Friday, September 29, 2017

dipenghujung september

aucakk!! akhirnya pariz aserap jumpa jugak jalan pulang ke blog
dapat hidayah weh nak tulis blog malam nih
aku pon tak tau la kebelakangan nih apesal takde mood sangat nak bukak blog
aku rasa faktor usia la. aku dah rasmi 30 tahun oii
25 september aritu arijadi aku. haa cepat wish! beserta hadiah sekali ye XD
aku dah dari minggu lepas lagi asik bukak laptop sebab nak menulis kat blog
yela risau jugak tkot ko rindu kan?wakakakakka
jangan menyanyah tengah siriyes boleh x pariz aserap?
tapi bukak2 laptop terus tutop. takde mood nak tulis weh asik duk bukak tutup bukak tutup macam tu je la. 
dulu kemain meriah sebulan je dah berapa entry kan?
sekarang nih memang sebulan 2kali je la. awal bulan dengan akhir bulan
takpe la ada dari takde. daripada ko rendu aku kan? wahahahha
aku tengah berusaha menghilangkan penyakit malas nih
nanti kalo ko nampak entry aku bulan depan ada empat entry ke kan maknanya usaha aku dh berhasil la tu.wakakakakakka
berangan nak mampos.

baiklah. abaikan je mukaddimah merapu aku.
arini kita nak cerita pasal apa tuan2?
cerita kita arini adalah tiada cerita. wahahahahahaha
nak cerita apa pun cerita sama je la kat opis tuh. bulan nih kan aku dah bagitau aku memang bz yang hamat sampai rasa stres nak terajang orang
tapi alhamdulillah berjaya dihandle oleh pariz aserap
memang cemerlang gemilang dan terbilang la pariz aserap nih.
tapi jangan bimbang sebab sengsara aku dah berakhir. minggu depan dad dah masuk opis. *tadah tangan bersyukur*
sekarang dad dengan mom dah ada kat kl duduk umah parah atiqah dulu.
bia la dorang lepas rendu kat anak pompuan bongsu dorang.
dad jejak je kaki kat tanah melayu terus tepon aku tanya kabar
macam biasa la jawapan cliche pariz aserap 'dont worry dad,semua oke'
padahal dia xtau anak dia ni dah menangis bawah meja.wahahahahha
memandangkan sengsara dah berakhir makanya marilah kita berpoya2 kat sini malam nih.

kat rumah aku skang cukup kuota la 5 orang
iskal dengan haikal tido sini sebab umi dengan abah balik penang ada nak urus apa tah lepastu amik popo dia sekali bawak balik sini
anak2 dorang tayah cakap la memang susah nak ikot balik sana kalau xde ape2 hal. makanya berkampunglah semua orang kat umah aku. hahahaha
malam ni aku rasa kebarangkalian semua orang tido kat bilik aku adalah sangat tinggi nih.
lagi2 si haikal tuh. ya allah dia punya penakut tuh kalah anak aku.
dia memang takut. jangan main2 weh kalo dia kata dia takut pastu ko buat main2 ko buat lawak bodoh ke ape memang dia tak becakap la dengan ko.
kalo ko rasa nak kena mcm tu ko buat la. aku taknak. XD
sebab aku dah rasa cemana. seksa nak pujuk balik tuh boleh makan bulan baq hang.wakakkakakaka
tapi betol la kan, mana boleh main2 mende mcm tuh
kene respek la apa perasaan orang kan? macam kes aku, aku geli cicak dengan katak.
ya allah aku punya tarap geli tu paling maksima tahap gaban tebelah dua weh
kalo ko nak rasa kena lempang ke terajang ke ngan aku ko try la buat lawak bodoh pasal nih.
naseb baek aku jenis tak melatah je. kalau la aku ni melatah aku harap aku melatah sambil pegang pisau.wakakakakkaka
aku tak boleh. aku memang tak boleh hati aku tak tenang kalau nampak binatang2 ni kat mana2. meremang weh bulu roma.
ni kategori takut jugak ke? tapi aku xtakot aku geli. geli oii lembik2 mcm tu.*muntah*
siriyes aku memang xboleh lagi2 cicak. eh geli tahu takkk??
budak2 nih pon memang tak pernah buat main benda mcm ni dengan aku. 
so aku paham la perasaan haikal tu kalau dia cakap takut pastu org main2 memang berasap la kan?
kal, abg fari memahami. ahahahhaha
tapi aku xde la menjerit2 macam histeria kalo nampak cicak
tu ko nak kena pelangkong namanya pacik.
aku kalo tekejut apa2 memang aku otometik diam. pastu kepala aku rasa kebas.wakakakkakaka

makanya haikal dia terbukak page ape tadi ade tunjuk gambo hantu gula2 dia terus baling henset. dramatik haa.wahahahaha
lepastu dah takut nak turun bawah sebab terbayang2
biasanya kalo fir ada dia tido dengan fir je tapi arini dia taknak tido berdua je sebab dia taknak tido kat tepi. hahahaha
abang dia pon dah penim dengan dia. time tgok cite hantu kemain lagi beriya2 ajak orang lepastu dah satu hal nak kena teman dia. spesis muhammad hakim la nih. tapi kitorang tak kesah pon.
gila ke nak kesah nanti chef diraja merajuk sapa nak masakkan untuk kami lauk sedap2? haa kalau tuan bijak bestari jawab la.
sebabtu la kami kena jaga hati haikal.wakakakakaka
bongok je statement.
tak kal, bukan mcm tu.kami jaga ati sebab kami sayang tau. jgn salah paham XD

oke dah pasal haikal nanti kang dia merajuk susah aku. 
sekarang meh kita trobek sikit arijadi aku aritu. aku xsempat nak tulis kat blog wish2 diri sendiri sempena umo 30 tahun.hahahahaha
tapi siriyes xde ape yang spesel pon.
cumanya banyak orang belanja makan la. staff2 kat opis bawak makanan banyak hoi semata2 sebab arijadi aku.
teharu macam nak nangis airmata darah je rasa.
tengahari tu padahal firdie ajak aku makan kat luar tapi tak sampai ati pulak sebab budak2 ni sanggup masak2 bawak datang opis.
so kesudahannya firdie datang makan sekali kat opis.wahahahah
tapi lepastu aku keluar jugak dengan fir.
adik sayam aku nih sanggup weh postpone offday. sepatutnya dia offday 24 hb.
sebab sebelum tu dia ada oncall. eh ke macam mana jadual dia? aku tak berapa reti sangat jadual dokter.hahaha
tapi lepas oncall tu dia sambung keja semata2 nak offday 25hb arijadi abam sayam dia. macam mana la abam tak sayam awak fir.hahaha
petang tuh haikal dh meset2 ajak pegi makan. sepantas kilat aku reply meset dia tanda bersetuju. ko ingat senang dia nak offer belanja2 nih?
asik aku je belanja dia.dia kata yg tua kena belanja yg muda. sistem monarki katanya. monarki kepala hotak kata aku.
so petang tu kami berlima pegi manhattan fish market.
sebenarnya haikal yang beriya nak makan kat situ.wakakakakakak
tapi sebab dia belanja and aku memang suka  makan kat situ makanya jomla kita melantak tak hingat donia.
dan yang paling penting kek wajib diharijadi pariz aserap adalah new york cheese
aritu kal dah buat sebelum arijadi tapi arijadi aritu iskal beli sebijik kat secret resipi. inikah yang dinamakan kebahagiaan? hahahahaa
awak memang terbaik ish. tak pernah menghampakan pariz aserap.ailobiu la XD
malamnya pegi seoul garden *lagi* sebabnya anak aku nak pegi sana so alang2 fir tanya nak makan kat mana aku jawab je la seoul garden.
misali tak dedi, muhammad hakim?
yang nih fir belanja. indahnya hidup ini kalau aku tayah keluar duit.wakakakaka
esoknya 26hb abah dengan umi ajak pegi ciken rice shop. aku sorang je ye anak2 dia tak payah!
makan lagi ye anak2. atau lebih tepat, makan free. 
tolonglah belanja pariz aserap lagi semua orang.aku bahagia nih asik dapat makan free. dah selama nih aku yang asik keluar duit.wakakakakaka
dah 30 hoii pacik sila semenggah sikit ye lempang kang tau la.

eh alamak aku kena op dulu la tak sempt habis nak merapu.
sebabnya bateri laptop nak habis dah aku malas nak menapak naik atas pegi amik cajer. tak ingat tertinggal kat atas tadi. redho je la pacik
ayat aku macam biasa la ayat cliche pariz aserap 'kalau rajin nnt aku tulis lagi'
cliche tahap hokage ayat kau pacik.wakakakaka
sebelum aku mengundur diri, meh la kita layan satu lagu peberet pariz aserap.
lagu nih aku suka sangat weh.
ed sheeran - perfect



aku suka gila lagu nih. dia punya melodi tuh rasa macam zaman2 dulu yang ada castle2 yang pakai baju meriah2 tuh pompuan pakai gaun kembang2.
macam zaman romeo and juliet.
eh aku suka la lagu nih. romentik tahap teruk nih.hahahaha
sapa kata tak sedap aku sekeh dia. ed sheeran memang pandai buat lagu la kot.
aritu lagu shape of you pon aku suka. lagu photograph pon aku suka.
tapi yang nih la yang paling aku suka. sesuai tajuk lagu dia perfect.

oke skang aku siriyes kena op.bateri dah warning dh.hahaha

babai semua orang, jangan rindu aku tau.hahahaha
bulan depan aku kembali la kot. take care.


sekian terima kasih.


30-year-old-daddy-and-still-hot-as-hell, XD
pariz aserap


No comments: