Monday, February 25, 2019

selamat tinggal studio

assalamualaikum warohmatullohiwabarokatuh.
pariz aserap kembali ditengah kesibukan kerja
aku tengah badmood sekarang ni. xboleh bawak bincang punya stres duk kat ofis arini
tapi kita abaikan je la aku malas nak layan stres ni
baik duk diam2 dalam bilik ni korang kt luar silalah bergembira bekerja aku tak mampu nak join arini.
oh baideway korang rindu aku tak?
ke ko dah lupa sape pariz aserap? haha
aku jarang la ada mood sekarang nak bukak blog
bukan jarang ada masa, masa ada je kdg2 tp pemalas nak mampos bukak blog pon malas
ni nama dia faktor usia,nak. dah 32 dh haa aku taun ni.

so berbalik kepada tajuk diatas, dengan rasminya bulan ni kami officially dah tutup dah studio iskal.
selepas mesyuarat agung pibg*main petik je* dibuat tahun lepas, kami berempat sepakat menutup studio tersebut
mula2 iskal yang bagitau aku dulu dia rasa nak tutup studio lagipun kami pon dh jarang pegi sana. kdg2 je kalau nak jamming tu pon kalau firdie aserap free
iskal kata kt aku "kita tutup je la studio nih masing2 pon dah xde masa nak lepak sini selalu. ish pon dah tak boleh nari dah"
sedih je dia masa kata dia dah xleh nari
menari tu memang hobi dan minat dia dari kecik
seriously, dia memang terer bab choreography
dulu2 group kitorang masuk competition pon iskal la yg jd choreographer.
aku rasa kalau dia xjadi engineer mesti dia jadi choreographer.hahaha
aku tak terkejut pon dia cakap nak tutup tu tapi aku tanya jugak la 'betul ke ni?'
dia angguk je. aku rasa dia lebih kepada frust la sebab dah xboleh menari.
dulu lepas sembuh dari sakit belakang dia still boleh menari tunggangtebalik tu tapi sekarang doktor dah bagi warning memang xboleh. bahaya.
banyak kali dia tnya doktor 'betul ke doc?' 'xboleh langsung ke?' hee
takpe la ish zaman remaja awak dihabiskan dengan menari dah. oke la tu zaman dewasa kita bekerja pulak ye? XD
so, dengan berat hati beliau mengambil keputusan nak tutup studio
maapla kepada budak2 baru nak up yang duk lepak kt studio tu kami terpaksa menutup studio tersebut. korang try cari studio lain pulak ek?

minggu lepas siap kemas simpan barang semua angkut keluar dari studio
member2 lama yg lepak sekali kt studio zaman2 budak hingusan dulu pon datang tolong pindah barang. 
masalah paling besar sekali adalah drum si haikal.
oii gedabak besar nak letak kt mana la?
tapi opkos la letak kt rumah dia. besar mata umi masa tengok kami angkut barang2 tu bawak balik rumah.
tu haikal punya ye umi bukan kami. marah dia!
sampai arini xpasang balik lagi drum dia. biar je dalam bilik sebab dia pon xtau nak letak kat mana nanti. hahaha
aku nak mitak maap awal2 la kt jiran tetangga kalau lepasni tiba2 dengar macam ada konsert kt rumah tu. hahaha
diharap memahami kami dah xde studio makanya jamming kat rumah je la,nak

ramai yang tanya aku studio tu datang dari mana sebenarnya.
sewa la weh. ko ingat dia jatuh dari langit ke?
dulu2 zaman sebelum aku kenal iskal lagi abah dah sewakan studio tu untuk dia
sebabnya abah takut dia jadi liar pegi bekawan dengan sape2 je tah. dia kan gengster.wahahaha ampon ish.
so bila ada studio tu dia memang lepak kt sana je la menari breakdance sampai lebam sampai dengan aku sekali terjebak
tapi aku suka je tengok dia menari aku paling suka bila dia buat hand hops. ko tau x handhops tu apa? 
kalau nak buat handhops ko kena reti buat hand stand dulu. hand stand tu menatang ape pulak pacik?
handstand tu bila ko terbalikkan(?) badan ko kaki keatas tangan stand atas lantai. tapi sebelah tangan je. lepastu ko terajang2 kaki ko ke udara *udara sangat* mcm ko kena sampuk. tu la nama dia hand hops.
budak hiphop xpandai buat ni koman la weh. aku pon reti kot. tp iskal buat lagi best.
antara kami berempat dia paling flexible. flexible tak boleh bawak bincang dia nih
rilek je dia streching tengah2 bediri tu dia pon rapatkan kaki tunduk sampai muka sentuh lutut. apakah?
aku kalau buat tu rasanya bolehla tempah embulen dulu.wahahaha
level flexible aku tahap boleh spread legs je.
aku xde la stiff tapi kalau nak level mcm iskal aku surrender awal.

so begitulah kesudahan cerita studio kami
aku tau iskal sedih. tipu la kalau xsedih aku pon sedih kot
macam2 kenangan ada dekat studio tu
situla tempat lepak balik sekolah buat hilang tensen
situ la tempat buat mesyuarat agung dengan budak2 studio kalau ada masalah negara. kdg2 tgh malam pegi sana sbb nak bermesyuarat
situla tempat begelak2 macam setan kuat gila gelak masing2 tahap hokage dia punya volume lagi2 kalau kitorang ingat balik pengalaman ada org gila kejar kami dengan kayu masa baru keluar kete. bedesup belari terjah studio lepastu kunci pintu tercungap2 budak2 dlm studio semua pandang lepastu gelak mcm org gila.wahahaha
situ la tempat bertapa prektis menari sampai tgh malam kalau join competition
situ la tempat semua org bertukar2 cerita kisah hidup dorang.
kat situ jugak la kitorang tolong bekap member menyorok bila kawan dia cari nk pinjam duit.adoi
kat situ la aku terkunci iskal dalam bilik jamming. aku xperasan dia ada kt dalam rilek je aku kunci pastu aku siap kunci studio nak balik rumah
masuk dalam kete "eh? iskal mana?"
aku unlock balik pintu studio. gelap xde org.
aku masa tu dh kompius dh iskal dh keluar ke x. dia pon diam je xde meracau2 mintak bukak pintu.wahahahha
tapi aku bukak lampu jugak pegi bukak balik kunci bilik jamming tu.
dia ada kat dalam hoii. tak gelabah langsung dia duduk je atas lantai.
lepastu, "bongok kau kunci aku kt dalam ni awat?" wakakakakkaka
dia nak call xboleh sbb tepon dia ada kt luar. tapi dia rilek je. sbb dia tau kot aku mesti datang balik.wahahaha
kalau aku ni pon dh banyak gila kenangan dengan studio tu iskal aku xtau la.
situ la tmpt dia prektis main skateboard
tapi sekarang skateboard pon xboleh dah
aku sedapkan ati dia aku kata takpe xleh buat aksi2 yg ekstrem je. takat nak jalan2(?) atas skateboard mcm detektif conan boleh je.
dia senyum je tapi senyum tawar weh amik ati
sampai aku tanya diri sndri aku buat lawak bodo ke ni td? hahaha
so macam tu la kisah hidup kami dengan studio tersebut.

kami ada group whatsapp studio kan weh
masa mula2 nak tutup tu iskal bgtau dorang dlm group tu la.
semua orang tanya apesal? apesal? kenapa nak tutup? banyak gila persoalan.
iskal jawab sebab dia dah xguna dah studio tu dia dah xboleh nari dh.
dorang pon, "siriyes la? xboleh nari?" ,"weh dulu pon hang sakit tp boleh je nari balik" "bla3"
eh aku cepuk kang seko2 nih. dah dia kata xboleh tu ko ye kan je la tayah la tanya bnyak2
tapi iskal diam je xreply.
dalam banyak2 persoalan tu ada yg tanya "dahtu lepasni nak lepak2 ngan hang kt mana?"
iskal reply yg ni je. dia jawab "mai umah aku lepak" lepastu dia pon campak tepon atas katil dia turun bawah.
obvious gila hoi tahap frust dia tu. aku diamkan je la.

makanya tamatlah kisah 'ishq: we are the youth of the nation' kami. hahaha
apa2 pon zaman remaja kami adalah sangat best.
mcm dalam lagu melly geoslow ke mcm mana eja tah. "masa muda yang tak pernah kan mendung kubahagia. dalam hidup ini arungi semua cerita indahku saat2 remaja yang terindah tak bisa terulang"
betul la apa dia kata tu.
aku dengan iskal pon dah 32. haikal  dah 29 firdie dah 28. masing2 dh ada kerjaya masing2 dh so selamat tinggal zaman remaja yang indah. haha
sekarang marilah kita meneruskan alam dewasa yang xberapa nak indah sangat nih tapi tetap kena teruskan
kalau tak teruskan cemane nak hidup hoii
oleh yang demikian *skema* marilah kita menyambung buat kerja kt ofis. pfftt!

sekian sahaja dari pariz aserap. aku menulis nih dari td kol 11 pagi tapi ade je gangguan2 datang
so pacik kena kembali ke pangkal jalan la pulak
semoga aku sakses la survive minggu nih
tiba2 rindu ari jumaat yang indah dan permai
cepatlah tibaaa~~

semoga ketemu lagi yuk.
mentang2 nyanyi lgu melly td terus bahasa sinetron.hahahaha

baibaiiii


orang stress yang hot,
pariz aserap