Thursday, July 27, 2017

aktiviti malam ini

ektibiti ape malam nih pacik?
jawapannya ektibiti bergolek2 atas katil.hahaha
takde ektibiti weh. tajuk kemain tulis macam ada ektibiti best
tapi hakikatnya.....tettt!
harap bertabah.
malam ni iskal ada kat sini makanya mestilah ektibiti wajib beliau adalah dengar 'suria cinta bersama dj lin' bak kate dia pon.
tuh kegemaran dia weh. ko jangan pergi tukar radio lain la time dia dengar suria cinta tuh. boleh berlaku pergaduhan yang maha dasat nanti. otromen pon kalah kalau beliau lawan iskal time tuh. dasat nih dia
sebab segmen suria cinta nih kan dia banyak main lagu2 rock kapak zaman 80an 90an macam tuh kan.
beliau memang diehardfan lagu dulu2 jadinya aku layan je la *xde pilihan memang kena layan XD *
kiranya dj lin tuh dj peberet beliau ye anak2 sebab selalu main lagu best2
walaupon aku lambat tahu lagu2 nih - bukanlah xtahu langsung ada la yang aku tau tapi ada jgk yang aku xtau - sesungguhnya tak boleh dinafikan weh lagu2 dulu memang best macam terus stret masuk dalam jiwa *kemain ko feeling kan pacik?*
nak banding dengan lagu sekarang nih jauh kelaut sangat. xtau nak kelaut mcm mane lagi dah sebab memang takde laut dah.wahahaha.
jahat pariz aserap!
tapi betul wess sedih je kalau dengar. tertukar lagu ke iklan tv nih.

anak aku yang beranak taon 2003 tuh pon asik dengar lagu2 rock kapak weh. tak layan sangat lagu2 sekarang nih
dia sepesen la dengan iskal kadang2 baring sama2 atas katil pasang lagu2 rock kapak tuh pastu pejam mata. kemain menghayati.
awak xsempat oke melalui zaman paling best di alam semesta,nak iaitu zaman 90an makanya bertabahlah. wahahaha
paling tak boleh blah ada lagu yang aku tak tau tapi muhammad hakim tahu. apekah?
dia siap menganjing aku 'eh dedi xtau ka lagu ni?biaq betoi awat dedi xtau? ni lagu best ni dedi'
dan aku macam biasa la jawapan cliche a.k.a mengelak kena bahan, 'dedi duk obersi la time nih mana nak tau lagu nih' wakakakkakaka
alasan sangat kau dedi. takat duk obersi je pon
muhammad hakim xlahir lagi kat dunia nih tapi lagi tahu dari kau oke pariz aserap! 
tapi sekarang aku dah tau la. takkan la tak tau kalau hari2 aku kena dengar hoi
iskal nih dia punya tahap diehardfan lagi teruk dari aku diehardfan simple plan.
dalam  bilik ke luar bilik ke dalam kereta ke opis ke dia kalo boleh dalam toilet pon nak pasang lagu2 nih agaknya.wakakkakaka
ampon bebeh.
tapi aku layankan je sebab lagu oke aku boleh je dengar ulang2 xsakit telinga.
kira oke la tu kan.
tapi sebenarnya sebab utama mestilah tanak kalah dengan muhammad hakim.wahahahaha

okela meh aku tunjuk sikit list peberet daniel iskal nih.
dalam folder dia belambak2 lagu tapi dia ada satu folder lain nama dia 'most favorite'
lagu2 dalam ni la yang dia selalu ulang2 pasang2 dalam kete aku mahupon kete dia.
aku dah hapal satu2 dah lagu nih.
sape nak karok ngan aku boleh la lepasni.wahahahaha


ko nampak tak blackrose disitu?
tu peberet pariz aserap tau sebab suara dia macam daniel iskal. wahahhahaha
aku tak tipu wess iskal nyanyi cinta abadi suara sama macam blackrose tapi dia xnak ngaku. masam je muka kalo orang kate sama.
tapi aku suka menganjing dia pasal tu. hahahaha tak sayang nyawa pariz aserap nih.
banyak2 penyanyi nih ella sorang je pompuan. hebak tau macik nih.
lagu ella tuh paling ter-peberet iskal weh ko jangan main2.
kadang2 aku duk golek2 atas katil sambil baca buku dia tengah duk buat pelan tiba2 je 'KU BELAYAR DI LAUTAN TIDAK BERTEPIAN....'
kuat pulak tu. tekejut pacik ingat dia kena sawan. wakakkakakaka

tapi aku ada satu lagu yang paling aku ingat. tapi takde dalam list kat atas nih.
lagu nih xtau la nak kate mcm mana tapi bila ada dalam radio aku jadi hepi lepastu jadi rindu gila zaman dulu.
aku ingat lagi aku dengar lagu nih dari kawan kot? ke sedara mara aku tah
masa tuh aku umur 11 taon aku balik mesia masa cuti summer
ramai bebudak laki nyanyi lagu nih sampai aku tunggu lagu ni keluar kat radio sebab nak nyanyi jugak walaupon nyanyi kelaut.wkakakakaka
kelakar hoi aku masa tuh tapi bak kate pepatah usaha tangga kejayaan ye anak2. ko jangan pandang pacik sebelah mata.
aku sakses hapal lagu tuh dan sampai sekarang aku ingat lagi dan aku suka lagi lagu tuh. bila dengar lagu tu aku terus je rasa macam nostalgia gila la teringat zaman aku tengah main2 petang2 dengan budak2 kat kampung a.k.a rumah paksu sambil nyanyi lagu nih.
lagu ape weh pacik? dari tadi cerita panjang berjela2 sebut2 lagu tapi takde tajuk. tumbuk kang! hahaha
lagu yang dimaksudkan adalah dari kumpulan def-gab-c *mcm ni la kot eja dia*
tajuk lagu dia 'ibu kota cinta'
arghhh aku suka sangat2 la lagu nih. terus rindu zaman budak2 tengah inesen lagi masa tuh. tapi inesen2 pon dah reti nyanyi lagu nih tau.wahahahha
rindu weh nak main petang2 main guli walopon aku xpandai lepastu aku xtau main apa tapi main kejar2 tapi aku tau ape motif kena kejar. aku lari je XD
iskal pon tekejut mana aku tau lagu nih.
helloo pariz aserap ada life best tau masa umo 11 taon dulu. jgn pandang rendah dekat beta ye.

dah la wess aku dah penat merapu xtentu hala. nak pergi merehatkan diri pulak la. orang tua kan? biasa la mesti la penat2. kate dah umo lapan puluh kan?hahaha
semalam ada dinner dengan beberapa buah syarikat lain la
lepastu aku terpilih dapat anugerah tokoh usahawan muda. bangga nih oi
ramai lagi orang lain yang lagi layak tapi rezeki pariz aserap nak buat macam mana. nasib baik aku pergi semalam. aku dah pikir2 malas nak pergi
dinner macam tu biasanya membosankan. aku xsuka
tapi pikir2 balik, eh xboleh la xpergi dah la ada kampeni lain lagi kena la jaga prestasi *kononnya*
tapi xsangka pulak dapat anugerah.wahahahahaha
pastu aku dapat la ucapan taniah daripada iskal. macam biasa la dia mencurahkan kretiviti dia *la sgt* atas kertas.
meh aku tunjuk dulu dia tulis apa.


tadaa!! haa kemain kan dia?
cuba ko teka nih kiriman kad ucapan ke nota ringkas ke ape benda nih.
wakakakakkaka
ini namanya aku dah gunting kertas tuh wess bagi elok
nampak tak senget2 tuh?
sebab yang sebenarnya beliau tulis atas kertas nih;



sahdu tak wess? T_T
tade kertas elok ke haa nak wish aku? tade ke?
emosi nih!
dia suka la macam nih. tulis lawa2 tapi atas kertas yang macam #&&*%@!
lagi sedih bila aku siap gunting hoi.wakakakakkaka
ko abaikan je yang kat atas yang aku blur2 tuh. aku xreti edit2 aku blur2 mende tuh rasanya dah semua dah tapi aku xtau apesal dia nampak tulisan lagi.
sabar je la aku.
tapi xpe kita kena paham ye perangai daniel iskal. beliau makhluk paling rare dalam alam semesta nih.wahahahha
apa2 pon tenkiu ish sebab selalu sapot pariz aserap depan belakang kiri kanan atas bawah. agak2 aku meroyan dasat2 dapatla sedas dua tumbukan maut beliau.
bukan senang nak layan kerenah aku. iskal je mampu.hahaha
awak tetap thorbaik,ish. aishiteru.eh? XD

dah la aku nak op dulu nak merehatkan diri dan minda
ada masa nanti aku tulis lagi. atau lebih tepat kalau rajin nanti aku tulis lagi.wahahahahaha
korang jangan besemangat sangat renung gambar kat atas nih nanti nampak benda lain XD
aku nak tido dah nih.harapnya la tido.
korang sume sila tido jugak pagi nanti nak kerja weh.
dah masuk hari kamis haruslah besemngat sebab esok jumaat dah cuti.hihik
makanya pacik op dulu.


sekian terima kasih.


saya yang terpaling hot,
pariz aserap.


No comments: