Monday, June 8, 2020

tambahan group whatsapp baru

aku ada 3 group whatsapp baru start tahun ni
walaupun fitrah pariz aserap ni adalah pemalas ya ampun bab mesej2. hahahha
bunyi mesej masuk kt whatsapp aku dah setting bunyi 'click' je. tu pon kadang2 stres mesej masuk macam org buat perbarisan hoii
makanya pacik pon silentkan terus
aktif bukan main korang ye aku dah mcm nak makan activefast 2 papan okay.hahahahha
biasanya group active group ofis la
aku dah sakses menjebakkan diri dalam group general kt ofis tu. sebelum ni management je.
lepastu yang paling tak kira siang malam bunyi whatsapp adalah group family ayah aku
yang ni yang aku kena makan activefast nih.wakakakka
tak berenti hoii. bawak bertenang pariz aserap
tarik napassss~~~
okay lepas.

lepastu disebabkan pariz aserap dah ada 2 anak remaja yang hot mcm dedi dia makanya anakanda beta muhammad hakim ada create group untuk kami 3 orang. 3 org je tau dalam group ni😆
ni hal ehwal dedi dan anak2 je.
nama group dia 'daddy's team'
comel haa nama group.hahahaha
tapi gambar dp lagi comel 🤣🤣

satu lagi group paling hot dialam semesta *dush!!*
nama dia 'male squad' beserta gambar api tepi dia
nampak x hot dia mcm mana? wahahaha
haikal kot yg buat group ni? ke iskal? ke fir?
aku xingat yang penting bukan aku
ni adalah gabungan group 'daddy's team' tadi dan jugak 'i.s.h.q.' 
walaupun hot tp 6 orang je dalam tu
aku iskal haikal firdie hakim yoe
nampak tak kami ada perkembangan disitu? 
yang penting no women allowed! hahaha
so group ishq menyepi sekarang unless ada rahsia kerajaan yg anak2 xperlu tahu 🤫


kau nampak tak male squad berapi tu? tu maknanya ada org hot kt dalam group tu.wakakaka
legasi tokmat tu untung kau nampak dia berada di baris keenam
kalau tak selalu johan je manjang duk atas sekali
(perkembangan terkini : legasi tokmat kembali merampas takhta 🤣🤣)

okay. nama muhammad ashrol terciduk! 😂
iya pak itulah nama anak sulong pacik. haha
aritu aku panggil dia yoe. muhammad hakim panggil abang.
lepastu dengan aku2 sekali panggil abang. bapak2 sangat kan perangai?
senang kerja dedi takpayah tukar2 bila ckap dengan dia panggil yoe bila ckap dengan hakim bahasakan yoe abang. pacik is malas okay!
level malas yang x pernah berubah nih pariz aserap.konsisten! syabas!
oh btw, ada yang concern muhammad ashrol ni duduk rumah dia lg ke sekarang?
tak weh. dia memang duduk dengan kami lama dah sebelum pkp aritu lagi
jumaat sabtu geng daddy's team/male squad(😂) pegi la tidur rumah dia.
hari biasa kami duduk rumah aku.
tenkiu for your concern😁
yang perlu di-concern-kan(?) sekarang ni adalah barang2 yang mak aku beli kt dia banyak2 tu gimana buk?? wahahahaha
oh baideway, ni dp daddy's team. comel hoii anak2 aku nih punya perangai 🤣


hebak tak slogan beliau?😆
menghiburkan hati dedi sangat nih
kalau mesej yang ni masuk lapan belas juta kali pon terhibur tengok dp.hahahaha

aku cuma harap satu je.
semoga legasi tokmat tone down la sikit🤣🤣🤣
tapi tu lah. tak boleh nak kata jugak sbb adik beradik ayah aku nih ramai dan rapat lepastu duduk merata2 negara
tu yang pukul 4 pagi pon mesej masuk
apekes hoii!! wakakakaka
takpelah kot whatsapp ni je lah dorang nak update nak tau apa perkembangan masing2
redho jelah pariz aserap makan activefast pon.hahaha
raya aritu kami google meet wehh
mcm meeting haa gila ramai tak hingat dunia
nasib baik aku satu family ni memang duk serumah
mcm pacik macik aku anak masing2 duk kat lain2
mana x meriah walaupun online je.

semoga xde tambahan group lagi kat whatsapp aku
nasib baik musim pkp meeting xde sangat
kalau x lagi macam2 group yg kau boleh tengok muncul kat skrin. tapi tetap xdpt celen group legasi tokmat.wakakakka

okbai

pariz aserap yang hot 🔥

2 comments:

IamNobody said...

comel ja group daddy's team 😆
hakim ni comel supa ankel dan dia ja..wahahahaha

baje itam said...

xde orang boleh celen comel ankel dan. dia orang panggil comel rare ataupun bahasa mudah comel gengster 🤣🤣🤣