Sunday, November 18, 2018

and that one person is me XD


tadi aku jengah fb tetengah tensen buat kerja
sikit je lagi nak headbanging kat meja
oleh yang demikian baiklah pacik bertenang seketika
aku masih berada diofis nih hoii
rajin kan pariz aserap?
mane nak dapat nih macam nih? *dush!*

aku pon scroll2  page aku scroll2 page iskal scroll2 lagi page haikal dengan firdie.....
tapi takde update pape pon.
kalau spider boleh buat sarang kat fb tu kompem fb kami la yg paling banyak sarang labah2.hahaha
punya la bosan aku klik 'about' dorang satu2 haa sebab aku rasa aku tak pernah cek pon 'about' dorang.
lepastu pacik jumpa nih;

tada!!!



kenapakah perangai beliau somel macam nak kena pijak2 je nih haa?
dan one person itu adalah aku *kompiden tahap hokage*
mane ade org lain lg dah panggil dia macam tu.
dulu org dengar aku panggil dia ish dorang pon panggil ish tapi dia terus je "please call me daniel or dan" hahaha
oh btw, nurhafiza rahsid tu adalah macik goku
pemes nama kau noapiza. sila bayar aku cepat!
xmasal mintak bayaran.hahahha
macik goku nih kelakar tau
aritu dia voice mesej aku lepastu dia pon kata "kirim salam abg dan dengan hakim"
tapi dia sebut 'abg dan' tuh 'abg done' bukan 'abg den' 
dia kemain gelak beriya sebab selama nih salah sebut. aku tanya dia 'maknanya dari tahun berapa kita kenal ko memang panggil dia abg 'done' la?
dan dengan jujur dia mengaku 'yeeee dari aku sekolah!' wahahahaha. ko lawak macik
dan=den la weh bukan dan=done
adoila dia nih

ke ade sape2 lagi panggil dia macam macik goku ni panggil? ce angkat tangan sikit jangan malu2 walaupun salah
tapi aku rasa noapiza sorang je yg salah ni XD
xpe weh kompiden itu penting! chayok2!

aku nak gerak balik dah.firdie aserap tesayam dah sampai dah
tadi dia call tanya nak balik kol berapa? aku kata lepas isyak kot. dia kata "xnakla balik lambat sangat,biar fir la ambik abg lepas magrib fir sampai"
makanya beliau dah terpacak kat sini.hahaha
semestinya la daniel haikal yang kena drop dia kat opis aku sebab iskal masih lagi diharamkan drive
sebenarnya aku boleh je drive balik sendiri tapi fir kata nak datang amik. abg mesti penat hari2 balik lambat katanya
mane la abam xsayam beliau nih. padahal dia pon keje arini balik petang dah pon. haha
ailobiu fir.

sekarang meh la kita balik ye anak2
aku lapar tahap raksasa planet namek dah ni
sekian terima kasih.



masih dan tetap hot,
pariz aserap.



Tuesday, November 6, 2018

cn to the blue




memandangkan aku tak boleh tido malam ni makanya jom la kita buat entry yang takde pekdah ni. harapnya awak yang rikues entry ni berpuas ati la
gigih ni hoi aku google2 gambar2 kat bawah ni
aku harap parah atiqah tak baca blog ni *sambil tadah tangan berdoa*
nanti dia merapu2 suruh buat entry lain pulak.
oke tanpa membuang masa marilah kita cekidaut grup korea peberet pariz aserap.
aku tak minat kpop but this one is exceptional

***peringatan: semua gambar adalah dari google. all pics : credit to the owner***
[kena okay cakap mcm ni. kang ada yg saman aku sbb guna gambar dia.dh la peminat kpop penetik je semua XD]

sekarang jom kita start.



sape2 yang tak kenal cnblue nih meh sini aku kenalkan. ini adalah spesis band dari korea selatan. tak banyak band dari korea nih biasa boy group la yang pemes jd kalau ko pon suka boyband dr boygroup kpop tu maknanya kita geng.
tiba2 je kena geng dengan ko pacik.hahahah
setelah digugel dengan gigih sekali, cnblue start tahun 2009. tapi aku baru je kenal dalam tahun 2015 aritu. takpela kan? bak kate omputeh better late than never *sekeh2*
aku kompius dia debut kat jepun dulu ke korea dulu tapi kita abaikan je la pasal tu. xmendatangkan pekdah pon ko nak tau debut dia.wakakaka
sebenarnya aku tak tau XD
so band ni terdiri daripada 4 orang lelaki.
meh kita kenal dulu member2 cnblue lepastu ko boleh pilih ko suka yang mana.



aku tolong promote je. cepat cnblue time kasih kat aku.
oke, yang pertama sekali adalah;

*bunyi drum anugerah bintang popular*

1. jung yong hwa
dia nih leader dan jugak main vocal. tapi dia pon guitarist jugak.pianist pon ye. kadang2 boleh je jd drummer. senang cite dia ni banyak talent la. mostly dia nyanyi2 sambil main gitar
dia ni omputih panggil front-man sebab dia main vocal kot tapi vocal dia power gila bila jerit.
terus terang weh aku kan jenis sentimental xsuka lagu rock yang menjerit2 tah pape tuh tapi aku suka weh bila dia nih jerit. rasa macam argh lega je.hahahha
mostly ko akan dengar jeritan dia tu kat konsert la sebab kalau dalam mv dia xde jerit2 macam tu.
meh kita tengok sikit rupa leader cnblue nih


the leader ; yonghwa
oh lupa pulak, dia nih lahir tahun 1989. muda 2 tahun dari aku tapi kalau ikut umur korea dia nih dah 30 sebab tu kena join askar dah.
(jangan tanya aku perkiraan umur dekat korea sbb aku tak tau dia kira mcm mana.yang aku tau ko kena tambah setahun dari umur ko)

sekarang jom kita move on kepada member seterusnya;

2. lee jong hyun

dia nih pangkat vice-leader dalam cnblue sebab yang kedua tua.beranak tahun 1990. posisi dia adalah guitarist dan jugak lead(?) vocal kot. aku tak tau weh lead vocal mcm mana tapi dia ni banyak je nyanyi. kalau dalam satu lagu tu memang akan ada part dia nyanyi. kira macam yonghwa = vocalist,guitarist, dia plak guitarist, vocalist. macam tu la
ko paham x ni? kalau x paham gasak ko la sebab aku pon xreti nak bagitau.hahahaha
aku baru je menjadi fan makanya taram aje la labu.
tapi mostly aku suka lagu2 yang dia compose sebab dia more to ballad song. suara dia sedap!
kalau yonghwa suara rockers jonghyun ni suara dia soothing(?) ke mcm mana? hahahha
angelic voice la kiranya. org yang kata bukan aku.
dia ni banyak buat lagu versi jepun. lagu jepun cnblue best2 xtipu. antara 4 org geng dia nih dia yang paling terer cakap jepun sebab dulu masa kecik dia penah duk jepun *kot* ayah dia keja sana
inilah dia jonghyun tersebut.


the guitarist; jonghyun
next! 
lets move to the drummer pulak.
ya allah rajinnya lahai aku buat entri mcm ni.hahaha
dah macam xde keja pariz aserap nih.
esok harapnya aku boleh tido la karang tah entry apa lagi yang keluar
oke tanpa membuang masa perkenalkan;

3.kang min hyuk

inilah dia drummer cnblue. dia nih memang keje dia duduk je la atas stage xbergerak pegi sana sini
walaupun dia duduk je tapi ko ingat tak penat ke ketuk drum weh? aku dah try dah lenguh gila tangan. walaupun muka dia paling jambu dalam ramai2 tapi nampak la manly dia bila main drum
haikal boleh la geng dengan dia nih sebab terer main drum.
korang rasa mata dia ada iras2 iskal x weh? ke mata sape lagi kecik? hahahha
mampus aku kena tumbok dengan mafia nanti
meh tgok sikit mata ala mafia jalan sultanah XD
*amponkan beta*


the drummer; min hyuk

4. lee jung shin

lastly, yang paling muda dalam member cnblue.
walaupun paling muda tapi dia sama tahun dengan minhyuk kat atas tu. tahun 1991
cumanya minhyuk bulan 6 dia bulan 9.
dia nih bassist. kdg2 rap jugak
walaupun paling muda tapi beliau la paling tinggi.
aku rasa ketinggian grup dia nih terbalik dengan umur la.
dia nih paling tinggi lepastu minhyuk lepastu jonghyun lepastu yonghwa. terer korang susun kan? hahahha


bassist ; jung shin

oke abis bab pengenalan member2 cnblue *lap2 peluh*
panjang haa pengenalan dia. baru masuk part member tak masuk part lagu peberet aku lagi
banyak weh lagu peberet aku tak terkira. hahaha
tapi siriyesli  lagu2 cnblue kalau ko dengar yang mv dia ataupun recorded version ko akan rasa oh sedap lagu ni tapi bila tengok konsert dia,sepuluh kali lagi best aku tak tipu nih *muka siriyes*




first konsert dia yang aku tengok masa konsert dekat jepun tp aku tengok kot utube je bukan aku gi jepun weh.hahaha
konsert first dia ke tak aku xsure
nama konsert tu 392. sebutan dia sankyu too
sankyu too = thank you too
konsert ni antara konsert cnblue paling best bagi aku.
tapi mostly konsert dia semua best2
yang paling latest tahun lepas konsert 'between us'
pon best weh.
aritu aku tengah duk layan live dorang nih tetiba mak aku datang terjah.
' i thought u like slow song?'
aku : i thought the same too * pemalas nak jawab panjang lebar*
mom pon berlalu pergi sambil geleng kepala XD



kalau ko nak tahu versi rambut langsir haikal zaman kasanova dulu lebih kurang macam drummer dia kat gambar atas ni. haa mcm tu la. macik goku yang bagi nama rambut langsir sebab mcm nak tutup mata maka kami pon sepakat memanggil rambut langsir XD




sekarang meh kita tengok sikit lagu2 peberet pariz aserap
matikla weh nak letak lagu2 peberet aku. banyak kot.hahahhaa
tapi takpe anak2 kita letak sikit2 je cukup
nak banyak2 ko pegi dengar sendiri kat utube
tapi aku letak yang live je la ek sbb aku suka versi live dari recorded version.
ko xkan kecewa tengok konsert dorang sebab dia memang nyanyi live main instrument pon live.
tapi kalau ko tengok mana2 music show, cnblue atau mana2 band memang hand-sync dia tak main live sebab sistem broadcast kat sana xbagi main live tak tau sebab apa. faktor masa kot
so kalau nak play live kena bayar mahal. tapi cnblue pernah bayar untuk main live dekat music show
jadi jgn kompius ye anak2 kalau ko tgok gitar dia tu x plug. sebab tu kalau ko nak tengok betul2 dia perform sila tengok konsert dorang
tapi walaupun dorang handsync tapi nyanyi tetap live rasanya dorang xpernah lipsync kot.
sila hapal lagu2 peberet aku kat bawah nih.

1. radio (japanese version)




radio nih dia ada 2 versi japanese dengan korean
maybe sebab aku mula2 dengar versi jepun so bila dengar versi korea dia rasa pelik sikit. tapi lagu ni aku suka. (edit : aku letak video lain kt atas ni ganti yang sebelum ni sbb video sebelum ni xboleh bukak xtau pasal apa maybe uploader dia dh delete kot. gasakla subtitle spanish pon ko layan je la XD)

2. where you are



amik kau thai sub aku bagi.wahahaha
aku  cari video ni yang xde sub xde la plak
makanya ko pasrah je la, nak. ko tayah baca sub thai tu ko dengar je. yg ni pon ada 2 versi; jepun dengan omputih. dua2 best tapi aku tak tau la apesal aku lebih memilih versi jepun. 

3. one time



aku suka starting masa jonghyun tengah main gitar lepastu yonghwa pon 'argh!'
video ni kalau ko nak dengar lagu ko skip je la sampai  minit 1:28 sebab depan2 tu intro je
tapi aku suka je dengar. lagu ni 2 versi jugak, korea  dengan english. video atas ni versi korea tapi sama je bunyi dia versi mana2 pon.

4. tattoo



ni versi aku paling suka. kalau ko dengar mv dia xsama mcm live yang ni.
aku paling suka bunyi gitar masa minit 0:28
arghhh berdarah hidung weh dengar. best gile
recorded version xde bunyi macam tu. sebab tu live versions are always the best.

5. love light (original version)



ni lagu wajib kena tahu kalau ko fan cnblue.hahaha
lagu ni famous gila ramai artis nyanyi. yonghwa yang compose lagu nih. rasa mcm riang ria bahagia je bila dengar lagu nih. 
tapi dorang pernah buat rock version lagu ni masa kt konsert. sebab tu aku suka band sebab dorang bleh rearranged lagu tu ikut suka hati dia je.hahaha
rock version love light ni pon aku suka.
kat bawah ni aku letak video dia sila tengok ye



video nih masa konsert 392. bila love light nih dah jadi rock makanya yang bersuara rockers la nyanyi jonghyun catwalk jela sambil main gitar. dia jarang nyanyi rock. ke tak pernah? aku pon tak tau. tapi aku suka dua2 versi.

6. voice



nih lagu peberet aku dari aritu.hahaha
tahun 2015 aku penah buat entri pasal lagu nih masa mula2 aku kenal cnblue aku suka lagu nih la.
dia macam lagu anime sikek.
tapi suara jonghyun sedap.

7. coffee shop



lagu ni aku suka jugak tapi aritu aku tengok live yang mane tah dia punya arrangement tu lagi best
tapi yang ni pon dah best dah.
cuba ko bagitau lagu apa yang ko x suka pariz aserap? semua ko suka.

tapi lagu yang buat cnblue femes adalah lagu debut dia. baru debut 15 hari dah dapat ranking #1
lagu ni femes la. cnblue kena berterima kasih dekat org yang buat lagu nih sebab lagu ni la cnblue femes arini.
tajuk lagu dia dalam bahasa korea oetoriya(?) *taram aje la labu* 
bahasa omputih tajuk dia "i'm a loner"



video nih lama gila tahun 2010 masa dorang tengah promote lagu ni la kot dekat music show
yang ni dorang handsync tapi suara live
kalau ko kompius cnblue live ke x ko tengok drum dia. kalau drum dia ada logo cnblue tu maknanya x live. kalau nampak ada brand drum tu live la.
rasanya boleh pakai la ni kot teori aku.hahaha
tapi apa2 pun lagu ni la yang menaikkan cnblue. tepuk sikit.

video kat bawah nih masa dorang promote lagu dekat music show jugak tp ni tahun 2013
yang ni dorang play live. maknanya dorang bayar la untuk main live ni. bukan senang oke ko nak tengok cnblue play live kat mana2 music show
sanggup haa dia bayar sebab nak bagi ko tgok live performance dia.hahahha
tajuk dia i'm sorry.



memandangkan pariz aserap adalah team jonghyun makanya bersama2 ini disertakan satu video yang diberi nama 'jonghyun focus' hahaha
suka ati aku la kan ni kan belog aku
kalo ko team lain harap bertabahlah ye
aku suka tengok orang main gitar
orang main gitar ni dia banyak expression muka yang dia x sedar pon dia buat muka pelik2
tak payah nak pegi jauh2 amik contoh iskal dah la
aku kan selalu tengok dia main gitar kejap pejam mata kejap kenyit mata kejap kepala senget lepastu nganga mulut kejap lagi pulak mulut senget pulak.wakakaka
ampon bebeh
sebab tu aku tak suka main gitar. acoustic gitar oke la bagi aku
tanpa membuang masa, lee jonghyun eberibadeh!



oke sekarang meh la kita kembali kepada fitrah asal pariz aserap; suka lagu selow2
tapi kan weh gila panjang entri aku ari nih. dah macam apa besemngat waja buat entri macam ni.tsk2
lepasni sila jangan rikues bukan2 weh.hahaha
walau apapun hidup mesti diteruskan!*kaitan dia?*
oke jom tengok lagu peberet aku lagi. tapi nih slow song. aku tanak letak banyak weh dah berbaris2 dah lagu kat atas nih. harap korang bertabah.tsk2

-blind love-
lagu ni jonghyun compose. ada 2 version jugak japanese dengan korean tapi macam biasa la pariz aserap dah biasa dengar yang versi jepun makanya ko pon dengar yg jepun jugak lah.hahaha



eh tapi apesal macam xslow pon? hahahaha
kecelaruan identiti ke ape pariz aserap nih?
tapi aku suka part jerit yonghwa.
next!

-eclipse-
lagu nih slow. sedap weh aku suka gila nih. ni pon jonghyun jugak buat kot.yang slow2 tu dia la tu.
tapi lagu ni sedap. macam biasa la 2 version. eh aku dah malas la nak taip berapa version lagu dorang nih.gasak la kalo 10 version pon penat tau duk taip mende sama.
ko emosi kenapa hah pacik?? wahahaha




-arigatou-
ni last lagu aku letak kat sini. perangai malas dah menyerang ke pariz aserap? hahaha
lagu ni mostly dorang akan nyanyi lepas abis konsert. kira macam nak ucap time kasih kat fans yang datang tengok konsert la.
betul ke x aku tak tau aku main taram je tapi lagu ni best. semua lagu ko kate best pariz aserap weh.
jom kita layan



habis part lagu *kesat peluh lagi*
so apekah status cnblue sekarang anak2?
aritu aku dah bagitau semua member dia dah join army. benda wajib kat korea selatan. semua lelaki kena join 2 tahun start dari umur berapa aku tak pasti 18 ke 20. tapi artis2 diberi kelonggaran sampai umur 30. kira 30 tu paling lewat la ko kena join xboleh ngelat.
disebabkan yonghwa dah 30 *umur korea* makanya beliau dah join askar bulan 3 tahun ni
akhir bulan 7 minhyuk dengan jungshin join sekali tapi tempat lain2. lepas dah settle adik2 dia join army seminggu lepastu jonghyun pulak join. makanya inilah rupa askar2 cnblue


dari kiri cepat jalan; yonghwa,jonghyun,jungshin,minhyuk

so sampai tahun 2020 cnblue adalah on hiatus ye anak2. sila bertabah semua org.
rasanya dia satu2 nya group yang complete(cukup ahli) dalam waktu paling singkat=2 tahun.
gila respek weh brotherhood dorang macam strong gila la kot
kalau ikutkan minhyuk dengan jungshin tu tahun 2020 baru kena masuk sana. dah la minhyuk sekarang tengah femes belakon. kiranya dia lagi pentingkan aktiviti cnblue la dari lakonan dia
syabas beta!

yonghwa rikues nak join special assault komando.
adik2 dia lagi 3 orang tu active soldier sebagai private. aku ade tengok video dekat instagram ada org upload video2 cnblue tengah berkawad tapi jangan tanya apa ig aku sebab aku takde ig weh.hahaha







disebabkan aku team jonghyun jadi aku bias letak 2 gambo dia.whahahahaha.
dia dapat anugerah role model lepas abis basic training aritu.

aku rasa tu je lah kot.ke ada lagi yang aku tak sebut? kemain gigih aku mencari fakta nih weh!
dahla yang takde pekdah tapi takpe layankan je
lepasni tah bila pulak aku update belog tak tau la



oh lupa, fans cnblue nama dia 'BOICE' 
boice = voice.
oke la kot nama dia takde la merapu2. laki ke pompuan ke boleh je join jangan malu2




dah la weh aku dah tak larat nak taip.
sebelum aku off  terimalah gambo2 transformasi dari geng2 beliau





oke dah2. dah krem tangan aku duk taip beriya.
makanya setakat ini sahajalah entri cnblue pariz aserap.
pagi esok aku nak ajak bebudak ni jamming lagu cnblue la plak
mesti masing2 kelam kabut cari kat utube cemane nak main lagu cnblue.wahahaha
xmasal sangat ko pacik.
lepasni boleh ar try balik gitar elektrik. walaupun aku team jonghyun tapi aku adalah di posisi yonghwa oke. bebudak ni keji tanak nyanyi dengan alasan suara aku sedap. 
walopon suara aku sedap *perasan nak mampus* tapi tolong la tukar2 dengan aku weh. T_T

baiklah anak2 pacik nak off dah nak merehatkan jiwa dulu
semoga bertabahlah baca entri aku merapu2 kali ni. tapi jangan lupa dengar lagu cnblue weh. lagu dia sedap2. sempat lagi promot
kena mintak upah la lepasni.
oke la weh off dulu. semoga ko tak rindu aku nanti kalau aku x on. aku masih lg bz nak mampos kat opis. 
lastly, kepada boice sekalian alam semesta semoga korang tabah menunggu 2020. fighting!
*termasuk aku* XD



dah nak 8.30am weh.berapa jam aku duk taip mende alah nih hah? dari pukul 5am.tsk3
dahla aku nak berehat pulak
sekian terima kasih.

saya-team-leejonghyun,
pariz aserap