Saturday, May 26, 2018

I'm back again

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh..
Jawab cepat! Tak jawab dosa. tak tau tak tau
Akhirnya pacik kembali mendapat hidayah nak tulis dekat sini. Oh sebelum tu aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam dimana jua anda berada.
Walaupun dah masuk 10 hari puasa tapi takpela kan aku baru wish. Baru 10 hari bukan 30 hari lg.hahhaha

Ada yg tanya pacik pegi mana lama sgt tak update blog.
Ketahuilah bahawa pacik tak pegi mana2,nak
Aku duk opis hoi bekerja macam nak mati.tsk3
Terima kasih kerana prihatin tanya aku pegi mane.rasa macam nak menangis air mata darah je rasanya.hahahaha
Bulan ni aku bz double beganda2 sebab bulan depan aku cuti lagi sebulan tanpa gaji (sebulan ke? XD)
Makanya segala kerja dikantor harus diselesaikan
Bulan depan iskal dah start fisio
So aku dengan rela hati menawarkan diri nak bawak dia pegi fisio tetiap hari
Haikal sila masuk ofis oke! Dah lama sangat dah goyang kaki kt rumah lepastu takde gaji asyik paw aku mcm2 dengan alasan dia rakyat marhaen xde gaji
Kepala hotak dia. Dalam bank belambak hoi haikal.wakakaka
Kal terer gila bila aku bgtau dia aku nak amik cuti bulan depan, "sebenarnya abg fari nak cuti raya lama kan? Takyah masuk ofis kan?"
Sila bagi tepukan gemuruh untuk haikal please! Sebab bagi jawapan yang paling tepat.wakakakakaka

Bulan depan iskal dah start fisio dah
Baru ni pegi check up dokter kate dh boleh buat fisio dh. Gila hepi dia.
Dah 7 bulan tak bejalan kdg2 dia try jgk nak jalan2 sikit2 tapi ko paham la dokter2 tak betauliah kat rumah ni mcm mana
Semua benda tak boleh.especially aku la.wakakaka
Stress je pesakit nak buat ape pon xboleh
Tapi dia oke je duk rumah cuma xboleh jalan je la. Dia siap tolong buat kerja ofis hokay tuan2 dan puan2.
Kadang2 atas katil kdg2 atas kerusi roda, bila aku balik keje tgok dia duk ngan laptop dia
Ingt dia buat apa tengok2 duk buat pelan
Dia suruh abah emel dia.
Sangat berdedikasi awak hencik ish
Sila mintak gaji double nnt lepastu belanja ai oke.hihi

Haikal xpuas hati aku dapat raya lama.
Sila bertabah haikal.
Nanti abg fari bagi duit raya kat kal
Aku masih lg bg duit raya kat dia oke!hahahha
Nampak tak penyayang pariz aserap mcm mana? Nampak tak?
Bagus ni pariz aserap boleh dijadikan contoh nih*pang!! Pipi sendiri*
Adik sayam aku tahun ni dapat raya kat rumah kot.
Start march aritu dia dh habis dah h.o dia yang 2 tahun tu. Dah abis dah sesi buli2 kena ganti  oncall.hahaha
Sekarang dah rasmi medical officer ataupun m.o so rileks sikit la
Pegi keje pagi balik petang jarang sgt dh keja malam. Ini dinamakan apa anak2?
Inilah yang dinamakan sorga untuk abam beliau. Kalau x nak jumpa  pun susah walaupun satu rumah.

Aku mcm ada banyak lg nak tulis tapi keadaan tak mengizinkan. Anak aku dah mengiau nak tidur makanya sebagai dedi misali bertaraf dunia haruslah pacik ikut kemahuan muhammad hakim.
Esok tak sekolah kot hakim. Apa barang tidur awal.hahaha
Anak aku dia xkisah sekolah ke tak sekolah ke tidur tetap tidur XD
Nanti aku tulis lagi. Dah tak menyempat sangat nak tidur tu. Dah pukul 1 lagipun
Aku off dulu
Jangan rindu aku tau nnt aku malu *muntah*

Baibai.


Orang paling hot,
Pariz aserap

Tuesday, May 15, 2018

the legend is back!!!


assalamualaikum warohmatullohiwabarokatuh.
tanak cakap panjang. yang panjang2 nanti aku upload kat entri lain kalau ada masa.
aku cuma nak melahirkan rasa gembira je.
sebab apa gembira pacik?
gila kau tak gembira, tengok title kat atas la kan? hehe
tak tau nak kate gembira macam mana. rasa nak menangis air mata darah je
welcome back Tun M.
aku memang sayang maut kat beliau nih dari dulu lagi
walaupun ramai duk kata bukan2 kat dia dalam tv pun duk keji2 dia tapi hati pariz aserap tetap xberubah. kesayangan aku dari dulu tu
he's born to be a leader.a great one.
walaupun lambat beberapa hari tapi takpela aku nak tulis jugak
congratulation tun dr. mahathir mohamad. i lobiu beri beri much
terima kasih sebab sanggup kembali untuk kami walaupun sudah berusia.

bagi kami orang kedah especially aku la, bukan takat gembira sebab Tun jadi perdana menteri balik tapi kami dapat menteri besar baru oke! hahahaha
tahniah DS Mukhriz. lepasni jumpa lagi la kita.hihi
bangga nih weh sultan jadi agung 2 kali. perdana menteri pun 2 kali. menteri besar pun 2 kali jugak. hebat org kedah na hampa ada ka?
dan2 ko cakap kedah kan pariz aserap?belagak pulak tu.
tu je la aku nak tulis xboleh panjang2 sebab banyak keje nak kene settle nih tapi sebab perasaan membuak2 nak bekongsi kegembiraan maka aku sanggup curi masa nak tulis mende nih.haha
oke la nanti ada masa aku tulis panjang2

dan buat ayahnda kesayangan pariz aserap Tun M, see! u are not alone. we all have your back. congratulations for your come back. you are such an amazing person. and congrats as well for your guinness record XD
i love you so much.
semoga tun dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik untuk mentadbir negara. amin.

my 4th and 7th prime minister :D

#wawasan2020
#malaysiaboleh
#keranamumalaysia
#standingintheeyesoftheworld
#kepimpinanmelaluitauladan
#dasarpandangketimur
#membacagayawawasan


proud malaysian,
pariz aserap.