Tuesday, July 31, 2018

Lovesick

Arini pacik nak cakap pasal kpop sikit la
*sambil sikat rambut kedepan ala2 rambut langsir haikal zaman kasanova dulu*
Jangan imejin aku buat rambut kpop weh aku gurau je. Takot ko dpt kemurungan tahap tertinggi nanti XD
Haikal xpe dia spisis somel  mcm korea walopon sekarang rambut beliau x korea dh. aku spisis lain.wahahahha
Tetibe je xde salam xde apa cakap pasal kpop.
Pariz aserap dah kenapa nih?
Oh sebelum tu, assalamualaikum warohmatullohiwabarokatuh tuan2 dan puan2 sekalian alam semesta.

Tapi satu lagu nih weh aku gigih gila dari dulu nak tau lagu apa tapi sebab ilmu kpop aku lebih rendah dari tahap 0 makanya aku biarkan je walaupun sakit ati gila bila tak tau
Aku tak berapa ingat bila tapi dalam 5 6 7 tahun lepas la aku ada dengar satu lagu nih
Masa nih kpop belum berleluasa di malaysia ke baru nak berleluasa mcm tu la tapi aku terdengar lagu ni dalam radio mana tah aku tak ingat
Sebab aku tak tau pon tu lagu korea aku pon dengan kompiden tahap agung kate tu lagu jepun.wahahahaha
Ko boleh bayangkan tak sakit ati macam mana bila ko nak cari lagu tu tapi tak tau nak cari macam mana. Helpless and hopeless
Aku siap buat kerahan tenaga kat adik2 aku suruh cari
Tapi nak cari macam mana laaa??! Wakakakka
Gigih dua orang budak tu  nak bantu abang beliau siap suruh aku nanyi sikit macam mana bunyi lagu tu. Tapi abam nak nyanyi mcm mana?
Aku mana reti weh

Lepastu dengan terpaksa aku melupakan lagu tersebut. 
Lepas setahun dua tu lepas kpop dh berleluasa aku pon terpikir 'ke bukan lagu jepun?lagu korea kot'
Memandangkan adik pompuan aku si farah atiqah dia expert dalam bidang kpop aku pon dengan harapan yang menggunung tinggi lagi tinggi dr gunung everest terus eksaited meset beliau.
Kemain lagi yakin kompem adik aku tau nih.
Aku meset dia "farah abg rasa yg dulu tu bukan lagu jepun.lagu kpop la.farah mesti tau kan?"
Adik aku reply "lagu yg dulu? Lagu apa bang?"
Apakah?? adik aku tak ingat weh aku penah suruh dia cari lagu T_T
tapi xpe. demi lagu tu aku gigih explain balik kat farah. dia pon ' oh lagu yg abg bagitau dulu ke?'
ye dik lagu tu la abg masih belum berputus asa.hahaha

Dengan penerangan aku tentang ciri2 lagu tersebut yang tak membantu langsung tu, farah pon memulakan pencarian beliau.
(Penerangan aku: laki yg nyanyi, lagu tu selow tak selow sgt, muzik dia sedih abg xpaham lagu apa tp bila denga rasa sedih *kemain ko menjiwai kan pacik?* )
Lepas pada tu adik aku bila dia dengar atau teringat mana2 lagu kpop yang selow2 sedih tu terus dia suruh aku dengar kot2 betul lagu tu
Selepas beberapa tahun pacik masih tidak jumpa lagu tersebut ye anak2
Aku mcm rasa semua lagu  kpop yg slow2 aku dh dengar.wahahahaa
Sampai la minggu lepas, adik aku whatsapp 'bang ada satu lagu nih abg nk dengar x? ke abg dh givap?' 
Pariz aserap x givap oke! Wahahaha
Aku suruh dia bagi tajuk tu aku search kt youtube
Akhirnya saat yang ditunggu telah tiba
Omaigodd!!! Macam nak menangis air mata darah berbaldi2 rasa
Adik sayam abam memang hebak la
Kalau farah kat sini abg dah siom2 dah nih tahuu!
Bertahun abg cari lagu nih tau tak?
Terima kasih farah atiqah yg cantik jelita.hahaha
Membantu gila ada adik minat kpop mcm ni XD

Oke sekarang meh kita dengar lagu yang pariz aserap gigih cari dari 6 7 taon lepas
Ko paham x perasaan puas tu macam mana bila dapat lagu ni? Hahahaha
Lagu yang pacik maksudkan adalah 'lovesick' nyanyian ft island
Lepas aku dh tau lagu apa kan farah pon bagitau 'abg, ft island nih satu company je dengan cnblue'
Oke. cnblue tu abg kenal sbb lagu jepun dia best2
Inilah lagu penantian bajeitam bertahun2 lamanya
Sedih je bila mengenangkan gigihnya aku xputus asa cari lagu ni siap suruh adik aku cari.wahahaha
Nasib awak la dik.





Lagu2 spisis macam ni memang taste aku la
Aku pon xtau apesal aku suka lagu sedih2 mcm ni
Masa first dengar dlm radio tu aku xpaham apa pon tapi aku menjiwai oke.rasa sedih tu sampai ye anak2. hebak x aku? walaupon aku siap ingt tu lagu jepun tapi kesedihan tu dapat dirasai ye tuan2
Wakakakakaka
Tapi macik goku kata x best. Awas kau macik!
Tapi part rap dia xbest. Selalu je lagu korea mcm tu.lagu sedap2 tetiba tambah rap yg xsedap tapi xpe aku tetap suka lagu ni

Minggu depan adik sayam abam dah balik alor setar weh. Zarith lapor diri minggu depan makanya parah atiqah, welcome back bebeh
Ko jangan terkejut lepasni kalau entry aku asik korea je lepas kepulangan farah atiqah terchenta
Aku kena la layan je dia melayan kpop lepasni sbb aku ada agenda trsembunyi XD
aku masih x berputus asa nak ajak dia masuk opis sama2.hahahahahha

Oke dah la. panjang pulak entri disiang hari arini
Esok aku dah masuk ofis ye 
Rasa lemau tu tetap ada,nak. kemain cuti dari raya aritu kan? Silalah berubah pariz aserap sesungguhnya opis memerlukan khidmatmu.
Baiklah sekarang aku nak off dulu amik mood untuk esok.hahahhaa
Menipu je amik mood padahal nak berpoya2 dengan budak2 ni
Beni ajak keluar jalan2 arini. aku opkos la dengan sepantas kilat bersetuju. mentang2 iskal boleh jalan dah kalau x pariz aserap la yang paling sopan duk je rumah xnak keluar
Aku kena la jaga emosi pesakit ye tuan2. aku kan baik dan bertamadun memang la mcm ni.

Sekarang izinkan pacik berpoya2. Esok dh masuk opis nih kasi can la aku nak berbahagia dia hari raya.hahaha
Sekian terima kasih. Bai


Paling hot dialam semesta,
Pariz aserap

No comments: