Tuesday, August 4, 2015

5 julai 2015

4 julai 2015 (malam)


aku kol maksom.


aku : maksom, esok fari nak pegi umah maksom.rendu laa
maksom : baru 4 ari maksom balik rumah dah rendu. ape la fari nih
aku : ahh xkira. esok fari nak pegi umah maksom jugak.tp tengahari sikit la
maksom : hahahaha. yela2 dtg je la bukan xbiasa pon.
aku : orait. fari pegi tengahari ek.lepastu kita detim la
maksom : ye la.lepasni fari dah xboleh detim dengan maksom dh kena cari org lain plak.
aku : apesal plak? tanak la. org nak detim dgn maksom je la.


maksom gelak2 je. lepastu cakap topic lain panjang bejela mcm sebulan xjumpa.


5 julai 2015 (pagi)


pukol 9 lebih tepon aku berbunyi. aku tengok nama, 'abg din'.anak maksom.
aku angkat.


abg din : assalamualaikum fari.abg din ni.
aku : waalaikumussalam bang. ade apa kol pagi2 ni?
abg din : abg nak bgtau mak dah xde.


aku diam. blur. aku jauhkan tepon dari telinga aku tgok balik dekat skrin nama sape. betul abg din. aku letak balik tepon kat telinga. aku denga dia duk panggil2 nama aku.


aku : ye bang?
abg din : fari dengar x ni?
aku : ...
abg din : fari, mak dah xde. baru kejap td
aku : mak sape?
abg din : mak abg,fari. mak abg dah xde.


aku terus letak tepon. aku kompius lagi. aku xtau abg din mane yg kol aku bawak berita mcm tu pagi2 ari. aku paksa diri aku pecaya yg abg din tu bukan abg din anak maksom. tapi kaki aku laju turun tangga pegi kat kereta. aku xbgtau sape2 pon aku  nak pegi mana.
bila aku sampai umah maksom aku tengok ade beberapa org lelaki berkopiah duduk depan umah. aku bagi salam lepastu masok umah maksom.
aku xtau aku rasa apa. aku xboleh rasa apa2 pon. aku mcm org bodoh yang xde perasaan. even aku xtau aku bawak kete mcm mane sampai boleh sampai kt umah maksom. aku xingt ape2.
bila aku masok dalam umah aku tgok kt tepi dinding ade jasad tebaring atas katil yang dh ditutup dengan kain. tp aku xrasa ape2
abg din dtg dekat aku.mata dia merah. aku tnya dia 'sapa tu?' smbil tunjuk dekat jasad td.
dia terus peluk aku.aku diam je.tunggu dia jawab soalan aku.
lepastu dtg plak adik dia. aku panggil abg baha. dia tengok aku kompius dia gosok bahu aku. aku tnya abg baha, 'bang, sape meninggal?'
dia pon peluk aku jugak.
abg din tarek lengan aku ajak pegi dekat.aku ikot je.
bila dh smpai dekat abg din bukak kain yang tutop muka.
aku xtau nak buat ape.nafas aku kencang smpai aku rasa saket dada.
lepastu baru air mata aku keluar. badan aku begegar sebab menangis walaupon xkeluar suara.
abg din peluk aku lagi. dia tau aku syg mak dia.
aku nangis smpai sesak nafas.
still xboleh terima kenyataan. aku duduk tecongok tepi katil tu smbil nanges.
aku dh xkisah org dlm umah tu dok tanye aku sape.
abg din ada kat sebelah aku smbil gosok2 belakang aku.
sepatutnya aku yang tenangkan dia.huhuuhu
aku xtau berapa lama aku mcm tu lepastu aku pegi amik wuduk aku baca surah yasin walopon dalam ati aku masih xboleh terima kenyataan.


masa org tengah mandikan maksom, mak ayah aku sampai.
dari jauh aku nampak mom kesat air mata.
aku pegi dekat dia aku peluk dia aku nangis puas2 sampai aku rasa aku xnak nangis dah.
lepas selesai semua aku ikot pegi kat kubur.
perasaan becampur aduk. pecaya dengan xpecaya. sedih. keliru. semua ada.
malam tu buat tahlil lepas teraweh.
aku sama mcm ni jugak. masih xpecaya.
aku duduk dalam blik je xkeluar. aku xtau nak buat apa.
kali terakhir aku hilang orang yang aku sayang masa aku tingkatan 5.
arwah atok aku.
skang aku hilang maksom plak. aku xtau aku nak buat mcm mane.
aku down gila.
org yang paling rapat dengan aku dalam umah nih dah xde.
orang yang selalu dengar masalah aku.
orang yang selalu bagi nasihat kat aku
orang yang selalu lebihkan aku dari org lain.
orang yang selalu bagi aku semngat
orang yang selalu paham situasi aku
orang yang buat aku hepi even dengar suara dia je pon.
orang yang xpenah tolak pemintaan aku walopon merapu.
orang yang nangis sama2 dengan aku.
sungguh aku sedih.
tapi aku tau aku bukan budak2 mcm dulu lg.
aku dah besar. aku kena matang. aku kena terima hakikat.
aku kena lawan perasaan nih.
aku xcite kat sesape apa aku rasa. aku selalu mengelak bila org cakap pasal maksom. aku xnak dengar sebab bila aku denga aku jd sedih.
aku xnak sedih dah.
dulu bila aku sedih aku ada maksom nak mengadu.
sbb tu aku xnak sedih sbb bila aku sedih maksom org petama yang aku cari. yang aku ingt.


maksom selalu cakap aku dh besar. dah jadi ayah org dah xboleh nangis dh.
tapi aku tetap nangis dekat dia bila aku xmampu nak handle masalah aku.hahaha
rasa mcm tedengar lg suara maksom kt telinga aku, 'fari  paling maksom sayang', 'fari paling istimewa', 'fari budak baik sangat'
:'(
sekarang aku cuma mampu mengaji dan berdoa je untuk maksom.
semoga maksom tegolong dalam orang2 yang beriman dan beramal soleh.
semoga aku tabah jugak nak menghadapi hari2 akan datang tanpa beliau.
tuhan je tahu mcm mane perasaan aku.
semoga aku kuat.




semoga maksom tenang disana.














maksom, fari rindu T_T