Sunday, December 24, 2017

alkisah

harini pariz aserap kembali bersiaran
setelah riang ria duk goyang kaki kat rumah rasanya eloklah aku jenguk belog sekejap takut lupa daratan pulak.
sape yang susah nanti? ko la sebab nnt ko rendu aku.hahahaha
anak2 sehat tak? pacik kat sini sehat sentiasa sejak2 bercuti 2 bulan nih
rasa macam ouh heavennya nikmat tak terhingga XD
arini aku nak meluahkan ketidakpuasan(?) hati aku terhadap suatu perkara.
siriyes nih bunyi dia.
aritu aku tengok pesbuk dekat page uia ke kat mane tapi page2 uia jugak la
matrik uia kat pj tuh dah nak tutup akhir bulan nih sebab nak serah dekat owner dia dah. sebab matrik uia sekarang dah pindah kat gambang,pahang kot kalau aku tak silap la.
kalau silap ko maapkan je la pacik,nak. pacik mane tahu. aku bukan study kat sana dah pon.hahaha
eh tapi dia tak panggil matrik uia dah dia panggil centre for foundation study pulak atau bahasa senang dia pusat asasi uia.
lepastu 16 disember baru nih dorang buat reunion untuk semua alumni dia.
last reunion pj campus. semua alumni dijemput hadir.
ko tau kan aku memang dah lama gila nak pergi sana dari dulu lagi teringin nak jejak kaki kat sana.
rendu tuh tayah kata la memang tempat tu win gila la sebab banyak2 sekolah/unibesiti aku study tempat tu la yang paling melekat dalam hati aku.
aku tak tau kenapa. macam kenangan terindah gila2
dan aku adalah tak pergi reunion tersebut. hahaha
dah la bukan senang nak pergi sana. kalau hari2 biasa ko kene ngadap pak gad weh serah ic baru boleh masuk
tapi nih memang pintu gate tuh terbukak luas2 untuk ko
tapi aku tak pergi la. iskal suruh aku pergi. dia tau aku memang nak sangat2 pergi sana kan. dia siap paksa sampai begaduh suruh aku pergi.
tapi aku taknak pergi. aku bagitau dia kalau aku pergi aku nak pergi dengan dia. ko kene paham hidup pariz aserap tidak indah tanpa encik mafia.haha
mengada lebih ko pariz aserap
buat stetment ketidakpuasan hati la apa la tapi sendiri yang taknak pegi.
aku bukan tak puas hati sebab tak dapat pergi.
aku tak puas hati sebab apesal dia nak tutop dah??? tolongla jangan tutop weh
kenangan gila haa tempat tuh.
tapi takpe sebab aku dah upah kameramen *la sgt* suruh amik gambar kat sana
weh naseb baek kawan aku pergi boleh la mintak simpati suruh sent gambar kat aku.hahaha
nanti kalau aku rajin aku buat entry lain beserta gambar2 tersebut.

oke lupakan dulu pasal kenangan terindah aku dekat matrik uia tersebut.
baru2 nih 20hb disember adalah harijadi  daniel haikal.
secara rasmi kal dah berumur 27 tahun. semua orang tak percaya dia umur 27
aku pon kadang2 macam, 'betul ke kal dah 27 ni?' hahaha
tengok muka dengan perangai la macam mana. boleh kecelaruan identiti kalau ko tengok perangai dia.wakakkakaka
tapi kal tetap the best! dulu mak aku tak percaya haikal nih tua daripada firdie walaupon setahun je. 
even fir pon layan kal macam kal adik.
see? semua orang kecelaruan identiti dengan haikal.wakakkaka
adik beradik dia memang macam tuh. 'genetik orang comel2' bak kata haikal.
sila terjun gaung laju2 ye haikal. walopon stetment tu betul XD
sama macam aku dengan abang dia la. 
aku ingat lagi aritu akak sedara aku datang rumah,masa tuh iskal ada kat rumah aku(sebelum dia sakit)
dia tanya aku sape tu?*merujuk kepada iskal*
aku kata kawan. dia pon 'ooo'
lepastu dia tanya aku 'fari umur berapa sekarang?'
aku : agak2 umur berapa? *aku kan suka xmenjawab soalan XD*
dia : hmm..27kot? 
oh em ji! muda lagi rupanya aku.wakakakakakakakaka
kak, saya dah 30 kak XD XD XD
tapi aku diamkan je dulu aku tak bagitau umur sebenar sebab lepastu kebetulan iskal datang duduk lepak tepi aku. aku pon tanya akak sedara aku,
aku : agak2 dia umur berapa? *tunjuk dekat iskal dan otometik iskal sengeh xnampak mata kat dia*
dia : dia nih? *tunjuk kat iskal balik* dalam 23? ke 22?
jawapan yang nih aku dah agak dh. aku cuma gelak dalam hati je sambil cover buat muka straight.
aku : kak, dia kawan satu kelas dengan fari dari sekolah lagi.
dia : hah? 27 ke? biar betul? nampak muda je lagi nih. fari umur berapa sebenarnya?
iskal: kak, cek bukan 27 la...
dia : kan? tengok muka pon dah tau *kompiden maut*
iskal: cek memang sama umur dengan dia nih *tunjuk kat aku* tapi bukan 27. kami dah 30 la kak.
dia: *diam kejap* ehh tipu la. ingt akak pecaya ke?
tanpa ragu2 iskal keluarkan ic dia pastu mintak ic aku lepastu tunjuk dekat akak tuh, 'tolak la 2017 dengan 1987 kak'
tak boleh terima kenyataan akak sedara aku umur iskal 30. dia kata muka babyface sangat. waakakkakakaka
tu la kelebihan daniel ishqal ye tuan2 dan puan2.
sama la dia dua beradik. kalau kata lepas spm pon orang pecaya je aku rasa.
tapi apesal tiba2 cakap pasal nih ek? aku rasa tadi aku cakap pasal harijadi haikal. wahahahaha amponkan pacik,nak.
harijadi haikal tak pergi mana pon sebab kal taknak. nak selebret kat rumah je sebab dia kata mana best selebret kat luar tanpa abang dia.
umi ada la masak2 sikit lepastu oder pizza oder kfc beli kek lepastu makan kat rumah je ramai2.
kal walaupon dh 27 tapi still mintak hadiah ngan aku. 
aku: abg fari xkeje 2 bulan kal, takde duit nak beli hadiah kal
dia: nanti duit abg fari bnyak2 dalam bank tuh takde betul kal xtau
aku : kal, kal nak ape kal? bagitau sekarang kal abg fari beli sekarang jugak.
wahahahhahaha bongek oi haikal. abg fari begurau je la. tahu tak begurau? sekeh kang dia nih. tau takut kau pariz aserap. terus insap sekejap XD

lepastu aku ada satu cerita seram+ngeri tapi bukan cerita hantu
cerita dia dua hari lepas aku pegi amik barang iskal dekat kawan aku nih
beliau nih petang2 dia jaga gym. so aku pegi la kat gym dia tuh
aku pegi memang semata2 nak pegi amik barang je la bukan nak pegi main gym weh. tak kuasa pacik.
aku suka joging2, lari2 atas treadmill je. main gym2 nih memang bukan pariz aserap la.hahahaha
masa sampai kat sana kawan aku takde aku tanya budak kat kaunter tu dia kata kawan aku nih pegi solat. aku pon tunggu je la alang2 dah sampai kan
aku pon duduk la dekat bench press kot nama dia
kalau salah maapkan pacik pacik bukan budak gym.hahahaha
lepastu ada sorang nih datang kat aku dia tanya nak buat menda nih ke? *sambil tunjuk kat bench press tu*
budak muda la jugak kot. dalam late 20s kalau aku tak silap la.
aku kate tak, aku tunggu kawan nak amik barang.
lepastu dia tanya aku xmain gym ke? aku kate tak.
dia tanye lagi apesal tak? eh sukati aku la xnak main gym.hahaha
aku kata kat dia aku xminat nak bina badan.
lepastu banyak la dia tanya2 pasal aku. tak boleh tahan tanya aku ade abs x? ada sixpack x?muka hensem kalau main gym bina badan lagi hensem. bluerghh!
long story short, aku adalah kena ngorat dengan lelaki sado. tolonglah weh aku tak benapsu la dengan lelaki sado.
macam, geli kot.haha sorry not sorry... masa tuh aku dah fedap dah mana kawan aku tak siap2 semayang. semayang sunat sekali ke ape la?
budak tuh siap mintak nombor telepon tapi aku xbagi.
gila terer aku pusing2 cari alasan. dan beliau duk tecongok je dekat aku tunggu member aku jugak.
aku tak tau la aku rasa apa masa tuh tapi aku rasa aku badmood kot campur panas hati jugak duk tunggu member aku nih tak sudah2.
biasanya aku xkisah menunggu tapi aritu aku jadi badmood menunggu.
dan beliau tak berputus asa mintak nombor telefon. aku rasa nak tumbok je muka dia. wahahahha jahat kau pariz aserap.
tapi siriyes la, kau tak paham bahasa ke kalau orang xnak bagi tuh dah la
pegi la main jauh2.
nih siap angkat dumbell depan aku. ape kejadah? nak tunjuk muscles ko ke?
aku nak je amik dumbell tuh hempuk kat kepala dia. tapi sila besabar ye pariz aserap. tempat orang tuh kau pon baru je jejak kaki first time kat situ jadi jangan buat onar ye pacik.hahaha
geli hoii bila dia buat macam tuh. terus je aku rendu teruk dekat marka aku yang kiut dan somel tuh.tsk3
20 minit jugak kawan aku solat.khusyuk dan tawaduk betul. bagus!XD
lepastu aku pegi amik barang dengan dia aku terus blah tanpa menoleh kebelakang.hahaha
troma teruk nampak gayanya.
malam tuh aku dapat meset kot whatsapp. dia meset aku. aku syak dia mintak nombor aku dengan kawan aku tuh. tapi aku xreply pon aku terus blok. gasak kau la. aku tak berminat mahupon bernapsu nak layan.
terus kemurungan tahap tertinggi satu hari.haha
aku tak marah kalau dia nak ngorat aku lepastu aku tak layan dia terus blah
aku jadi marah bila dia tak blah2 walaupon aku obvious gila tunjuk aku tak berminat. pape je la kau.

alamak aku kena off la pesakit nak pegi toilet.
kencing je la dalam botol tuh.hahaha. mampos aku kena tumbok nnt.
dah la aku nak pegi angkat iskal plak
kalau rajin aku tulis lagi. kalau tak rajin taon depan je la aku tulis.hahaha
kemain sebut taon depan. seminggu je pon lagi.
oke la sebelum botol tu yang melayang atas kepala aku baik aku off dulu.
baibai semua orang

ma'assalamah wa ilalliqo'


orang matahari a.k.a hot,
pariz aserap.

No comments: