Sunday, August 23, 2020

good news and bad news


well, bad news first (clichΓ¨ but who cares? most of us are like that,no?πŸ˜‚)
so unfortunately, pada tarikh 11 julai lepas aku eksidenG moto. more to terbabas
and yes tengah laju. memang mendapat la.
tapi xde la laju tahap kau lalu tu bunyi ekzos je 'wenggg!' pastu bila toleh dah xde. bukan ok!!
aku ada beli moto peberet ni almost 2 years dah.
2018 s1000rr black storm metallic
ni org kata love at first sight la jadi bila rebah tegolek bersama2 tu mcm cite industan beguling2 gitu. wahahahha wakluu
dah selamat masuk bengkel dah pon πŸ˜“

stop pariz aserap! sila serious.
ngeri ngilu seriau bila ingat balik
terseret sikit lepastu langgar divider kena tangan kanan lepastu bunyi prak! 😱
2 tulang patah kat tangan kanan.
aku mula2 ingatkan kaki yang patah sebab terhempap motor. berat gila πŸ˜–
lepastu sakit gila2 pulak tu kaki xboleh nak bangun. aku sedar sepenuhnya masa tu.huhu
masa tu nak bukak helmet pon xmampu dah tangan sebelah dh terkulai layu ditasik madu.
xboleh ingat weh rasa ngilu+meremang sgt bila ingat.
nasib baik masa tu pakai jaket tebal jgk kalau x xtau la. seluar ada koyak2 jgk tsk3
kesimpulannya patah tangan kanan, retak buku lali kanan dan bahu kanan pon retak jgk sikit 😭
luka2 lain lebam2 ada sikit2 tapi kt peha luka teruk sikit sebab seluar terkoyak lepastu terseret.
tapi sekarang ni aku ada masalah sikit dengan buku lali
masa mula2 aritu sakit gila sampai xboleh tidur
sampai dokter bg ubat tidur dengan painkiller
bahu so far alhamdulillah xde masalah tp buku lali aku bengkak dan sakit balik.huhu

baru2 ni gi epoimen dokter kata tak boleh buas2 sgt. kena rest betul2 (siap kena bebel,marah dan sewaktu dengannya T_T sebabnya aku gi opis aritu sekali. nak buat mcm mana,nak? kerja bertimbun2.huhuu)
sebelum ni aku boleh la duduk2 atas kerusi roda duk luar rumah
tp sekarang baring jelah,nak. 
nasib baik bed sepital iskal yang aritu ada so berkongsi amalan mulia la kan. hahaha
ok sikit la baring atas bed ni xde la asyik terdampar je atas katil.
so far selain buku lali ni tgn dengan bahu xde masalah. cumanya kerap demam sejak2 sakit nih. ke sebab sakit kaki sangat? hahahaha
baideway, aku taip pakai tangan kiri siap buat one handed kibod kt tepun nih. gigih tak pacik?

so tu lah bad news pariz aserap. xtau la berapa bulan lg nak mcm ni.huhu
tapi xpe la. kan sakit tu penghapus dosa?
dosa silam bnyak melampau sgt kan makanya pacik redho dan pasrah. semoga terhapus la sikit dosa2 pariz aserap nih. amin.
aku nak ucap terima kasih banyak2 kepada abg2 adik2 dan pacik2 yang menolong pariz aserap di tempat kejadian. tolong call ambulan tolong call family aku tolong angkat moto drp menghempap kaki pariz aserap yang tengah kesakitan tolong bukak helmet. siap bg aku air tp aku xminum.haha
tengah kesakitan weh xberapa ingat apa aku buat masa tu selain tersandar kt divider je.huhuhu
begitulah alkisahnya bad news pakcik.
rasa xnak ingat dah hari kejadian tu..seriau πŸ˜–
sekarang ni mc jelah sampai sihat seperti sediakala. semoga pariz aserap cepat sembuh. dan jugak semoga epoimen minggu depan dokter kata ada peningkatan lagi2 kaki.huhuhu
semoga xkena marah lagi dengan dokter πŸ™„

sekarang meh kita pegi kepada good news pulak.
gud news dia, adinda sayam intan payung buah hati abam dah officially masuk ofis. yay!!
yes firdie berenti kerja. xtau nak kata terkejut ke x.
lepas dia balik dr kl aritu untuk support sebagai frontliner dia buat keputusan nak berenti.
bukan sebab troma serik ke apa tp dia ada alasan sendiri.
2 bulan jugak dia kt sana balik2 beberapa hari sebelum raya. menangis2 mak aku kegembiraan.
siriyes kami x expect dia balik ingatkan dia raya kat sana.
2 bulan tu mak aku asik nangis je teringat anak bongsu.
seriously, jarang sangat dpt contact ckp betul2.
time tu kes tengah banyak gila. lagilah puan sofea berendam air mata. hahaha
takut wehh. aku takut gila mcm mana kalau x jumpa dia dh? menangis jugak sikit pariz aserap.boo!! hahahaha

lepas balik tu dia kena kuarantin dulu.
kuarantin kt rumah je dia dok sorang2 kat tingkat atas sekali. tapi hari raya turun bawah jugak sekejap ambik gambar raya. hee
tapi sekejap jelah lepastu naik balik.
lepas habis kuarantin dia ambik cuti. habiskan semua cuti dia. aku dah syak sikit2 dah.
lagipun mak aku macam berat hati nak dia teruskan. gila xberat hati dua bulan berapa kali je kabar dia kitorang dapat.
boleh diterima la kalau mak aku risau. tapi mom xdela push suruh berenti dia diam je.

aku memang taknak cakap apa2 sebab aku kenal sangat2 adik sayam aku macam mana.
kalau aku cakap dengan dia automatik tu la keputusan dia.hahaha
jadi aku biar je.
nak dipendekkan cerita malam tu dia cakap kt aku nak berenti keje. dia kata dah pikir masak2 atleast sementara mom masih ada ni sebab dia kata mom risau+berat hati.
lepastu dia kata jangan risau dia xtinggal terus kot bidang ni nanti dia tolong la kawan2 dia buat part time kt klinik ke. aku rasa ni nak sedapkan ati aku je πŸ˜…
aku tanya dia,  betul ni fir nak berenti?
dia tanya aku balik, abg xnak fir berenti ke? kalau xnak fir x berhenti.
tapi aku mana boleh masuk campur tu kan keputusan dia walaupun aritu aku nak jugak dia berenti *sebab emosi xjumpa 2 bulan.haha*

so aku kata kat dia abg sokong je apa pun keputusan fir.
fir lagi tahu apa yang fir nak dan terbaik untuk fir.
dia kata, yang terbaik mestila xbuat mom risau.
so aku pon angguk2 je la walaupun berat hati.

esoknya masa aku dah pegi ofis dia mesej bagitau dia dh buat keputusan nak resign betul2.
aku tanya dia lagi sekali 'fir dah fikir masak2 ke?'
dia tanya balik soalan malam tadi, abg xnak fir berenti ke? lepastu dia tanya lagi abg risau ke?
'ofcos abg risau tapi insyaAllah xde dh mcm ni lepasni'
lepastu dia tanya, '2 bulan aritu apa perasaan abg?' aku xsempat taip dia dh typing dh 'im dying to see u..to see our family'
kejaplah aku kopi pes. panjang berjela2 siriyes panjang sgt rajin betul firdie aserap menaip. lenguh kot tangan aku kalau nak taip dah la aku kidal dengan tiba2 sekarang ni.ada yg pakinsen ni nanti.hahahaha

macam mana dalam masa 2 bulan tu kalau fir x balik2 dah? macam mana abg kalau macam tu? fir nak balik jumpa abg.. fir memang bz sangat kat sana.. xsempat meset call semua tu.. tapi bila ada free even a minute fir terus pikirkan abg.. pikir keluarga kita

yes being a doctor is my passion.. semua sebab abg kan? sebab fir xnak abg sakit lagi.. dari dulu goal fir same je xpernah berubah.. fir xnak abg sakit lg.. fir enjoy jd doctor tapi sekarang fir rasa dgn knowledge yang fir ada tentang medic fir nak duduk dekat dengan abg

atleast i know what to do kalau tiba2 abg xsihat dekat ofis kan? and i'm not the last person yg tau kalau apa2 jd dekat abg.. atleast fir ada kat situ.. fir xnak pisah dengan abg dah.. fir adik abg kan? fir tahu abg selalu pendam sorang2 risau ke sedih ke abg xnak fir susah hati kan? fir ada dengan abg sekarang.. you can reach out your hand now i'll always be there for you

fir syg abg sgt2 so abg xpayah risau fir sedih ke fir terpaksa ke apa sebab fir masih stick dengan goal fir.. nak jaga abg.. fir jd doctor pon sebab tu kan? so nothing's changed.. i'm your forever baby brother and i will take care of  you til my last breath

and don't worry i won't let my knowledge 'die in vain' fir akan volunteer to help anyone in need.. fir xkan tanya apa pendapat abg cos i know my brother well πŸ˜‰ thank you for everything abg.. now let me take care of you 😘

berkaca jugak mata abam dia ni baca mesej. haha
firdie aserap xpernah berubah 😭
mana la abg xsayang dia banyak laut.
sayang sangat nih.
masa dia kata dia nak berenti sebab mom risau dgn berat hati tu aku ada doubt sikit.
bukan nak pertikai tapi sebab aku kenal la kesayangan aku mcm mana kan.hahahaha
tenkiu fir. abam lobiu so much.

so 5 julai secara rasmi fir masuk ofis.
dia dah kata bagi kerja senang2 dah la bang opisboi ke runner ke gaji tayah la banyak2. hahahah
sekarang ni dua2 adik sayam aku sakses duduk opis kat abam.
kita tunggu kaklong pulak terbukak hijab dapat hidayah balik kedah kerja kt opis 🀣
tapi baru seminggu fir kat ofis aku dah macam ni pulak. berbalut segala begolek2 dengan moto so fir pospone dulu masuk ofis. nak jaga abg dulu.
sempat dia kata kat aku "keputusan tepat sangat kan fir berenti kerja aritu? ni boleh jaga abg 24jam"
hahahaha
kemain kan fir?

so tu lah good news pariz aserap.
alang2 fir dah masuk ofis ni so nanti2 aku nak pujuk dia buat mba la nnt management tu boleh pass kt dia.hahahaha
tengok awal x awal perancangan aku?
semoga beliau x macam farah atiqah. puas abg pujuk dia xnak. katanya dia keja saja je nak tlg abg xnak komitmen berat2. pffttt
hahahahahha adoila adik pempuan aku sorg ni
nasib baik abg sayam.
apa2 pon terima kasih adik2 sayam abam
ailobiu sooooooo much!! till jannah org kata

disini aku nak buat ucapan penghargaan dekat bespren poreber pacik, daniel iskal yang gigih menjaga pariz aserap selain firdie dan seluruh ahli keluarga aku. sukati dia work from home tp meeting tetap attend. tenkiu ish selalu ada susah senang  xpernah tinggal pariz aserap dalam apa jua keadaan.walaupun ada problem sakit belakang gigih nak angkat2 pariz aserap jgk. you are one in a whole lifetime. you are the best,ish! dan jugak ofcos kesayangan abg fari lagi sorang, daniel haikal yg terpaksa stres diopis sorg2 sbb abg beliau m.i.a 🀣 terima kasih kal banyak tolong abg fari, selalu risau selalu ambik berat selalu tanya nak makan apa nak suruh beli apa dan selalu menghiburkan hati abg fari. xpernah stres layan dia nih. xpernah nak marah bila tgok dia which is sangat bagus untuk kesihatan pesakit nak marah je terus xjadi bila tengok daniel haikal.hahaha tenkiu kal abg fari lobiu so much.
haikal the best! yeay!

baiklah anak2 sampai sini jelah entry aku
dari 19hb haritu bukak entry ni tapi tak siap2 menaip. hahaha
paham2 jela xmampu,nak nak taip panjang2 bejela sehari takut bersimen pulak tangan ni satu lg karang πŸ˜‚
tabahlah pariz aserap.
semoga aku cepat sembuh.
oklah aku nak merehatkan diri dulu sebelum jari krem.hahaha