Tuesday, September 28, 2021

september 2021

assalamualaikum warohmatullohiwabarokatuh
helooo eberibadehh
akhirnya pariz aserap menemui jalan pulang ke blog setelah sekian lama.
ada yang rindu x? sape rindu angkat tangan!
masih bajet ramai peminat 🤣

aku xde cite pape pon saje jenguk blog kot2 la ada org rindu tahap nak sawan ke.
sekarang ni penyakit aku yg paling bahaya terlalu mendominasi diri ini yakni penyakit malas! 😝
ya ampun pemalasnya nak buka blog sampai tahap aku buat karangan kat facebook je. gasaklah aku malas.haha
busy dengan kerja pon ye jugak. tp malas la cakap pasal kerja yg xpernah habis itu. begitulah kehidupan di dunia yang fana ini hahaha

22hb baru ni adik sayam abam si farah selamat bersalin anak ketiga. aritu dekat post raya aku kata anak sedara kt rumah ni sorang je. boleh pulak aku lupa ada sorg lg hahaha
ampunkan bapak menakanmu iman. nnt aku edit balik.
dah 3 orang anak farah. alhamdulillah sihat walafiat semuanya. yang no.3 ni baby boy.
dia pon selang2 jgk mcm mak aku. cumanya mom anak sulung perempuan, farah anak sulung lelaki.
kesimpulannya baby ni nanti boleh sambut arijadi sekali dengan aku 😄
kita geng september yang best!
7 orang dah anak sedara aku weh.
tetaplah anak2 dedi paling senior diantara semua hahahaha
walaubagaimanapun pariz aserap tetap menten hot 💨

aku ada berita yg menggembirakan tp dlm masa yg sama sayuuu hati ini makin sayuu.
yakni anakanda sulung aku aka abg diterima masuk usm. bersyukur sangat sbb dia mmg aim usm tapi dedi kan berhati tisu
mcm mana nih pestaim nak hantar anak masuķ u. semoga dedi xbuat perangai pelik2 nnt 🤣
apapun dedi sentiasa doakan yg terbaik untuk abg. proud of u big boy.
semoga tabahlah nnt dengar nasihat dedi berguni2
muhammad hakim dpt matrik tp masih boleh bersukaria sbb dia kelas online dirumah. sem 2 nnt kau bersiap siaga la dedi kalau dia kena balik hostel hahahaha
sedih pulak rasa anak2 xde nanti.
overnya dedi! 
ankel dan pon kata sayu nnt abg dh kena pegi sana. kalau ankel dan sayu dedi apatah lg 😝
yela dah setiap masa bekepit je kan sesama. nasib baik penang je. fuh *kesat peluh sambil berdoa cepatlah boleh rentas negeri 🤭*
xpela iskal marilah kita membanting tulang di ofis jelah. beginilah nasib orang tua 😆
muhammad hakim dh siap nasihatkan abg dia, "abg jgn lupa daratan tau" 🤣
dia sedih sebenarnya sbb xpernah berpisah lama2 jauh2. abis matrik pon nak tuju usm katanya. 
dedi anggukkan jelah. kita tengok nnt mcm mana hahaha

so far tu jelah perkembangan aku and the geng
sekarang ni aku kurang sihat sikit. sikit je la
2 minggu lepas cek in hospital sbb asma menyerang susah nak bernafas dan bnyak lendir dalam paru2. seminggu lebih jgk admit
sekarang ni asma on off tp much better. 
syukur masih bernafas.
musim2 mcm ni risau jugak tp so far semuanya okay.
btw, semua kt sini dah komplit vaksin 2 dos. katanya nnt nak bg dos ketiga pulak
aku on jelah. kamtumi bebeh! pegi hulur lengan je kan bkn kena bayar hahaha

sekian sahaja perkembangan pariz aserap
semoga terubat rindu peminat🤣🤣
kalau dpt hidayah nnt aku tulis lagi
semoga penyakit malas lenyap dari hidup pacik.
semua orang stay safe jaga diri jaga sop jangan degil2. sape degil semoga kena saman!💨

(fyi, kesayangan aku yugi dah ikut jejak langkah boy. sedihnya tuhan saja yg tahu 😭 dia pergi 2 bulan lepas boy xde. tengok video dengan gambar jela kalau rindu. dua2 dh la manja gila dgn aku. menangis jgk la dedi. gila kau x menangis kesayangan sgt tuh huhu.xnakla ckap pasal ni nnt sedih haha.)

bye.


tetap dan masih hot,
pariz aserap.