Sunday, August 6, 2017

amukan rasaksa boy

takut x baca tajuk diatas? 
jawab la takot wess.jaga la sikit hati aku nih.hahaha
harini si miau dedi yang bernama boy telah bertukar menjadi rasaksa
nih siriyes first time aku tengok dia macam nih.
sebijik perangai iskal. eh? terpetik nama mafia plak.wakakakaka
amponkan saya yang arif.
tapi tadi aku terkejut wess naseb baek tak saket jantung dedi
aku xtau la macam mana sebab aku takde kat tempat kejadian
sebelum2 nih dia begaduh dengan kucing yang selalu lepak belakang rumah aku je tapi takde yang teruk pon cuma gaduh biasa2 bunyi2 meow2 tuh je
sebab boy nih walopon dia macam gengster tapi dia tak begaduh
kalau kucing lain kejar dia dia terus lari masuk dalam rumah
tapi tadi aku tak tau la macam mana dia boleh pegi begaduh dengan kucing mane tah
boy, dedi paham la iskal yang bawak balik awak kat rumah nih tapi jangan la ikut perangai mafia dia.haha

tadi petang aku cari boy dia takde. biasa dia duduk kat port favorite dia je
dalam sink kat dalam bilik air aku takpon dia masuk tido dalam cage dia. kalo x pon dia ada je terjelepuk atas lantai tuh duk tido sesedap rasa.
tapi tadi aku dah cari semua dh dari tingkat bawah sampai paling atas kat libry takot2 dia ada port baru tapi takde jugak.
aku keluar la pegi tengok belakang. tetapi hampa ye anak2.
tiba2 aku dengar suara kucing begaduh kuat gila jerit
jerit meoww yang garang gila tuh pastu mcm bunyi rimau(?) yang 'ggrrr' tuh
aku pergi la tengok kat depan nak tgok kucing mana yg begaduh kat umah aku nih sebab aku memang tak expect tu boy
sebab dia tak pernah bunyi garang macam tuh
bising gila bunyi weh tak berhenti
sampai depan tuh.....terkaku dedi tengok
dia tengah duk wrestling dengan kucing dari mana tah
kucing tuh besar jugak. eh aku dah takot nih sebab dia memang tengah bergelut *bantai je ko pacik*
kucing tuh tengah gigit dia hoii. bayangkan perasaan dedi tgok boy kena gigit
cepat2 dedi berlari nak leraikan. kucing tuh aku rasa memang gengster abisan la
aku dah tarik nak leraikan dia dengan boy dia tanak lepas.
boy pon duk cakar2 dia.
aku siap jerit nih suruh stop. sekali amik kau kucing tuh cakar aku
panjang weh cakaran dia. dalam pulak tuh. bedarah lengan dedi tapi dedi tak marah dia dedi kan sayang kat semua spisis kucing. penyayang x dedi? hahahha
pastu oke la dia pon lari

berbalik kepada boy, dia macam shock ke ape tah tapi dia macam tak sedar weh aku yang pegang dia
dia meow lagi yang kuat tuh. masa tuh aku dah angkat nak dukung dia tapi dia duk meow2 dengan bunyi 'ggrrr' tu lagi
aku terai usap kepala dia lepastu menggila dia cakar2 aku siap nak lompat turun
aku rasa dia trauma lagi kot
lengan aku tayah kate la memang berdarah banyak la kena cakar macam tuh
aritu nak sgt kena cakar kan dedi? rasakan.wakakakaka
tapi aku rasa boy masa tu dia tak sedar la tu aku
maybe dia shock lagi lepastu rasa tak selamat lagi kot.
aku peluk dia kemas2 aku kate kat dia ' boy, boy....ni dedi boy. tgok sini dedi la ni jangan takot'
tapi dia bunyi 'grrr' lagi. nak lompat tak boleh sebab aku dah peluk dia
lepastu aku usap kepala dia lagi gosok2 dia diam je
aku pusing dia ngadap aku nak suruh dia tgok betul2
lepastu terus tangan(?) dia naik kat pipi aku. kena cakaran emas kat muka sekali. tapi tak teruk macam kat lengan la.
tapi boy jangan bimbang dedi tak marah boy. dedi tau boy takot
dia shock teruk la aku rasa sebab jantung dia laju gila.
lepas dia cakar muka aku tuh aku kate lagi kat dia 'boy tengok sini tengok betol2 ni dedi la jgn takut dah dedi ada nih'
dia diam je jantung laju lagi. badan dia pon keras je sebab xnak kena peluk
dia macam ada aura2 nak lompat turun
tapi lepastu lama sikit tuh dia pon pandang aku
aku pon, 'see. ni dedi la'
pastu baru dia macam sedar kot dia pon meow selow je kat aku
terus rebahkan badan dia atas dukung dedi.
dia siap jilat weh darah kat tangan aku. rasa berdosa ke cakar dedi tadi? wahahahaha
jangan risau ye dedi xmarah boy tau

kat tangan dia ada luka sikit bekas kena cakar dengan kucing tadi
tapi aku dah sapu minyak gamat dah. naseb baek tak luka teruk
memang terkejut la tadi tengok dia gaduh macam tuh
tak pernah2 weh dia gaduh
kucing tu pulak ya ampun gengster gila.hahahaha
aku dah pesan kat dia jangan gaduh dah
kalau nak main smackdown main olok2 dengan yugi je
takot dedi tau tengok boy bertuka jadi rasaksa tadi.
mak aku risau gila haa tadi tengok tangan boy luka
terus je peluk boy siom2 'alololo siannya boy'
lepas taruk minyak gamat kat tangan boy aku pon taruk kat tangan sendiri pulak.hahahaha
banyak weh cakaran nih. tadi fir tengok dia kate kalau bengkak kena pegi klinik sebab takot kuman sebab kuku kucing kan macam bisa *bantai lagi* sikit.
tapi so far oke je xde rasa sakit berdenyut ke apa
cuma aku terpikir esok nih cemane.
esok ahad weh dah start keje. lepastu aku pakai kemeja selalu lipat sampai bawah siku.
tapi lengan kemain berseni kena cakar.
macam manakah pacik nak cover cakaran emas ini anak2? hahahaha
esok dah la ada meeting.
xkan aku nak balut tangan kot. beriya benar kau pacik dah kenapa?
nanti org ingat aku sakit teruk pulak walopon sebenarnya kena cakar kucing je.wakakakakakaka
takpelah biar je dulu esok baru pikir XD

sekarang nih boy dah kembali kepada perangai asal dia
lega aku tengok. aku takot dia trauma weh
dari petang tadi aku asik perati je perangai dia takot dia shock lagi ke kan
tapi oke la dia xde takot2 pon. maybe dia rasa selamat dalam rumah.
nih pon dah begolek2 depan aku duk main2 dengan yugi nih kira oke la
esok jangan keluar rumah tanpa pengawasan orang tua ye boy
duduk dalam rumah dengan yugi je. dedi balik keje baru kita main kat luar oke
kalau nak main jugak mintak nenek teman.hahahaha
harapnya lepasni dia xgaduh macam ni lagi la
ke dia stres nak awek weh? tapi aku mana sekat dia cari awek
dia selalu je mengorat kat belakang rumah tu
gasakla boy yang penting dedi sayang awak dengan yugi banyak laut tau.

tadi iskal ada datang umah aku kejap
dia tanya la sape cakar nih sampai teruk mcm nih
aku cerita la kat dia insiden petang tadi
lepastu dia pon pegi kat boy 'amboi hang boy dengar cerita dah pandai nak jadi gengster noh. nak suruh ankel dan ajarkan x cara2 dia?'
tak boleh pakai hoi iskal. seb baek x kena cakar jugak dengan boy tadi.
kalau x baru tau erti penyesalan.wakakakkakaka

sekian sahaja cerita dari pacik yang hot tarap dewa naga*angkat kening sebelah mcm the rock*
aku pon nak off dah la nak begolek2 pulak dengan harapan dapat tido
nanti kalau aku rajin2 aku tulis lagi
sekarang nih marilah kita mengofflinekan diri dulu ye anak2
esok kerja weh. ouh tidakk!! wahahahaha
masih x insaf lagi pacik nih. tumbok kang.
baibai weh.


sekian terima kasih.



dedi paling hot didunia *straight face*,
pariz aserap.

No comments: