Sunday, January 22, 2017

18 tahun dan keatas.



tajuk kemain. rated sangat.
mendebarkan tak tajuk pacik? sejak bila nih pariz aserap pandai buat entri 18 tahun keatas nih? wahahahaha
dah tayah pening2 pariz aserap masih inesen tau walopon dah 30 tahun *penipu tahap dewa XD*
alkisah malam  tadi lepas isyak aku dengan Muhammad hakim pegi rumah iskal.
tido sana la malam tadi. lepastu aku lepak2 kat ruang tamu
umi pon join sekali tapi abah takde sebab dia pegi mana tah. keluar dengan adik dia rasanya a.k.a pacik si iskal nih.
tetengah duduk sembang2 tiba2 umi keluarkan soalan paling cliché bagi pariz aserap.
soalan apa lagi. mestilah 'fari bila nak kawen?' jawapan dia tettttt! hahahha
ni kiranya soalan spot ke ape nih? aku dah lali dah dapat soalan nih
tapi sebab umi yang tanye makanya pariz aserap jawab dengan serius la.
kate mak mentua kan XD
sape nak lempang aku? dipersilakan! wahahahaha
oke. sila serius pariz aserap.
aku oke je la soalan cliché jawapan pon mestila cliché tahap xingt.
'xtau la' 'xde jodoh lagi' 'belum sampai seru lagi' 'ntah la'
and the list goes on and on and on and on..............

mula2 dia bagi ceramah bebas je cakap2 pasal kawen, ada orang jaga nanti katanya, boleh dapat anak lagi, etcetra etcetra.....
aku dengar macam biasa la. masuk telinga kanan keluar telinga kiri. mata duk ngadap tv.
lepastu dia tanye ' fari xnak ke anak dari benih fari sendiri?'
oke. aku terganggu dengan ayat benih. wakakakakakakaka
aku xtau nak react macam mana. apesal aku rasa segan tetiba?
otomatik aku pandang orang sekeliling.hahaa
Muhammad hakim rilek je duk tengok tv. haikal pon tgok tv kdg2 menyampuk
iskal je la yang mengikuti perbualan aku dengan umi.
kemain perbualan. ayat buku teks xhengat. wahahaha
so semua orang macam rilek je apesal aku sekor yang segan tetiba?
persoalan yang maha penim. tapi sebab aku rasa awkward aku gelak je la
bukan la gelak HAHAHA macam syaiton tu. gelak kaber XD
sebenarnya sebab aku teringat satu cerita masa aku kat Florence dulu
ada member aku nih budak satu team bola keranjang dengan aku.
dia nih xboleh dilayan sangat kepala xberapa betul.
aritu dia bagi tips cepat kaya kat aku. dia kata aku boleh buat duit nih kalo pakai tips dia
aku malas nak layan sebab dah tau dia macam mana tapi dia beriya nak bagi aku tips nih. aku pon tanye je la tips ape walopon dah tau mesti tips xberguna je nanti dia bagi aku.wahahahaha
dia kata aku ensem *dia yang kate oke bukan aku.hahaha*
so dia bagi cadangan suruh aku jual benih dekat pompuan kaya yang desperate nak anak sebab mesti dia bayar mahal sebab aku ensem katenya.
ayat pertama aku masa tuh...b.a.b.i! walopon dia xpaham.
aku tau la dia tuh kepala weng sikit tapi aku speechless gila la dengar tips bodoh dia tuh.
dia ingat aku apa?
sekarang boleh la gelak2 bila pikir balik. tapi dulu aku bengang kot.
macam...eee bangang tu simpan sikit boleh x? dah la aku xmintak pon tips kaya dengan dia. dia yang tiba2 datang offer tapi bagi tips macam haram.
kebodohan apakah ini? haa macam tu.
so, bila umi sebut benih tu aku memang otometik la teringat pasal tu
xtau nak gelak ke nak malu. kecelaruan identiti sekejap pariz aserap.

kes kedua pulak lepas aku dah sakses mengelak cerita kawen dengan umi.
aku bab mengelak nih aku memang dengan xmalunya mengaku diri ini terer.wahahahahaha
masa ni la pentingnya ilmu saikologi yang aku belajar di uia dulu.
sebab tu aku selalu sakses *gelak syaiton*
lepas dah masuk bilik baru nak amek posisi best nak landing atas katil Muhammad hakim datang.
dia tanya aku 'dedi, tadi nenek cakap apa?'
nenek tu umi la. dia nih dua2 dia bantai panggil nenek. mak aku pon nenek. umi pon nenek.
aku tanya dia balik 'nenek cakap apa?' bab tak menjawab soalan nih memang kegemaran dedi la rasanya.wakakakakka
tapi aku memang xpaham dia nak tanya pasal apa masa tu.
lepastu dia terus tanya straight tepat kat muka dedi 'nenek cakap tadi anak dari benih dedi.hakim ingat pokok je ada benih. org pon ada benih ke dedi?'
ya allah muhammad hakim!aku xtau pulak anak aku masih inesen tarap bapak dewa walopon dah 14 taon.
muka dedi dah macam jalur gemilang dah haa dengar soalan beliau.
aku heran jugak tadi sebab hakim xbagi reaksi apa masa aku cakap dengan umi. dia diam je tengok tv.
biasanya kalo ade orang tanya pasal kawen dekat dedi dia, mesti dia bagi respon.
xbanyak pon mesti dia akan pusing tgok aku tapi tadi dia diam je.
rupanya dia dah plan nak serang dedi lepastu T_T
tabahlah dedi

tapi aku gelak HAHAHAHAHAHA masa dia tanya orang ada benih ke dedi?
maap ye anak dedi tapi u are too innocent to this world.tsk
tadi kemain bangga kan dapat mengelak dari umi
sekarang sila lah hadap muhammad hakim sampai pensan
kepala aku kemain ligat nak cari perkataan sesuai nak explain
aku xsuka nak ajar anak aku menda bukan2 tapi atleast kalau dia tanya aku xnak menipu ke apa. biar jawab dengan telus daripada nanti dia explore sendiri xnaya dedi?
tapi nak jumpa telus tuh dedi migrain dulu la nak cari ayat paling bersopan santun.wakakakaka
so dedi pon mula2 keluarkanlah jurus menukar topik yang paling agung dengan harapan beliau xingat dah pasal tu.
tapi kau lupa satu pariz aserap. itu bukan umi ataupon mom ye.
itu adalah muhammad hakim. selagi dia xdapat jawapan dia xkan beganjak
makanya silalah redho. sape yang ajar dia mcm tu? kau jugak kan pacik?wakakakaka
tengah2 aku duk bagi mukaddimah dengan ayat2 yang sangat besopan santun a.k.a censored tiba2 firdie aserap datang terus landing atas katil mcm org terbang XD
dia tanya sembang apa. aku bagitau la soalan hakim.
pastu dia kata 'oo hakim xtau ke? hakim bawah umur lagi nih.....bla3'
lepastu dia terus amik alih tempat aku explain dekat muhammad hakim dengan sepantas kilat.
encik dokter punya explanation lagi inesen dari soalan muhammad hakim dan beliau adalah tidak menapis segala perkataan T___T
tabahlah pariz aserap.
lepastu baru muhammad hakim macam 'oh i should've never ask this kind of question in the first place'
remember son? curiosity killed the cat?
lagi2 kalau ankel fir yang jawab.wakakaka

i think thats the most challenging part of being a daddy
but still aku prefer dia tanya aku daripada dia tanya orang lain.
lagi2 dia sekarang dah remaja dah 14 tahun mesti banyak benda yang dia nak tahu nak explore.
so as a daddy i have to be there for him.
bak kate kau sendiri pon kan pacik, zaman remaja ni la zaman tengah darah panas makanya kena la bagi sepenuh perhatian dekat anakanda beta
anak sorang je pon kalau tu pon xdapat nak jaga nak bagi perhatian silala kau terjun lombong laju2 ye pariz aserap
tapi buat masa sekarang ni silala jangan tanya aku soalan pelik2
aku dah lama xdapat darah tinggi nih kang tau2 esok masuk sepital pulak.hahaha

oke. aku dah malas nak taip. arini free xde kerja kat opis
makanya aku pusing2 kerusi je dalam bilik nih sambil layan lagu syamel - lebih sempurna.
eh sedap gila la kot lagu nih. aku dari  tadi asik ulang2 je.
tiap kali aku pasang lagu slow2 mcm nih mesti kak chah ingat aku putus cinta
ni bukan putus cinta oke kak chah. ni memang nature pariz aserap suka lagu selow mcm nih.
esok kita pasang metallica pulak oke kak chah? wahahaha
dah la aku nak sambung main personality test pulak.
tu memang peberet aku. biasa aku google je tapi tadi aku tengok ada kat utube nih kalau xsilap 'mind oddities' punya video banyak yang japanese personality test.
best jugak.
tapi aku paling suka solve riddles.
sesekali kena bagi otak ektip ye anak2 barulah boleh jadi jiniyes selalu.hahaha
tolong la lempang beliau nih laju2.

sekian saja laporan pariz aserap pada hari ini.
dah pukul 5 aku nak pegi solat asar dulu lepastu marilah kita balik rumah ye semua orang.
ada masa nnt aku tulis lagi. arriverderci


dedi yang terpaling hot XD,
dedi muhammad hakim.

Friday, January 6, 2017

jumaat tiba lagi



assalamualaikum warohmatullohiwabarokatuh.
pacik kembali menghantui belog. rajin Nampak pacik sekarang?
asik apdet blog je.
rajin sangat. tunggu je la nnt pacik pasti menghilang.
nnt jangan meroyan pulak rendu aku tau.whahahaha
awal2 taon ni boleh la nak tarik napas dulu kje xbanyak lagi
sempat la nak berpoya2 xhengat dunia pon XD
apa2 pon yang penting arini dah masuk hari jumaat
hari paling agung bagi pariz aserap.hahahaha


sebenarnya aku bosan tahap raja dewa dah nih
kalo x ko jangan harap aku nak tulis blog.hahaha
Muhammad hakim dah sampai aprika. firdie kerja malam.
iskal dengan haikal xdatang malam nih.
boy dengan yugi je la peneman setia dedi. lega agaknya budak bedua nih xde orang nak berebut dedi dengan dia.
siang tadi iskal begaduh dengan boy. dapatla cakaran tiga garis hadiah dari boy
wahahahahaha
dia pegi marah boy sapa suruh. dah la tengah marah tuh dia pegi ngadap muka boy.
mula2 boy diam je lepastu dia terus cakar muka iskal.
tapi bukanlah cakar yang garang gila tuh. dia duduk je lepastu dia angkat tangan(?) dia cakar sikit kat muka iskal tapi darah la sikit sebab dia keluarkan kuku.
aku dah lama buat macam2 kat boy, geletek2 perut dia la sembam2 muka aku kat perut dia la sebab nak suruh dia cakar macam tu tapi sampai sudah dia tepuk2 dengan paw je. xkeluarkan kuku.
perasaan kena cakar dengan kuku tuh nikmat wes.
dulu boy gurau dengan aku dia keluarkan kuku cakar2 manja2
tapi sekarang nih xde langsung sampai mak aku ingat aku declaw dia.
mom xtau pariz aserap rendu nak kena cakar lagi.huhuhu
tapi tadi kelakar gila iskal. dia nih kalo gaduh dengan boy dia dramatic sikit.
sebabnya kan dia yang bawak balik boy kat umah nih.
ayat dia lawak xhengat.
'weh nyoq sakit la... hang dah pandai derhaka dekat ankel dan ek boy. dulu hang kecik2 ankel dan nih la yang bawak hang balik sini tau. hang nak jadi tanggang ke? cepat betaubat!'
terus insap boy agaknya.wakakakakaka
nervous dedi tadi tengok ankel dan kena cakar kat muka.
nanti kalo xcomel mcm mane?
wahahahahahhaahahahaha
lempang ko kang pariz aserap!


tadi aku jumpa satu kereta pelik atas jalan raya
xdapat dikenalpasti identity kereta tersebut.
aku tipu je wess xkenal kete tu. wahahahaha
kete myvi. tapi apesal dia pelik?
dia punya tayar kereta tuh mcm terkeluar. aku xreti nak eksplen tapi tayar tu macam terkeluar. tayar yang duk bahagian bawah memang terkeluar.bahagian atas masuk kedalam *xreti nak esplen hoi*
mula2 aku siap pikir tayar tu longgar nak tecabut oke.
inesen gila aku.tsk2
lepastu aku perasan semua empat2 mcm tu.
aku dari tadi duk pikir apesal tuan kete tuh modified kete dia sampai mcm tu sekali.
siriyes aku cakap. mintak maap la kalo terasa tapi xcool langsung wess
macam cacat sangat aku tengok
dah la jalan selow gila. aku rasa kereta tu xboleh bawak lebih 50km/j la sebab selow gila wess. saket pulak ati kita duduk belakang beliau.
paling bengang masa nak naik bonggol. kete dia tuh xgerak langsung
helloo belakang kete awak nih bederet ye kereta lain duk tunggu awak naik bonggol tuh.
lain kali jangan ejas kereta pelik2 boleh x?
dah menyusahkan org lain. last2 kami memang potong je kete dia secara bejemaah. dia masih kat situ nak naik bonggol. T__T
motip apekah buat tayar kereta mcm tu? ada sape tau x?
pacik perlukan penjelasan. sebab aku asik duk pikir kenapa tapi sampai sudah xde jawapan.
manusia sekarang pelik2 je.


dah nak pukol 2 weh. tapi mata xngantuk lagi nih
esok xtau plan apa. rasanya nak duk rumah je
bak kate mak aku pon, ngalahkan anak dara asik duk rumah je
kemain mak aku.
ari minggu la nak duduk rumah pon. bila lagi nak berehat.
tapi aku xrasa aku duduk rumah esok. wakakakakaka
kita tunggu dan lihat je la ape plan 'P.A' aku a.k.a iskal
dah la sabtu dia ajak aku pegi penang.
sila bagi pariz aserap berehat sebentar besama kitkat dihari minggu boleh x?
mampos aku kena terajang kalo dia baca nih.
tadi member aku meset. aku rasa dia mengigau la
sebab tiba2 dia tanye aku ' betul ke alexander the great tu bukan iskandar zulkarnain?'
tapi aku melayan la sebab aku suka bab2 mcm tu.
aku teringat dulu masa aku g carnival buku kat uia aku Nampak ada satu buku nih tajuk dia 'alexander adalah zulqarnain'
aku xbeli pon dan aku xbaca apa isi kandungan dia. tapi kalo nak komen pasal tajuk buku tuh, aku xsetuju.
apa yang aku paham alexander dan iskandar tuh adalah orang yang sama.
even tempat kat mesir pon ada nama Alexandria dan dalam bahasa melayu alexandria tu adalah iskandariah.
sebab tu ada satu buku tuh tajuk dia' benarkah iskandar bukan zulqarnain?'
aku xnak bincangkan pasal ni kat sini nnt kang jadi karangan sepuluh muka surat pulak.hahaha
tapi kalo ko nak tahu jugak dengan cepat dan pantas ko gugel je la
banyak je cerita2 dia.
yang penting aku menafikan alexander/iskandar adalah zulqarnain.
makanya bagi aku iskandar bukanlah zulqarnain.


apesal jadi blog akedemik plak nih?
aku masa degree dulu aku minor sejarah. tapi xde sejarah islam
semuanya sejarah western. arab world ada la sikit2 tp banyak pasal Tanah Palestine yang kena amik dengan jews yang dia kata Tanah tu tuhan dah janjikan untuk dia dalam kitab perjanjian lama.
weh apesal aku tiba2 siriyes beckap pasal akedemik nih? menakutkan nih.
bukan tadi kita becakap pasal iskal kena cakar dengan boy ke?
baiklah aku op dulu sebelum aku bukak sabjek lain pulak.
kang bejela2 je aku taip.
tapi sejarah best sebenarnya. yang jd xbest sebab ko dah set dalam kepala ko sejarah xbest sebab ko dengar dari kakak2 abg2 senior2 ko kate sejarah xbest.
itu name dia saikologi ye anak2.
jadi sebelum aku bukak sabjek saikologi pulak meh la kita mengofflinekan diri dulu.
yang penting lagi utama arini adalah ari jumaat
ari paling agung bagi pariz aserap.
jumaat kan penghulu segala hari. sayyidul ayyam bak kate org arab.
dan2 je ko kan pacik. padahal seronok sebab boleh bepoya2.
bab nih xtau nak insap bila. umo dah 30 hoi..wahahaha


aku op dulu.
macam biasa la ayat cliché pariz aserap 'kalo rajin aku tulis lg' hihik
sekian terima kasih. ma'assalamah wa ilalliqo'




sangat bosan tapi tetap hot,
parizaserap.

Sunday, January 1, 2017

2017.



"2017.
unofficially 30 y.o already. good start to 2017 I'd say? :)
I'm turning over a new leaf. no more regrets no turning back.
I'm moving forward! past is past.
let's get the ball rolling!


p/s: anak dedi dah masuk tingkatan dua ^_^ "




statement di atas adalah aku copy paste je dari status pesbuk sebab aku kan pemalas tahap bapak dewa nak memerah otak.
pemalas tapi nak jugak tulis kat sini.
ini name dia ape anak2?
namanya gedik nak mampos XD


tahun baru bagi aku xde apa yang special pon melainkan umo meningkat
yang tu bagi efek besar dekat pariz aserap. harapnya lebih semenggah la bila dah masuk umo 30 taon nih.
dan aku adalah bekerja pada tahun baru.
Kedah xamik oi cuti new year. tsk2
minggu lepas kemain eksen sangat kan cuti 3 ari? wahahahaha


macam biasa la aku mane penah ada azam tahun baru.
makanya taon ni kita redah je semua
mane peluang ada depan mata ko sapu je pacik.
xpayah nak berazam sangat sebab kalo berazam pon aku xbuat jugak
dasar xde disiplin diri! wahahahahaha


makanya selamat tahun baru diucapkan kepada sedara serta sedari setahun hanya sekali....eh ternyanyi pulak.haha
yang penting to live your life to the fullest.
mane2 yang buat ko down ke yang menghalang ko untuk terus kehadapan ke atau ada drama2 swasta lain lagi sila buang jauh2.
sekarang zaman untuk stay positip je ye anak2.
cewah dah masuk 30 terus nak ceramah bagai. boleh blah ye. hahaha




dan untuk pariz aserap,
no turning back. run for your future!




goodbye 2016.




30 year-old-daddy-and-still-hot, XD
pariz aserap.