Saturday, May 15, 2021

eid mubarak + pkp

selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin untuk semua ummat islam di seluruh dunia.
tahun ni raya buat apa anak2?
duduk rumah!!
macam marah je tanda seru sampai 2 hahaha
tidak ye tuan2. tu tandanya semangat 😝
so hari raya pertama pagi2 lagi dah siap2 gi semayang raya. awal weh aku pegi sebab takut nanti dh cukup kuota sesia kena balik. nasib baik lepas. fuhh! dapatla merasa solat sunat aidilfitri 😌
lepas habis semayang raya terus balik rumah  nakgi kubur pon x boleh kan? balik rumah jelah
takpayah nak degil sangat nak merayap merata.
kau ingat kau kayangan ke? hahaha
sampai rumah terus ambik tempat masing2 nak salam2 mintak ampun segala dosa πŸ˜…
sebabkan kaklong tak dapat balik kampung so akulah yang pertama kena salam dengan momdad. lepastu aku join duk tepi dorang tunggu adik2 dan anak2 salam pulak
gitulah kebiasaannya.
mak aku dah awal2 bagitau, fir last sekali last sekali nnt kesian org lain lambat tunggu dia salam dengan abg dia πŸ˜†
gelak je fir. semua orang tahu dah firdie aserap ni dia punya mintak ampun kat aku mcm buat salah besar padahal sikit pon takde hahahaha
sebabtu la abg sayang 😘
dia punya la ingat part dia tinggikan suara  sekali seumur hidup kat aku dulu tu. dari tahun bila tah sampai sekarang tiap2 tahun mintak maap. " abg fir mintak maaf mintak ampun kalau pernah sakitkan hati abg pernah melawan cakap abg (which is xpernah okay!) pernah tinggikan suara dekat abg. abg fir mintak maaf"
abang: mana pernah fir buat semua tu
fir: pernah. fir pernah tinggikan suara dekat abg dulu (bertahun dia ulang ayat ni πŸ˜…)
abang: tiap2 tahun fir mintak maaf pasal ni abg dh maafkan lama dh fir
fir: fir mintak maaf tau abg fir xsengaja
*abg garu kepala*
abang: ye fir. abg maafkan abg maafkan sampai akhirat (πŸ˜‚) tahun depan fir tak perlu mintak maaf dah pasal ni tau.
lepastu baru dia siom tangan/peluk aku
hahahahaha alahai adik abam

lepas sesi bermaafan sesi fotografi la apa lg
raya ke tak raya ke ambik gambar tu wajib ye anak2 πŸ˜†
oh btw tema baju raya en harriz and the gang tahun ni adalah warna pink. farah la ni nak sangat warna ni tp tiada bantahan di pihak aku sebab warna pink dia very light bukan pink yang terang tu.
tadi ada nampak kt  mana tah fazura (kot nama dia) yg laki dia fattah tu kan? satu family pakai pink mcm tu jgk. sep sikit kita geng πŸ™πŸ»

lepas ambik gambar beramai2 sesi videocall pulak. tahun ni sedih sikit(tak sikit jugak) sebab kakak aku tak dapat beraya bersamaaaa~~~
sedih hoiii dah lama x jumpa kaklong
rinduuu 😭😭
walaupun nun dikejauhan di kuantan sana tapi kaklong menunjukkan solidarity dengan tema baju raya yg sama hahaha
lama gila videocall sejam lebih rasanya
nasib baik pakai laptop kalau pegang tepun mau krem tangan
kesian kaklong menangis2 dia tak dapat balik kampung. rock2 kakak aku dia tetaplah hati tisu
lagi2 melibatkan family
rindunyaaa kaklong 😒

lepas dah end call dengan kaklong aku dan anak2 terus serbu meja makan.
sebelum pegi semayang dah makan tapi alas perut je la
sekarang la masanya untuk menjadi raksasa hahahaha
menu raya rumah aku ada lemang. lemang ni malam raya aku gi ambik kat rumah paksu.
biasanya tiap kali raya mcm tu la. paksu memang rajin bakar lemang kadang2 tak raya pon dia membakar lemang jugak πŸ˜…
disebabkan tahun ni tak boleh ziarah so mom pesan 6 batang je lemang dengan paksu.
pastu maksu bagi ketupat nasi sikit.

sebelum aku cerita pasal juadah raya meh la aku bagitau satu kebenaran.
bahawasanya, umi abah iskal dan haikal beraya dirumah aku tahun ni hahahaha
ni bukan ziarah okay.
lepas pm(ke ismail sabri?) umum pkp seluruh negeri tak boleh ziarah tu mom ajak umiabah raya sekali.
sebab tahun ni dorang memang sepakat pakai tema sama sebab cadangnya nak ambik gambar sama2 la
sekali tak boleh ziarah ye anak2!! hahaha
terus mom dengan dad buat keputusan drastik🀣
2 3 hari sebelum raya umi and the geng dah berkampung kat rumah aku
kesian weh kalau dorang raya berempat je lagi2 daniel iskal tu, abisla dia naik turun tangga je nanti sebab bosan xleh gi memana πŸ˜‚
mak aku ni memang dah anggap umi mcm adik dia. sesuai la tu. sorang anak tunggal xde adik beradik (ada adik angkat sorg yg jauh di florence) sorang lagi takde adik beradik yg sambut hari raya + adik beradik dekat penang.
sebab tu la diorang berdua ni selalu gi mana2 sama2. mak aku syg sangat kat umi tu selalu beli2 bagi hadiah kdg2 xde angin ribut dia order barang kt go shop. nak bg kt umi katanya hahaha. mom dan go shop berpisah tiada.
so agak meriah la rumah aku di malam raya. anak2 umi 2 ketul tu tayah kata la kalau xraya pon memang selalu berkampung kat sini. dah macam rumah sendiri πŸ˜‚
so sesi ambik gambar lebih meriah di pagi raya.

okay berbalik kepada juadah raya, malam raya tu mom+umi+farah (kdg2 haikal dipanggil untuk menolong) masak rendang daging, rendang ayam, kuah lontong, sambal bilis dan nasi daging air asam peberet pariz aserap 🀀
aku tempah sate sebab ada orang tu (jeling iskalπŸ˜’) kata nak makan sate tapi taknak tempah sendiri. apakah? hahahha
tapi takpe sebab sate adalah peberet aku jugak so aku rela tempah sate daging dgn ayam.
tapi sebenarnya bukan aku yg buat tempahan, farah yg tolong tempah aku bayar je πŸ˜‚
makanya, walaupun xberapa raya tapi makanan kalah open house wahahahahahaha
takpe dalam rumah ni ramai raksasa
percayalah sekejap je habis makanan.
tapi pagi raya tu kitorang hantar2 makanan jugak dekat jiran2 terdekat. takkan nak hantar makanan pon xboleh kot? 
rumah paksu pon aku redah je pegi hantar jugak tapi tak singgah la lepas hantar terus balik.
kat sini paling pemes juadah raya adalah lemang dan laksa
sebab tu mak aku xbuat laksa. ari pertama tu kami dapat 4 hantaran laksa hahahaha
so aktiviti hari raya pertama adalah makan makan dan makan
lepastu baring tido 😁

tengahari sikit macam tahun lepas jugak la ada mesorat raya bersama adik beradik dad dan anak2 menakan dia. tahun ni pon googlemeet sebab ramai sangat. 
masa malam raya kat whatsapp group family tu dah bising2 bincang nak gmeet pukul berapa
sebab makteh aku duduk nun jauh di sepanyol. dia la yg bising tak bagi call pagi raya waktu malaysia sbb sana lambat 6 jam kalau xsalah. makanya dalam pukul 12tengahari mcm tu la gmeet bermula. sepupu aku yg lain ada je duk obersi jgk tp semua takde bantahan so okay la hahahaha
nasib baik aku dah menetap di kedah tercinta *tadah tangan bersyukur*
bapak aku ni ada 8 beradik tp yg dok kedah dad dengan paksu je. senang cite macam gini jelah:
maklong - kolumpo
pakngah - brunei
paklang - singapore
makteh - spain
makde - perak
dad - kedah
pak anjang - selangor
paksu - kedah

nasib baik mak aku xnak duk florence 🀣
so masa kami bermeeting raya, abah and family pon duk bervideocall jugak dengan adik beradik dia, adik beradik umi.
tu jelah cara sambut hari raya musim2 mcm ni
tahun ni aku tak tukar duit raya.
tukar nak bagi kat sape je? 
bagi kat momdad umiabah, adik2 yg tesayang (xtau kenapa iskal masuk list), anak2 dedi tesayang yg hot mcm dedi dia dan jugak anak menakan sorang je dlm rumah ni(edit: anak menakan 2 org ye. apa punya bapak sedara lupa bilangan anak sedara🀣 anak farah 2 org xtau apsal aku duk pikir sorang je.amponkan ankel riz). tu jelah.
anak2 menakan ankel riz di pahang sana jgn risau, online banking kan ada. hahahaha
untuk yugi sayam, dedi bagi kasih syg dengan perhatian je okay. ailebiu muah2 yugi 😘

sekian saja cerita raya pkp pariz aserap.
raya kedua duduk rumah lepak2 makan tido makan tido.
mak aku and the geng memasak dia, buat bihun sup utara dengan spagheti siap ada bbq bakar2 kecil kecilan.hahahahha 
tu jelah cara mengubat hati yg duka xboleh beraya mcm biasa. xboleh ziarah xboleh terima tetamu. duk kat rumah buat jelah apa yg patut asalkan tak ingkar arahan kerajaan sudah.
kita ikut jelah saranan kerajaan
jangan degil!! kalau degil aku rotan pakai meriam buluh karang!
kepada sesapa yg tak patuh sop aku mengharapkan semoga kau disaman!! HAHAHA
letihla org duk follow je sop kau suka ati xnak ikut pastu kes xturun2 nnt bising pulak.
okay dah membebel.

dengan ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin sekali lagi kepada seluruh ummat yang beragama islam.
semoga ibadah puasa kita di bulan ramadhan diterima. ameen.

-------------------------------------------------------------------------
offtopic:

dedi rindu boy😭
yugi la paling terkesan rasanya dah selalu bersama tiba2 dah xde. 2 hari jgk dia xberapa nak makan. kena selalu ada dengan dia peluk2 dia baru dia rasa okay kot.
taktau la nakbuat mcm mana dengan perasaan sedih ni. aku dhla hati tisu nak mampus bab2 mcm ni πŸ™
hari selasa pagi masa hari kejadian tu aku tak masuk ofis. sibuk menangis kt rumah tp pukul 2 kena masuk jugak sbb ada kerja. aku pakai spek hitam sebab mata bengkak haha.
budak2 tu heran la kot tp xde sorang yang tanya.
malam tu tetengah aku bersedih dengan yugi ada sorang budak management ni (S) mesej "assalamualaikum en.fariz" aku malas nak reply dulu biar jelah aku cuma baring je dan letak yugi atas dada aku.duk gosok2 je dia. sedih pulak tengok yugi. tapi lama tu dalam 4 jam lepastu dah pukul 1 lebih aku rasa aku perlukan sum1 nak sembang2 supaya xsedih so aku reply mesej dia. aku xnak kacau iskal sebab dia dh tido lgpon dia dh satu hari kena hadap dan tenangkan aku hahahaa.
lepas aku jawab mesej dia, dia tnya2 xtido lg apa semua tu lepastu dia tanya, en fariz sakit mata ke? aku jawab taklah.kenapa?
lepastu dia kata ohh sbb td tengok pakai spek dalam ofis ingatkan sakit mata.
aku jawab, sebab mata saya bengkak.
"bengkak awat?" 
aku: menangis kucing mati
hahahahaha mesti dia terkedu sebab dia mcm typing2 tp xnaik2 mesej.
sape suruh tanya? tak masal dia kena tenangkan aku pulak. gelabah jgk nampak dia mcm xtau nak nasihatkan mcm mana πŸ˜…
apa2 pun thanks walaupun shock tp tetap rilek tenangkan pariz aserap.haha
esoknya hari rabu. biasanya rabu aku duk kat management so masa masuk kt sana dia tengok je sbb aku pakai spek lg. so aku patah balik pegi kt meja dia, "thanks".
dia tanya bisik2, en.fariz ok?
aku: tak okay
dia: ohh *xtau nk jwb apa kot*
aku kata thanks lg sekali pastu aku masuk dlm bilik.
dan sampai hari ni aku masih lg rasa sedih tu. maybe x teruk mcm haritu tp rindu tu xtau nak cakap mcm mana. 
boy, dedi rinduu.yugi pon rinduu. ankel dan pon rindu boy sangat 😿




Wednesday, May 5, 2021

4th may 2021 (tuesday)


ya Allah  sedihnyaa taktau nak cakap apa 😭
sedih sangat. semoga hilanglah kesedihan ni nanti. ameen

boy, yugi misses you already 😭