Friday, November 24, 2017

get well soon my mafia


assalamualaikum warohmatullohiwabarokatuh.
akhirnya pariz aserap dapat hidayah pegi repair laptop.hahaha
aku sekarang free melampau2 sebab aku cuti sebulan tanpa gaji.
oh sorganya duduk rumah goyang kaki.
nanti nak sambung lagi la.hahahaha

well regarding to my previous post ada yang tanya kenapa?apa? mengapa?dimana? bagaimana? bila?iskal sakit balik*mintak terajang* 
oke tak2. meh serious sikit.
ada yang tanya aku pasal iskal. macam mana dia boleh sakit balik.
akhir bulan lepas dia jatuh kat luar rumah masa nak pegi amik barang dalam kereta sebab licin air hujan T_T
i swear i wont let him go outside had i known it.
masa jatuh tuh kebetulan abah ada sebab abah nak keluar.
aku cuak macam nak mati sebab lepas jatuh tu dia terus tak boleh bangun dia cakap belakang dia sakit sangat
kami terus angkat bawak pegi hospital masuk kat emergency
seminggu jugak kena admit.
so sekarang dia memang kena baring je sebab tulang belakang dia ada problem sikit. sumpah sedih weh tengok dia macam tu.
kadang2 kalau dia lenguh baring dia suruh angkat dia sebab dia nak duduk tapi dia tak boleh duduk lama nanti belakang dia sakit. dokter pon mmg prefer dia baring je dulu buat masa sekarang
tapi kesian la lenguh kot kalau baring 24jam. sebab tu kadang2 aku angkat jugak la dia bagi duduk kejap kalau dia mintak
dia tak boleh bangun sendiri kena ada orang yang buat.
kalau dia nak duduk dia kena paut dekat tengkuk(?) aku dulu lepastu baru aku bangunkan dia. aku memang tak bagi dia guna tenaga langsung
sebab aritu dia dah try nak bangun sendiri tapi lepastu sakit teruk
so bila aku angkat dia memang aku suruh dia rilekkan badan dia maknanya seratus peratus berat dia tuh memang aku yang carry.

kalau nak pegi toilet tu seksa sikit la sampai tahap aku suruh dia kencing dalam botol je.haha
tapi dia xnak. so aku kena dudukkan dia dulu atas katil tu lepastu bagi dia turun dari katil tu,bediri lepastu cepat2 dudukkan dia atas kerusi roda pulak sebab dia tak boleh berdiri betul2 lagi. lepastu tolak la kerusi roda masuk toilet XD
nak dudukkan dia atas kerusi roda tuh paling mencabar bagi aku sebab memang guna tenaga aku seratus peratus. takot jugak kalau terhempap dia kat atas kerusi roda tuh kang. so i have to be extra careful sebab mcm aku cakap td la aku memang xbagi dia guna tenaga langsung. 
kenapa gigih sangat pacik sampai angkat2 macam tu? kenapa tak dukung je?
tak boleh dukung oke!  takot tulang dia mcm mana tah dokter kata aritu.
so tu je la cara dia.
kondisi dia sekarang memang memerlukan orang lain ada dengan dia sebab dia tak boleh buat sendiri.
dan orang yang paling sesuai mestilah aku. hahaha
sebab umi mana larat nak angkat dia. umi tu dah la kecik je.
haikal dgn abah ada kata aritu nak gilir2 jaga iskal tapi kesian la dorang
aku tau la sekarang dorang bz dah la iskal dh mc sebulan xkan la abah dgn haikal pon asik nak amik cuti kan?
korang sila bekerja ye? pariz aserap dah buat keputusan nak cuti tanpa gaji jadi sila jangan persoalkan keputusan beta ini.hahaha
lagipun iskal kalau nak pergi toilet dia taknak umi/abah. dia kata segan.
dengan haikal dia oke je tapi xpe la kal sila membanting tulang di opis ye biar abg fari je yang uruskan.
so macam tu la rutin harian aku.

tapi tadi dah sampai dah bed yg macam kat hospital tuh aku order aritu
lepasni senang sikit dia kalau lenguh baring dia boleh tekan button tuh je naikkan bed tu. 
tak payah nak kena angkat lagi pastu letak bantal kat belakang
aku order bed tuh sebab aku risau sebenarnya kalau aku asyik angkat2 dia mcm tuh. aku takot belakang dia lambat sembuh.
so sekarang at least satu kerisauan aku dah berakhir.
sekarang nih aku cuma nak dia rest je tayah rushing nak recover ke ape
walopon hakikatnya dalam hati aku harap sangat dia cepat sembuh.
tak sanggup weh tengok dia mcm tu. tapi dokter dah cakap menda nih amik masa. paling cepat pon 4 5 bulan baru boleh baik.
so aku tanak dia stress depress tensen dan yang sewaktu dengannya la.
take your time ish. jangan risau la pariz aserap ada je nih dengan rela hati nak angkat awak/tolak kerusi roda awak pegi mana2. haha
bulan depan dia ada appoinment untuk cek up tulang belakang. sekali dengan sambung mc lagi sebulan. memang asyik sambung2 je la mc dia selagi dia xsehat.
aku rasa aku pon sambung cuti jugak la nanti.hee
hal ofis biar abg zul yang settle. abg zul memang esisten paling terbaik la yang pernah aku jumpa. aku cuma pergi opis kalau ada surat/dokumen/cek nak sain je. lepastu aku balik rumah balik. pakai suar trek pon boleh XD
satu opis tahu aku amik cuti sebab nak jaga pesakit.hahaha
staf aku siap datang ziarah iskal a.k.a ziarah aku sekali la. dorang pon memang dah kenal iskal. 
dah muka dia je yang asik datang buat onar kat opis aku kan? mestila budak2 ni kenal.haha

so ishqal, dont rush oke?
jangan pikir pape. jangan pikir ish susahkan org lain ke ape ke cause you are not.
14 taon kita kenal ish, cmon la. kate susah senang sama2 kan?
dulu riz sakit pon ish buat menda sama jugak kan?
so sekarang rileks je. take your time. rehat puas2 nnt dah sehat masuk opis lagi menderita tau.hehe
takot sangat dia pariz aserap fedap nak jaga dia berbulan2
helloo daniel ishqal bin shazwan, ini fariznil ashraff la.
id do anything for u oke.
sekeh pale kang baru tau ada pulak pikir mcm tuh
get well soon babe. i know its hard for u. trust me its hard for me too to see u suffer in pain when there is nothing i can do to stop it.
so lets be positive and just focusing on your recovery oke? while u rest and recover i'll always be next to u praying and wishing u a speedy recovery :)
we love u so much ishqal. and u know who love u the most rite? hahaha



riz.

No comments: