Wednesday, July 19, 2017

percutian yang tiba-tiba

baru kejap tadi aku sampai rumah selepas berpoya2 di port dickson
tiba2 sangat pegi sana tak rancang apa pon
nampak x napsu berpoya2 melebihi segalanya? main redah je. wahahahaha
aku pergi lexis hisbiscus tuh konon nak try la sebab ramai yang post kata best
tapi siriyesli aku rasa biasa2 je xbest sangat pon
melayang duit pacik T_T
malas la nak cerita pasal tu sebab xbest kan? jadi tayah cerita.wakakakka
harga agak mahal dah la xde promosi time tu.
tapi aku tak gemar part kolam renang dia. kecik je pastu ngadap dengan bilik orang lain. dimanakah privasi pacik nak? bayar mahal nih! hahaha
member aku book grand lexis kot nama dia tapi kolam besar mcm kolam renang tuh. aku punya kolam macam kolam budak2. apekah?
kalau aku tau aku amik grand lexis weh dah la murah sikit daripada hibiscus tuh
kemain amik panorama pool sea view ke jadah ape tah nama dia aku tak ingat dah tapi macam tu la.
tak bersyukur nih pariz aserap!
astaghfirhullohal'azim. bukan tak bersyukur tapi macam sayang je duit aku.wuwuu
kesimpulannya lexis hibiscus is not my cup of tea *bantai je*
so far, terpaling peberet aku adalah banjaran hotspring. ohmaigod yang tu paling best gila tak tipu
kolam renang gedabak besar private pulak tuh siap ada jakuzi dengan open shower. apa lagi yang kau mau,nak? hahahaha
disebabkan hibiscus ni tak berapa nak best jadi aku taknak cerita. tapi kalo ko nak pegi pegi je la maybe bagi aku je yang xbest sebab bilik dia macam mengadap dengan bilik lain walaupon xde la rapat sangat tapi boleh nampak la.
aku kan suka privacy jadi walau hebak cemana pon tempat tu kalau xde privacy makanya tak bestlah bagi pacik.
ko try la mana tau kau suka. tapi better amik grand lexis sebab pool dia ada kat dalam(?) bilik. ko nak tido dalam tu sampai subuh pon xpe.

oke dah. tamat cerita percutian-yang-tiba2 aku.hahaha
sekarang marila kita lemau+penat+letih bersama2 selepas drive dari pd balik ke jalan sultanah.
esok kerja weh xboleh cuti lama2 kerja dikantor masih belum beres pak.
kerja tak beres tapi nak pergi bercuti inilah padahnya
aku sebenarnya stress banyak kije sebab tu aku melarikan diri kejap dari opis.
wahahahahaha
stress dan pariz aserap berpisah tiada. macam mana la ko tak darah tinggi pacik weh. eh tapi sekarang darah tinggi aku dah oke sikit dia x kerap menyerang sangat.
tapi aku rasa dia bakal menyerang dalam waktu terdekat nih la bila aku masuk opis nanti sebab kena deal dengan satu kompeni ni.
aku harap cepat je la settle dengan dia nih sebab aku kemurungan tahap tertinggi bila kena discus dengan beliau.
ko bayangkan bila aku kol tanye pasal sekian2 takde sape tau.
pakat main pass2 tepon kejap kerani kejap assistent kejap lagi project manager pastu bos. korang nih nak kerja ke nak main2?
pening la kepala aku macam nih.
bila tanya2 tergagap2 jawab macam tak kompiden. tak tau la lama mana lagi aku boleh tahan handle mende nih
agak2 kalo teruk sangat stress nih aku pass kat abg zul je la.
mana aci aku sakit kepala sorang2 kan? kena la berjemaah.wahahahaha
ko doakan je la semoga aku tabah layan karenah sorang2.
kate hot kan? orang hot kena bersabar menempuhi dugaan.
lempang nak pacik?

esok ada jamuan raya lagi. selagi x abis raya ko bersyukur je la asik dapat makan free je.hahaha
dah la kawan aku kawen esok. apesal dia buat ari rabu? aku pon kompius
tapi xpe la esok kalau sempat aku pergi la jugak
'orang jemput tak baik tak pergi tau nanti kecik ati dia' bak kata mak aku dan aku masih memegang slogan mak aku nih XD
tahun nih aku dapat pulak soalan cepu cemas bila-nak-kahwin nih. dah lama xdengar orang tanya taon nih sempena umor 30 ada yang bertanya kat pacik.
hahahaha
jawapan aku taon ni aku up sikit dari taon2 sebelumnya.
kalau dulu aku jawab ntahla, xtau la, xde jodoh lg la
taon nih bila orang tanya aku bila nak kawen, aku jawab 'hmm susah soalan nih saya nak jawab mcm mana nih ek?' 
dan aku jawab dengan muka siriyes macam tengah jawab exam spm addmath. wahahahaha

aku rasa kena op dulu nih kena pergi mandi segarkan badan
lepastu takleh tido padan muka ko pariz aserap!
tapi siriyes kena mandi nih. lemau nak mampos rasa
lenguh weh tubuh badan.
aku tak kira lepasni aku nak tido jugak.
tak boleh tido aku bantai air kopi nanti gasaklah. yang penting pacik kena tido sebab esok nak hadap bebanan di opis yang sangat hebak
semoga aku tabah dan tak menangis bawah meja hendaknya.wakakakaka

semoga bangun pagi esok aku terasa segar cergas dan besemangat waja untuk ke opis.
mintak2lah keajaiban itu berlaku. meh sama2 doakan aku.wahahahaha
dah laa. merapu xtentu hala dia nih.
selamat tido sume orang. jangan mimpi aku nanti ko sawan sebab aku hot sangat. 
mintak tendangan padu berjemaah nampak pacik? XD


sekian terima kasih. ilalliqo'


lenguh-tarap-dewa-semilanbelas-tapi-masih-hot,
pariz aserap.

No comments: