Thursday, November 6, 2014

berita semasa



tadi aku lunch dengan Muhammad hakim kat luar.
kelas aku stat petang so sempatlah aku amik dia dari sekolah pastu pegi makan.
tepi meja aku ade sepasang suami isteri la kot. dalam 30an macam tu la.
pastu kebetulan masa aku paling kearah meke, laki dia tu tunjuk skrin enset kat bini dia sambil kata 'ni la gambar pencuri yang kena pukul kat masjid tuh'
aku tau pasal tu. yang dekat bachok *kan?*  yang mat rempit kot yg kena pukul sampai darah2 sebab nak curi motor pastu penduduk kampong tanggalkan baju dgn seluar dia smpai naked.


pastu isteri dia kate 'kesian la.kenapa buat mcm tu?'
suami : padan la muka dia sapa suh mencuri? kat masjid pulak tu.
isteri : mmg la dia mencuri tp jangan la sampai buat mcm tu kat dia.
suami : ahh padan la muka dia. masa nak buat xpikir.
isteri : kesian la dia. aib dia. ape pasaan keluarga dia kalau tgok? ce kalau kena kat anak kita mcm mane?


tapi si suami asik kate 'ahh padan la muka dia..bla3'
aku tengok je la meke cakap2 tuh pastuh isteri dia tengok aku.
pastu dia kate kt laki dia, 'ce tnye matsaleh tepi ni dia setuju x kalo buat mcm tu kat pencuri nih'
akak maksudkan saya ke kak? hahaha
kang aku jawab bahase melayu kang pensan isteri dia dengar.hee


oke. meh la aku bagi pendapat aku pasal mende nih.
aku xkata pendapat aku betol dan ko kena setuju.
tapi ni yang aku pikir dan rasa la.
aku setuju dengan akak tuh.
siriyesli aku sedih gila masa tengok gambar tu.
aku macam...... ?
xtau la mcm apa. sedih wes bila tengok orang aibkan dia mcm tu
dah la dah pukul banyak2 smpai darah2.
dia nak curi motor tuh. memang salah dia.
kalau motor hilang susah la kan? kita xtau motor tuh milik org susah ke? atau org pinjam motor orang lain bawak pegi masjid ke kan.
tapi ape hak ko sampai aibkan dia macam tu sekali.
waras ke buat orang mcm tu? ko xsedih ke tengok semua orang tengok dia mcm tu?
mcm akak tu kate la, mcm mane kalau benda tu jadi kat keluarga ko?
aku xkenal pon budak tu tapi aku sedih kot.
sebab bagi aku orang kampong tu xlayak pon nak malukan dia smpai mcm tu.
islam ajar ko macam tu ke bagi hukuman dekat pencuri?
kena malukan dia mcm tu ke?
ko dah belasah dia ramai2 sampai bedarah2 xpuas ati lagi ke?
aku xpaham la meke pikir apa.
yang tua2, yang kopiah atas kepala tu tengok je?
apsal xbg nasehat kat orang yang buat tu?
bagi aku yang paling bodoh orang yang amik gambar tu pastu sebar merata2 sampai kat internet.
ko tau x banyak mane dh ko dpt dosa sbb bukak aib orang?
aku pon bodoh & bedosa jugak la sebab tengok. =.='


aku xtau nak pikir apa bila baca pasal tu.
sedih sangat.
sedih sebab budak tu diaibkan mcm tu satu hal.
pastu sedih jugak sebab budak melayu muda lagi tapi buat kerja mencuri mcm tu.
xtau la wess. xboleh berpikir plak rasa.
tapi aku tetap xsetuju cara orang kampong tuh buat dekat budak tuh.
dia salah kan? ko dah pukul dia kaw2 kan?
pegi la anta dia balai polis.
salah dia bia antara dia dengan undang2 la. dengan tuhan jugak.
apsal sampai pegi bukak baju seluar dia plak?
ko aibkan dia depan ramai orang xtkot ke kalo tuhan bukak aib ko plak nnt?


xtau la nak ckap apa lagi.haha
speechless sangat rasa bila baca berita mcm ni.
kepada budak bekenaan, semoga insap lah. xkesian ke mak ayah kena tanggung malu sebab awak? badan sehat sempurna pergi la cari kerja yang halal. kalo lepasni xserik lagi aku xtau la nak kate ape dah.
orang kampong pon mcm tu jugak. next time handle benda ni biar dengan cara yang betul.
jangan buat mcm ni lagi. mcm jahiliyah sangat aku rasa.haha


sekian terima kasih.






saya hot tahap dewa, XD
pariz aserap.

No comments: