Saturday, December 18, 2021

takde tajuk

dah berapa bulan lupa jalan pulang ke blog akhirnya bapak kembali,nak.
semoga peminat2 bapak gembira dengan kemunculan ini 😂
seriousla ada lagi ke orang baca blog sekarang? kalau masih ada tahniah diucapkan anda insan terpilih! hahaha
apakah perkembangan pariz aserap yang terkini? 
perkembangannya baru balik dari miri hoih. sebulan lamanya aku bertapa di sana nasib baik x bertapa dalam gua niah je.
ahh pacik homesick! *overr...boo!*
aku balik kedah hari isnin baru ni sepatutnya khamis tp sebab gigih pulun kerja nak balik awal kan? walaupun 3 hari awal je pacik tetap gigih.

aku ke miri bersama shiapa ya?(baca dlm nada sinetron)
tak lain x bukan semestinya daniel iskal yang mafia. kerana beliau risau aku pergi sorang sebab 2 minggu sebelum gi miri aku baru sembuh dari covid19. 
ye anak2, aku adalah positif covid.
dan aku xtau dapat virus tu dari mana sebab aku memang xde pegi berpoya2 atau membuas merata2 time tu tiba2 je dah +ve. ni bukan close contact dengan sape2.
rasanya gi ofis je tu pon banyak ngelat work from home je 😅
nak buat mcm mana, aku adalah insan terpilih.
bersyukur jelah masih bernafas ni.
nasib baik kat ofis takde kes dan nasib baik jugak kat rumah pon aku sorang je yang kena dahla farah ada baby 😩
masa mula2 tu aku buat test pakai test kid sebab selsema dari pagi sampai malam.
masa tu takde rasa apa2 lagi cuma risau je dalam rumah ni ramai orang kan? so berjaga2 la. tau2 terpancar 2 garis kat kit tu.
xtau nak kata apa aku masa tu macam, oh aku positif ke ni? lepastu terus pegi melaporkan diri sebagai positif covid. dorang buat pcr kat aku pastu dapatla merasa pakai gelang mahal haha
10 hari kena kuarantin hari kedua dah hilang deria rasa dan bau. part ni rasa seksa sikit sebab makan minum memang taktau rasa apa tp doktor kata kena makan. 
Alhamdulillah sekarang deria dah kembali makanya cepat tadah tangan bersyukur!
sepanjang positif covid tu memang xlarat dengan semput lagi batuk sampai luka kat tekak. banyak la dugaan dia 😂
firdie aserap la yg monitor aku kat rumah.
mula2 dia mesej aku suruh benarkan dia masuk bilik aku sebab dia risau.
takkanla aku nak bagi! aku positif kot
sekali dia bukak pintu bilik 'tadaaa!' lengkap dengan ppe sekali dengan plastik yg sarung kat kaki tu 🤣
adoila adik sayam abam. rilek pulak tu dia siap lepak baring kat kerusi sambil silang kaki sambil sembang dengan aku + main tepun hahaha
so sepanjang 10 hari tu memang firdie lah yang monitor sebab aku lemau gila xtau nak kata.
macam demam tapi x demam tp lemau x larat.
lepas seminggu baru rasa okay.
so semua orang kat rumah tu kena kuarantin kendiri sebab contact rapat.
begitulah alkisahnya. diharap korang semua jaga diri. terus rasa xbermaya bila cakap pasal covid 😂
sebabtulah daniel iskal aka mafia ikut aku ke miri. sebab dia risau kalau aku tak okay lg.
kot2 buat bebukan ke boleh jugak dia bagi tumbukan sedas dua supaya kembali ke alam nyata 🤣
terima kasih la ish. jauh haa dia work from bumi kenyalang hahaha

macam tu jelah cerita pacik,nak.
sekarang ni cerita dia aku rindu anak sulung yang berada di perantauan.
mcm jauh sangat sebut perantauan hahaha
perantauan aka usm,penang 😆
dedi rindu,bang.
so far, dia okay kat sana walaupun mula2 reyau jugak.
tapinya videocall wajibulghunnah lah kena setiap hari 😂
nanti kami pegi sana ye bang. study elok2.
yang bongsu pulak dah start nak gelisah dah nanti sem 2 kena balik matrik dah xboleh study online dah. tapi aku bertenang lagi ni nanti dah hari kejadian baru la aku ajak orang lain pening berjemaah jugak hahaha.
kenapa korang besar cepat sangat??wuwuu
muhammad hakim kelakar tau, dia dh tanya aku siap2 boleh x dia nak ambik kos business jgk nanti? kalau x boleh dia nak ambik engineering katanya.
sebab nanti kalau x boleh kerja kat dedi(kalau xambik business course), boleh kerja dekat ankel dan (engineering) 🤣
begitu ye anak2 dia merancang masa depan. janji dekat dengan dedi kekdahnya hahahaha
adoilah anak.
sayangnyaaaaaaa dekat korang berdua nih.
semoga abg dengan hakim berjaya dunia akhirat.

dah 6.30 pagi makanya aku harus pergi ber eksesais!! sebab aku makin gemuk lepas balik dari miri.
airipit, GEMUK!!
berat aku dari 74-75kg dah naik 79 hoiii
kegemukan apakah ini pariz aserap??
bersyukurnya pacik tinggi,nak. boleh jgk cover sipi2.
tapi takpayah cover sangat ye pariz aserap. dah
ada orang tegur aku berisi sikit lepas balik dr miri.omaigod! 😱
makanya ayuhlah anak2 kita bersenam dengan harapan semoga kegemukan ini hilang dari radar.


yang hot walaupun gemuk,
pariz aserap.