang

Sekian saja dari bajeitam yang hot. Kalau rajin nnt aku kembali bersiaran. Baiii


Bajeitam yang terlampau hot,
Pariz aserap

Monday, July 2, 2018

Selepas raya

Assalamualaikum warohmatullohiwabarokatuh
Akhirnya pacik kembali ke pangkal jalan hari ini
Oh sebelum tu sila jawab salam aku dulu. Tak jawab berdosa. Tak tahu tak tahu.
Apakah cerita pacik selepas raya?
Ceritanya adalah goyang kaki di rumah la.
Aku masih lagi bercuti sampai akhir bulan ni. Kemain ko lajak cuti raya kan pariz aserap? Hahaha
Heaven oii duk kat rumah. Pagi2 je kena bawak encik mafia beta pegi fisio. Tengahari dah sudah dah makanya masa untuk berpoya2 la walopon dirumah. Asalkan bukan di opis pacik terima kat mana saja nak berpoya2, nak XD
So macam manakah raya korang? Best x? Berat dah naik x? Duit dah kopak x? Hahaha

Aku raya sakan weh mentang2 cuti lama
Seminggu straight beraya.melampau2 pariz aserap nih. Dari ari jumaat sampai jumaat pulak tak abis lg raya. Open house kemain banyak weh sama banyak dengan duit yang habis T_T
Berat badan naik 2kg aritu tapi aku dah sakses turunkan. Lepastu terus insaf xnak makan macam rasaksa dah. Mana tak raksasanya dah la tengah cuti dari ofis tapi ofis buat jamuan raya ko bantai pegi jugak. Dasar muka tak malu pariz aserap nih! Hahaha
Tapi sehari je la insaf. Ada open house lagi pariz aserap la yang pertama pergi. Insaf kepala hotak. Wahahaha
Tapi sekarang aku dah kembali ke pangkal jalan dah sakses turunkan 2kg tu.
Walopon org nampak  berat aku xnaik nampak menten je sbb aku kan hot *dush! muka ko pacik* tapi aku boleh rasa weh kalau berat naik. Rasa tubuh berat dari biasa walopon tak ketara tapi rasa tu tetap ada ye anak2. Tubuh badan kita kan mestila kita tahu. Kalau yang tak tahu tu memang jenis tiada kesedaran sivik XD

Raya tahun ni kaler brown ar kan dah bagitau
Aku tak kisah pakai kaler apepun takde masalah buat pariz aserap walopon kaler tu aku xsuka
Org hot memang macam ni pakai kaler ape pon tetap hot. Warghkahkahkahkah *sawan menjelma*
Ah malas la nak cerita pasal raya. Banyak sangat ceritanya. Tak tau bila xmalas aku nih. Tsk3
Aku baru dapat perkabaran best nih. Minggu depan adinda beta dari florence datang. Dia dah kemaruk nak datang dah la tahun ni pon tak dapat nak beraya kat sini jugak. Harap bertabah.
Ko tau dia datang semata2 nak cari air tebu. Dia sampai nanti gigihlah nih paksa aku pegi cari air tebu. Bertabahlah kuya kena layan nnt.
Dah la cara dia bagitau nak datang tu kemain lagi konfiden. Sekali, dia tanya aku cemana nak book tiket? Oh em ji bernardo. Apakah? Wahahaha
Mati2 aku ingtkan dia dah beli tiket. Aku siap risau lg kemain besemangat tanya mahal x tiket? Berapa jam? Ada stop mane2 x? Bla3
Siap tanya aku cemana nak cari tiket murah. Tsk3
Tak tanya banyak aku terus book tiket untuk dia. Cari yang stop paling minima dan paling cepat tapi harapan la ko nak paling cepat.
Aku direct terus je dari rome ke alor setar. Ada dua stops kat doha dengan kolumpo tapi yang ni paling oke sbb kat doha kejap je stop
Aku risau nak bia budak ni duk lama2 kat doha tu ade kang masuk berita budak hilang.hahaha
Dah la suka ati aku je book dari rome tak tanya dia dulu. Dari florence ada tapi lambat pastu bnyak stops makanya sila redho oke beni.
Tapi dia kata oke xde hal naik mane2 pon
Berani la nak komplen kuya. Suruh bayar kang.hahahaha. jahat kau kuya!
Tapi oke la tiket dia x mahal gila2 dalam €600 lebih2 sikit. Apesal aku stdy dulu tiket mahal nak mampos?? Ini tidak adil!

Okela dah stop pasal beni. Panjang la plak cerita pasal dia nih. Rajin kan pacik? Duk umah xde keje memang macam ni,nak. Sorganya rasa.hihi
Meh update sikit pekembangan mafia jalan sultanah. Beliau so far alhamdulillah banyak pekembangan positip. Sekarang dah boleh jalan2 pakai tongkat yang kaki empat tu. Aku xtau nama apa tapi dah boleh la dia jalan selow2 tanpa ada org pegang. Gigih setiap hari pegi fisio tanpa skip
Ini adalah satu pengalaman baru bagi pariz aserap tgok dia xskip kelas. Wakakaka. Ni name dia ko menempah tumbukan padu dia,pacik
Amponkan beta bebeh. Ailobiu XD

Sekarang ni musim worldcup weh
Rasa pelik pulak pariz aserap x update pape pasal bola.
Sudah terlambat pacik. Tiada apa yang nak diupdatekan lagi kerana sepanyol sudah kembali ke pangkal jalan.hahhaa
Oiii siot laa spain kalah semalam.cisscake!
Dahla portugal pon dah balik sebelum tu.
Ahhh aku xde mood nak cakap pasal bola.
Dah la aku baru berhajat nak patriotik worldcup kali ni
TETAPI!!!!
Itali tak masuk worldcup weh. Sedih tau tak??
Baru tau ko nak sedih kan? Time itali ade ko xnak sokong pariz aserap! Nasi sudah menjadi bubur..
Tetiba sangat ko drama pacik.
Tapi aku memang frust tahap gaban tebelah dua la weh worldcup kali ni sbb sume team aku sokong dah pulang ke ganggang ahh stress2!
Itali dengan belanda tak layak masuk worldcup
Portugal dengam spain dah kalah semalam.
Makanya team ape lagi yang kau nak sokong pariz aserap? Aku xminat brazil.hee
Oh lupa plak, yang penting germany balik awal dulu dr spain XD
Kita tgok final je la nnt negara mana yg pergi pastu aku bgtau ko aku sokong team mane.
Takde semangat kesukanan tau pacik nih.
Semangat pacik dah hilang nak. Selepas portugal dengan spain kalah.tsk2 
Bertabahlah pacik.

Eh dahla dah panjang bejela2 aku taip.
Biar aku menenangkan fikiran dulu terima dua kekalahan serentak.hahaha
Over kau pariz aserap.
Dah la aku nak teman muhammad hakim buat homework plak. Taun ni pt3 weh kemain bz dia asik kelas tambahan manjang.
All the best ye anak dedi.  
Sekian dari pariz aserap. Nanti aku muncul lagi

Ma'assalamah wa ilalliqo'


Sangat hot sampai terbakar,
Pariz aserap

Friday, June 8, 2018

Menjelang raya

Aucakk! Im kambek bebeh
Nampak x senang hati nak raya tanpa bebanan kerja disitu? Hahaha
Start ahad baru ni aku dh start bercuti lagi sebulan tanpa gaji. Aman makmur sejahtera damai sentosa hidup pariz aserap kali ni sebab dapat raya tanpa gangguan.
Puasa pon x abis lagi dh pikir raya dia nih
Tapi aku insyaAllah puasa penuh jadi aku boleh raya la kan kan. Berkobar2 pariz aserap nak beraya
Apakah warna tema pemeli hencik harriz taon ni?
Setelah mesyuarat agung perempuan2 dalam rumah ni bersidang maka diputuskan bahawa warna tema tahun ini adalah brown.
Aku ikut je la lagipun aku mane pernah pegi  cari kain ke apa ke. Semua puan sofea yang uruskan
Makanya beta mengikut sahaja cadangan mem besar  walaupun aku xsuka kaler brown.hee 

Tak sabar weh nak raya walaupon xdapat duit raya
Aku besemangat waja ye anak2 semua duit raya dah letak dalam sampul oke
Hebat x pariz aserap? Bab mcm ni ko tak last minit plak kan pacik? XD
Jadi sape2 rasa nak duit raya meh sini salam siom tangan bajeitam dulu baru aku bagi.hahaha
Bebudak ofis aku siot x pernah abis. Dorang siap ingatkan aku sebelum cuti bagi duit raya dulu. Apakah? Ini paksaan namanya.wahahaha
Tapi sebab korang best aku bagi la nak2 abg zul esisten terbaik pariz aserap. Abg zul kalau mintak apa sume aku bagi. Baik x pariz aserap abg zul?
Seb baek abg zul xtau blog aku kalau dia baca mampus dia mintak betul XD
Makanya abg zul silalah tabah kat ofis sebulan kena pegi mesorat sorang2. Ai em sori abg zul.hee

Weh ko tau x malam ni pegi teraweh sangat mencabar keimanan aku.hahaha
Macam nak gelak pon ye. Adoi la
Tadi tengah semayang aku xtau anak sape, budak perempuan dalam 3 4 tahun rasanya dia ikut ayah dia la kot sebab dia ade dekat ruang solat lelaki.
Aku tengah duduk antara dua sujud tiba2 dia datang depan aku.
Ko tau dia buat ape tuan2 dan puan2 sekalian alam semesta??
Dia main kening aku hoii! Ai ripit, dia main kening aku oke.wakakakaka
Aku xtau nak buat apa tapi aku teruskan semayang.  Bila aku bangun dia pon pegi merayau2 kat lain. Boleh tahan la dia pegi lalu celah2 orang duk solat. Kejap depan kejap belakang. So aku oke la dia xde la merayau depan aku. Lepastu bila aku duduk lagi dia datang lagi.
Dia main kening aku lagi. T_T
Apelah salah pacik dekat kau, nak. Aku tahan je la nak buat cemana.
Pacik tau kening pacik hot. Hahahha
Xmasal ko pariz aserap. Aku siap husnudzon nih mungkin tuhan nak uji aku
Bagus kan pariz aserap? *mintak terajang*
Walaupon kdg2 aku rasa nak gelak tapi aku tahan.
Weh aku tak khusyuk oke! walaupun aku husnudzon. Wakakaka
Pacik cuma insan biasa, nak.
Tapi bila aku bagi salam pandai pulak dia hilang main kat belakang
Muhammad hakim muka seribu persoalan je
Lepas dah masuk dalam kete baru dia tanya aku, budak tadi buat apa kat dedi? 
"Dia main kening dedi" inesen dedi jawab
Terus bedekah gelak muhammad hakim dalam kete. Adoila macam2
Lepas dah 6 rakaat  budak tu dah xdatang kt aku
Rupa2nya dia dah tetido kat belakang. Maybe boring kot
Tapi kenapa pacik yang menjadi mangsa,nak?
Persoalan yang maha penim disitu.hahaha
Tapi aku takla marah. Budak2 kan? Biasala tu dah memang nature dia suka bermain.
Tapi main la mende lain janganla main kening aku.wakakaka
Adoi boleh kena megren tahap agung kalau tiap2 malam macam ni XD

Start ahad aritu iskal dah start fisio dah
Dah 7 bulan tak bejalan so bila nak start bejalan tu susah sikit la sebab muscle dia jadi stiff tapi dia oke banyak la sebab sebelum ni fir selalu pesan kat aku kena selalu buat eksesais kat kaki iskal
Bila dia baring tu aku selalu la bengkokkan kaki dia keatas  slow2 sebab fir cakap xnak bagi stiff sgt nnt
Nampak gayanya memang membantu.hahaha
Hebak adik sayam abam
So hari ni dah masuk hari kelima dia fisio
Kena papah la bila dia nak jalan. Nanti dah oke sikit dokter kata dah boleh guna tongkat tayah papah dah. But its oke take your time ish
Tayah rushing. Slow and steady oke
Pariz aserap rela amik cuti sebulan tau nak teman awak pegi fisio.
Dia sekarang ada kat rumah aku
Dari aritu lagi lepas dia dh boleh duduk atas kerusi roda tu dia kadang2 tido umah aku kdg2 aku tido umah dia
Dia cakap dia boring duk rumah xpegi mana2
Dahla dia tu sejenis yang memang xboleh duduk rumah semata. tetiba kena terperap kat rumah
Mau kene kemurungan kalau lama2 mcm tu.hahahaha
So aku angkut jela kat umah aku

Tahun ni pariz aserap jarang pegi bazar ramadan ye anak2. Ohmaigod! Mcm xpecaya.haha
Aku pegi sebelum ni atas desakan encik mafia tau *tiba2 salahkan iskal*
So sekarang dia xboleh bejalan jadi ektibiti  ke bazar ramadan dicatu  untuk tahun ini
TETAPI!!!!
walaupun beliau tak pergi tetap ada pesanan penaja suruh beli macam2
Biasa haikal/firdie la yang kena pegi
Dia kalau rekues nak ayam tu nak ayam ni, bila aku nak pegi je mesti dia xbagi. "Riz xpayah p la suruh kal je la"
Selamat pariz aserap.wakakakaka
Takut la tu pariz aserap pegi mengorat.XD
Kena lempang nanti baru padan muka ko pariz aserap!
Tahun ni dia sebut lagi nekbat tapi dia xmeroyan macam aritu.
Sebab dia tahu dia xboleh pergi terengganu dalam keadaan macam tu.kalau aku pergi aku pergi tanpa dia jadi dia pon diamkan je *gelak golek2*
Mentang2 dia oku *bak kate dia*  ko buli dia ek pacik? Kena sedas baru kenal erti penyesalan nnt XD

Oh aku ade satu berita gembira petala ke lapan puluh tujuh *ikut sedap mulut nak sebut*
Bulan 8 nih adik ipar kesayangam pariz aserap, zarith laki si parah atiqah dapat tukar kat kedah oii
Maknanya???
Maknanya adik sayam abam balik duk kedah la lepasni tayah homesick nangis rindu abam dah.
Omaigod! Hepi tak tau nak kate apa
Tapi aku risau satu la lepasni
Memandangkan farah dah balik kedah nanti rumah pun dah meriah nanti tetiba mak aku tanya balik kang soalan maut , "fari bila nak kawen?"
Oh tidakkkk! Wakakakaka
Harapnya tidak terjadi la.
Walau apapon abam hepi  tahap dewa naga nih farah atiqah balik kedah. Im waiting bebeh
Welcome back my beloved sister. Ailobiuu so very very much.

Oke dah. Panjang gila merapu arini
Mentang2  tak keje kan?
Tapi aku dah kena off kerana semboyan telah berbunyi menuju medan bakti *dush!muka kau pariz aserap*
Aku kena off la ade epoimen dengan encik mafia pulak. Dia nih gigih kat rumah pon nak fisio
Tido la ish dah kol 12 la.
besemngat waja nak bejalan.
Sila nantikan encik mafia buat kambek nanti kat jalan sultanah ye anak2.
Sekarang ni dia bagi can kat korang dulu . Nanti dia dah kambek korang sila duk dalam rumah diam2. Wahahaha
Pariz aserap nih nak kena tumbukan padu maut iskal ke ape nih?
Dah la aku nak off dah. 
Nanti aku tulis lagi

Babai


Terpaling hot dialam semesta,
Pariz aserap

Saturday, May 26, 2018

I'm back again

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh..
Jawab cepat! Tak jawab dosa. tak tau tak tau
Akhirnya pacik kembali mendapat hidayah nak tulis dekat sini. Oh sebelum tu aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam dimana jua anda berada.
Walaupun dah masuk 10 hari puasa tapi takpela kan aku baru wish. Baru 10 hari bukan 30 hari lg.hahhaha

Ada yg tanya pacik pegi mana lama sgt tak update blog.
Ketahuilah bahawa pacik tak pegi mana2,nak
Aku duk opis hoi bekerja macam nak mati.tsk3
Terima kasih kerana prihatin tanya aku pegi mane.rasa macam nak menangis air mata darah je rasanya.hahahaha
Bulan ni aku bz double beganda2 sebab bulan depan aku cuti lagi sebulan tanpa gaji (sebulan ke? XD)
Makanya segala kerja dikantor harus diselesaikan
Bulan depan iskal dah start fisio
So aku dengan rela hati menawarkan diri nak bawak dia pegi fisio tetiap hari
Haikal sila masuk ofis oke! Dah lama sangat dah goyang kaki kt rumah lepastu takde gaji asyik paw aku mcm2 dengan alasan dia rakyat marhaen xde gaji
Kepala hotak dia. Dalam bank belambak hoi haikal.wakakaka
Kal terer gila bila aku bgtau dia aku nak amik cuti bulan depan, "sebenarnya abg fari nak cuti raya lama kan? Takyah masuk ofis kan?"
Sila bagi tepukan gemuruh untuk haikal please! Sebab bagi jawapan yang paling tepat.wakakakakaka

Bulan depan iskal dah start fisio dah
Baru ni pegi check up dokter kate dh boleh buat fisio dh. Gila hepi dia.
Dah 7 bulan tak bejalan kdg2 dia try jgk nak jalan2 sikit2 tapi ko paham la dokter2 tak betauliah kat rumah ni mcm mana
Semua benda tak boleh.especially aku la.wakakaka
Stress je pesakit nak buat ape pon xboleh
Tapi dia oke je duk rumah cuma xboleh jalan je la. Dia siap tolong buat kerja ofis hokay tuan2 dan puan2.
Kadang2 atas katil kdg2 atas kerusi roda, bila aku balik keje tgok dia duk ngan laptop dia
Ingt dia buat apa tengok2 duk buat pelan
Dia suruh abah emel dia.
Sangat berdedikasi awak hencik ish
Sila mintak gaji double nnt lepastu belanja ai oke.hihi

Haikal xpuas hati aku dapat raya lama.
Sila bertabah haikal.
Nanti abg fari bagi duit raya kat kal
Aku masih lg bg duit raya kat dia oke!hahahha
Nampak tak penyayang pariz aserap mcm mana? Nampak tak?
Bagus ni pariz aserap boleh dijadikan contoh nih*pang!! Pipi sendiri*
Adik sayam aku tahun ni dapat raya kat rumah kot.
Start march aritu dia dh habis dah h.o dia yang 2 tahun tu. Dah abis dah sesi buli2 kena ganti  oncall.hahaha
Sekarang dah rasmi medical officer ataupun m.o so rileks sikit la
Pegi keje pagi balik petang jarang sgt dh keja malam. Ini dinamakan apa anak2?
Inilah yang dinamakan sorga untuk abam beliau. Kalau x nak jumpa  pun susah walaupun satu rumah.

Aku mcm ada banyak lg nak tulis tapi keadaan tak mengizinkan. Anak aku dah mengiau nak tidur makanya sebagai dedi misali bertaraf dunia haruslah pacik ikut kemahuan muhammad hakim.
Esok tak sekolah kot hakim. Apa barang tidur awal.hahaha
Anak aku dia xkisah sekolah ke tak sekolah ke tidur tetap tidur XD
Nanti aku tulis lagi. Dah tak menyempat sangat nak tidur tu. Dah pukul 1 lagipun
Aku off dulu
Jangan rindu aku tau nnt aku malu *muntah*

Baibai.


Orang paling hot,
Pariz aserap

Tuesday, May 15, 2018

the legend is back!!!


assalamualaikum warohmatullohiwabarokatuh.
tanak cakap panjang. yang panjang2 nanti aku upload kat entri lain kalau ada masa.
aku cuma nak melahirkan rasa gembira je.
sebab apa gembira pacik?
gila kau tak gembira, tengok title kat atas la kan? hehe
tak tau nak kate gembira macam mana. rasa nak menangis air mata darah je
welcome back Tun M.
aku memang sayang maut kat beliau nih dari dulu lagi
walaupun ramai duk kata bukan2 kat dia dalam tv pun duk keji2 dia tapi hati pariz aserap tetap xberubah. kesayangan aku dari dulu tu
he's born to be a leader.a great one.
walaupun lambat beberapa hari tapi takpela aku nak tulis jugak
congratulation tun dr. mahathir mohamad. i lobiu beri beri much
terima kasih sebab sanggup kembali untuk kami walaupun sudah berusia.

bagi kami orang kedah especially aku la, bukan takat gembira sebab Tun jadi perdana menteri balik tapi kami dapat menteri besar baru oke! hahahaha
tahniah DS Mukhriz. lepasni jumpa lagi la kita.hihi
bangga nih weh sultan jadi agung 2 kali. perdana menteri pun 2 kali. menteri besar pun 2 kali jugak. hebat org kedah na hampa ada ka?
dan2 ko cakap kedah kan pariz aserap?belagak pulak tu.
tu je la aku nak tulis xboleh panjang2 sebab banyak keje nak kene settle nih tapi sebab perasaan membuak2 nak bekongsi kegembiraan maka aku sanggup curi masa nak tulis mende nih.haha
oke la nanti ada masa aku tulis panjang2

dan buat ayahnda kesayangan pariz aserap Tun M, see! u are not alone. we all have your back. congratulations for your come back. you are such an amazing person. and congrats as well for your guinness record XD
i love you so much.
semoga tun dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik untuk mentadbir negara. amin.

my 4th and 7th prime minister :D

#wawasan2020
#malaysiaboleh
#keranamumalaysia
#standingintheeyesoftheworld
#kepimpinanmelaluitauladan
#dasarpandangketimur
#membacagayawawasan


proud malaysian,
pariz aserap.