Saturday, May 20, 2017

cerita hari ini

baCk!
wahh teringat pulak dekat kampungchat bila taip mcm tu.
rendu pulak rasanya zaman muda mudi pacik yang xde life tuh kat sana.hahaha
kembalinya bajeitam pada hari ini adalah atas permintaan seorang peminat *sila terajang berjemaah please*
ada orang email aku tanya aku pegi mana? apesal lama menyepi xtulis blog?
terus feeling2 ada peminat.wakakakaka 
ni nama dia bajeitam mintak tendangan padu maut.
dia suruh aku aktif kat blog jangan lama sangat menyepi.
awak peminat saya eh? *hantuk kepala dekat dinding*
nak buat cemana,nak. pacik dah tua dan makin hot sekarang so kena la membanting tulang di ofis. bizi tahap bapak segala dewa naga pulak tu makanya gimana gue mau aktif selalu di blog sih?
bahasa sinetron tetiba kenapa?

tapi aku kan baik hati pemurah sopan santun dan berbudi pekerti *str8 face*
jadi aku xnak mengecewakan satu2nya(T_T) peminat aku, aku tulis jugak malam ni.
dengan xtau malunya aku mengklasifikasikan(?) dia peminat aku.wkakakakaka
amponkan beta.
aku xde cerita apa pun tapi dia dah kata kalau xde cerita pon tulis jugak jadi ko bersedialah nak dengar aku merapu2 petala ke dua puluh enam.
harini jumaat weh kompem la aku hepi berganda2 dapat begolek2 kat rumah tayah pergi ofis. ini yang dinamakan sorga.
lepas semayang jumaat tadi umah paksu ada buat makan2
ramai jugak macik pacik aku yang balik kedah sebab nak jumpa macik aku yang aku panggil makteh, dengan suami dia sebab minggu depan dorang berangkat ke spain dah. pakteh kerja kat sana.
macik aku xpuas ati gila sebab tak sempat puasa kat sini.hahaha
sebelum nih dorang duduk kat sabah tapi lepas dapat tahu kena pergi spain dorang balik kedah dulu la. memang biasa semua tuju rumah paksu sebab memang rumah tempat adik beradik dad berkumpul.
semua balik kedah cuma pak ngah je xbalik.
tapi makteh dah jumpa pakngah sebab dorang dekat je. sabah - brunei xjauh pon.
so tadi aku pon melantak dengan jayanya la. bnyak makanan kan?hahaha
macam dah hari raya weh tadi walopon puasa belum lagi tapi aku dah raya dulu mcm mana nih?
adik beradik ayah aku ramai kot. ada lapan orang semuanya. ayah aku nombor 6
tapi yang duk kedah dad dengan paksu je.
yang lain scattered everywhere.hahaha
lepas makan sembang2 dah petang sikit aku pon balik la mana boleh xbalik
ada epoimen dengan mafia hoi. pacik xnak mengambil sebarang risiko.
tapi aku je la balik mak ayah aku kat sana lagik.
ko ingat mak aku nak balik ke? tuh peberet dia weh kumpul ramai2 mcm tu.
aku sampai arini xpaham perangai mak aku.wahahaha

petang tadi aku pegi round2 naik moto dengan iskal
round dekat alor setar ni je pon sebab dah lama pulak rasanya xbawak moto
kang merajuk xboleh start naya je. jadi aku bawak la skuter nih pegi jalan2
mula2 aku ajak hakim tapi muhammad hakim xsudi weh. sedih dedi tau.wahahaha
tumbok nak dedi?
hakim kata dia tunggu ankel kal datang sebab dh janji nak main game ape lagi tah. aku ingat haikal nih dah bersara jadi gamer semenjak dia bz dengan alam pekerjaan *ayat buku teks* rupanya belum insaf lagi.
bawak mengucap daniel haikal. wakakakaka
adik sayam aku kerja arini sebabtu haikal nih lemau sikit sebab xde geng jenayah dia nak berpoya2 tapi jangan risau kal esok fir offday
bersiap sedia ye sume org esok haikal dan firdie begabung meletop.
dah pukul 2 setengah lebih weh aku duk merapu apa dari tadi nih?
esok takde agenda hoi. legaaaa!
boleh begolek2 kat rumah je mcm ular sawa.
ye2 nak begolek ko tengok la esok mcm mana belum apa2 iskal dah tunggu kat bawah ajak keluar. homaigod.
wahahahaha ampon bebeh
dia tido kat sini malam nih sebab umi dengan abah balik penang
dua2 xnak ikut balik mesti lega je abah dgn umi. boleh feeling2 pengantin baru anak xde.hahahha
dah la semua tido dalam bilik aku malam nih. aku duk pikir nih nnt nak baring mcm mana sebab katil dah kena konker.
tiga2 dah sakses pegi dreamland dah. ni kalo rumah tebalik pon xsedar nih.
biasa haikal tido dalam bilik firdie tapi dia tuh penakut
fir xde ko ingat dia nak ke tido sorang2? wakakkakaka
sebab aritu dia kata dengar apa tah. dia memang cepat takut weh walopon dah 27. redho je la semua orang kat sini
biasa kalo kat rumah dia memang dia redah bilik iskal la tido sekali
tapi tadi abang dia nih dah naik flight awal dah pergi dreamland sorang2.
awal gila hoi tido meninggalkan pariz aserap tekapai2 ku kelemasan.wakakkaka
aku rasa aku yang pegi tido kat bilik fir nanti nih. mcm xde harapan je nak tido atas katil sendiri. sorang2 kemain lagi amik space luas gila masing2
haikal bijak weh dia duduk tengah2 dia letak muhammad hakim kat tepi.wakakakaka
dasat la dia nih.

dah nak pukul 3 dah. aku pon dh nak op la nak baring pulak
lenguh weh pinggang arini. faktor usia kah?hahaha
rasanya dh boleh la stop lagu blackrose-cinta abadi nih
dari tadi ulang2 naseb baek semua orang dah tido kalo x ada kepala yang kena baling laptop sebab stres ulang lagu sama je.
nak buat cemane,nak. pacik rendu marka pacik yang dekat dimata dekat dihati.eh?:P
lepastu kan ada satu lagu nih anak aku suka weh.
lagu tgh femes kot sekarang nih. yang wani hasrita tuh ke macam mana eja?
jangan main muhammad hakim siap hapal nih asik nyanyi2 feeling mcm dia tgh putus cinta.wakakakaka
siap tanya aku, dedi best kan lagu nih?
best memang best anakanda tapi xboleh celen cinta abadi dedi la XD
lagu tajul tu pon dia suka. dia suka lagu2 style mcm 90s kot
aku rasa sebab dia beguru dengan iskal la. semua lagu 90s dia tahu.
syabas beta syabas!
tapi anak aku tak minat aiman tino.wahahahahaha

dahla aku nak op dah. dari tadi duk kate nak op x op2 jugak
perangai pariz aserap memang mcm nih.
dia xdapat laptop xpe weh tapi bila dah dapat memang megren la nak suruh dia stop.
tapi aku kena op jugak2 la sebab iskal dah berbunyi dah suruh tido
aku ingat dia dah pensan xsedar2 tadi mcm mana dia boleh tejaga nih?
baiklah anak2 sekian sahaja coretan [kau baca: kemerapuan(?)] beta pada hari ini. nanti kalau ada masa aku tulis lagi ye.
xboleh bejanji tau nak tulis blog selalu. anak2 kena paham ye pacik sekarang sangat bizi xjejak tanah di opis.
jangan nangis tau kalau bajeitam x meraban lama2 kat sini *ya Allah perasannya*
insyaAllah ada masa aku tulis lagi.

dah weh aku kena op nih sebelum mafia keluarkan aura laser beliau.
ma'assalamah wa ilalliqo'


hot makin menjadi2,*pang! pipi 40 kali*
pariz aserap.


No comments: