Thursday, July 10, 2014

flashback



tadi lepas balik teraweh aku lepak depan umah sorang2 duk atas buai.
dah lama xbuat mcm tuh. aku suka duk sorang2 kat luar malam2 sebab aku rasa tenang.
aku suka malam. sebab langit gelap. lgpon angin malam dengan siang lain rasa dia.
aku lebih rasa bertenaga pada waktu malam. adakah aku serigala jadian? *ayat apekah ini?* huakakakakakakakakaka.
aku pon xtau apesal aku obsess sangat dengan warna hitam dan jugak kegelapan. haa betol ke ni ayat aku? bantai je la pacik.
tapi aku bukan nak cakap pasal nih. tu mukaddimah je.wakakakakaka
*sedia untuk dilempang bertalu2*


tengah2 aku asik duk ayun buai sorang2 anakanda beta datang.
aku ingt dia tgh besuka ria dengan pacik2 beliau yg tgh rancak main games kt dalam umah.
sengeh2 je pastu amik tempat kat sebelah aku sambil tnya dedi buat apa kat sini?
-"saje amik angin"
lepastu masing2 diam. betul2 menikmati keindahan dimalam hari.muakakakaka
indah sangat ayat aku tp sebenarnya tade la mcm tu pon.
tengah2 kaki duk ayun buai tuh Muhammad hakim pon bersuara.
"dedi ingt lagi x masa mula2 kita jumpa?"
sentimental value sangat soalan beliau. pangai sentimental sama mcm dedi.wahahahahaha.
aku : opkos la dedi ingat.tp hakim ingt ke?hakim kecik lg time tu.
dia : hakim ingt la dedi. hakim lari sbb takot kat dedi.pastu dedi kejar hakim ramai2.


huakakakakakakakakaka.
kenapakah Muhammad hakim boleh ingt part itu? kenapakah? XD


aku : dahtu apsal hakim lari beriya?mcm masok acara pecut je.hahaha. dedi ada rupa penculik ke?
dia : *gelak berdekah* takot la dah dedi ramai.
aku : susah payah dedi kejar awak hoii Muhammad smpai teguling dua tiga kali tepi jalan.wahahahaha
dia : *makin menjadi2 gelak*
aku : eleh gelak kat dedi.hakim xtgok muka hakim nanges2 masa tu sbb tkot. mcm Nampak hantu *turn aku plak gelak XD*


tapi dia xbenti hoii gelak. dasat gila Muhammad hakim.
"dedi, ingat x dulu dedi cakap guna bahasa 'abang2' dengan hakim.hehehe"
Muhammad hakim, baiklah awak tayah ingat kesah dulu.wakakakaakakaka
malu hoiii.
kemain lagi aku ber'abang'2 dengan dia.
[flashback : " jangan takot abang bukan nak buat apa2"]
T_______________________T
*tutop muka dengan pastik sampah*
macam penculik wess pangai aku masa tuh.tsk2
abang sangatt!!! huakakakakakakaka
rasa nak terjun klcc aje rasa dia.


tapi aku lega sebenarnya sebab sekurang2nya aku boleh cakap pasal ni dengan dia tanpa rasa tensen ataupon takot dia terluka bila ingt kisah lepas.
sekurang2nya sekarang kami mampu gelak berdekah2 bila cite pasal nih.
aku bangga gila dengan hakim.
dia kuat mcm dedi dia.hee.
anak baje itam kan? :P
mcm ni ke perasaan ayah yang bangga dengan anak dia wess? aku xtau.
tapi aku rasa bangga jadi ayah dia.
aku xbeharap sangat dia pon bangga ade ayah mcm aku sebab aku tau aku banyak kekurangan xsempurna tapi aku cuma harap dia hepi je dengan aku.
dedi akan bagi yang terbaik untuk hakim selagi termampu.
I love u so much son.


tapi ending cerita diatas adalah sangat xsenonoh.
tgh2 best sembang tiba2 datang pengai xsemenggah dia nak bau dedi.tsk2.
lepastu tertidur atas buai okeee!
yang ni satu pangai dia yang buat aku penim kepala tahap dewa semilanbelas nih.
aku pon dh kompius bau badan aku nih ade ubat guna2 ke ape hoiii.wakakakakakaka
seb baek dedi nih dedi misali tau hakim, rela angkat awak bawak naik atas.kalau dedi cmpak dalam kolam mcm mane?
kena ingt ni jasa baik dedi.huakakakakakakakakakaka
dedi mintak tumbukan padu berjemaah namanya.
apepon dedi sayang awak lebih bnyak dr laot. ailebiuu.
sila membesar dengan sehat dan menjadi orang yang bejaya dunia dan akhirat.ameen. :')


sekian saja kemerapuan beta untuk ari ini.
aku kena op dulu la nak lepak dengan Gabriel plak.
sabtu ni dia dh balik manila.huhuhu
yang paling penting malam ni belanda lawan argentina wess *tetiba sgt topic bola*
aku mengharapkan belanda menang.
tapi nnt kat final jerman dh menunggu.tsk2
gila kot meke belasah brazil 7-1
walopon aku xminat jerman tp kalau tgok dr awal lg team meke mmg konsisten.
pertahanan meke kental kot.
apesal aku rasa mcm jerman menang world cup kali nih?
ahhhh apepon tunggu result malam ni dulu.
oranje fighting!!
mintak maap la encik messi pacik xsokong awak.wakakakakakaka


oke. kali ni aku mmg dh sudah merapu.
izinkan beta mngundur diri ye anak2.
sekian terima kasih.






dedi-cool,
pariz aserap.

No comments: