Thursday, February 6, 2020

its already 2020

assalamualaikum warohmatullohiwabarokatuh
setelah sekian lama akhirnya pacik jumpa jugak jalan pulang ke blog,nak.
dah bulan february dah weh baru nak menjelma. nak wish hepi new year pon x tergamak.hahaha
dah masuk tahun 2020 makanya umur beta secara tidak rasmi adalah 33 tahun. god knows i really love it. bak kata omputih the older the wiser tapi kalau parizaserap nih diragui sikit wiser dia😹

aku sekarang memang xberapa nak timbul la kat sini sebab takde masa
kalau dulu tenggelam timbul sekarang xtau timbul tu berapa kali setahun.hahaha
start awal januari tahun ni aku dah take over dad.
so busy dia lain macam sikit tapi so far pacik masih waras dan sihat walafiat😆
kalau nampak aku x berapa nak waras tu tolong la bagi tendangan padu sikit sebab takde orang nak takeober kau dah ye pariz aserap. semua orang xsudi😭
aku banyak fly ke miri sekarang bulan ni je dah 2 kali.tiap2 bulan  kot
kesian la geng2 beta dirumah. stres ketua keluarga *dush!!* asik takde je.hahahaha
petang tadi pacik baru jejak alor setar setelah 5 hari di miri.
mak ayah aku jugak yang bahagia berpoya2 sakan balik kampung. takpela bagi dad can nak hanimun dengan isteri kesayangan dia dh lama dia bekerja.
have fun okay pasangan bahagia! *taip sambil menangis*

sekarang aku kat rumah iskal sebab rumah aku xde orang. firdie kursus kt seremban esok baru balik. apakah nasib kita dik? hahaha drama!
farah tidur rumah mak mertua dia
makanya dedi and anak2 duk rumah adik beradik daniel la senang esok nak gi keje+sekolah umi dh buat breakfast😝

well, aku ada perkembangan terbaru yang aku rasa macam 'wow tak sangka'
apakah perkembangan terbaru bajeitam yang hot?
nervous pulak nak bagitau.hahaha
ni mintak lempang nama dia.
aku ada anak baru weh😁
tapi bukan bebi maupon budak kecik
dah lepas umur dah. hot kan dedi? 
tahun ni umur dia 19.stpm. yeay! hakim ada abg.
gila seronok muhammad hakim ada abg-jatuh-dari-langit-tiba2
kau jangan risau aku bukan culik dia dari sape2 weh. pacik masih bertamadun tau
aku kenal dia masa dia 17 tahun lagi hakim yang balik cerita2 kat aku
aku xnak cerita panjang2 xnak expose lebih2 pasal dia cuma dia nih sebatang kara makayah meninggal masa dia 13 tahun takde adik beradik. duduk dengan makcik dia sampai umur 15 lepastu makcik dia xnak bela dah so dia start duk sorang masa 16 tahun
sedara mara dia bolehlah aku kategorikan sebagai sampah! *sakit hati xboleh cerita bila sebut nama diaorg*
so long story short masa dia 17 tahun aku start kenal2 lepak2 rumah dia sebab rumah dia best!!!
best tak tipuu belakang rumah ada bendang.wuuu
peberet parizaserap tu. rumah kecik2 comel je tp best dia lain macam.haha
so kami ankel2 yang baik budi pekerti dan penyayang tahap cakera alam nih selalu la lepak rumah dia sambil tolong2 apa yg patut. kesian sangat kt dia.
2 tahun dia panggil aku ankel tapi baru2 ni dia panggil aku dedi. i was like... ??? betul ke ni?
sebelum ni hakim suruh dia panggil aku dedi dia malu. aku xnakla paksa dia panggil dedi karang kejung dia dedi dia hot sangat *dush!!kat muka kau pacik* xla aku dh ckap panggil ikut mana selesa dia.
anak aku rilek je dulu masa kawan cakap aku hang aku hang je. tiba2 sekarang kena tukar panggil abang atas nasihat tuan penasihat mafia.hahaha
ampon ish.
iskal bab ni dia x toleransi.kau muda setaon dari dia pon sila panggil dia abg dan walopon jambu🤣
nasib baik dia xpanggil aku abang sebab tua 3 bulan dari dia. kalau x aku bekhen je dia nih.hahaha

so begitulah ceritanya. pariz aserap sekarang adalah dedi anak 2.
muhammad hakim la eksaited tiba2 ada adik beradik.selama ni dia sorang je kan?
sekarang korang boleh la nangis bersama2 kalau rindu dedi nanti.wahahaha . perasan tak hagak dedi pon. memang mintak penampar berjemaah😝
tapi dari 2 tahun lepas memang kalau ada apa2 hal sekolah kalau ada perjumpaan ibu bapa ke memang aku yang pegi jumpa cikgu dia.
mula2 tu cikgu siap kata 'encik fariz ni kelas form 5 kelas muhammad hakim kat blok depan tu'😆
tapi sekarang cikgu dah tau la. cikgu pon lega kot
cikgu jangan risau he's in a good hand i promise.
tahun ni dua2 hoii exam besar. gasakla korang pulun study dedi nak tengok je sambil makan popcorn.hahaha
oh btw, aku panggil dia yoe. nama sebenar adalah rahsia.
memandangkan yoe dh terjebak dengan dedi makanya marilah kita meneruskan kehidupan nomad berpindah randah kejap rumah tu kejap rumah ni.hihi
dia sekarang duduk rumah dia lg.sayang nak tinggal katanya. aritu aku tidur sana.
jumaat sabtu mmg wajib muka parizaserap dan ankel2 pegi ngadap bendang belakang rumah dia.
tapi kalau aku outstation aku suruh dia tidur kat rumah aku. kalau ada apa2 senang.
dedi dah la bz xjejak tanah hoii asik dalam kapal terbang je ulang alik miri makanya dedi taknak mengambil sebarang risiko.
tapi malam ni semua berkampung kat rumah iskal😅
mak aku la paling teruk. asik  bukak chanel go shop je lepastu order order dan order.
lepastu panggil aku 'fari ni mom beli blender untuk yoe nnt fari bagi kat dia' , 'fari, mom beli pan ni nnt tlg kirim kt yoe ye' , 'fari, ni mixer baru sampai mom order untuk yoe'  😑 dan ayat 'fari, ni mom beli....' tu berterusan sampaila dia pegi hanimun. tapi aku yakin sangat balik nanti dia akan order lagi🤣
bertabahlah yoe, nenek awak memang macam tu.
sebabnya aritu dia ajak yoe duk sekali je tapi yoe cakap nnt rumah kosong xde orang rumah cepat rosak.
hambik kau dia gi borong go shop siap.haha
kejutan budaya budak nih asik dpt barang dapur.
rumah dia ni xbanyak barang ada sikit2 la mcm kuali tu ada la 2. 
so dulu masa mula2 mak aku gi buat spotcek kt rumah dia tu memang abis la dia list semua apa yg takde.
jangan yoe troma dah la.hahahaha
oitt derhaka pariz aserap!

so mcm tu la perkembangan terbaru pariz aserap ditahun 2020.
oke la umur 33 anak 2 walopon umur anak masing2 kemain 19 17. kau kawin umur berapa ni haa pariz aserap? anak besar2 dh nih. hahaha
doakanlah semoga aku mampu menjadi dedi yg bagus dan baik dan jugak mampu mendidik dua ketul kesayangan pariz aserap nih😊
tak mudah nak jd ayah but i'll try my best
semoga anak2 aku nanti xde kenan perangai2 xsemenggah dedi dia diwaktu remaja
kalau x padan muka kau dedi.wahahaha
sejak ada abg muhammad hakim tone down sikit pasal kemana hala tuju dia lepas spm😆
tapiii...sikit je okay!
aritu dia cakap kt yoe 'abg nanti kita apply u sama la tp dekat2 sini je eh?'
abg dia muka mcm...hellooo abg pon xtau boleh masuk u ke x okay. *tp dedi pasti yoe boleh.malaysia boleh!*
tapi yoe angguk je.
tapi lepas2 tu muhammad hakim datang kt aku cakap nak masuk form 6 pulak.
kecelaruan identiti ke anak aku nih? wahahahaha
takpela mana2 yang penting sila fokus untuk exam dulu masing2.

sekian saja perkembangan terkini bajeitam yang hot tahap hokage.
semoga aku dapat menunaikan tanggungjawab sebagai seorang ayah dengan baik.
semoga yang baik2 sahaja untuk kami dihari2 mendatang
dan semoga yang baik2 jugak untuk korang.
aku sekarang xnak apa dah kot cuma nak semua orang hepi dengan life masing2.
semoga kita semua bahagia la senang cerita.

sekian terima kasih.


dedi anak dua yang hot macam matahari,😝
pariz aserap.