Tuesday, January 1, 2019

bagaimana pariz aserap mendidik anak a.k.a muhammad hakim?

assalamualaikum warohmatullohiwabarokatuh.
apa kabar sume orang? rindu aku tak?
akhirnya pariz aserap kembali jumpa jalan pulang dekat sini setelah berpoya2 tak ingat dunia.
aku baru sampai dari florence semalam
nasib baik muhammad hakim dah start sekolah kalau tak jangan harap nak tengok aku kat sini.wahahaha
aktiviti wajib kot akhir tahun pacik harus balik sana atas urusan2 peribadi.
peribadi kepala hotak. urusan kedai weh
banyak benda kena buat. nak jadi auditor pon lepas dah nih pariz aserap XD
oke habis kisah berpoya2 esok sila masuk opis ye.pffttt! 😭
jomla kita masuk isi pertama tajuk perbincangan kita pada hari ini.
muqoddimah kalau x panjang bukan pariz aserap nama dia.

aritu ada org tanya aku cemana result pt3 hakim? so aku bagitau la dia.
lepastu dia tanya macam mana aku didik hakim sampai selalu dapat result cemerlang gemilang dan terbilang. dahtu baik pulak tu dengar cakap dedi dia.
dia taktau aku dah melayang2 dah ni dengar org puji anak aku. bangga hoii ko ape tau.
rasa macam....wahh hebatnya anak dedi.
tapi terus terang weh muhammad hakim memang baik dan dengar cakap dari kecik aku tak bekerja keras sangat pon bab ni *kerja keras tak boleh blah*

aku tak boleh la nak bagi nasihat ke tips apa ke kan sebab perangai budak kan lain2.
aku cuma bagitau apa yang aku praktis je la ek
kalau ko rasa membantu ko try la
kalau tak ko bace diam2 je.haha

first and foremost, nak jd ibu/bapa kena ada apa?
kena ada anak. yes! jawapan paling tepat tahap cakra alam. *sekeh2 kepala*
ko kena ada ilmu. ni paling basic
walaupun nampak aku tak siriyes dulu kini dan selamanya tapi bila aku dah buat keputusan nak jd dedi muhammad hakim aku gigih beli dan baca buku/cari kat google / menimba ilmu mcm mana nak jadi ayah yang paling hot hebat dialam semesta.
child psychology sangat penting *bagi aku la*
sebab kdg2 budak tak bercakap atau bagitau tapi dia tunjuk melalui physical atau facial expression
so ko kena tahu mcm mana nak handle
efforts tu kena ada ye anak2.

lepastu apa?
lepastu aku taktau nak tulis apaa.hahahaha
aku bantai je la ikut pengalaman aku.
bila ko bercakap dengan budak a.k.a anak kau sila jangan bagi dia dongak dekat kau.
ni aku baca dalam google dan aku praktik tp aku tak tau bekesan ke tak sebab anak aku memang jenis bersopan santun. ko try la kt anak ko.
tapi aku memang buat mende ni. even sampai sekarang aku still buat mcm ni
tiap kali kalau dia datang nak bercerita atau bagitau sesuatu kat aku, aku akan duduk biar sama aras dengan dia.
ko jgn amik pembaris pulak nak ukur. 
ko ni pon..jangan la taat sangat
ko nak duduk bersila ke nak melutut ke suka ati kau la asal dia x dongak.
dulu masa hakim kecik aku akan melutut bagi sama level dengan dia, sekarang dia dh besar dah tinggi so aku akan ajak dia duduk dekat kerusi.
contoh; 
hakim : dedi, tadi kan hakim ...bla3..
dedi : hakim ..bla3..? *dedi dan pertanyaan balik berpisah tiada*
hakim : *nods*
dedi: oke i need to listen to this *sambil bawak dia duduk kt kerusi*
dia akan rasa ko berminat nak dengar cerita dia dan apa yg dia bagitau kat ko tu ko rasa penting. so dia takkan ada rahsia dengan ko sebab dia selesa bercerita.
sebab tu aku dan muhammad hakim rapat bagai aur dengan tebing. asal boleh je kau pariz aserap
oh satu lagi. yang ni sangat penting.
bila anak ko datang bercakap dengan ko, TOLONG sangat2 ketepikan handfon ko. TOLONG weh.
aku bnyak tengok parents sibuk duk main fon. bila anak becakap dia cuma 'aah' 'hmm' sahaja.
tak tengok pon muka anak. lepastu dh besar anak xrapat ngan ko ko nak salahkan siapa? telefon ko?
terajang pakai jurus naga kang baru kau tau apa erti keinsafan.
bawak bertenang pariz aserap. jangan emosi.

treat your kids with respect!
ko nak dia respect ko kan? so ko kena ajar dia dulu apa itu respect.nanti dia akan rasa hormat dan bukannya takut dekat ko.
jangan lepaskan kemarahan ko dekat anak2.
xkisah la ko tengah marah macam gunung berapi nak meletus ke tengah frust tahap babun putus cinta ke tolong jangan vent out all of your anger and frustation dekat anak ko. dia akan jadi confuse sebab dia xbuat salah pape tapi kena marah?
kalau ko apa perasaan kena marah dengan tiba2? 
dan mende ni yang akan buat anak ko jadi renggang dengan ko.
lepastu, jangan overreacting kalau anak buat salah
kadang2 salah anak biasa je/ tak sengaja tapi mak bapak jerit macam tarzan
kalau selalu macam ni anak akan start menipu parents sebab takut kena marah
mende ni ko kena buat dari awal
kalau umur dia dah 7 8 tahun baru nak try,selama nih dah asik marah tengking dia ko ingt dia heran ke?
dan jangan 'mengajar'/ mendisiplinkan dia depan orang lain.
budak macam ni kesian sebab dia akan hilang confident dalam diri dia tanpa parents ataupun dia sendiri sedar.
so please alert, jangan sebab ko nak tunjuk kat org yang ko tau ajar anak ko main bedal je.
lagi sedih parents yang selalu upload kt media sosial.
anak buat salah pastu rekod pastu marah pastu upload. i kenot brain orang macam ni
ni spesis yg telefon selalu kat tangan ke apa?

lagi satu, kadang2 biar dia buat pilihan sendiri
contoh macam beli baju ke atau mainan atau ape je la benda yg dia boleh buat pilihan.
tanya dia dia nak yg mana. suruh dia pilih.
sebab kadang2 budak bila kita beli sesuatu kat dia tapi dia still nak yg org lain tu maknanya ko xbagi dia pilih apa yg dia nak.
kalau dia nak something yang ko tak mampu nak beli, terus terang dengan dia.
jangan kata ' takyah la yg ni. amik yg tu la'
kena bagi penjelasan dekat dia kenapa tak boleh.
oke? setakat ni paham x ibubapa2 sekalian?
paham? bagus.  jom kita teruskan.
ada lagi ke pacik?
ada. sila teruskan kegigihan membaca ko.
padan muka sapa suruh tanya aku pasal ni.hahaha

point seterusnya apa cikgu?
point ni nampak remeh dan paling ramai makbapak yang buat mende nih
JANGAN BERJANJI DENGAN ANAK KALAU KO TAKNAK/TAK MAMPU TUNAIKAN! 
aku paling pantang kalau makbapak yang nak pujuk anak menangis ke apa ke selalu tabur janji nak beli mainan la gula2 la nak bawak pegi jalan2 la
bila anak dah diam makbapak terus lupa apa yg dorang cakap tadi
tolong jangan amalkan.
aku tak pernah berjanji dengan muhammad hakim apa yang aku tak mampu
mostly melibatkan waktu la. aku paling2 pun akan bagitau terus terang 'dedi try tapi dedi xjanji oke?'
so dia xkan berharap.
kalau aku berjanji aku akan makesure aku tunaikan
muhammad hakim dia akan hepi kalau aku kata 'i promise' ataupun 'dedi janji'
sebab dia tau bila aku berjanji aku akan tunaikan.
jadi korang jangan berjanji kosong dengan anak2 sebab dia akan membesar dengan perasaan tak percaya dekat ko.
nampak remeh tapi efek dia sangat besar.
kepercayaan anak tu penting bagi aku
bagi ko aku tak tau la.

next.
yang ni paling penting.
JANGAN COMPARE ANAK KAU DENGAN ANAK ORANG LAIN ATAUPUN DENGAN ADIK BERADIK DIA!
tolong jangan.
setiap anak tak sama tahap kreativiti ataupun kepandaian dia.
tapi semua ada kelebihan.
ni penting untuk self esteem dia as well as self confident.
orang tanya aku mcm mana aku ajar anak aku sampai dapat jadi pelajar cemerlang.
jawapan dia, aku tak tau pon sebenarnya.haha
yang aku tau aku kena support dia dalam apa situasi sekalipon. jangan sesekali rendah2 kan effort dia walaupun bagi kau tu mende kecik.
kecik dimata kita besar dimata dia *ayat cliche but true*
dedi punya support kalah level raja naga sampai anak aku kompius dedi ni kenapa? 😆
masa mula2 masuk darjah 1 dulu hakim tak tau apa satu pon. abc pon xkenal mengeja apatah lagi
dajah 2 siap kena dengan cikgu lagi sebab dia tak reti *yg ni aku akan ingt sampai mati 🤣*
aku rasa aku dah pernah cite pasal ni dulu tp aku lupa entri apa. entri aku kan bercampur aduk.
diharap memahami.
masa dia darjah 1 dia dapat nombor ketiga last
balik rumah dia bagitau aku.
dedi muhammad hakim: tahniah. u did great. 
mana tak kompius anak aku.
tapi logically, umur 7 tahun weh biar la dia enjoy sekolah tayah stress2.
lagipun aku tau tahap pembelajaran anak aku masa tu macam mana
while almost every parents duk compare tanya2 anak masing2 dapat nombor berapa aku rilek je ajak muhammad hakim pegi berpoya2.
aku tak paksa sangat dia suruh membaca ke apa cuma kerja sekolah kena siapkan.
alhamdulillah dia takde masalah buat kerja sekolah tak payah suruh dia sndri datang kat dedi suruh ajar.
so, dajah 1 dia mcm tu la. still xberapa reti mengeja tapi enjoy pegi sekolah.

masuk darjah 2 dia dah boleh membaca sikit2 tapi merangkak2 la jugak
kat rumah aku tak memaksa dia baca buku
sebab aku taknak bila dia besar nanti dia tak suka buku tapi bukanlah tak baca langsung.
dan sekarang alhamdulillah dia dah menurun dedi dia jadi ulat buku. haha
kemana tumpahnya kuah....oke dah2 tayah nak peribahasa sangatla kau dedi.
dulu aku lebih suka kalau jalan2 tengah berpoya2 dengan dia kalau ada signboard ke papan iklan ke aku tanya la dia 'ape dia tulis tu?'
so dia baca la. macam tu je la kekdahnya muhammad hakim nih belajar membaca.haha
pernah je sedara mara membawang pasal hakim sebab dah darjah 2 tp tak pandai membaca lagi.
kadang2 datang tanya dapat nombor berapa walaupun dah tau. sebabnya nak bagitau nombor anak dia.
aku rilek je tak kisah pon. anak kau anak kau anak aku anak aku. cuma kadang2 aku kesian la kat hakim. budak2 weh tiba2 kena macam tu. siap tanya hakim yang aku tak tahan tu, 'darjah 2 xpandai membaca lagi?'
oh dem! kalau tak boleh bagi support tolong duduk rumah kau diam2 je oke.
time ni parah sikit la dedi memang kena bagi support kaw2 kena selalu bagi dorongan kena selalu bagi kata2 semangat biar dia tak rasa lemau. nak nasihat banyak2 bukan dia paham.baru darjah 2. positive vibes tu penting ye anak2.
start darjah 3 dia cakap kat aku dia nak rasa mcm mana dapat nombor 1 2 3.
aku just support je la.keja dedi memang bagi support je ye anak2. ko nak support sebesar alam semesta pon aku boleh bagi.
bagi aku nombor ke berapa banyak A yg ko dapat ke xpenting pon.
yang penting ilmu yang ko belajar. so bila ko paham apa yg ko belajar tu automatic nombor dengan a tu ko boleh capai. ada yang belajar semata2 nak a tapi lepas abis sekolah lupa semua. 
tapi aku takdela bagitau panjang lebar kat muhammad hakim masa tu sebab bukan dia paham pon.haha
sebabtu aku tak pernah tanya berapa a dia dapat
selalu dia la yang bagitau. dan bila dia bagitau,sila appreciate oke biar dia rasa effort dia berbaloi.
aku rasa bersyukur sebab aku bukan mcm sesetengah parents yang duk bandingkan anak dia dengan anak org lain. yg duk tanya dapat nombor berapa dalam kelas. yang tanya dapat berapa a.
kalau aku buat mcm tu dulu aku taktau muhammad hakim boleh ke x capai apa yang dia capai sekarang.
all you need to do as a parents, support them no matter what
jangan pernah rendah2 kan anak2 ko.
appreciate apa yang dia capai.
kadang2 bila parents positive anak2 akan lebih bersemangat nak usaha lebih lagi.
bila muhammad hakim dah cemerlang, orang cakap pulak 'alah xheran la dedi dia bla3......*never ending*
orang tak nampak struggle anak aku macam mana
so sebab tu ko as a parents jangan dengar cakap org. jangan cepat menggelabah bila org kata anak kau macam2.
org macam tu toksik. bila ko kat bawah dia gelakkan bila ko kat atas dia jeles. avoid it.
alhamdulillah muhammad hakim cemerlang sekarang pon atas usaha dia sendiri.
dedi cuma bagi sokongan padu tahap gaban tebelah dua je. 
i dont deserve the credit you gave me.
gila panjang perenggan ni. nampak penting dia disitu.

ni last la, sebab dh panjang gila campur perangai malas dah datang menyerang makanya ni point last.
jangan biar anak ko leka dengan gajet.
banyakkan berkomunikasi dengan dia. ajak dia keluar jalan2 tak payah bawak pergi jauh2 pergi taman pon boleh kalau ko nak bawak pergi aprika pon suka ati kau la.
tapi tolong  luangkan banyak masa dengan dia
lagipun kalau buat aktiviti outdoor otak dia akan lagi aktif dan cerdas
jangan terperap kat rumah hadap gajet je
aku kesian budak2 sekarang macam xde life
life depan gajet je. parents pon sama naik asik dengan fon memanjang.
tolong banyakkan aktiviti dengan anak
biar dia rasa nikmatnya zaman budak2 dia macam kau merasa dulu2.
at least dia akan rasa rapat dengan kau bila ko luang masa dengan dia
jangan nanti anak dah besar baru ko nak menyesal sebab tak dapat buat macam2 dengan dia dulu.

okela dah panjang sangat dah entri nih makanya pacik harus berehat. sebetulnya banyak lagi tips2 dia tapi apa kata ko pergi cari sendiri. orang kata kalau nak ilmu kena cari. haa pegi la cari!
aku dah malas nak taip.haha
almaklumla dah tua
weh secara tak rasmi aku dah masuk 32 tahun dah
wahh terasa makin hot tahap hokage pulak.
melampau hot kau pacik.
muhammad hakim dah masuk 16 tahun dah
sekejap je rasa. aritu baru 7 tahun
besar dah anak dedi makin hot macam dedi dia 🤭
i love you so much son. from the moon to the other planets to the galaxy and back.
semoga terus menjadi anak yang soleh yang menceriakan hari2 dedi dengan perangai inesen awak tu. dedi terhibur.hahaha
tak guna dedi! *dush!*

satu lagi pesan terakhir dedi muhammad hakim yang hot tarap bapak segala dewa ni, please dont crush your kids' dream.

sekian sahaja karangan tigapuluh mukasurat daripada pariz aserap.
semoga tak juling mata membaca
so, happy new year to all of u.
semoga tahun 2019 lebih baik dari tahun2 berikutnya.

sekian terima kasih

dedi hot tahap hokage,
pariz aserap