Thursday, July 6, 2017

pariz aserap selepas raya

tadaa!! aiyembek bebeh!
dah rendu aku x semua orang? aku tau ramai orang rendu cuma malu nak angkat tangan kan? kan? *matikla ko perasan pacik*
macam mana raya adik2 sekalian? dapat duit raya x? 
kalau dapat sila share kat pacik sikit sebab pacik dah botak selepas raya.
sadis betul.
aku rasa macam tukar duit lagi banyak dari tahun lepas tapi apesal asik xcukup je? taon depan aku nak bagi sampul macam cabut undi tuh.
lepastu tulis banyak2 'maaf anda tak bejaya sila cuba lagi ditahun hadapan'
wahahahahaha
rasa berdosa pulak kalau buat macam tu XD
tak weh aku  baik dan berhati mulia ko jangan risau aku xbuat perkara keji macam tuh.

haritu aku cuti raya seminggu. kalau ikutkan 9 hari la start jumaat dah cuti.
lepastu straight sampai sabtu depannya.
ko tau tak perasaan heaven tu mcm mana dapat cuti 9 hari straight? ko tau x?
rasa nak menangis gembira dihari raya.
tahun ni raya sakan weh dari hari ahad sampai hari sabtu tak abis2 lagi beraya
melampau betul pacik nih.
hari ahad masuk opis terus lemau xbertenaga. abg zul siap halau aku suruh balik. 'pegi balik je la fariz daripada duk kat ofis xde perasaan mcm ni'
wakakakakakkaka
culture shock laa abg zul tiba2 raya dah abis.
tapi raya tahun ni aku hepi la sebab firdie aserap cuti 2 hari.
dapat satu hari pon aku dah rasa nikmat ni kan pulak 2 hari. rasa nak menangis air mata darah bak hang! *tiba2 ckp kedah dah kenapa ko pacik?*
anak aku pulak kalau dulu beliau gembira dapat duit raya sekarang nih dia malu weh bila orang bagi duit raya kat dia.
bengang je muka muhammad hakim bila dapat duit raya.
dia dah besar katanya malu la kalau dapat duit raya lagi. unless kalau dari dedi dengan ankel2 dan anti2 beliau yg tu dia memang berbesar hati la menerima.wahahaha
14 tahun tu dah besar ke? aku pon xpasti.
tapi xpe hakim kalau hakim xnak duit raya tu takpe terima je bila orang bagi lepastu pass kat dedi la kalau xnak. dedi sentiasa nak.wakakakakaka
tak guna dedi!

aritu hakim cerita kat aku ada kawan dia nih sorang kena gelak dengan budak2 laki kelas dia sebab dia baru sunat.
umur dah 14 tahun tapi baru sunat. 
lepas dia bagitau aku kawan2 dia gelak2 kat budak tuh dia pon kate 'tapi hakim xgelak tau dedi dekat dia'

aku : bagosla mcm tu xbaik gelakkan orang nanti malu dia. tapi betul ke hakim xgelak nih?
hakim : betul dedi hakim xgelak sebab hakim teringat dedi pon dulu sunat masa 14 tahun jugak.

T___________T

terima kasihla anakanda sebab teringatkan dedi. dedi lebih rela hakim xingt.wakakakakkaka.
siot la.
mana bleh samakan dedi dengan budak tu. dedi spesel kes la sebab dedi duk obersi dulu *xde kaetan oke ko duk kat mana pon dedi*
boleh putus napas pacik kalau dengan muhammad hakim nih.
dedi sayang banyak laut tau kat budak nih.hahaha

oke meh sambung balik cerita lepas raya pariz aserap.
paling xbest kat ofis bila kena tukar jadual waktu balik.
bulan puasa balik pukul 4.30. pukul 4.30 tuh aku dah bedesup keluar ofis.
sangat punctual ye anak2 sesuai dengan motto hidup pacik 'masa itu emas'
*dush! muka ko pacik*
sekarang dah tukar macam biasa la balik 5.30. terasa lambat gila weh
asyik2 tengok jam didinding terus berdetak ah.wakakakakakaka
hoii ko kena rasuk syaiton ape nih pacik? geli la lagu tuh.
tarik napas bawak mengucap pariz aserap.
seb baek esok jumaat weh. terasa indahnya hidup ini
esok aku tanak pegi mana2 aku nak duk rumah je rest
seminggu raya xrest langsung weh boleh tahan penat dia. kalah budak2 haa aku beraya sakan.wahahahaha
lepastu bila bukak pesbuk tak macam meriah gila pulak ramai yang aplod2 gambo raya memasing. best la tengok.
tapi aku tak suka baca yang ada hashtag team-sekian2
tak tau la ngapenye tapi aku jadi menyampah bila baca.
ampon maap dipinta la ye.hahahahha
kemain banyak team itu team ini. teambiru teamhijau teampepel.
aku team-merahnya-makngah rilek je tak bising pon XD

taon ni aku takde misi menurunkan berat badan selepas raya
sebab berat aku maintain xnaik xturun
ni efek aku mengamalkan gaya hidup sehat nih. ko kena tiru tau.
iskal macam biasa la mulut je bising kate dah naik sekilo. tapi mulut tu jugak la yang makan macam2.wakakakakaka
aku ingt dia naik banyak berat badan sebab dia makan macam rasaksa tapi tengok maintain je xde perubahan. sekilo pon xtau kat mana.hahahaha
tapi dia walopon makan banyak dia rajin eksesais. siap menari tonggang tebalik sebab tu kot lemak pon xsempat nak dihasilkan(?)
kesimpulannya, contohila kami *sengeh mintak penampo*
aku sekarang dah haramkan benda2 manis kat dia walopon dia derhaka nak jugak tapi pacik kena bertegas ye anak2.
lepas raya dah mintak cari macaron ape kes?
macaron tu manis gila babi hoii. dh la beli banyak!
mahal tu aku xkesah duit boleh dicari *ayat mcm mahal gila macaron tuh XD*. aku kesah manis tuh. aku dah tahap siriyes risau nih.
lepas makan macaron aku heret dia pegi klinik nak cek gula.wkakakaakakaka
nampak x risau aku macam mana?
seb baek dia xmembantah. tapi dokter kate kandungan gula dia normal.
xde kencing manis pon. dokter kate maybe sebab dia aktif.
aku siap api2 kan sikit dokter tuh biar dia bagi ceramah kat iskal.hahahaha
so far lepas balik dari klinik tuh sampai arini dia xmintak bukan2 lagi dengan aku. boleh la tarik napas sikit.hahahaha
mampos la ko pariz aserap bila dia baca nih 
pariz aserap care tau ish sebab tu buat mcm nih. kate sayang kan kan? hahaha
tak aci marah nanti jatuh derhaka XD

oke la aku nak stop dulu.
ade agenda lain pulak dimalam jumaat yang best nih.
nanti x bz aku tulis lagi. sekarang pon xde la bz sangat. lebih tepat belum bz lagi cuma aku MALAS nak tulis.
walopon dah 30 taon tapi perangai malas masih xhilang.
sila doakan aku hilang perangai malas nih.wahahahaha
so kalau aku rajin aku muncul lah lagi kat sini sesuka hati dan sesedap rasa.
malam nih sume orang tak tido lagi. betapa menghargai malam jumaat ke ape nih sebab esok cuti?
tapi rasanya aku sorang je yang mcm tu.wakakakakka
eh tak. aku dan haikal.
baru sekarang kal paham perasaan aku macam mana. heaven kan kal ari jumaat kan? hanya orang bekerjaya yang bekerja bersungguh2 je yang paham perasaan ni tau. tahniah haikal!
iskal tu aku xtau besungguh ke x sebab sama je dari dulu.hahahaha
tapi kalau dia xde kat opis haikal jd lemau sebab dia nih selalu jadi penyelamat haikal walaupon asik pusing kerusi je kat opis.
hebak tak mafia pariz aserap? 

aku nak op dulu nak pegi layan muhammad hakim nyanyi
aritu aku pasang lagu charlie puth - attention tuh. aku suka lagu tu sebab mcm best je. pastu tiba2 muhammad hakim addict dgn lagu tu.
besemngat waja hapal lirik. dedi join je la nanti bleh karoke sama2 dengan dia.hahaha
sekian sahaja untuk malam ini. marilah kita bergumbira dimalam jumaat yg indah ini.

wabillahi taufik walhidayah assalamualaikum warohmatullohiwabarokatuh.


p/s: semalam, 5 july genap 2 tahun maksom pergi tinggalkan kami. not a single day goes by that i havent thought of u. i miss u and i know i will miss u forever. i love u :') al-fatihah.



hottest guy on earth *straight face*,
pariz aserap.


No comments: