Friday, December 16, 2016

iskal demam teruk



pariz aserap kembali bersiaran!
aku baru jejak jalan sultanah petang tadi setelah 2 minggu bercuti la sangat di Florence.
hilang seteres pacik bila semua urusan kat sana dah settle.
sekarang marilah kita fokus kepada urusan kat sini pulak yang xtau bila nak settle. tak settle2. wahahahaaha
tapi lupakan dulu pasal opis sebab sekarang dah masuk hari apa anak2?
hari jumaat!
oleh yang demikian, haruslah melupakan segala urusan berkaitan opis XD


meh trobek sikek pacik buat ape je kat Florence sana aritu
tapi seingat aku xde yang best pon.wahahahaha
aku pegi macam biasa la berlima; aku, firdie, iskal,hakim, haikal.
tapi fir balik awal xboleh cuti lama sebab nanti bos dia marah
ahh xbest la dokter. xbest xbest! T_T
ko emosi kenapa? mcm ko pulak yang dokter. lempang kang pacik nih XD
lepastu ari kedua kat sana iskal demam teruk. dan2 time tu jugak dia nak demam
mula2 dia kate saket tekak. bangun tido pagi tekak dia sakit gila xboleh nak telan air liur pon sebab sakit.
lepastu dia terus xbermaya*ayat apakah?* asik baring je
mula2 aku kool lagi sebab biasa la kan kalo demam mestila xlarat
so aku biar dia rest je.
tapi makin teruk pulak sampai xmakan xminum sebab xboleh telan
dia pon Nampak lemah gila. aku dah cuak dah
naseb baek fir ada kat sana lagi time tu boleh jugak la tanye2 dekat beliau. tapi still fir kate kena pegi cek kat klinik. so aku dengan paksaan keras heret beliau pegi klinik. dia xnak pegi mcm2 alasan  dia bagi tapi aku persetankan je.wakakakakaka
dalam mulut dia ada ulser. banyak oke!
dalam(?) tekak pon ada sebab tu xboleh telan.
naseb baek jugak chef diraja a.k.a haikal ada sekali makanya beliau masak bubur je la dekat abang dia.
tapi pesaket tak nak makan. bagaimanakah? tsk2
puas paksa suruh makan tapi dia taknak. sakit katanya.
dah tu aku nak kena buat apa nih? xkan nak paksa? kesian pulak dia.
tapi kalo xmakan mcm mane nak sehat? oh em ji.
bantulah pariz aserap.


aku memang runsing la tgok keadaan beliau. nak minum air pon susah apatah lagi nak makan. makan ubat jauh sekali.wakakakakakaka
dah la gusi dia bengkak lagi mabeles la. aku dah penah rasa gusi bengkak aritu.
ya allah tuhan je tau sakit dia mcm mane. nak bukak mulut pon sakit.
fir kate kalo nak cepat baik kena kumur air garam.
tapi ko ingat dia nak ke? dah la dalam mulut dia ada ulser. nak kumur dengan air garam hoii. mau mengamuk dia kalo aku suruh.wahahahahaha
makanya pacik buntu,nak. kesian tengok dia mcm tu
tapi aku paksa jugak dia makan. kalo xmakan mcm mane la? masuk sepital kang naye je. ape aku nak jawab dekat umi dengan abah nnt? tsk2
4 ari jugak la dia terbaring macam tu. naseb baek beliau ada kesedaran sivik nak makan sikek2. sebab aku dah takot2 kan dia nnt kalo dia pensan sbb xmakan kena masok sepital pastu kena pakai banyak wayar2 lepastu kena duduk lama kat sepital xde orang nak tunggu sebab aku dah kena balik mesia.
hebak x penipuan aku? wakakakakaka
lepastu dia oke la sikit2 xyah makan bubur dah. tapi penyakit lain pulak yang datang. batuk xberenti.
silalah tabah iskal. sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa kecil. hee
kali nih dia memang demam kaw2 la xbagi can nak berehat langsung.
batuk sampai xtido malam. kesian gila. batuk muntah batuk muntah sampai dia saket kat dalam perut.
hilang oke suara seksi blackrose-cinta-abadi beliau. ckap pon suara keluar xkeluar je.
tapi batuk nih oke sikit la daripada xboleh makan tu. at least dia xde la tebaring je siang malam.
lagipon siang2 dia oke la sikit cuma bila nak tido tu dia start batuk teruk gila2.
jadi siang tu dia boleh je keluar. sempat la keluar berpoya2 kejap2.
heaven pulak rasa.eh? wakakakakaka
dasar xpenah insap!


itu je lah kot penceritaan trobek aku di Florence sana
aku xsempat nak berpoya2 dengan lebih dasat sebab aku duk rumah je jaga pesaket. baik kan aku?
tapi siriyes aku cuak gila masa dia xnak makan minum tu
Daniel ishqal tak nak makan hoi. keajaiban alam apekah?
maknanya dia saket teruk la tu sebab tu aku susah hati.
balik mesia nih pon batuk dia xhilang lagi.
semoga kembali sehat ish. semoga suara seksi blackrose-cinta-abadi akan kembali dalam waktu terdekat *mati kena tumbok nnt XD*
cepat sehat oke kalo x xboleh pegi kepsi.hehe
get well soon bebeh. sila rest dengan berhemah jgn degil2 nanti cek suruh abah piat telinga.


baiklah anak2. sekian saja untuk ari ini.
kalo rajen nnt aku tulis lagi. kalo xrajen makanya berjumpalah kita di taon hadapan saje.hahahaha


sekian terima kasih.




ma'assalamah wa ilalliqo'












tetap dan masih hot,
pariz aserap.

No comments: