Friday, January 5, 2018

welcome 2018

selamat tahun baru diucapkan kepada sedara serta sedari
walaupon arini dah 5 haribulan tapi takpe la kira oke la tu
xsampai seminggu lagi kan
dah masuk 2018 dah kejap je rasa macam baru je tengah duk menikmati umur 30 dengan bahagianya sekarang dah umur 31 haa pacik. makin bahagia.hihik
harapnya lebih hempuk dan semenggah la sikit.hahahaha
kita skip je ye pasal azam tahun baru sebab macam biasa la pacik masih lagi tidak menanam apa2 azam.
prinsip hidup pariz aserap masih kekal macam dulu; tanak berazam apa2 rembat je semua peluang yang datang.
istiqomah tak pacik? 

dan yang paling penting lagi utama sempena tahun baru yang indah lagi nyaman bahagia dan sentosa nih aku masih lagi berehat di rumah.hahahaha
indah sangat hidup pariz aserap ketika ini.
tapi sampai bulan ni je la indah sebab bulan depan dah masuk opis dah.pfftt!!
tak boleh goyang kaki kat rumah dah feeling2 orang pencen.
pencen jadah kau pacik.
kerja belambak abg zul asik tepon aku je mintak bantuan kecemasan
ikutkan ati aku tanak masuk opis lagi
tapi nak buat cemane, kerna terpaksa aku melangkah pergi~~~~ (sape terer cuba teka lagu apa?) XD
harapnya iskal makin ada perubahan so takde la aku risau sangat nak tinggal dia nanti. dah masuk bulan ketiga nih semoga perkembangan dia makin positif la. at least sampai akhir bulan ni sebelum aku masuk opis.haha
sekarang oke la dh boleh  duduk lama sikit dari dulu takde la terbaring je
duduk atas kerusi roda bawak keluar jalan2 luar rumah pon dah boleh dah tapi tak boleh la sampai sejam
tapi oke la dah boleh duduk tu aku lega la jugak cuma jalan je tak berapa boleh lagi kena ada orang pegang
makanya siapakah yang akan mengambil alih tugas baje itam pada bulan february nanti?
tak lain tak bukan mestila satu-satunya adik beliau;daniel haikal.
makanya start dari sekarang haikal redho je la kena dengar aku bagi ceramah kat dia macam mana nak uruskan pesakit.hahahaha
aku risau hoii. bukan tak pecaya kat kal
cuma aku risau part nak letak atas kerusi roda je weh
dah berapa ratus kali ntah aku explain dekat kal  nanti jangan terhempap pesakit atas kerusi roda.kal angguk2 je. nasib la haikal kena denga aku potpet2
ingat senang ke aku nak potpet2? kal betuah tau.wahahahaha

haritu aku gaduh dengan iskal. hahahaha
tengah sakit pon begaduh. tak boleh dibendung dah dua orang nih
tapi bukan la gaduh teruk bertumbuk weh. kami dah lama meninggalkan sesi tumbok terajang beberapa tahun yang lalu.hahahaha
aritu dia terasa dengan aku. biasala tengah tak sehat nih jiwa dia sensitip sikit aku kena la paham. aku cakap lain dia pikir lain.
aritu dia nak try bangun sendiri tapi aku tak bagi
aku tau dia memang boleh bangun sendiri dah tapi aku risau la sebab dia baru je oke sikit takot nanti kang tak oke balik. so aku cakap la macam tu kat dia
tapi dia nih sejak2 sakit pemikiran dia asik berada di luar kotak je.haha
aku pon tak tau la macam mana dia boleh kreatif melampau tetiba je dia pikir aku dah bosan jaga dia. apalah dosa pariz aserap dituduh sebegitu rupa.
dah satu hal dia halau aku suruh balik rumah la suruh masuk opis la
oh embulen sila la turun dari langit. penim kepala aku bila dia buat perangai macam nih.
aku pon tarik napas cakap betul2 cakap elok2 dengan dia
tak boleh marah oke! kau nak mampos kalau marah dia? ada dia halau aku sampai depan pintu nanti.wakakaka
mula2 dia diam je lepastu dia tone down sikit dia cakap selow je ngan aku takde tinggikan suara dah.
tapi walaupon selow soalan beliau, 'riz dah bosan kan?'
aku tengok je dia aku takjawab. kalau aku jawab nanti dia pusing kot lain pulak lepastu begaduh. so aku malas begaduh aku diam je. sebenarnya aku kecik ati jugak bila dia pikir macam tu. tapi aku malas nak pikir sebab aku paham kondisi dia macam mana sekarang, dia mudah terasa.
tapi dia tak diam.haha. dia kata kat aku 'p la balik dah 2 bulan riz kat sini ish dah oke riz balik la'
aku diam lagi. dia tengok aku diam dia pon diam
aku: ada nak cakap apa2 lagi x?
dia : p la balik
aku : lagi?
dia : riz, im serious
aku : i know. anything else?
dia : *diam*
aku : ada lagi?
dia : *diam*
aku : takde dah? 
dia : *diam*
aku : oke so i assume you've finished talking. now listen to me, you know we care for you rite? orang lain tak rasa ish. awak yang rasa sakit tuh. saya boleh je amik cuti setahun tanpa gaji if thats what it takes.its not a big deal for me tapi awak nak ke tebaring 24 jam macam aritu? awak sanggup ke ish? kalau awak sanggup oke la saya pon hepi dapat cuti lama jaga awak
dia : im sorry riz...sorry. jangan marah T_T

jarang sekali pariz aserap keluarkan mood 'saya-awak' bila cakap dengan iskal
nih mood paling bahaya.haha. lagi bahaya dari 'kau-aku'
dia tahu. sebab tu dia mintak maap. nih aku kategorikan mood aku yang paling menakutkan bagi iskal walaupon aku tak marah. hahaha
terasa hebat pulak diri ini.
lain kali jangan merapu lebih2 ish. sikit2 je takpe
lepastu dia oke la tak degil dah. buat masa sekarang la tak degil nanti xtau la XD
kan bagus kalau dari awal dengar cakap aku. boleh gugur rambut aku kalau dia buat perangai macam ni selalu
lepastu lepas dah selesai bergaduh secara aman, dia nak solat.
sejak dia sakit nih kalau solat dia amik wuduk pakai spray je.
tak payah nak besusah payah masuk bilik air nak amik wuduk. ni nama dia rukhsah ye anak2 sempena keadaan darurat beliau.
so aku la yang tolong spray kat beliau
tapi masa tu aku tak tau la aku pikir mende tah time dia nak basuh muka aku bantai pegi spray muka dia.wakakakaka terkejut dia. terus bukak besar mata.
aku pon terkejut jugak.hahaha
mula2 dia tahan nak gelak, "balas dendam nampak"
aku dah gelak dari tadi dah lepastu dia tak tahan agaknya, 'weh stop dulu amik wuduk aci tak?HAHAHAHAHA' hamik kau tak sempat abis cakap dia dah gelak dulu.
amponkan pariz aserap,iskal. anggapla tu balas dendam sebab terasa ati.wakakakakaka
nasib baik dia semayang elok kalau dia semayang sambil gelak macam mana?

oke la setakat ini saja cerita pacik sempena tahun baru
walaupon takde kaitan langsung dengan tajuk tapi ko terima je la
aku main redah je.
lagipon tahun baru mana ada apa2 special pon.
cuma tukar nombor je.
life pariz aserap tetap sama cuma menginjak umur 31 tahun nih makin hot la dari sebelum2 nih.wahahahahaha
ingatkan dah takde ayat mintak lempang dari kau pacik
rupanya belum ada keinsafan. bertabahlah.
oh lupa pulak nak bagitau anakanda tersayam aku tahun nih dah tingkatan 3.
dia esaited hoi nak pt3. pensan dedi dia dengar.
mane ada orang esaited nak exam weh. firdie aserap yang selalu dapat straight A tuh pon tensen bila nak exam. anak aku selamba badak je esaited
tenang hati dedi dapat anak macam nih tayah nak besusah payah suruh belajar.hahahaha
semoga muhammad hakim sakses skor pt3 nanti walaupon lambat lagi
masih bnyak waktu untuk berpoya2,nak.hee
dedi jangan nak syaiton sangat.
muhammad hakim, you are indeed the best son on earth.chayok2!

sekian terima kasih.




semakin hot ditahun baru,
pariz aserap.


No comments: