Friday, June 2, 2017

seminggu berpuasa

assalamualaikum warohmatullohiwabarokatuh.
dah nak masuk seminggu dah kita berpuasa tapi baru arini aku nak ucapkan selamat berpuasa la kepada semua muslimin dan muslimat sekalian alam semesta.
nak buat macam mana,nak..beban kerja menghantui pacik.wuwuuu
masuk bulan jun nih aku agak bz la sebab banyak benda kena settle
tapi aku malas nak ckap pasal kerja
esok jumaat oii ape barang cakap pasal kerja dihari jumaat yang mulia lagi indah nyaman aman damai sentosa dan sejahtera.wakakakaka
legaa weh esok xkerja. bestnyaa! bestnya!
betul la bulan puasa dugaan lagi hebat. dah la cuaca kat sini sekarang ya allah ya tuhanku........tsk3
panas gila kot. dan2 pulak aku asik kena turun padang xlekat kat ofis
dah macam orang keje ukur jalan tengah2 panas
hitam pacik nanti tau. jatuhla saham aku.wkakakaka
puasa2 pon mintak kena terajang jugak ke pacik?
tapi xpe la bukan selalu pon. bila lagi ko nak rasa macam nih pariz aserap?
anak aku jugak yang best
cuti sekolah 2 minggu hoi best gila duk kat rumah je xnak keluar sebab dia kate panas teruk (aku lupa ayat dia tapi rasanya dia sebut panas lit2? ke ape tah) duk dalam rumah sejuk katenya.abistu nanti dedi hitam sorang2 la?
xaci tau hakim.

lepastu di bulan puasa nih macam biasa la napsu paling hebat mestila di bazar ramadan XD
dah berapa tahun asik nak challenge napsu kat bazar tapi sampai taon ni masih xmampu.
dugaan terlalu hebak disana.wakakkakakaka
lagi2 bila aku pegi dengan iskal. eh dia tu kalo boleh hari2 nak makan ayam yang dia panggang sekor2 tuh yang bepusing2 kena cucuk besi tuh.
nama apa ayam tuh weh? ayam golek? ke ayam percik?
aku panggil ayam pusing je sebab dia pusing2 kat situ.wahahahaha
nasib baik ayam tu boleh beli sebelah bahagian. jadi xde la nampak extreme sangat beliau
aritu aku membebel dah kat dia.tapi macam biasa la dia kan suka derhaka kat aku mestila aku kena marah balik pastu tarik muka.
aku xnak la gaduh2 dibulan puasa yang mulia ni kan so aku pon dengan pinterrr sekali  pujuk beliau tayah la beli ayam ni dah baru semalam beli sekor kan?
ai repeat. SEKOR! ye anak2 yang dikasihi.
so dengan idea bernasnya aku rekemen dia beli ayam madu yang kaler merah nak mampos tuh.
kesimpulannya?
AYAM jugak hoi! apesal ko ceredik sangat pariz aserap??
xmasal arini dia nak ayam madu tu lagi. mendapat la kau pacik.
aku memang serender la.
ishqal nih ada saka ke apa? wakakakaka.ampon bebeh
aku layankan je la.agak2 kronik aku amik besi yg pusing ayam tuh baling kat kepala dia biar insap sikit.

berapa ari lepas aku ada cakap dengan si bernardo
eh dia meroyan boleh? sebab kita puasa dengan raya awal dia belum cuti summer lagi.
stress je dia tanya aku apesal taon ni puasa dgn raya awal sangat? bukan sebelum2 nih raya masa cuti summer ke?
dah tu nak buat cemana bulan romadhon awal taon ni xkan la bulan romadhon nak kena tunggu dia cuti dulu XD
bertabahlah la beni xdapat beraya dengan kami. dia stres yang serious weh
xboleh blah macam la dia puasa. wakakakakakakka
dah letak telepon pon dia tak abis lagi meroyan meset aku kata nak pergi bazar ramadan nak air tebu.
sila terima kenyataan ye dik, awak xdapat datang sini dibulan puasa yang best nih. aku harap dia tak kena penyakit kemurungan lepas cakap tepon dengan aku.wkakakakaka

dari tadi aku taip kat sini rasanya pukul sebelas lebih kot sekarang dah pukul 2 pagi
bukan sebab aku termenung weh tapi nih haa akak aku dari tadi duk watsapp tanya pasal kuih raya la baju raya la..
macam2 jenis haa dia bagi gamba kuih raya lepastu suruh kitorang oder nak yang mana.
dah la dia letak dekat group la mia famiglia.
ko agak2 mak aku macam mana bila tgok kuih raya tu?
sakan hoii dia oder T__T
perempuan2 dlm keluarga aku perangai sepesen je semua bila bab macam nih
apak aku rilek je aku pulak yang kalut.
aku bagitau kat mak aku, banyak dah ni mom oder cukup la ni kot.
tapi akak aku siap bagi semangat pahlawan kat mak aku rekemen2 bagai kuih ni sedap kuih ni sedap. pendek kate semua sedap la bagi akak aku
aku pulak : 'oke la ni kot dah banyak dah ni kuih xcampur yg mom beli lagi nanti dah janji nak buat dengan kal lagi'
lepastu aku tengok dad 'typing' 
aku tunggu. dengan konfiden aku tunggu dad backup aku
lepastu,
'xpa la fari biar ja la mom nak beli mana yang dia berkenan. nanti kita jugak yang makan lagipun orang perempuan kan lagi tau mana yang sedap dgn x'
krikkrikkrik
baiklah dad.tsk2
cool x ayah aku? cool x? wahahahahahaha
dia backup bini dia weh. aku beriya ingat dia nak backup aku
ni ke rahsia rumahtangga kekal bahagia dad? fari kena belajar nih. hahahaha
sekarang pon meset xberenti bunyi lagi. tapi mak aku dah tidor sebab dah settle pasal kuih raya dia. esok pulak la kalau ada yang baru XD
sekarang nih akak aku dengan adik perempuan aku masih rancak lagi duk pilih kuih raya.
kak long siap tanya aku, fari pilih la nak yang mana.
kak long, fari dengan mom duduk satu rumah tau. kalo fari beli jugak rasanya boleh la kita bukak kedai jual kuih raya pulak nnt.wakakakaka
merapu weh kakak aku.
dia siap suruh iskal dgn hekal promote dekat umi
akak aku boleh jadi salesgirl dah ni kalo mcm ni gaya.
nanti dia balik sini ko tengok la berapa lori dia bawak kuih raya tuh walopon dia tahu mak aku dah borong banyak.
tapi xpe la bak kate ayah aku, nanti kita jugak yang makan.
akanku pegang kata2 dad.wakakakakaka

rasanya semua dah settle la kot walopon baru seminggu puasa
melampau hoii
alhamdulillah attendance teraweh setakat nih full
dan aku masih lagi berazam untuk xnak tinggal teraweh.
harapnya taon ni berjaya la dah asik taon2 lepas fail je.
ape nak jadi pariz aserap nih.
aku dah nak op la arini mata rasa senak tengok laptop lama2
aku kena berehat sebentar bersama kitkat
anakanda dah lama sampai aprika dah nak balik mesia balik dah haa
dedi je tak tido2 lagi.
malam ni aku berdua je dengan hakim sebab fir keje
nanti pagi aku xnak pegi mana2 nak duk rumah je lagipon pagi nanti firdie balik keje boleh la jugak layan adek sayam aku.
sian dia penat.
aritu dia balik keje lapar katanya xsempat makan sebab ramai patient 
aku pon pegi la teman dia makan
lepastu aku masuk dapur kejap nak amik air kat dia bila aku keluar dapur pegi kat dia tengok dia tido dah
dia tido sambil makan weh. tangan dalam pinggan lagi.
sedih gila aku tengok fir macam tu tapi aku kejutkan dia suruh dia habiskan makan sebab dia kata lapar kan.
boleh dia senyum kat aku pastu kata dia penat
dia xtau abam dia nih tengah bertabah xnak nangis. booo!! wahahaha
sedih wess tgok fir penat mcm tu. pastu terus aku suruh dia rest je tido puas2
rendu pulak firdie aserap beta.hahaha

dah la aku nak op dulu
kalau ada masa nanti kalau aku xbz dengan kerjaku dikantor nanti aku tulis lagi
diharap semua orang jangan rendu aku *dah dtg dah perangai dia*
sebelum tu sekali lagi aku nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut bulan romadhon yang mulia nih. semoga segala ibadah kita diterima oleh Allah. ameen.

sekian terima kasih.



abam yang hot petala ke tujuh puluh enam,
pariz aserap.

No comments: