Friday, June 16, 2017

na na na na na teganu kite


dah lepas pukul 12 tengah malam  kiranya dah masuk ari jumaat la ni kan kan?
oh bestnya bestnya.
ari jumaat xpenah xbest. kate penghulu segala hari kan?rasa nyaman lain macam je. hahaha
alasan sangat kau pariz aserap! padahal lega sebab cuti.
tapi pagi nanti aku bersama rombongan cik kiah akan berangkat ke terengganu
tak berapa nak rombongan sangat la sebabnya aku pergi 4 orang je.
aku, iskal,hakim dengan haikal.
jangan ditanya apesal adik sayam aku xikut.
firdie sibuk weh. sibuk memanjang pulak tuh demi nak cover cuti raya.hahaha
yang penting tahun nih raya pertama beliau ada kat rumah
itu yang paling penting lagi utama ye anak2.
kalau x mau aku meroyan dah taon lepas kena kerja kalo taon ni kerja jugak ada pariz aserap raya dekat sepital sekali kang.haa takot x semua orang?

oke. berhenti merapu.
meh kita masuk isi pertama sebab2 dan tujuan aku nak pegi tengganu pagi nnt.
sebabnya nak pergi cari nekbat weh.
haa ko kenal x nekbat tu apa? kalo xkenal ko pegi gugel sendiri aku malas nak eksplen nanti boleh ganti wikipedia eksplenesyen aku.
muntah ko baca kang.hahahha
nekbat tu manis gila la aku memang xberapa sangat.
aku xsuka makan benda2 manis.
tapi aku terpaksa jugak pegi cari nekbat nih sebab ada rasaksa meroyan hoi nak makan nekbat.
jadah la dia. stress tau tiap2 ari mintak cari nekbat
ape dia ingat kat kedah nih ada tepi2 jalan je ke haa?
makanan tu ada kat terengganu kelantan je weh. ke ada kat kedah?
kalau ada tolong la bagitau aku tayah susah2 aku nak kena drive g terengganu nih nanti.wahahahha
ada ke mintak nekbat? mintak la ondeh2 ke kuih2 lain ke boleh la jugak aku pegi redah bazar tuh.
ini mintak nekbat. sila la hantuk kepala kat dinding konkrit laju2 pacik.
oh lupa plak nak bagitau siapakah rasaksa tersebut.wakakakakakka
sape lagi la yang suka makan benda manis kat sini
mestila daniel iskal aka encik mafia.
bak kate firdie pon, xpregnant pon dah mcm ni kalau boleh pregnant xtau la mcm mana XD

tapi aku xsampai hati la nak menghampakan beliau.
kan dah bagitau aku nih memang baik dan beperkerti mulia mana sampai ati nak biar je tau *ada sape2 nak terajang? ada x?*
lagipun muhammad hakim dah lama nak pegi terengganu dari aritu lagi
kiranya oke la boleh la lepas hajat anakanda beta.
huk aloh baiknya dedi dia.wahahahahahha
memang mintak tendangan padu nampak,pacik?
iskal siap dah list dia nak cari apa; nekbat,jala mas*kot nama dia* lepastu kuih sekaya.
mengucap panjang aku haa.
weh semua kuih2 dalam list dia tuh manis gila hoi.
MANIS. TAU TAK MANIS??
bahaya la dia nih. takot pulak aku.
tahun lepas kami ada pegi terengganu bulan puasa masa tu berbuka kat hotel.
ada la kuih sekaya dengan nekbat tu.
start situ la tetiba beliau kenal kuih tradisional terengganu.
tak masal je mengidam sampai meroyan.wakakakaka
menyesal pacik,nak.
firdie sarankan aku supaya campak je iskal dekat kelantan dah suka makan manis sangat kan? orang kelantan kan masak manis2 semua.hahaha

makanya dengan ini, pagi nanti bermulalah perjalanan ke terengganu dengan misi mencari nekbat iskal T_T
lepasni aku xnak bagi dah la dia makan manis2 sgt. risau weh kena kerat kaki nanti sape yang susah?
mereka dan keluarga mereka jugak.
semoga aku tabah la drive ke terengganu. boleh tahan jugak jauh dia.
jauh tu bleh konsider lagi tapi aku paling xsuka dekat gerik
rasa lambat gila dah la boring.
semoga selamat sampai la pacik nanti.
demimu iskal. ingat nih jasa pariz aserap nih. jangan asik nak derhaka sangat.
wakakakakakaka
kena tumbok sedas dengan beliau nanti baru kau tau erti penyesalan pacik.
tapi aku boleh pergi cari ketupat sotong!!! arghh heaven!!
aritu member aku si lin tuh memang sengaja cari gaduh ngan aku la aku rasa
dia tunjuk gambar ketupat sotong satu periuk kat rumah dia.
ai ripit SATU PERIUK oke!!  
sadis gila perangai beliau. menangis air mata darah pacik kat sini.
sedap wess.
dia xpernah beli yang jual kat tepi2 jalan tu katanya sebab xsedap buat sendiri lagi sedap.
weh, yang kat tepi jalan yang dia kata xsedap tu pon dah nikmat gila bagi aku hoi.wakakakakakaka
kalau makan yang dia tunjuk satu periuk tu xtau la mcam mana.
mau melayang2 je rasa.
tabahlah pariz aserap T_T

dah la tanak cakap pasal ketupat sotong nanti aku mengigau kang bahaya.
boleh mengancam keselamatan semua orang kat sini nanti.wahahaha
aku nak op dulu la nak berehat sebentar bersama kitkat
harapnya dapat la tido
kejap lagi nak sahur pulak. esok nak drive lagi
dapat tido 2 jam pon dah best nih.
angan2 nak tinggi je pacik nih XD
dah la malas dah nak tulis xde mood sebab tebayang ketupat sotong.wakakakaka
dah nak raya wess lagi seminggu je kerja lepastu raya seminggu*ke beberapa minggu? hahaha*
inilah yang dinamakan sorga.
oh sebelum tuh,zakat dah bayar tak nih? jangan xingat nak bayar pulak.
*mentang2 aku dah bayar*
dah la aku nak op dulu. doakan semoga aku selamat sampai di terengganu nanti dan semoga aku berjumpa dengan ketupat sotong kesayangan.wakakakaka



p/s: dah masuk 10 romadhon terakhir nih semoga segala doa2 dan permintaan kita diangkat ke langit dan dimakbulkan serta semoga segala ibadah yang kita lakukan diterima oleh Allah S.W.T. dan yang paling penting, semoga kita dapat berjumpa dengan lailatul qadar. amin ya robbal 'alamin.




ilalliqo'.


lelakipalinghotdialamsemesta,
pariz aserap.

No comments: