Sunday, December 25, 2016

esok : monday blues

belum ape2 dah pikir esok. melampau tau pariz aserap.ha ha ha
bukan senang weh aku nak Monday blues nih oke
biasa asyik sunday blues je selalu.
best wes 3 ari cuti kat rumah merehatkan badan dan minda.
semoga esok aku masuk opis dengan penuh ceria la sangat


arini aku duk umah je baring2. puas baring dalam bilik aku baring kat living room. puas baring kat living room aku jalan2 kat luar rumah. puas jalan2 luar rumah aku masuk umah balik baring2. wahahahaha
pendek kate aku memang xde aktiviti ari ni. sorga rasanya.
tadi tengok sahrukhan kat tv dengan mak aku. cite kabhi kushi kabhi gham.
betul ke eja tu? aku xpasti.
dah banyak kali dah cite tu siar kat tv. mak aku suka oi cite tuh.
mom tiap kali tengok mesti kesat air mata. hahaha
cite tu sedih la sikit tapi aku xde la sampai nangis.
aku rasa part paling sedih cite tuh masa kat shopping mall kat London tuh
yang sharukhan jumpa balik mak dia kat situ lepastu dia tunjuk anak dia kat mak dia. aku rasa tu sedih kot.
mak aku part tu dia dah sakses banjir dah
Muhammad hakim pon join sekali tengok tadi. dia asik kate kat aku 'dedi, sedih la cite nih' tapi xnangis pon. mate je merah XD
lepastu rasa sayu je masa nak part last2 dah yang sahrukhan bawak kajol balik rumah dia. bukak pintu mak dia dah ada depan tu sebab mak dia kan mcm boleh rasa kalau anak dia jejak kaki kat rumah. mother instinct ke ape name dia. best la cite tu. cite kekeluargaan.
tapi mohabbatein tetap dihati pariz aserap. hihik
tapi siriyes cite sahrukhan mostly best2. dia memang living legend la.


aku pon dah tengok cite yesterday's children yang aku bagitau kat entry sebelum nih.
xtau la nak explain tapi siriyesly it gives me goosebumps.
aku memang suka gila la cite tu. ko pon kena tngok wes. best  nih xtipu.
xmasal paksa orang lain tengok.wakakakaka
arini disebabkan aku xde ektibiti. aku dah bagitau iskal awal2 aku xnak pegi mana2 arini nak duk umah je. makanya haruslah aku duk umah je layan boy dengan yugi. main kejar2 kat luar rumah.
boy terlalu eksaited sangat berlari sampai beliau merosakkan dua pokok bunga mak aku.wakakakaka
rumah aku kat laman depan sangat sangat sangat banyak pokok bunga ye tuan2 dan puan2.
mak aku suka sangat dengan bunga. memang warna warni aidilfitri la kalo ko tengok. beliau rajin siram2 jaga pokok bunga nih. ko nak bunga apa? sume ade kat rumah aku. boleh jual balik haa.
bukan takat atas Tanah. yang tegantung kat gazebo pon da penuh.
biasa orkid la yang gantung2 tuh.
mak aku rajin oii jauh kelaot dalam dengan anak dia yang nombor dua nih.tsk2
tadi boy pegi terjah pokok bunga dia. abis lenyek.wakakakakaka
naseb baek xkena marah. dia kool je sambil kate kat boy, 'boy jgn main lari2 kat sini nnt abis pokok bunga nenek. main sana sikit ye' XD
kdg2 aku kalo nak pujuk ehem2 aku gunting je satu tangkai bunga ros beliau
senang wes jimat bajet pacik. wahahahahaha
xguna pariz aserap!


tadi kena bebel dengan mom sebab baru keluarkan bakul laundry dari dalam bilik
kain baju dah macam gunung Everest dalam bakul tu.
hyperbola gila gunung everets.wahahahaha
sebabnya aku xsempat nak bawak turun bawah nak basuh.
bz dengan hal xde pekdah selama dua hari.
malam2 haa basuh baju. rajin kan pariz aserap? tapi aku dah xtetukar softener dengan mandian Dettol oke! wakakakaka
naseb baik umah aku ade drying machine.
oke yang ini aku besyukur sebab xpayah nak susah payah sidai dimalam hari.
mesin ni mak aku khususkan untuk guna time hujan dengan malam je.
siang2 kalo cuaca panas terik ko tayah mengada nak pakai drying machine nih.
sila pegi jemur kat luar jangan nak manja sangat bak kate mak aku
aku ikotkan je la cakap mem besar. lagipon mana sama cahaya matahari dengan wap panas kan? ke sama? aku xtau aku main tibai je. ha ha ha
sekelip mata je siap. tada! haa mcm tu. lega ati tengok xde dah gunung Everest dalam bilik XD
xmasal kena ceramah setepek tadi dengan mom. redho je la.
sape suruh ko pemalas sangat.


sekarang aku kena op la. Muhammad hakim ajak aku tengok cite jetli. dia tau aku minat jetli. semestinya aku rekemen cite2 best kat beliau.
rugi oke Muhammad hakim kalo xtgok cite kungfu jetli. dedi peminat setia tau
sebab tu aku geng dengan umi iskal.hahaha
aku rekemen kat hakim cite 'the new legend of shaolin'
nih antara peberet aku nih. best gile weh cite nih. makanya kejap lagi nak tgok cite nih la.
aku memang minat cite cina lama2. selain jetli, aku paling suka dicky cheung.
ya allah dia nih kelakar gila wess. aku kalo cite dia memang aku tgok.
paling aku suka 'chess warrior' pastu ada satu lagi yang dia menyamar jadi ape tah. sida(?) ke ape. aku bace subtitles dalam tv dulu dia tulis mcm tu.
tapi cite dia best gila.
lagi satu cite peberet aku 'red cliff' lakonan takeshi kaneshiro dgn sape tah sorang lagi. eh banyak la kalo nak bagitau cite cina peberet aku.
berjela2 haa lists sebab aku memang minat cite kungfu2 perang2 mcm tu.
lagi2 kalo cite tuh yang diterbitkan taon 90s. nnt la aku buat entry khas untuk cite cina peberet pariz aserap. xmasal. wahahahaha
tapi memang banyak beribu2 lemon *tipu*
dah la aku nak layan jetli pulak. anakanda sayam dah menunggu tu.
without further ado, marilah semua orang kita layan jetli dulu.
ada masa nnt aku tulis lagi. aku xkira aku nak buat jugak entry cite2 cina peberet aku nanti.wakakakakkaka


sekian terima kasih.




paling hot dialam semesta XD,
pariz aserap.

Thursday, December 22, 2016

tajuk bebas



senang haa letak tajuk bebas. xyah nak pikir nak letak tajuk ape.
bila dah tajuk bebas tuh makanya paham2 la mestila entri nih becampur aduk nanti. aku dh tau sangat dah skill menulis-karangan aku nih mcm mana.wahahahaha
arini ari kames kejap lagi dah nak masuk jumaat opkos keceriaan beganda2
tambah pulak ahad cuti krismes. homaigod! 3 ari cuti
riang ria di hari raya namanya nih XD


oke sebelum aku mula merapu tak tentu hala meh aku nak bagitau satu perkara
perkara apa pacik? penting sangat ke ni? kena nervous x nih?
dah2 tayah besemangat waja sangat.
mestilah perkara yang TAK penting langsung.wakakakaka
aritu dah lama gila2 zaman aku sekolah lagi aku ada tengok satu cerita nih.
cite omputih la. best gila aku memang suka gila2 la cerita tu.
dia mcm komplikated sikit tp best sebab dia based on true story.
aku ingat lagi aku tengok masa aku 15 taon. baru pindah Malaysia time tuh
balik sekolah bukak tv2 ada cerita tu. tajuk dia yesterday's children.
lama gila dah wes. zaman2 sebelum aku kenal iskal oke. inesen lagi time tu XD
tu cerita lama tahun 2000 tapi best.
2 3 tahun lepastu aku try cari kot youtube sebab nak tgok lagi nih. tapi xde. xjumpa. aku try nak donlod2 tapi aku kan fail bab2 mcm nih. mmg xdapat dibantu dah. pemalas pon satu hal. wahahahaha
aku suka cari kat utube je sbb senang. tgok je.
bertahun2 jugak la aku cari cerita tu. xputus asa oke gigih gila cari kat utube
tapi dia xde yang full dia cuma macam tunjuk2 gambar lokasi je. aku suka kot lokasi dia. dia buat kat Ireland.
sampaila arini aku cari cerita tuh. gigih xhengat dunia pariz aserap nih.
pacik memang mcm ni,nak. dari umur 15 sekarang dh 29 sikit ari lg nak masuk 30 tapi tetap kental cari cite peberet aku.
dan akhirnya arini aku jumpa hoi!!!! kat utube oke. full movie pulak tu
hepi mcm nak nangis *oberdos*
tp aku xtengok lagi xsempat td. cuma aku save dekat 'add to watch later'
harapnya utube xremove la cite tuh. kalo x mau menangis air mata darah weh aku. bebelas taon cari baru jumpa kot. baru aplod taon nih.
terima kasih la sape yg aplod tuh *nangis teharu*


oke dah.simpan emosi tu dulu kejap lagi baru aku nak layan movie tuh.
sekarang nih meh berbalik kepada aktiviti harian pacik.
tapi aku xde ektibiti best pon la. nak ektibiti apenya memang tiap2 ari duk opis je. tu je lah ektibiti aku. hahahaha
2 ari lepas 20hb arijadi kal. tua dah haa kal. dh masuk 26 taon dh. ee tuanya.
tapi perangai mintak adiah dia masih xberubah. tsk2
tapi oke la sekarang dia dah ada kesedaran sivik sikit dah xmintak bmx dengan aku sebab dia kate xde masa sangat nak main bmx sekarang
sangat bekerjaya la ayat kal. pekerja cemerlang nih bukan macam abang dia*ampon ish*
lepastu dia mintak aku belanja dia seoul garden lagi
kemain kan kal? tapi aku pegi jugak kat sana sebab aku kan baik hati dan pemurah dan penyayang. mana sampai ati nak sia2kan permintaan kal
*hantuk kepala dekat dinding laju2*
geli oke ayat ko pacik.
demi birthday boi aku rela je la. dia nih xselalu paw aku sangat tapi bila dia paw boleh gugur jugak la rambut aku. wkakakakaka
baik abang dia pulak yg paw. kepsi je tiap2 ari. senang keja aku XD
dan beta pegi ke seoul garden tersebut adalah besama rombongan cik kiah. family aku + family dia.
kemain sebut family dia. 4 orang je pon hoi. umi abah iskal haikal.hahahaa
tapi family aku ramai la. kak long satu family ada. farah dgn zarith pon ada.
Nampak x mcm mana dasatnya keguguran rambut pacik pada malam itu?wakakakakaka
tapi aku rasa seoul garden tu cekik darah la. mahal melampau hoi
dah la malam harga lain yang lagi mahal.
lepasni kalo aku bawak budak2 nih aku nak kate semua student la. baru dapat diskaun sikit. muka masing2 pon baru nam belas kan bak kate iskal XD
yang ni boleh muntah Jemaah wess
tapi oke la sebab semua orang ada makanya aku adalah tesangat hepi.
duit boleh cari,nak. tapi pemeli xde ganti tau. *tiba2 sangat ceramah*


31hb nnt arijadi iskal pulak. jangan dia mintak pelik2 dah la.
kena bekhen nanti baru tau nak insap.
sekarang meh kita pikir masa depan pulak. kemain ayat ko.
taon depan aku dah masuk 30 weh. rasa mcm hot gila la pulak.hihik
3 series oi. eksaited pulak rasa. anak aku pon dah nak masuk tingkatan 2.
kejap je masa berlalu dah besar anak dedi.
dah ada crush wess ko ape tau. wahahahahaha
sebenarnya bukan crush yang mcm dia suka jatuh cinta tuh tp aku selalu menganjing dia. mula2 dia beriya kate 'dedi, bukanla..' 'dedi, bukan mcm tu la..' 'dedi nih...'
lama2 dia dah malas nak layan la aku rasa. he's so done with me.wahahahahahaha
dia selalu cerita pasal clasmet dia yang sorang nih. sebab budak tu budak pandai katenya.
dalam kelas mcm selalu besaing dengan dia la. so dia selalu la cerita kat aku pasal budak pompuan tu.
dia cerita biasa2 je pon tapi ko paham sendiri la perangai dedi dia nih kan mcm ala2 syaitonirrojim.wahahaahaha
kadang2 bila amik dia balik sekolah kan ramai budak2 baru keluar pagar, so aku tanye dia 'dalam ramai2 nih ada x menantu dedi?'
dia malas nak layan dia gelak je.
kemain sangat dedi tanye2 nanti kalo hakim ada awek betol baru tau nak nangis bawah katil.


lepastu tadi aku begaduh sikek dengan iskal.hahahaha
hidup tanpa begaduh dengan beliau adalah tidak indah,nak.
wakakakakakaka
kepala hotak ko pariz aserap.
dia badmud arini sebab stress banyak keje nak kena siapkan arini jugak
xaci betul. time dia banyak keje boleh plak badmud.
kalo aku banyak keje xde mud nak becakap dia marah pulak. sekeh pale nak?
aku malas nak layan la org tengah badmud so aku diam je la.
eh dia marah pulak sebab aku xbecakap dengan dia.
sawan ke ape? lepastu apa lagi begaduh la.
walopon dh nak masuk 30 tapi....... sila sambung sendiri.
last2 aku ignore je. nak marah sangat kan? haa marah sorang2 sana. aku malas layan.
tau2 pukol 4 tecongok kat opis aku. macam biasa la taktik orang bersalah kan mestila datang dengan muka tesengih xnampak mata dan terus hulur makanan depan muka aku sambil kate sori.
dan aku dengan saksesnya tewas dengan taktik tersebut.wakakakakakaka
adoila iskal.


sekarang dah pukol 11 setengah makanya aku harus op la sebab aku dah janji dengan iskal nak pegi umah dia malam nih.
esok ada agenda ape tah dia dah plan. dia nih boleh jadi PA aku tau
sume jadual aku dihari minggu dah tersedia tanpa pengetahuan aku.wahahaha
ada masa nnt aku tulis lagi. atau lebih tepatnya kalau rajin aku tulis lg XD
dah la aku nak bergerak-gerak khas dulu. nnt lambat kang aku jugak yang kena dengar dia membebel.hahaha




sekian terima kasih.




pariz aserap.





Friday, December 16, 2016

iskal demam teruk



pariz aserap kembali bersiaran!
aku baru jejak jalan sultanah petang tadi setelah 2 minggu bercuti la sangat di Florence.
hilang seteres pacik bila semua urusan kat sana dah settle.
sekarang marilah kita fokus kepada urusan kat sini pulak yang xtau bila nak settle. tak settle2. wahahahaaha
tapi lupakan dulu pasal opis sebab sekarang dah masuk hari apa anak2?
hari jumaat!
oleh yang demikian, haruslah melupakan segala urusan berkaitan opis XD


meh trobek sikek pacik buat ape je kat Florence sana aritu
tapi seingat aku xde yang best pon.wahahahaha
aku pegi macam biasa la berlima; aku, firdie, iskal,hakim, haikal.
tapi fir balik awal xboleh cuti lama sebab nanti bos dia marah
ahh xbest la dokter. xbest xbest! T_T
ko emosi kenapa? mcm ko pulak yang dokter. lempang kang pacik nih XD
lepastu ari kedua kat sana iskal demam teruk. dan2 time tu jugak dia nak demam
mula2 dia kate saket tekak. bangun tido pagi tekak dia sakit gila xboleh nak telan air liur pon sebab sakit.
lepastu dia terus xbermaya*ayat apakah?* asik baring je
mula2 aku kool lagi sebab biasa la kan kalo demam mestila xlarat
so aku biar dia rest je.
tapi makin teruk pulak sampai xmakan xminum sebab xboleh telan
dia pon Nampak lemah gila. aku dah cuak dah
naseb baek fir ada kat sana lagi time tu boleh jugak la tanye2 dekat beliau. tapi still fir kate kena pegi cek kat klinik. so aku dengan paksaan keras heret beliau pegi klinik. dia xnak pegi mcm2 alasan  dia bagi tapi aku persetankan je.wakakakakaka
dalam mulut dia ada ulser. banyak oke!
dalam(?) tekak pon ada sebab tu xboleh telan.
naseb baek jugak chef diraja a.k.a haikal ada sekali makanya beliau masak bubur je la dekat abang dia.
tapi pesaket tak nak makan. bagaimanakah? tsk2
puas paksa suruh makan tapi dia taknak. sakit katanya.
dah tu aku nak kena buat apa nih? xkan nak paksa? kesian pulak dia.
tapi kalo xmakan mcm mane nak sehat? oh em ji.
bantulah pariz aserap.


aku memang runsing la tgok keadaan beliau. nak minum air pon susah apatah lagi nak makan. makan ubat jauh sekali.wakakakakakaka
dah la gusi dia bengkak lagi mabeles la. aku dah penah rasa gusi bengkak aritu.
ya allah tuhan je tau sakit dia mcm mane. nak bukak mulut pon sakit.
fir kate kalo nak cepat baik kena kumur air garam.
tapi ko ingat dia nak ke? dah la dalam mulut dia ada ulser. nak kumur dengan air garam hoii. mau mengamuk dia kalo aku suruh.wahahahahaha
makanya pacik buntu,nak. kesian tengok dia mcm tu
tapi aku paksa jugak dia makan. kalo xmakan mcm mane la? masuk sepital kang naye je. ape aku nak jawab dekat umi dengan abah nnt? tsk2
4 ari jugak la dia terbaring macam tu. naseb baek beliau ada kesedaran sivik nak makan sikek2. sebab aku dah takot2 kan dia nnt kalo dia pensan sbb xmakan kena masok sepital pastu kena pakai banyak wayar2 lepastu kena duduk lama kat sepital xde orang nak tunggu sebab aku dah kena balik mesia.
hebak x penipuan aku? wakakakakaka
lepastu dia oke la sikit2 xyah makan bubur dah. tapi penyakit lain pulak yang datang. batuk xberenti.
silalah tabah iskal. sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa kecil. hee
kali nih dia memang demam kaw2 la xbagi can nak berehat langsung.
batuk sampai xtido malam. kesian gila. batuk muntah batuk muntah sampai dia saket kat dalam perut.
hilang oke suara seksi blackrose-cinta-abadi beliau. ckap pon suara keluar xkeluar je.
tapi batuk nih oke sikit la daripada xboleh makan tu. at least dia xde la tebaring je siang malam.
lagipon siang2 dia oke la sikit cuma bila nak tido tu dia start batuk teruk gila2.
jadi siang tu dia boleh je keluar. sempat la keluar berpoya2 kejap2.
heaven pulak rasa.eh? wakakakakaka
dasar xpenah insap!


itu je lah kot penceritaan trobek aku di Florence sana
aku xsempat nak berpoya2 dengan lebih dasat sebab aku duk rumah je jaga pesaket. baik kan aku?
tapi siriyes aku cuak gila masa dia xnak makan minum tu
Daniel ishqal tak nak makan hoi. keajaiban alam apekah?
maknanya dia saket teruk la tu sebab tu aku susah hati.
balik mesia nih pon batuk dia xhilang lagi.
semoga kembali sehat ish. semoga suara seksi blackrose-cinta-abadi akan kembali dalam waktu terdekat *mati kena tumbok nnt XD*
cepat sehat oke kalo x xboleh pegi kepsi.hehe
get well soon bebeh. sila rest dengan berhemah jgn degil2 nanti cek suruh abah piat telinga.


baiklah anak2. sekian saja untuk ari ini.
kalo rajen nnt aku tulis lagi. kalo xrajen makanya berjumpalah kita di taon hadapan saje.hahahaha


sekian terima kasih.




ma'assalamah wa ilalliqo'












tetap dan masih hot,
pariz aserap.